Sunday, May 29, 2011

The Keys of Kingdom of Heaven

CABARAN ADALAH ANAK KUNCI UNTUK MEMBUKA PINTU SYURGA.

Setiap orang pasti dalam hidupnya sentiasa hadapi pelbagai masaalah dan tempuhi pelbagai rintangan dalam kehidupan. Teringat kembali satu kata-kata dari pensyarah saya semasa belajar di UPM, Prof. Dr. Azahari, "Perkataan MASAALAH itu buang jauh-juah dari hidup kita, sebaliknya di gantikan dengan perkataan "CABARAN". CABARAN ITU ADALAH ANAK KUNCI UNTUK MEMBUKA PINTU SYURGA".

Pelbagai cabaran pasti kita tempuhi dalam hidup ini,sebagai pemimpin keluarga,pemimpin di kampung,pemimpin pada peringkat negeri dan seterusnya pemimpin peringkat Negara.

Cabaran-cabaran yang di hadapi ada pelbagai keadaan dan amat mencabar bila berhubung dengan manusia di bawah pimpinan kita. Dunia hari ini yang telah dikuasai oleh syaitan melalui kerjasama manusia juga dari peringkat United Nation , Setiap Negara , Negeri, kampung dan keluarga seluruh dunia. Satu cabaran yang amat besar kepada setiap individu-individu yang di beri petunjuk oleh Allah dalam hadapi keadaan dunia hari ini. Sistem politik,pendidikan,kebudayaan yang di buat sebahagian besarnya dari acuan yang bermatlamatkan kepada berTuhankan iblis. Masa kini adalah era kejatuhan kepada penguasaan iblis tersebut dan dalam saat yang sama di seluruh dunia berlaku satu ledakan kesedaran pada manusia pelbagai Bangsa dan Agama tentang tipu daya iblis selama ini yang telah banyak menguasai dunia ini.

Sebagai ketua keluarga juga tidak terlepas dari cabaran ini dalam mendidik dan memimpin keluarga. Walaupun suami/isteri seorang yang terpelajar dan cerdik tetapi dari semenjak kecil lagi di beri pendidikan yang tidak menekankan kerohanian. Maka berlakulah dalam dirinya seorang manusia yang ego menguasai diri. Cinta dunia menguasai diri. Apabila ego dan cinta dunia menguasai diri amat mudah pula iblis menguasai diri.

Begitu satu pengalaman yang saya tempuhi ini

Hati Sangat Sedih: Jadikanlah aku hambaMu

yang mempunyai jiwa yang tahan pada ujian.

Kini saya sedang di beri satu cabaran bagaimana seorang isteri yang kini sedang berada di Bandung Indonesia melancung. Kepergian beliau tanpa meminta kebenaran dan di ketahui oleh saya apabila kembali kerumah dan diberitahu oleh anak-anak yang di tinggalkan. Pada masa yang sama saya sedang mulakan satu usaha untuk meningkatkan ekonomi diri,keluarga dan kawan-kawan melalui satu peluang global yang di mulakan oleh saya pada 25.5.2011 sempena dengan Bulan berada di atas Kaabah. Peluang besar ini di perolehi adalah REZEKI ALLAH setelah melalui pengalaman yang amat menyedihkan dalam beberapa bulan ke belakangan ini di uji dengan insan yang paling rapat dengan hidup kita.

Ujian yang diberikan itu membuat saya lebih tabah dan membina kekuatan dalaman untuk sedar dan insaf diri kembali pada Allah. Petunjuk-petunjuk Allah telah berikan melalui Al-Quran dan Hadis. Allah juga hadirkan dikalangan manusia ini, Rasul,Nabi,Mujaddid, guru-guru dan Insan terpilih untuk memimpin manusia.Kasih Sayang Allah pada manusia ini amatlah hebat dan tidak terhitung lagi bermula dengan keampunan yang di berikan pada Adam dan Hawa di dalam syurga kerana Adam telah terlupa dan melakukan kesilapan hasil dari tipu daya Iblis. Manusia suka pada permusuhan, walau pun begitu dengan Kasih Sayang dari Allah maka di berinya taufik dan hidayah kepada manusia agar mengikut petunjuk-petunjuk yang diberikan.

Kita sebagai seorang manusia yang di jadikan oleh Allah, maka jadikan diri kita ini dengan sifat KEHAMBAAN. Dalam hadapi ujian dengan isteri sekarang, saya berserah pada Allah. Jika ikutkan nafsu maka sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dan pasti bakal berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini nanti. membiarkan ego menguasai diri, sudah pasti boleh di jadikan satu alasan untuk membuat sesuatu .... Hari ini, bila melihat anak-anak semua makan bersama, berbisik hati didalam, apa akan jadi pada anak-anakku nanti jika berlaku perpisahan. Apakah aku harus membiarkan anak-anakku ini hidup setiap hari bersama ibunya yang sudah menjadi satu tabiat sumpah seranah,caci maki jika ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. Sekurang-kurangnya, jika aku ada bersama boleh juga perbetulkan suasana itu secara beransur-ansur. Yakin dan percaya dengan pertolongan Allah bahawa Kasih Sayang itu pasti akan menang. Ini semua adalah CABARAN.

Tuhan...Kubisikkan,kerinduan,
keinsafan,pengharapan Tuhan...Ku sembahkan pengorbanan,membuktikan,kecintaan,Bisikkan ku untukMu,Munajatku mohon restu,Semoga cintaku bukan palsu,Pada desiran penuh syahdu,Gelombang lautan rinduku
.

Munajatku penuh syahdu,Merindui magfirahMu, Mardhiah-Mu dalam restu,Harapan tulusnya hatiku,Kurindukan Pimpinan MUKeagongan MU dalam doa ku,Kebesaran pada Qudrat Mu, ia membina Rohani ku,Ujian kepahitan, didalam perjuangan, Padanya ada kemanisan, Ketenangan dan kebahagiaan, Bayangan syurga Idaman, Munajat ku dalam syahdu.



Satu malam yang berlalu itu membuatku banyak merenungi diri ini . Semoga Allah ampunkan dosa-dosa ku dan memberi taufik dan hidayah kepada dirinya agar insaf dan kembalinya semula ke Malaysia ini menjadi seorang isteri yang solehan. Semoga nafsunya yang ingin melihat keindahan Kota Bandung itu, sekembalinya nanti dengan Kasih Sayang Allah di campakkan di hati nya bahawa
Sebenarnya keindahan itu bukan benda luaran,Keindahan itu di dalam jiwa, ia bertempat di hati,Apabila jiwa subur rasa bertuhan, di situlah keindahannya.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam,

"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu."

(Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

Kalimah Syahadah telah pun tertulis di tiang-tiang Arasy ketika kelahiran Nabi Adam.

Ini adalah The Keys of Kingdom of Heaven.

Maklumat lanjut sila rujuk dalam rencana di blog ini
UNTUK GURUKU

Gabungan Akal dan Roh yang Tajam

Di antara nikmat Tuhan
jika boleh bergabung akal yang tajam
dengan roh yang bersih
Jika ia berlaku kepada seseorang
dia akan jadi manusia luar biasa di dunia
Dia akan menjadi manusia
yang sangat pintar dan cerdik
Bukan sahaja ilmu yang keluar dari lidahnya
Tapi ilmu hikmah juga akan terpancar
dari lidahnya
Bergabunglah ilmu dengan ilmu hikmah
pada seseorang itu
Akan terpesonalah orang yang mendengarnya
orang yang dengki sangat sakit hati
Lidahnya masin, kerana kata-katanya selalu terjadi
Orang ini kalau dia pimpin orang
anak pimpinannya mudah terdidik
dan mudah cerdik
Orang yang dimuliakan oleh Tuhan ilmu dan hikmah
yang mendengarnya sangat terkesan
Orang yang mendengar ilmunya tidak jemu-jemu
mendengarnya sahaja mahu lagi, mahu lagi
Orang rindu dengan ilmunya
bahkan rindu dengan peribadinya
Bertemu rasa senang dan bahagia
berpisah lama rindu dengannya
Dia adalah sumber ilmu dan sumber hikmah
Apa yang diucapkan oleh lidahnya
adalah bak mutiara yang sangat berharga

Dirinya itu adalah kitab bergerak
Dia tidak payah baca kitab
kerana dirinya itu adalah kitab
Dia memiliki ilmu dunia Akhirat
Memang dia adalah manusia luar biasa
Luar biasa pula,
ulama sezaman dengannya membencinya
Kerana itulah pengikut-pengikutnya
adalah golongan sekular bukan pelajar agama
Sebahagian pengikut-pengikutnya
akan jadi ulama instant, tanpa nasnya
Orang yang sezaman dengannya akan hairan
orang bukan keluaran sekolah agama
jadi ulama di tangannya
Biasanya dia adalah mujaddid di zamannya
atau kalau bukan mujaddid dia adalah hakim
Biasanya setiap satu zaman hanya ada seorang sahaja
Sama ada dia mujaddid atau dia itu hakim
seperti Luqmanul Hakim di dalam Al Quran
yang diceritakan adalah ahli hikmah
Pandangannya pelik dan luar biasa
Banyak pandangannya
perkara-perkara baru di zamannya
orang payah hendak menolaknya
Bagi orang yang dengki mudah menuduhnya sesat
Orang yang semacam ini di satu zaman hanya seorang
Macam kedatangan rasul,
seorang sahaja di satu zaman
Kecuali di zaman Nabi Musa dan Harun
Atas nama pemimpin di zaman itu
tetap dianggap seorang sahaja iaitu Nabi Musa
Nabi Harun hanya membantunya sahaja

No comments: