Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS Endut@Azlan Yusof.
Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), A Rahim Jusoh di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut hari ini.
Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long menyerahkan kertas pencalonannya pada 9.05 pagi, manakala Tengku Zaihan pada 9.10 pagi.SPR menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan dilaksanakan pada 24 Julai dengan pengundian awal akan berlangsung pada 20 Julai.
Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.
Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharapkan pengundi kawasan berkenaan yang mengundi BN dalam Pilihan Raya 2013 sekali lagi akan mengulangi sokongan mereka. |
"Malahan kami mengharapkan pengundi lain akan turut menyokong calon kita.
"Kita ada penuh keyakinan terhadap Tengku Zaihan, kelayakan, kelulusan, sokongan masyarakat dan tugas beliau sebagai jurutera memberi kelebihan calon kita," kata Muhyiddin pada sidang media sejurus penamaan calon.
Sementara kemenangan agak sukar buat PAS, BN sebaliknya mengharapkan akan terus kekal di Kuala Besut bagi mengelakkan berlakunya penggantungan DUN ekoran jumlah kerusi yang sama.
BN memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu dengan baki 15 dimenangi Pakatan Rakyat (PR).
PAS pula bagaimanapun mengharapkan supaya berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu.
Berikut kongsi 4 tajuk dalam blog ini yang di tulis pada Feb. 2013 yang ada berkaitan secara tak langsung dengan Pilihanraya Kecil Kuala Besut ini.
Tuhanku,
lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk
"Ku Pohon Kasih Sayang Dari Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang",
negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku,
Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.
Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya. Selanjut....
While writing this book, a Kelantanese friend of mine, Ustaz Abdul Rahim Jusoh unexpectedly turned up. He brought with him a file from a seminar organised by the Kelantan State Government. It contained 2 working papers and a few pamphlets, including one entitled “Kelantan Continue To Develop With Islam” (Kelantan Terus Membangun Bersama Islam) published by the Kelantan State Information Secretariat.
Ia memiliki batu Mutira atau Geliga yang sesiapa memiliki bola mainannya ini akan memiliki kuasa mistik yang hebat seperti Raja Iskandar Zulkarnain dan panglima-panglimanya seperti nabi Khidir a.s. dan nabi Ilyas a.s. Naga memiliki kaki burung Helang dan terdapat tanduk di kepalanya seperti Rusa. Ia boleh bercakap-cakap dan memahami bahasa manusia. Seluruh badannya dipenuhi dengan sisik Ikan serta bertelur dan sesetengah Naga mempunyai kepala 7 serta mampu hidup di dalam air. Naga yang matang dan tua memiliki janggut serta misai yang panjang seperti ikan Keli. Ceritanya bukan hanya terdapat di Quran dan Hadis malah kajian mendapati ianya turut di kisahkan 30 kaum dari berbagai bangsa memperkatakan tentang Naga di dunia ini yang menepati seperti ciri-ciri di atas dalam bentuk lagenda dan mitos antaranya sebagai penjaga harta karun dalam lagenda Kota Baghdad Kisah 1001 Malam dan Lagenda Greek Purba. Saintis mempercayai terdapat 2 bilion jumlah keseluruhan spesis di lautan. Jadi kewujudan Naga dengan penemuan beberapa raksasa yang memiliki rupa yang menakutkan di kawasan yang gelap serta dasar lautan Tasik dan Laut yang dalam kerap kali terjadi. Dan saintis juga kerap menjumpai pelbagai kehidupan pelik dan purba di dasar laut seperti Micro Algae, Diatom, Geo Duck dan lain-lain lagi.
4. Satu Pilihan : Kunci Kepada Kejayaan
Setelah 9 bulan berada di Teratak Kasih Sayang di Kg. Klang Gate Baru ini, kali terakhir sepanjang di sini tulisan di blog ini ialah Tuesday, August 28, 2012 yang bertajuk : 13 Surah Ar-R'ad (Guruh).
Seterusnya pada ketika ini pada jam 9.53 malam bertarikh 20.2.2013 teruskan tulisan diblog ini yang bertajuk SATU PILIHAN : KUNCI KEPADA KEJAYAAN.
Teringatkan suatu masa dulu dalam tahun pertama di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putera Malaysia) dan di tempatkan Kolej Kediaman ke 8 dan Pengetua ialah Tan Sri Dr. Nordin Kardi. Setelah itu pertukaran nama kolej kediaman ke 8 kepada nama baru iaitu Kolej Tun Perak dan nama 5 Blok kepada nama 5 Pahlawan Melaka Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.
Pada suatu Majlis Pelancaran Untuk Menanam Pokok bertujuan untuk keindahan kolej Tan Sri Dr. Nordin Kardi dalam ucapan beliau telah kongsi ilmu berhubung dengan Rahsia Kejayaan bila Satu Pilihan. Contoh sejarah yang berlaku semasa Panglima Angkatan Tentera Islam yang mempunyai hanya ratusan askar sahaja tetapi berjaya mengalahkan ribuan tentera Kafir. Kapal yang di naiki oleh tentera Islam terlebih telah di bakar bertujuan memberi kekuatan dalaman pada tentera-tentera Islam. TIADA PELUANG BERUNDUR hanya dengan satu pilihan sahaja "MENANG" atau "MATI SYAHID". Pertolongan dan bantuan dari Allah telah di berikan pada tentera2 Islam dan memenangi peperangan tersebut. TENTERA YANG BERTAKWA. Maka benarlah janji Allah Yang Maha Besar seperti terkandung dalam Al-Quran dan Hadis bahawa pertolongan dan bantuan untuk hambaNya yang berTAKWA.