Kita telah lama diperkenalkan tentang hadis-hadis akhir zaman. Kita juga selalu dan sering mendengar tentang hadis Nabi mengenai Ikhwan dan Asoib, satu kelompok yang dirindui Nabi S.A.W. Kelompok inilah yang akan bersama-sama Imam Mahdi memerangi Dajjal.
Kita juga mendengar tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi. Tanda paling besar bahawa Imam Mahdi telah muncul ialah apabila seorang Putera Dari Bani Tamim menyerahkan Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam kepadanya.
Panji-panji Hitam inilah tanda pengesahan apakah seseorang itu Putra Bani Tamim (yang menyerahkan) dan seorang lagi Imam Mahdi (yang menerima serahan). Nampak di sini betapa pentingnya Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam itu.
Sabda Nabi S.A.W.:
1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah)
2. "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.
3. “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
Apakah yang dikatakan sebagai Panji-panji Hitam itu?
Ada ulama yang mentafsirkan Royatus Sauda itu adalah panji-panji atau bendera berwarna hitam, sebagaimana makna lughawi (makna bahasa) kepada Royatus Sauda itu. Namun tafsiran ini macam payah nak diterima, sebab sesiapa pun boleh buat bendera hitam walaupun bukan Putera Bani Tamim.
Ada juga yang mentafsirkan secara istilah bahwa Royatus Sauda itu lambang kuasa sebuah negara. Sebab itu mereka mentafsirkan bahwa Putra Bani Tamim itu wajib mempunyai atau menjadi pemimpin sebuah daulah Islamiah. Dan daulah Islamiah itulah Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam yang diserahkan kepada Imam Mahdi.
Begitulah kefahaman umat Islam yang lebih umum dan munasabah tentang Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam ini termasuklah golongan Syiah. Bahkan Ahmadinejad (president Iran) pernah mengisytiharkan keyakinannya di PBB bahawa Imam Mahdi mereka akan segera muncul. Secara tersirat dia mengisytiharkan bahawa dia adalah Putra Bani Tamim dan negara Iran itulah royatus sauda yang akan diserahkan kepada Imam Mahdi.
Sebab itulah kalau kita pergi ke negara-negara yang dikuasai Syiah seperti Iran dan Pakistan, mereka sangat menyukai bendera berwarna hitam sebagai lambang kejayaan mereka untuk diserahkan kepada Imam Mahdi yang sedang mereka tunggu kemunculannya.
Apakah benar penafsiran umum itu? Kalau benar, kenapa pula Imam Mahdi (Syiah) tak muncul-muncul sedangkan kuasa negara Iran yang dianggap royatus sauda sudah ditangan mereka.
Kalau bukan kuasa negara, adakah Panji-panji Hitam itu berbentuk benda-benda lahiriah yang lain?
Atau ia adalah projek-projek megah yang boleh menawan hati manusia akhir zaman yang umumnya sudah cinta dunia ini?
Apakah sebenarnya Royatus Sauda yang nak diserahkan kepada Imam Mahdi itu?
Yang akan diserahkan kepada Imam Mahdi bukanlah cop mohor negara, bendera daulah, harta benda, projek mega atau lain-lain benda-benda lahiriah. Yang akan dipersembahkan kepada beliau adalah manusia yang terbina insaniahnya. Insan-insan yang tinggi peradabannya. Bukan projek-projek lahiriah ataupun wang atau yang seumpamanya.
Wazir kanannya, Syuaib Bin Soleh, iaitu Putera Bani Tamim yang mengasaskan tapak pemerintahan Imam Mahdi. Beliau berjuang untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenar. Tugas beliau ialah melahirkan manusia yang insaniahnya layak disebut hamba dan khalifah Allah.
Beliau mendidik dan membina calon-calon Ikhwan dan Asoib untuk diserahkan kepada Imam Mahdi. Yang akan menentukan siapa Ikhwan atau Asoib itulah Imam Mahdi sendiri selaku khalifah Allah di atas muka bumi untuk akhir zaman ini. Jadi tugas Putera Bani Tamim itu adalah merekrut calon Ikhwan dan Asoib, sedangkan yang mengesahkannya ialah Imam Mahdi.
Wang ringgit atau harta lahiriah ini bukanlah perkara utama untuk kita usahakan semata-mata nak diberikan kepada Imam Mahdi. Ia hanya kekuatan tambahan. Tuhan dah persiapkan dunia dan seisinya kepada beliau. Bahkan ada rezeki khusus untuk Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Kalaupun calon-calon Ikhwan dan Asoib itu dilatih oleh PBT membangunkan ekonomi, matlamatnya bukan duit dan projek mega, tapi nak membangunkan sistem Islam model.
Namun yang sangat penting dan sangat berharga yang ditunggu Imam Mahdi adalah manusia yang celik hatinya dan terpandu rohnya. Manusia ini terhubung langsung hatinya dengan Allah dan Rasul.

Inilah yang ditunggu Imam Mahdi untuk berjuang bersamanya. Inilah yang dipersiapkan oleh PBT selama ini, melahirkan calon-calon Ikhwan dan Asoib yang akan diserahkan kepada Al-Mahdi.
Ikhwan dan Asoib inilah modal insan yang membangunkan Islam yang global dari peringkat diri, keluarga, masyarakat, negara dan empayar Islam bersama Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Di bawah kepimpinan Putera Bani Tamim, Ikhwan dan Asoib ini berjaya membangunkan Islam hingga peringkat THOIFAH. Dan setelah Ikhwan dan Asoib itu di bawah kepimpinan Imam Mahdi, barulah mereka berjaya membangunkan Islam ke taraf empayar. Selagi Imam Mahdi belum lahir, calon-calon Ikhwan dan Asoib itu hanya mampu mempertahankan bara api Islam di peringkat thoifah.
Sebagaimana yang disebut dalam hadis:
Maksudnya:
“Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menzahirkan (menegakkan) kebenaran (hukum Allah), tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang ketentuan Allah.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksud hadis ini, thoifah itu sentiasa ada sepanjang zaman sebagai penjaga bara api Islam. Dan thoifah PBT itulah yang menjadi tapak untuk dikembangkan ke peringkat empayar oleh Imam Mahdi.
Thoifah inilah yang diperjuangkan oleh mursyid selama ini. Thoifah itu ialah manusia-manusia terdidik dan sistem Islam yang selamat dan menyelamatkan. Mereka terdiri dari peribadi-peribadi agung yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai keluarga-keluarga role model. Mereka juga menzahirkan sistem hidup Islam yang sebenar. Bukan hanya pandai berkata tapi tidak mengkota.
Mereka adalah pejuang syariat lahir dan batin. Kata guru mursyid kita, Imam Mahdi itu BAPA SYARIAT. Syariat lahir sangat dijaga, syariat batin lebih-lebih lagi. Tipu rasuah bukan amalan mereka, malah merekalah penentang tipu dan rasuah. Hasad dengki, sangka jahat, membuka aib orang, memecah-belah sangatlah dihindari bahkan diperangi.
Begitulah kita dididik oleh mursyid berpuluh tahun, dengan harapan moga-moga dapatlah menjadi calon Ikhwan atau Asoib. Apalah ertinya jika persiapan yang dibuat oleh mursyid selama ini dalam melahirkan manusia-manusia berhati Ikhwan dan Asoib dihancurkan begitu saja. Malah apa yang dibina selama ini dengan mudah dinafikan dan dihancurkan begitu rupa. Kalaulah apa yang dibina mursyid selama ini tidak betul, mana mungkin kita boleh buat yang lebih betul dari guru mursyid kita. Apa yang dibina selama ini seolah-olah mahu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang baru dari kita. Kita menolak mursyid dengan cara yang halus.
Orang yang mahu diserahkan kepada Imam Mahdi bukanlah orang baru sebulan dua atau setahun dua dididik dan dibina. Mendidik manusia bukanlah mudah. Nak ajak remaja berhenti merokok pun ambil masa yang lama dan pelbagai aktiviti yang terpaksa dilakukan. Lebih-lebih lagi dalam membina manusia yang berwibawa, dihormati kawan dan lawan, disenangi segenap lapisan masyarakat.
Kita dengan mudah terlalu yakin kitalah orangnya yang akan diserahkan dunia untuk dicatur dan diperintah. Kita berangan nak buat empayar Islam di tangan kita sebelum kezahiran Imam Mahdi.
Siapalah kita? Nak hentikan anak kita merokok pun tak mampu. Lihatlah realiti sekeliling kita, nak membina keluarga model dalam keluarga kita pun masih tak mampu dibuat.
Bahkan keluarga model yang mursyid bina berpuluh tahun pun hancur di tangan kita. Anak isteri belum mampu taat sepenuhnya, bahkan ada yang tak senang dengan kita. Menantu-menantu pun tak hormat dan tak beri muka. Apakah ini dikatakan kebenaran dan model kasih sayang?
Di tangan kita hancur kasih sayang dan ukhuwah, mulut-mulut kita menyebarkan fitnah dan keburukan satu sama lain. Adakah kita orangnya yang Imam Mahdi nak terima? Sikap dan perangai tidak boleh melihat orang lebih dari kita dan orang lebih senang dari kita. Bila berkuasa dengan semudahnya kita sepak terajang orang. Adakah sikap ini yang Imam Mahdi mahu terima?
Kalau kita tidak berubah, Tuhan yang Maha Kuasa boleh saja datangkan orang lain gantikan kita. Orang yang kasih sayangnya bukan sekadar dimulutnya tetapi pada perbuatannya, orang yang berkorban bukan pada slogannya tapi pada tindakannya.
Nampaknya dalam melayakkan diri menjadi calon Ikhwan dan Asoib pun kita tidak tahu dimana letaknya kita. Apatah lagi bila pemimpin penyelamat tiba, di masa itu kalau kita masih dengan sikap yang sama ternyata bukan kita orangnya.
Islam memang dijanjikan menang dan pasti menang. Namun bukan kita yang dijanjikan untuk menang. Kita diberi tawaran dan perlu memenuhinya.