Friday, April 8, 2011

Pemuda Bani Tamim Memerangi as-Sufyani


TRANSLATE
: English :: Chinese : Arabic


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik


A. Sabda Nabi SAW,

“Sebelum al-Mahdi (muncul), as-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura’ iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, “Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat mengenalinya?” Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya…”

B. Dari Said bin Musayyab RH katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Panji-panji Hitam akan datang dari Timur untuk anak-anak keturunan Abbas. Kemudian berlakulah apa yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian, sebuah Panji-panji Hitam yang kecil akan memerangi seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan dari Timur. Mereka akan membaiat Al-Mahdi.” (Abu Nuaim)

As-Sufyani yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah Amerika Syarikat kerana negara itu adalah negara yang paling lengkap pasukan tenteranya di dunia pada masa ini. Angka 360 pasukan berkuda itu menunjukkan jumlah yang cukup besar dan sangat kuat. Perlu pula diingat, bahawa yang dimaksudkan dengan as-Sufyani itu ada beberapa pasukan, antaranya as-Sufyani itu adalah Amerika Syarikat, dan ada hadis lain yang memaksudkan as-Sufyani itu sebagai pasukan Syiah Iran.

Kalb yang dimaksudkan sebagai bapa saudaranya itu adalah anggota NATO iaitu kesatuan ketenteraan negara-negara Eropah Barat. NATO dianggap sebagai bapa saudara Amerika Syarikat kerana kebanyakan rakyat Amerika Syarikat berasal-usul dari Eropah Barat itu, maka NATO itu dianggap sebagai bapa saudara kerana hubungan kekeluargaan yang sudah jauh sedikit. Jumlah tentera yang dipimpin itu adalah ramai, digambarkan dalam hadis sebagai sebanyak tiga puluh ribu orang. Bilangan itu hanyalah gambaran untuk menunjukkan ramai, bukan mesti tepat-tepat menurut jumlah itu. Pemimpin peneraju NATO dalam menyerang Iraq itu adalah Britain dan Perancis.

Tentera yang besar ini menuju ke Iraq. Dalam peperangan ini, seramai seratus ribu orang terbunuh, iaitu dari kalangan orang awam, bukan bilangan tentera Iraq atau Amerika Syarikat. Peristiwa penyerangan Amerika Syarikat dan sekutu NATOnya ini berlaku pada tahun 1990, dan kesannya masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Zaura’ yang dimaksudkan adalah ibu kota Iraq iaitu Baghdad dan kawasan-kawasan di utara Iraq, kerana pada masa itu, Baghdad dan kawasan yang dimaksudkan belum begitu dikenal lagi.

Yang dimaksudkan dengan Kufah ialah Asia Tenggara. Serangan kali ini bukan lagi menggunakan kekuatan tentera tetapi dengan kekuatan ekonomi. Hadis tidak menyebutkan bentuk serangan yang kedua ini dan berapa ramai yang terbunuh. Para kapitalis Amerika Syarikat dan Eropah menyerang dan merosakkan ekonomi negara-negara di Asia. Selepas itu, iaitu dalam keadaan gawat ekonomi itu, muncullah Pemuda Bani Tamim menjadi pemerintah, dan beliau menyediakan tapak untuk pemerintahan Imam Mahdi di Timur. Disebutkan secara agak lengkap ciri-ciri Imam Mahdi untuk dikenali dan diyakini.

Pemuda Bani Tamim itu berjuang mengembalikan kekuasaan kepada Ahlulbait, yang disebut di dalam hadis mursal di atas sebagai anak-anak keturunan Abbas, kerana Bani Abbas itu adalah wakil kepada seluruh Ahlulbait. Pemuda Bani Tamim itu akan berperang dengan as-Sufyani, iaitu orang-orang Syiah di Iran pada hari ini. Orang-orang Syiah memerangi Pemuda Bani Tamim kerana beliau telah merosakkan Imam Mahdi mereka. Orang-orang Syiah meyakini Imam Mahdi mereka bernama Muhammad bin Al-Hasan al-Askari, tetapi Imam Mahdi yang bakal muncul ini adalah Muhammad bin Abdullah. Dan ini amat memarahkan mereka kerana nyatalah kini bahawa ulama-ulama Syiah telah berdusta kepada seluruh pengikutnya dan kepada seluruh dunia Islam sejak dahulu hingga ke saat tersebut.

Pemuda Bani Tamim selain memerangi as-Sufyani kecil iaitu Syiah, juga akan memerangi As-Sufyani besar iaitu Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya. Amerika Syarikat dan Eropah memerangi Pemuda Bani Tamim kerana beliau telah merosakkan sunnah mereka di atas dunia sekarang, menghancurkan sistem ekonomi dan melemahkan cengkaman mereka ke atas seluruh dunia. Sangatlah marahnya mereka kepada Pemuda Bani Tamim dan para Ikhwannya itu.

1 comment:

  1. sufyani adalah nama julukan untuk seseorang yang akan muncul di damaskus. lalu datanglah al mahdi yang akan memeranginya. kemudian al mahdi terdesak hingga lari ke kurasan. dari sinilah beliau keluar dengan pasukan panji panji hitam untuk memerangi sufyani. hingga akhirnya beliau kalah dan lari ke mekah. pada saat itu arab saudi telah jatuh di tangan panji panji hitam, tetapi panji panji hitam ini berbeda dengan panji panji hitam yang keluar dari kurasan. kurasan di sini adalah uzbekista. penjelasanya di www.akhirzaman.mobie.in

    ReplyDelete