Saturday, April 30, 2011

Rintihan Guruku : Hari ini telah berlaku peristiwa yang amat "....."

Pada 26.4.2011 saya telah menyiarkan satu sajak yang bertajuk :

Beza Hidup Sebelum dan Selepas Merdeka

Pada 29 April 2011 telah berlaku satu peristiwa yang amat menyedihkan ,

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat hajat tersebut akan diadakan bahagian belakang dewan masjid, sejurus selesai solat Jumaat.

Eskey dijadual melakukan sumpah laknat bagi mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada dua lagi rakan trio 'Datuk T' itu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim akan menyertainya.

Media juga hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.
Berikut video kejadian tersebut :



Saya kebetulan pada 26.4.2011 juga telah menyiarkan satu sajak bertajuk : WATAK PEMIMPIN . Sajak ini ku hadiahkan untuk Pemimpin-pemimpin di Malaysia. Bermula dengan Perdana Menteri Malaysia dan semua barisan-barisan kabinet. Ahli-ahli Parlimen dan ADUN. Pemimpin-pemimpin masyarakat dari seluruh Malaysia.

Peristiwa yang berlaku pada 29 April 2011 itu, DIMANAKAH SILAPNYA??????

Silapnya kerana selepas merdeka kita gunakan sistem politik yang ditinggalkan PENJAJAH!!!!

Bersama-sama kita kongsi beberapa artikel yang telah saya post di blog Teknologi Roh..

POLITIK ISLAM YANG SEBENARNYA

POLITIK ISLAM MEMBAWA KASIH SAYANG

SAJAK : PEMIMPIN SEJATI PEMIMPIN CONTOH





No comments:

Post a Comment