Tuesday, May 31, 2011

31.05.2011 : Jangan Mudah Lupa

Melayu Mudah Lupa : Negara


Institusi Keluarga



Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...


ENGKAU terlalu cinta dengan
diri engkau sendiri

Maka engkau pun mementingkan diri
Engkau dahulukan kehendak-kehendak engkau
daripada kehendak-kehendak Tuhan
Hak-hak Tuhan engkau kemudiankan,
hak-hak engkau, engkau dahulukan
Bahkan adakalanya kerana mempertahankan
hak engkau, hak Tuhan terus diabaikan
Sebenarnya engkau lupa, engkau mementingkan
diri engkau

Hakikatnya engkau tidak cinta dengan diri engkau
Engkau membelakangkan hak Tuhan, ertinya engkau
mengabaikan hak engkau sendiri
Padahal hak-hak yang engkau pertahankan
kalaupun engkau memperolehinya
Dia bukan boleh buat apa-apa kepada engkau
Ia tidak akan boleh menghalang engkau daripada sakit
Juga ia tidak boleh membendung engkau
daripada berbagai-bagai bala bencana
dan kesusahan

Kalaupun engkau boleh menghasilkan,
tapi tidak dapat mempertahankan engkau
Tapi kalau engkau miliki Tuhan, engkau memiliki
segala-galanya

Tuhan boleh melakukan apa sahaja kepada diri engkau
Dia boleh menyenangkan engkau
dengan tujuan engkau bersyukur
Kemudian engkau dapat pahala syukur
Kalau dia susahkan engkau, agar engkau sabar,
supaya engkau dapat pahala sabar
Jadi kalau engkau mendahulukan hak Tuhan
Semuanya adalah kebaikan kepada engkau,
kalau engkau faham


Jasamu di Kenang




Hargailah Jasa-jasa Suami




Dalam membuat satu-satu keputusan untuk bertindak, elakkan dari menggunakan emosi kerana hasilnya pasti banyak keburukan berlaku. Sebaliknya gunakan akal dan fikiran untuk menilai dan membuat keputusan untuk bertindak kerana itulah lebih baik.

Suatu waktu dulu kita menyaksikan bagaimana Tun
Mahathir hadapi ujian yang sangat getir. Kita semua saksikan saat Tun Mahathir membawa masuk Dato Seri Anwar Ibrahim kedalam UMNO sehingga beliau mencapai kedudukan No. 2 dalamb kerajaan Malaysia.

Pada masa yang sama bermula satu Krisis Kewangan yang sengaja di buat oleh Pihak Zionist untuk meruntuhkan ekonomi di Asia Tenggara.

Pada masa yang sama kita semua dikejutkan dengan satu tindakan yang di ambil kepada Dato Seri Anwar. Beliau di lucutkan dari jawatan yang disandangnya. Pada masa itu juga Dato Seri Anwar di kenakan tuduhan liwat.

Teringat kembali kata-kata Allahyarham Mat Abdullah, Setiausaha Politik Allahyarham Dato Seri Megat, beliau tidak ambil hal sangat berhubung dengan tuduhan liwat itu kerana melibatkan peribadi, tetapi yang beliau terkejut dengan Dato Seri Anwar
ialah kerana ............... (kepentingan negara)

Rentetan dari itu kita semua menyaksikan bagaimana Dato Seri Anwar telah
melakukan tindakan yang membangkitkan emosi rakyat Malaysia dan bergemalah
laungan REFORMASI.

Suasana negara pada masa tersebut berada di ambang kehancuran tetapi dengan pertolongan dari Allah keadaan huru-hara itu dapat di bendung. Rancangan jahat musuh dari luar dan mempergunakan rakyat Malaysia gagal.

Pelbagai tuduhan,penghinaan, caci maki dsb. diluahkan oleh segelintir rakyat Malaysia
kepada Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin negara. Adab budaya sopan santun di ketepikan dek kerana krisi kewangan itu,padahal semua itu berlaku adalah di buat oleh pihak musuh dari luar.

Amat bahaya kepada negara kita ini, jika mempunyai pemimpin-pemimpin yang berjuang mempunyai kebolehan membangkitkan emosi rakyat melalui pidatonya.

Satu contoh terbaik juga kita telah saksikan, bagaimana satu tindakan telah dibuat sewaktu Dato Seri Anwar sebagai TPM, iaitu Pengharaman Al-Arqam. Bagaimana Abuya Asaari bersama Jemaahnya menerima dan mengambil tindakan yang bijak dan tidak membahayakan keselamatan negara. Bagi mereka Al-Arqam adalah alat sahaja untuk perjuangan Tauhid pada Allah.

.............................................................................................
Begitu juga dalam alam rumahtangga. Banyak berlaku penceraian adalah disebabkan emosi menguasai diri samada di pihak suami mau pun isteri. Menjadi mangsa ialah anak-anak.

Ada ketikanya bagi suami yang bekerja sendiri, mengalami kegawatan dan di timpa kesusahan. Bagi isteri yang memahami keadaan itu, tidak timbul masalah.

Terdapat isteri yang tidak memahami dan pada masa yang sama di pengaruhi emosi dan iblis maka berlakulah satu suasana yang tidak diingini dalam keluarga.

Mulalah berlaku isteri yang derhaka pada suaminya kerana kesan dari kesusahan yang menimpa suaminya walaupun isteri itu mempunyai gaji yang lumayan pada setiap bulan.

Saat itulah timbul dari jiwanya sifat-sifat binatang terhadap suaminya. Perkara yang kecil di perbesarkan. Suami di hina dan di keji. Cerita pada kawan2,kaum keluarga berkenaan suami.

Semuanya ini adalah kerana tidak ada dalam dirinya jiwa bertuhan. Nafsu menguasai diri. Tipu daya iblis dituruti sehingga sanggup derhaka pada suami. Walaupun si isteri itu adalah seorang yang terpelajar tetapi dari kecil lagi tidak menerima pendidikan rohani.



No comments:

Post a Comment