Saturday, May 28, 2011

Formula 786 : Program Love and Care

Setiap orang mempunyai impian untuk mendapat kejayaan di dunia dan kemenangan di akhirat . Dalam satu-satu usaha yang dibuat seperti meningkatkan ekonomi diri maka serentak dengan itu, utamakan kasih sayang antara insan dan perbanyakkan membuat kebajikan. Utamakan kasih sayang, kekayaan dan kejayaan akan ikut serta bersama.

Firman Allah yang bermaksud :

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah; Ayat 177)

Pada 8.8.2008 saya telah mengambil satu peluang dalam satu syarikat di Malaysia. Sewaktu dalam penerbangan ke Bangkok,Thailand saya memberi satu idea kepada pemilik syarikat yang berbangsa China tentang Konsep Kasih Sayang. Sewaktu di hotel saya memberi satu contoh tentang Konsep Kasih Sayang dan bagaimana dengan adanya ahli yang ramai kita boleh mengumpul dana yang diperlukan untuk membuat kebajikan. Video di bawah ini menunjukkan hasil dari dana yang terkumpul.Usaha permulaan saya sertai syarikat tersebut terus dilaksanakan serentak Program Love and Care.




Janji Allah dengan Firman yang bermaksud :

Firman Allah S.W.T:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)

No comments:

Post a Comment