Sunday, May 29, 2011

Hati Sangat Sedih: Jadikanlah aku hambaMu yang mempunyai jiwa yang tahan pada ujian.


g


21.102005 sertai satu peluang dan berjaya. 2006 terlibat dalam satu usaha perjuangan membantu seseorang berurusan dengan United Nation.

Bulan Julai 2008 menjadi 0 ...usaha dengan United Nation tidak juga selesai. 8.8.2008 bermula usaha baru dan berjaya. Membantu juga menyelesaikan urusan dengan United Nation demi satu perjuangan di jalan Allah . Bulan 10.2010 menjadi 0 balik. urusan dengan United Nation masih lagi diteruskan hingga kini. 25.Mei 2011 mulakan usaha dengan Diamond Motion Limited.

Pengalaman membantu kawan dalam urusan dengan UN ini banyak ilmu membina kekuatan dalaman dapat dipelajari. Melihat rakyat Palestin menderita kita pun sama sayu dan sedih. Tetapi rasa kesedihan itu tak sama jika kita hanya melihat dan mendengar dari Jauh.

Urusan dengan United Nation ini, banyak memberi pelajaran bagaimana zalimnya dan penuh tipudaya Puak Yahudi yang menguasai UN. Tetapi kerana tiada pilihan setakat ini, terpaksa teruskan usaha untuk selesaikan juga demi kepentingan semua.

Pengaruh Zionist,Iluminati,Secret Societes bertuhankan Iblis ini berada pada peringkat tertinggi sehingga kepada kita orang2 Islam termasuklah kita dan orang2 yang
terdekat dengan kita.







Hati sangat sedih. Hati saya menangis.

Ya Allah aku mohon Kau kurniakan kekuatan
pada jiwa yang lemah ini wahai Tuhan.

Jadikanlah aku hambaMu yang
mempunyai jiwa yang tahan pada ujian.

Agar hambaMu ini tidak merasa berat
atas apa yg telah Kau tentukan.



Ujian Dengan Insan Yang Terdekat dengan Kita.....


KEINDAHAN BUKAN PADA BENDA
KEINDAHAN itu bukan melihatnya
Tidak juga melihat benda-benda yang kehijauan
pada pandangan mata

Juga tidak pada melihat awan yang berarak
dan beralih di angkasa
Keindahan itu bukan melihat kebun

Yang mengalir di dalamnya air-air yang jernih
Ada ikan yang bermain-main dan berlari-lari
Tidak juga melihat laut
Yang airnya sentiasa bergelombang menghempas
dan memulas

Kalaulah keindahan itu pada bunga
Orang yang ada kebun bunga atau bekerja
di kebun bunga paling bahagia
Orang yang tinggal di tempat yang banyak
kehijauan-kehijauan tentu bahagia

Orang yang selalu merenung awan macam
golongan sasterawan sudah tentu bahagia
Orang yang bekerja di kebun juga termasuk
orang yang bahagia
Bahkan orang yang paling bahagia sepatutnya
yang tinggal di tepi laut
Tapi realitinya tidak begitu
Hakikatnya tidak terjadi

Sebenarnya keindahan itu bukan benda luaran
Keindahan itu di dalam jiwa, ia bertempat di hati
Apabila jiwa subur rasa bertuhan,
di situlah keindahannya

Dia adalah pelindung dan pembela,
di sanalah keindahannya
Jadi keindahan itu bukan kepada benda
Bukan benda luaran yang menjemukan
kalau selalu dilihat dan dirasa

api keindahan itu adalah di dalam diri yang hakiki
Di dalam hati dan jiwa yang rasa bertuhan
Sedangkan Tuhan itu sangat dicintai
Kerana itulah orang yang beragama
Terlalu sedikit hiburannya di luar dirinya




ENGKAU terlalu cinta dengan diri engkau sendiri



Maka engkau pun mementingkan diri
Engkau dahulukan kehendak-kehendak engkau
daripada kehendak-kehendak Tuhan
Hak-hak Tuhan engkau kemudiankan,
hak-hak engkau, engkau dahulukan
Bahkan adakalanya kerana mempertahankan
hak engkau, hak Tuhan terus diabaikan
Sebenarnya engkau lupa, engkau mementingkan
diri engkau
Hakikatnya engkau tidak cinta dengan diri engkau
Engkau membelakangkan hak Tuhan, ertinya engkau
mengabaikan hak engkau sendiri
Padahal hak-hak yang engkau pertahankan
kalaupun engkau memperolehinya
Dia bukan boleh buat apa-apa kepada engkau
Ia tidak akan boleh menghalang engkau daripada sakit
Juga ia tidak boleh membendung engkau
daripada berbagai-bagai bala bencana
dan kesusahan

Kalaupun engkau boleh menghasilkan,
tapi tidak dapat mempertahankan engkau
Tapi kalau engkau miliki Tuhan, engkau memiliki
segala-galanya

Tuhan boleh melakukan apa sahaja kepada diri engkau
Dia boleh menyenangkan engkau
dengan tujuan engkau bersyukur
Kemudian engkau dapat pahala syukur
Kalau dia susahkan engkau, agar engkau sabar,
supaya engkau dapat pahala sabar
Jadi kalau engkau mendahulukan hak Tuhan
Semuanya adalah kebaikan kepada engkau,
kalau engkau faham









Wajarkah seorang Isteri itu di saat suami diuji dengan kesusahan hidup, sanggup tidak memberitahu dan minta kebenaran untuk pergi Melancung bersama kawan-kawan?

(29 May 2011)

Sedangkan suami di saat dan ketika itu amat sekali perlukan sokongan dan dorongan
untuk bangun kembali



DI CELAH NIKMAT ENGKAU DERHAKA

SETIAP detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan
Hingga dari detik ke detik engkau dapat
menyambung hidup
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka
kepada Allah Taala
Tuhan yang mencipta engkau
Dengan engkau membuat dosa
dan meninggalkan perintah-Nya

Selagi engkau hidup di waktu perlu makan,
Tuhan masih memberi engkau makan
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan
Tuhan yang memberi engkau makan
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan
Maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun
Di dalam maju dan membangun itulah
engkau menderhakai Tuhan
Di waktu engkau hendak berhibur diberi engkau
suami dan anak-anak sebagai cahaya mata
Di waktu engkau keletihan Tuhan tidurkan engkau
untuk engkau boleh berehat dan memulihkan
kekuatan badan

Selepas tidur badan engkau segar
dan bertenaga semula
Tapi setelah engkau dapat tenaga
engkau membuat dosa dan noda
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan
Begitulah sepanjang hidup harian engkau
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat
kepada engkau

Tapi dengan nikmat Tuhan itulah
engkau derhaka kepada-Nya

Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?

Mengapa engkau tidak berfikir satu masa nanti
engkau akan menemui-Nya

Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!

Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!

Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh
berfikir tentang nasib engkau?!

Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat
menyelamatkan diri engkau?

No comments:

Post a Comment