Saturday, September 17, 2011

Panduan Memahami Ilmu Teori Konspirasi

Video yang mengagumkan ini merupakan hasil daripada edit saudara brofat (blog beliau kini sudah ditutup). Video yang berlansung selama 22 minit ini, terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini. Jadi, marilah kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.

untuk makluman semua, video ni juga berlegar di kalangan facebook non-muslim.


::


Blog: jalan salafus sholih memahami Islam berasaskan Quran & Sunnah sebagaimana generasi salaf


Sebenarnya saya tidak berminat langsung untuk membicarakan mengenai sebarang teori konspirasi di dalam blog ini berdasarkan pengalaman blog-blog lain (yang mengemukakan teori konspirasi) pasti akan menerima kritikan yang cukup hebat. Namun, atas rasa tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat yang terlampau mempercayai media massa secara membabi buta, maka saya memberanikan diri untuk berkongsi video 'Dunia Akhir Zaman'. Tidak kesemua teori konspirasi yang sering dikemukakan akan memuaskan semua pihak dan namanya pun 'teori' pasti ada cacat celanya. Di sini, saya ingin berkongsi satu artikel mengenai panduan memahami ilmu teori konspirasi, bagi mengelakkan diri kita daripada terperangkap dengan ketaksuban atau mempercayai bulat-bulat suatu teori konspirasi.

Dan di penghujung artikel ini pula, saya akan menyertakan dua link artikel iaitu yang menyokong dan menolak video 'Dunia Akhir Zaman' yang baru disiarkan sebelum ini. Kedua-dua artikel ini perlu dinilai secara menyeluruh dan bukan bertaqliq buta secara semberono sahaja. Dan jikalah terdapat kecacatan sedikit pada video tersebut, janganlah kita mentah-mentah menolak keseluruhan video tersebut. Kita buanglah ego yang ada pada diri kita ini, dan yakinlah tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Janganlah kita menghukum saudara pembuat video tersebut (saudara brofat) dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Hatta, pandangan imam-imam besar yang kita ikuti pun ada segelintir yang tidak tepat dan perlu ditampung dengan pandangan ulama-ulama lain. Apa yang penting sebenarnya, kita berusaha untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran zaman penuh fitnah ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Dipetik dari


Di dalam Pengajian Konspirasi Antarabangsa,adalah penting untuk memahami beberapa perkara supaya kita tidak tersesat dalam ribut teka-teki dan misteri.Di MistisFiles,kami memanggilnya sebagai 'The Trafficker Code',berasal dari sejumlah peraturan atau 'undang-undang' dan etika ketika membuat penyelidikan dan memahami konspirasi yang berjalan di seluruh dunia.

JIka anda 'terjebak' ke dalam pencarian jawapan-jawapan kepada misteri atau konspirasi di seluruh dunia ini,anda perlukan 'The Trafficker Code' ini.Ini sebagai panduan sahaja,namun jika anda mempunyai keberanian dan keyakinan serta sedikit pengetahuan yang benar,anda pasti tidak tersesat dalam ribut konspirasi ini.Ini penting,jika tidak anda akan terjerumus dalam kekeliruan demi kekeliruan dan hasilnya anda menjadi sebahagian dari statistik mangsa-mangsa konspirasi antarabangsa.

The Trafficker Code terdiri dari tiga perkara penting.Tiga sahaja.Dan ini adalah tunjang kepada panduan untuk menyelamatkan diri anda dari menjadi keliru.Ingat baik-baik tiga perkara ini:

1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi.Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.

Yang penting,anda mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.

2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.

Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak.Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka,kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka.Jadi mereka mahu 'brainwash' khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka,menganggap The Hidden Hand ini sebagai 'Tuhan' yang dapat menaburkan mereka kekayaan.Lihat,pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku,kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat,berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini.Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi,boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga!Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para 'alien' ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya,jangan terperangkap dengan permainan penyelidik konspirasi upahan The Hidden Hand mahupun yang berjaya mengelirukan diri sendiri.

3-Apa jua konspirasi mereka,perancangan atau pelan,bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka,semuanya masih jauh untuk mengatasi PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH AZZA WA JALLA.

Bagaimana sekalipun hebat mereka merancang dan bertindak,Allah s.w.t adalah Pemenangnya dan hanya Dialah yang layak untuk menang selama-lamanya.Ini kerana semua konspirasi dan pembuat konspirasi itu sendiri adalah makhluk-Nya dan semua itu berada di dalam Ilmu-Nya.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber.Dalam hal ini,adalah penting untuk belajar ilmu AlQuran dan Hadis Rasulullah s.a.w supaya kita lebih celik dan jelas membaca segala konspirasi musuh-musuh Allah.Ini kerana di dalam kedua-dua sumber inilah telah diceritakan tanda-tanda konspirasi mereka ini.Orang yang asing dengan AlQuran dan Hadis adalah cenderung untuk panik dan terkejut dengan apa yang mereka baca.Mereka juga cenderung untuk menganggap hal-hal konspirasi yang mereka baru baca itu adalah ilmu baru dan amat luabiasa,padahal di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan Yahudi,Nasrani dan The Hidden Hand.

Ingat tiga poin penting ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Saya juga ingin berkongsi suatu pandangan dari saudara Noreagaaa (Produksi The Arrivals) mengenai mengapakah terdapat orang-orang yang akan menolak dan melawan maklumat-maklumat sebegini secara mentah-mentah? Mengapa mereka menyerang anda? Ia berlaku salah satu dari sebab yang disenaraikan oleh saudara Noreagaa. Klik sini, jika ingin melihat dalam bentuk video.

1. Dari sudut pandang psikologi, maklumat ini bukan senang untuk dihadam. Seseorang yang tidak boleh menerima maklumat sebegini, akan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang telah dikumpulkan sepanjang hayat. Otak mereka akan melawannya. Dan sebab ia memerlukan daya usaha yang tinggi untuk melawan maklumat ini, cara paling baik untuk mengelakkan usaha sedemikian adalah dengan menolaknya.

2. Masalah kesombongan, iaitu dia akan melawan kamu dan juga maklumat kamu kerana dia merasa yang apa yang dia percaya adalah lebih benar dari apa yang dikatakan kamu. Mereka tidak boleh menerima bahawa kamu berkemungkinan menemui maklumat benar yang mereka tidak temukan sebelum ini. Dan oleh kerana mereka mahu melindungi maruah mereka, mereka menolak maklumat-maklumat kamu.

3. Pada kebanyakan kes, orang itu terlalu selesa dengan kehidupan mereka yang pantas sehinggakan mereka tidak mahu mengubah cara hidup mereka. Mereka juga tidak mahu menghiraukan apa yang sedang berlaku dalam dunia ini. Mereka terlalu pentingkan diri mereka sendiri.

4. Kamu perlu faham, kebanyakan orang-orang di sini tidak bersedia untuk menerima kebenaran. Dan kebanyakan mereka sudah terbiasa dengan sistem ini sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa untuk melindunginya. Mereka percaya akan nilai suara sistem itu. Ia telah menjadi penentu abadi kepada kehidupan mereka. Apakah suara sistem ini? Media!

-------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir kata, sila baca kedua-dua artikel ini sampai habis, dan kemudian buatlah perbandingan terperinci. Janganlah anda bertaqliq buta pada satu-satu pandangan tanpa membaca kedua-dua hujah. Tidak perlulah memperlekeh-lekeh mana-mana pihak dengan mengatakan sipulan berhujah mengguna nafsu dan sebagainya. Harap kita semua menghormati pandangan antara satu sama lain.

Bagi mereka yang berminat untuk untuk mengetahui teori konspirasi lebih lanjut, saya sarankan anda klik pada blog/website di bawah ini:






p/s: Kepada mereka yang ingin menolak sepenuhnya video 'Dunia Akhir Zaman' seperti saranan LEOKID dan ingin kembali kepada kehidupan asal mereka, teruskanlah. Tiada halangan di sini.




:::



"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan."

(Surah Al-An'am: 32)

Entri pilihan


Video pilihan


Pautan luar




No comments:

Post a Comment