Thursday, February 23, 2012

14 lagi soalan KTS dijawab oleh Ustazah Hatijah Aam

1. Soalan : Kenapa kamu mengatakan orang yang baik agamanya juga seorang yang bagus dalam aksinya ditempat tidur (aksi seks)?

Sebab Islam adalah satu cara hidup yang syumul, tiada yang tertinggal di dalamnya. Siapa yang benar-benar ikut islam nescaya menjadi sebaik-baik orang dalam melakukan semua perkara termasuklah hal hubungan sulit suami isteri itu..

2.Soalan : Adakah kamu menubuhkan Kelab Taat Suami ekoran dari statement yang dibuat oleh ahli parlimen Datuk Ibrahim Ali?


GISB terpanggil untuk menganjurkan kelab bukan kerana seruan Datuk Ibrahim Ali tapi dorongan untuk mengajak masyarakat kembali beramal dengan ajaran Allah dan Rasul. Dalam perkahwinan, suami pemimpin isteri pengikut. Seteruk mana pun kepimpinan mudah-mudahan jadi ringan oleh isteri solehah yang sanggup taat. Tapi kalau tak mahu taat, sama-sama jahat, itu dah tersilap kahwin.

3. Soalan : Dari wartawan AP : Mengapa anda menyertai KTS? Apa yang dimaksudkan dengan taat?

Sesungguhnya saya yakin dengan cara hidup Islam bagi menghasilkan rumahtangga yang berjaya. KTS adalah hasil pengalaman mereka secara praktikal, melakukan taat suami seperti yang dikehendaki Allah dan Rasul. Tiada kes-kes pecah belah di rumahtangga mereka. Sekalipun poligami mereka aman damai, KTS mampu memberi anda kebahagiaan yang dicari di dalam perkahwinan. Syaratnya, anda sendiri mahu taat kepada Allah dan Rasul.
Taat ialah setuju mengikut arahan dengan jujur.

4. Soalan : Apabila suami menyakiti isteri atau suami mendera isteri, apakah anda perlu taat?

Suami yang mendera isteri, adalah suami yang tidak taatkan Tuhan. Bila suami gagal memenuhi ISO Tuhan, tak mungkin isteri boleh taat kepada suami.

5. Soalan : Apakah syarat-syarat untuk jadi ahli kelab ini sebab sudah ramai yang bertanya dan meminta borang?

Syarat utama untuk jadi ahli KTS ialah dia mempunyai keinginan untuk mengikut ISO Tuhan dan mahu menyerah diri (taat) kepada Allah dan Rasul.


6. Soalan : Apabila suami menyakiti isteri atau suami mendera isteri, apakah anda perlu taat?

Suami yang tidak taat kepada Allah kerana menyakiti isteri atau mendera isteri, tidak wajib ditaati.

7. Soalan : Ini bukan soalan tapi persoalan dalam Straits Times : Dato Shahrizat kata suami isteri adalah dua individu bebas yang bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan bukan sebab ketidakupayaan isteri dalam mentaati dan melayan suami menyebabkan timbul masalah dalam masyarakat. Untuk elak masalah penderaan rumahtangga adalah tanggungjawab suami sepenuhnya untuk jaga hubungan seksual, tolong memasak dan sebagainya supaya isteri jadi taat kepadanya. KTS hendaklah memahami realiti kedudukan wanita hari ini yang mereka juga ada harapan, impian dan hasrat mereka sendiri.

Memang suami isteri dilihat sebagai individu bebas tapi sebenarnya mereka berada di bawah undang-undang Tuhan. Tuhan yang arahkan isteri taat suami. Lihatlah masyarakat begitu kejam, hina kerana membuang bayi, dan lain-lain masalah sosial. Bukankah waktu ini kita semua patut berpakat untuk taat kepada Allah dan Rasul? KTS ini adalah wadahnya

8. Soalan : Ketua Putri UMNO, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin kata Kelab Taat Suami tak perlu kerana maslah rumahtangga tak boleh disalahkan sepenuhnya kepada para isteri. Elok fikir cara lain.

Setakat ini, inilah cara yang dipilih oleh Allah dan Rasul. Iaitu demi menjayakan perkahwinan, isteri kena taat. Katakanlah suami pun belum taat kepada Tuhan. Namun jalan keluarnya isteri berkorbanlah untuk mampu taatkan suami. Jangan-jangan sikap itu berkatnya akan mengubah suami. Macam ibu yang bersabar dan mengalah dulu demi membesarkan anaknya yang masih kecil. Nanti Allah buatkan si anak membalasinya.

9. Soalan : SIS berkata keganasan rumahtangga berlaku kerana wanita selalu bersikap pasif. Dia menghujahkan Rasulullah SAW juga terkenal sangat baik kepada isteri dengan membantu buat kerja-kerja rumah. Kesemua Persatuan Tindakan Wanita berkata kenyataan suami yang bahagia tidak mendera isteri itu menunjukkan KTS tidak faham sebab-sebab penderaan terhadap wanita berlaku. Apa jawapan kita?

Rasulullah saw mampu khidmat kepada isteri kerana dia merasa dirinya hamba Tuhan. Isteri-isteri Nabi pun rasa hamba, mampu taat kepada Tuhan yakni sanggup taatkan suami. Orang-orang yang tidak taat Tuhan, menentang hukum Tuhan, mampukah taat suami? Memang bila isteri tidak taat akan timbul macam-macam masalah yang jadi punca suami itu pun hilang pertimbangan. Dia salahlah tapi isteri tidak taat puncanya

10. Soalan : Kenyataan daripada Berita Harian hari ini : Kenyataan Dr Rohaya yang mengingatkan isteri melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ dikecam daripada pelbagai pihak sebagai cubaan menjatuhkan imej islam dan menafikan hak wanita dalam islam. Timbalan Menteri di JPM, melihat kenyataan ini sebagai usaha merendahkan martabat wanita islam. Beliau meminta bahagian Pendaftaran Pertubuhan mengambil tindakan awal menyekat pendaftaran KTS bagi membendung budaya tidak sihat yang menular di dalam masyarakat.

Pelacur melakukan pelacuran kerana duit. Isteri melayan suami kerana Tuhan. Sepatutnya isteri boleh melakukan layanan lebih daripada pelacur kerana mengharap keredhaan Tuhan. Bila itu berlaku, bagaimana boleh merendahkan martabat wanita. Di mata suaminya, dia wanita paling istimewa. Pada Tuhan pun begitu sedangkan hal ini tidak sedikit pun mengurangkan apa-apa. Kalau dia Menteri, tetaplah Menteri. Di mana pula rendah darjatnya. Kita bandingkan dengan pelacur walaupun kita tak tahulah apa yang pelacur buat, sebab Perdana Menteri pun gilakannya, tentu kita boleh agak.

11. Soalan : Sutradara Terbaik Festival Filem Malaysia ke 11, U-Wei Shaari menyifatkan saranan Dr Rohaya sebagai naif dan biadab! Katanya tindakan Dr Rohaya yang mengangkat isu membabitkan persoalan seks sebagai kasar, cetek dan kolot. Tapi yang ironisnya dimuka surat sebelahnya Jabatan Agama Islam tangkap warga emas 50 tahun buat maksiat dengan janda muda.

Kasar, cetek dan kolot itu terjadi bila terpampang di dada-dada akhbar perkara yang haram. Nampaknya larangan-larang Tuhan dibuat begitu leluasa. Tidak tahukah akibatnya? Naif dan biadab kalau Dr Rohaya suruh wanita jadi pelacur. Sedangkan Dr Rohaya kata untuk kepuasan suami, isteri cubalah tiru gaya seks pelacur yang sampai PM dan Presiden pun boleh terjelapak di kakinya. Rasanya semua suami pun suka dengan saranan ini. Tidakkah selalu suami cakap cubalah kita tiru chef Wan masak yang sangat sedap itu. Di mana biadabnya?

12. Soalan : Kenapa Presiden Clinton menduakan isterinya Hillary?

Clinton sepatutnya bukan menduakan Hillary kerana Nabi Muhammad mampu memimpin 11 isteri demi kasih sayang pada mereka. Masalahnya ialah Clinton tak pandai memimpin sekalipun cuma 2 orang. Apalagi kalau 11.

13. Soalan : Pelakon barat yang hebat dalam seks dicerai oleh suaminya Brad Pitt yang kemudian berkahwin dengan Angelina Jolie. Kenapa?

Brad Pitt itu sepertilah semua lelaki di dunia, takut dengan perempuan yang garang macam singa atau sangat menyanggah pendapatnya. Maka walaupun seks hebat tapi menakutkan. Kalaulah wanita itu taat dan berakhlak baik masakan dia diceraikan. Masakan Allah Cuma suruh taat dalam hal seks? Pakej taat ialah beribadah, berakhlak, berjuang dan berkorban demi cintakan Allah dan Rasul.

13. Soalan : Yati, dari SIS berkata tidakkah nanti kita akan dapat kritik dari para wanita terutama ibu tunggal kerana kesalahan banyak diletakkan kepada wanita kerana tidak memberi layanan hebat kepada suami, kenapa suami sendiri tak disalahkan kalau dia yang pergi kepada pelacur?

Ibu-ibu tunggal itu sebenarnya mahu taat kepada Allah dan taatkan suami kalau mereka faham betapa untungnya perbuatan itu . Biarkan kegagalan yang lalu menjadi pengajaran untuk kita mulakan cara hidup Islam. Tuhan itu Maha Adil. Tuhan menciptakan suami isteri supaya manusia menyaksikan tanda dan kebesaran Allah. Sayangnya manusia tidak melibatkan Allah yang Maha Besar itu dalam membangunkan rumahtangga. Kalau perniagaan pun tumbang bila Allah tidak tolong, apalagi rumahtangga yang terikat oleh seutas tali kasih yang boleh putus! Kalau Allah marah, berkecailah cinta.
Kembalilah kepada Allah yang Maha Berkuasa itu. Minta tolong padaNya. Hubungkan semula cinta dengan cara bersabar dan bersembahyang. Memang sembahyang itu berat tapi akibat tidak sembahyang adalah lebih berat untuk ditanggung. Sedangkan bagi orang beriman, ujian hidup itu adalah di ambil sebagai satu keperluan baginya.

No comments:

Post a Comment