Thursday, February 23, 2012

Aku Cinta Pada-MU – Tuhan Cinta Agung

alwaliu

AL WAALIU


acpm

“Tuhan Yang Maha Baik telah mencegah perbuatan keji itu dengan kedatangan isteriku yang pada akhirnya membuat kami berfikiran rasional.”

Sshisssss……Sebentuk bongkahan ais terasa mendinginkan hati Susi mendengar pengakuan suaminya selanjutnya. Hati Susi begitu lega mengetahui Reza tidak berbuat hina dengan Rini.

“Walaupun waktu itu kami sempat menyalahkanmu, tapi sebenarnya hati kecil kami tersiksa. Apalagi ketikaAbang dan Rini mendengar Susi melakukan percubaan bunuh diri kami jadi semakin merasa bersalah. Rini terlalu malu denganmu. Dia begitu menyesal telah khianat kepada sahabat karibnya sendiri. Akhirnya dia membuat keputusan berpindah mengikuti suaminya yang membuka perniagaan baru di Mauritius. Dia hanya meninggalkan pesan permintaan maaf kepada Susi melalui Abang. Tinggallah Abang sendirian melalui hari-hari yang penuh penyesalan dan kekesalan. Tapi nasi telah menjadi bubur. Abang terlalu malu untuk menghadap dan meminta maaf kepada Susi. Abang sedar kesalahan kali ini terlalu besar terlalu susah untuk Susi maafkan. Namun, di hati kecilku, Abang tetap mencintai Susi.”

Ketika Reza mengucapkan kalimat terakhir membuatkan pipi Susi merah.

“Kira-kira seminggu setelah Abang mendengar Susi melakukan percubaan bunuh diri, ada kejadian ganjil semasa Abang di pejabat. Suatu ketika tu, Abang baru sahaja menelefon teman Abang di halaman parkir pejabat apabila seorang penjaga kebersihan menghampiri Abang. Abang sempat melihat sekilas pakcik tua itu sejak tadi memperhatikan Abang yang sedang berbincang di telefon. Semakin dekat, pakcik itu semakin mengamati wajahku, Abang jadi rimas, bahkan Abang sempat berfikir orang ini tidak waras, apalagi tiba-tiba saja pakcik itu menunjuk-nunjuk wajahku sambil tersengih”.

“Ternyata tepat dugaanku, wajahnya sama persis, Encik memang benar-benar orang yang ada dalam mimpi saya,” ujarnya gembira.

“Abang sama sekali tidak mengerti pakcik itu berkata apa, yang ada dalam benak Abang adalah orang ini memang benar-benar tidak waras. Anehnya, Abang tidak langsung pergi meninggalkannya, padahal selama ini Abang tidak pernah memperdulikan hal-hal remeh seperti itu, apalagi pada tukang sapu”

“Saya jarang bermimpi Encik, namun jika saya bermimpi, InsyaAllah ada maksud yang terkandung di dalamnya,” Celoteh pakcik itu lagi membuatku geram, namun Abang masih juga belum mahu berganjak dari hadapannya.

“Sebenarnya pakcik mimpi apa? Bukankah kita baru bertemu? Bagaimana bisa pakcik tiba-tiba memimpikan saya?” Tanyaku dengan muka masam namun pakcik itu masih saja tersenyum.
“Kita memang belum saling kenal, Encik kenalkan nama saya Ahmad, kalau nama Encik pasti Reza.” Ujar pakcik itu lagi sambil melirik name tag didaku. Dia menghulurkan tangannya namun tidak kuhiraukan.

“Saya sudah beberapa kali melihat Encik meskipun sekilas, saya juga hairan mengapa tiba-tiba saja Encik hadir dalam mimpi saya.”

“Sudahlah Pakcik, saya tadi kan bertanya, sebenarnya pakcik mimpi apa?” Tanyaku tak sabar.

Saya melihat di atas kepala Encik ada cahaya yang begitu terang, orang-orang di sekitar Encik berebutan ingin meraih cahaya itu, namun mereka sulit mencapainya, sedangkan cahaya itu malah ada di kepala Encik padahal Encik diam saja, Encik tinggal meraih cahaya itu, saya berteriak menyuruh Encik meraihnya, namun belum sempat Encik menuruti kata-kata saya, saya terbangun, tepat pukul tiga pagi, saya terus wudhu dan solat tahajjud seperti biasanya.”

” Papar pakcik itu panjang lebar. Entahlah, ada perasaan haru menyelimuti dadaku saat mendengar cerita mimpinya. Tiba-tiba saja Abang merasa bahagia. Abang tidak tahu mengapa dan Abang tidak mampu menafsirkan mimpi itu, namun Abang yakin itu mimpi yang baik.

“Saya tidak pandai menafsirkan mimpi, namun saya yakin itu mimpi yang baik, semoga hidup Encik dirahmati Allah.” Ah, seperti pandai meneka jalan fikiranku saja pakcik tua itu. Dia lalu kembali menyapu di tengah teriknya matahari, aku jadi malu, pakcik yang sudah tua begitu, sudahlah kerjanya berat, didera pula oleh panasnya matahari, sedangkan Abang yang tidak kepanasan kerana berada di dalam bangunan masih memerlukan penghawa dingin, padahal Abang jauh lebih muda darinya”

bsimillah

Petangnya Abang singgah di Butik Ikhwan, membeli beberapa helai T-shirt, kemeja dan seluar panjang yang kukira muat di badan pakcik itu, entahlah, ada apa dengan Abang, mungkin Abang terlalu bahagia mendengar cerita mimpi pakcik Ahmad atau apa, yang jelas petang itu Abang habiskan untuk membeli barang hadiah untuk pakcik Ahmad. Abang juga membelikan kasut sukan dan sandal kulit, kopiah, sejadah juga kain pelikat.

Ada kebahagiaan tersendiri membayangkan pancaran kebahagiaan pakcik Ahmad atas hadiah yang kuberikan. Sungguh ganjil sekali kan Sus? Susi sudah kenal Abang selama sepuluh tahun, pernahkah sedikit Abang peduli pada orang?” tanya Reza. Susi tidak mampu menjawab, matanya lurus menatap Reza dengan rasa syukur yang mendalam.

“Lalu bagaimana? Pakcik Ahmad menerima hadiah dari Abang?” tanyaSusi mencuba menahan perasaan terharunya.

“Ya, dan sesuai bayanganku, pakcik Ahmad begitu bahagia, ada air yang bergenang di pelupuk matanya, yang tak kuduga pakcik Ahmad menciumi hadiahku. Ah, begitu berhargakah hadiah-hadiah itu? Padahal harganya sama dengan sekali makanku di restoran mewah”

“Terimakasih Tuhan, ini adalah rezeki dari Allah melalui tangan Encik Reza. InsyaAllah aku akan menggunakannya seperluku, selebihnya akan kuberikan kepada yang lain.”

Abang semakin terpana. Berapa lama aku melupakanTuhan? Padahal limpahan kekayaan sudah dilimpahkanNya padaku jauh melebihi orang lain. Sedangkan pakcik Ahmad yang hanya diberi hadiah sekadarnya saja terus saja memuji-muji nama Allah, “

Bersyukur dan terharu, itu hanya sekelumit saja dari yang setiap hari Allah berikan padaku. Abang merasa malu sekali. Abang segera berlari menuju musola pejabat, di sana kebetulan sepi dan Abang menangis semahu-mahunya. Abang mencerca diri Abang sendiri yang sudah melupakan Allah, bahkan di waktu kesusahan pun Abang masih melupakannya, bagaimana pada waktu senang?

Sejak siang itu, Abang mulai solat, dengan terbata-bata kerana banyak yang terlupa.

Malamnya Abang bermimpi bertemu seseorang, wajahnya bercahaya, berserban hijau, berjanggut rapi, Abang dapat mencium harum tubuh dan jubahnya. Entahlah dalam mimpi itu aku terus mencium tangannya, beliau menyambutku kemudian memelukku. Beliau memaparkan dosa-dosa dan kesalahan-kesahanku selama ini, yang paling banyak adalah dosaku pada Allah,ibu dan ayah juga pada Susi. Abang menangis saat satu persatu beliau seperti menguliti diriku akan dosaku. Aku begitu tercengkam dengan dosa-dosaku.Abang tidak henti-hentinya menangis. Namun wajah teduhnya membuatku merasa aman damai di sampingnya, meski begitu tangisku tak juga reda. Beliau lalu meraih bahuku kemudian kembali memelukku, ada perasaan damai tak terhingga yang masih boleh Abang rasakan sampai sekarang.

“Bertaubatlah, anakku, taubat orang yang berdosa lebih Allah sukai daripada tasbih para wali.”

Kata beliau lagi, kemudian aku terbangun, tepat pukul tiga seperti pakcik Ahmad saat memimpikanku. Wajah Abang basah oleh air mata, bererti tangis Abang dalam mimpi itu terbawa sampai ke alam nyata. Abang segera mengambil wudhu kemudian solat taubat, meski terbata, Abang mencuba bertaubat sungguh-sungguh kepada Allah.

Sejak saat itu, secara diam-diam, Abang mengintai kehidupan Susi. Abang fikir waktu itu cahaya yang ada di atas kepala Abang adalah tanda Abang akan kembali pada Susi. Beberapa kali secara sembunyi-sembunyi di waktu malam Abang mencuba pulang ke apartmen tetapi rupanya apartmen telah kosong, Abang sungguh kecewa, rupanya kalian sudah pindah.

Abang lalu pergi rumah kita ini, dan ternyata rumah ini yang Susi pilih untuk ditinggal, terlihat dari tembok yang sudah dicat baru dan dipasangkan langsir di jendela-jendela. Abang fikir mungkin boleh terus masuk ke dalam rumah, namun gagal kerana rupanya sejak peristiwa itu Susi telah mengganti semua pintu dan kunci dengan yang baru. Bagaimanapun, Abang beruntung karena Bik Imah secara sembunyi-sembunyi mahu bekerjasama. Dari Bik Imahlah Abang tahu segalanya, juga tentang Bonda yang telah banyak merubah hidup Susi. Dari informasi Bik Imah ini juga akhirnya Abang dapat berkenalan dan mendapat bimbingan dari Bonda. Mulanya Abang hanya ingin mengintai Susi, namun ternyata Abang terserempak oleh seseorang di depan Pusat Motivasi Global lkhwan.

“Assalamu’alaikum, Mas, senang menunggu seseorang ya?” Tanyanya ramah. Abang jadi kekok dan serba salah sampai tidak menjawab salamnya. Abang hanya mencuba tersenyum, namun pasti kaku sekali.

“Mari ke dalam saja, Mas, kita berbual-bual tidak enak sendiri di sini, selain panas, tidak ada teman.” ajaknya.

Sebenarnya Abang ingin, namun bagaimana kalau tiba-tiba Susi melihat Abang? Bukankah Susi sedang ada di dalam sana? Wajah Abang pasti akan seperti kerang rebus kalau sampai ketahuan Susi.”

Gurau Reza membuat Susi ketawa geli hati. Suasana jadi mencair. Susi belum pernah merasa sebahagia ini sejak hidup bersama Reza, begitu pula sebaliknya. Bahkan kehidupan pengantin baru saja tidak seindah yang mereka rasakan sewaktu ini.

“Lalu, bagaimana lagi selanjutnya, Bang?” tanya Susi ceria. Reza membalas senyum Susi yang dirasakannya senyum paling indah yang pernah diberikan Susi untuknya.

“Abang lalu menolak ajakan orang itu yang pada akhirnya kutahu namanya mas Rizal. Kerana Abang takut terus didesak untuk masuk, maka Abang segera minta izin pergi, namun sebelum pergi mas Rizal memberikan sesuatu padaku yang langsung diletakkannya ke dalam kereta. Abang sempat hairan, aneh betul orang ini, baru kenal dan hanya bercakap sedikit sebentar saja sudah memberi hadiah. Saat Abang terpaksa berhenti kerana lampu merah,Abang penasaran membuka bungkusan pemberian mas Rizal, ternyata sebuah buku, sambil menunggu lampu hijau menyala, Abang tidak sabar ingin membaca buku itu, namun darah Abang sudah berdesir tatkala membaca bahagian belakang buku itu:

‘Jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin.Kalau kita gagal mengenal batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia. Jadi mengenal diri sebenarnya bukanlah mengenal rupa lahir, tapi yang lebih penting sebenarnya mengenal watak batin, iaitu jiwa, fikiran, kepakaran, kecenderungan, watak, nafsu dan kekuatan yang ada pada diri kita. Dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat melatih diri kita dan meletakkan diri sesuai pada tempatnya, jika tidak maka akan terjadi kerosakan di mukabumi ini kerana kita telah melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwa kita. Terjadilah kejahatan krisis jiwa dan ketegangan fikiran hingga hilanglah kebahagiaan” .

DOWNLOAD BUKU : MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI

Bukankah itu yang sedang terjadi pada Abang? Abang tidak sabar ingin mengetahui isinya, namun kereta di belakang Abang sudah membunyikan honnya menyuruhAbang jalan kerana lampu sudah hijau.”

Kedua mata Reza berkaca-kaca. Susi dapat menangkapkeharuan yang sedang menyelimuti suaminya saat ini, sehingga Susi tidak berani bertanya-tanya, dibiarkannya Reza bercerita sendiri.

“Yang anehnya isi dari buku itu sama isinya dengan ucapan orang yang menemui Abang dalam mimpi…” ungkap Reza, air matanya seketika menderas.

Meski tidak faham, Susi mencuba meraih telapak tangan suaminya, mencuba menenangkan perasaan Reza yang tidak dimengertikan Susi.

“Buku berjudul ‘Mengenal Diri Melalui Rasa Hati’ itu Abang baca habis sampai lima kali. Setiap kali membacanya Abang selalu menangis, Abang ingat dosa-dosa dan kebodohan-kebodohan Abang. Hanya membaca satu buku saja Abang sudah merasa masalah Abang akan terselesaikan. Rupanya dengan mengenal Tuhan, mencinta-Nya dan takut pada-Nya, segala masalah dapat diselesaikan. Abang bertekad kuat untuk menjadi orang yang mengenal dengan baik diri ini supaya Abang dapat mengenal Tuhan. Abang teramat yakin bahwa penulis buku itu bukanlah orang sembarangan, beliau orang pilihan Tuhan. Bahasanya dalam buku itu begitu sederhana dan ringan, namun begitu dalam menghujam ke dalam hati. Siapapun akan terpana mengetahui ilmu-ilmu rohani yang dituliskannya dalam buku itu. Abang mencuba menghubungi mas Rizal yang kad namanya sepertinya sengaja diselitkannya di buku itu. Akhirnya melalui Mas Rizal, teman sekerja Bonda di Pusat Motivasi Global Ikhwan, Abang mendapat bimbingan bagaimana seharusnya melalui kehidupan ini. Tuhan telah memproses Abang sebagaimanaTuhan juga telah memproses Susi.”

‘” Jadi selama ini Abang juga mendapat bimbingan dari sana?” Tanya Susi ceria.

“Ya,Abang sudah ke sana sekitar dua bulan yang lalu, setiap motivasi selalu berkesan yang belum pernah Abang temui selama hidup. Terkadang Abang rimas kerana mereka memperlakukanAbang seperti saudara satu ayah dan satu ibu, ramah dan mesra sekali, padahal Abang ini bagai lumpur hitam yang kotor dan menjijikkan. Setiap kali mendapat motivasi Abang lebih banyak disibukkan oleh tangis Abang, Abang merasa malu sekali.” Air mata Reza menitis, semakin lama semakin menderas dan akhirnya Reza terdiam.

Susi terpana, baru kali ini, selama sepuluh tahun pernikahannyaSusi melihat suaminya menangis begitu rupa.

“Kita sangat beruntung Allah membimbing kita yang buta dan tersesat, Sus, kita sangat beruntung, nikmat Allah yang mana lagi yang tidak kita syukuri…?”

Reza mencari mata Susi yang wajahnya menunduk. Susi tidak kuasa menahan lelehan air matanya.

“Selama ini Abang merasa hidup hanya sekali, di dunia saja, mana pernah Abang tahu tentang akhirat? Tiba-tiba tanpa Abang sangka-sangka, Tuhan mengenalkan diri-Nya sendiri pada kita dengan caraNya yang unik, yang tidak pernah terfikir oleh kita sebelumnya. Tuhan Yang Maha Baik masih mahu menerima kita yang sudah berpuluh tahun derhaka pada-Nya Sus.. .”

Sambil bercerita begitu tanpa sedar air mata Reza menitis lagi. Susi juga tidak dapat menahan air matanya. Mereka berdua menangis dengan rasa terharu yang mendalam. Malu, syukur, sesal berbaur perasaan kepada Tuhan memenuhi jiwa mereka.

“Abang sedar bahawa semua ujian yang terjadi pada keluarga kita adalah kerana Abang melupakan Tuhan. Abang hanya cinta pada diri sendiri, Abang hanya mementingkan diri sendiri…” ucap Reza kemudian.

“Susi juga bersalah. Selama ini Susi terlalu cinta dan menganggap Abang adalah segalanya dalam hidup Susi hingga Susi lupa bahwa suami hanyalah pinjaman dari Tuhan yang patut disyukuri dan dijaga dengan baik. Lalu, Tuhan pun murka dan mengambil apa yang Susi cintai itu…” Terbata Susi.

“Abang sungguh menyesal terhadap apa yang telah terjadi di antara kita. Ini semua terjadi kerana dosa-dosa Abang.”

“Susi juga begitu Bang. Susilah penyebab dari segala masalah dalam keluarga kita ” ucap Susi.

“Apakah Susi mau menerima Abang kembali dalam kehidupan Susi? Abang Ingin menebus dosa-dosa Abang kepada Susi hingga Susi benar-benar memaafkan Abang. Abang ingin membahagiakan Susi…”

“Seharusnya Susi yang berkata begitu. Susi juga banyak bersalah kepada Abang.”

“Ternyata cahaya yang ada dalam mimpi pakcik Ahmad adalah dituntunnya Abang untuk mengenal Tuhan ,supaya Abang jatuh cinta dan takut pada-Nya. TuhanCinta Agung kita dengan kasih sayang-Nya, mempertemukan kita kembali.”

Reza mengangkat tangan dan berdoa, Susi mengaminkan.

‘Tuhan! Ampunkanlah aku dan isteriku! Ketika kami merasa saling mencintai hingga kami melupakan-Mu, Engkau pisahkan kami dengan cara yang begitu hina. Engkau hukum kami dengan dosa, derita dan kekecewaan. Namun,ketika kami cuba untuk mengenal dan mencintai-Mu, Kausatukan kami dalam keindahan dan kemuliaan. Engkaulah sumber kebahagiaan dan keselamatan. Selamatkan kami, bahagiakan kami dalam keredhaan-Mu”

Sungguh Engkau Maha Agung. Engkau memang patut dicintai. Tuhan! Jadikanlah Engkau Cinta Agung kami. Agar kami tidak lagi lebih cinta kepada selain-Mu.Agar cinta kami kepada sesama manusia adalah kerana cinta kami pada-Mu.

SEKIAN

No comments:

Post a Comment