Thursday, February 9, 2012

Cinta Mencintai



Kalau cinta kepada Tuhan itu dianggap cinta agung kalau dapat balasan dan respon dari Tuhan alangkah bahagianya. Tuhan Cinta Agung, kita dapat letakkan Tuhan sebagai cinta agung kemudian dapat balasan cinta dari Tuhan, tidak bahagia ke Tuhan Cinta Agung kemudian Tuhan pun balas cinta kita. Itulah tugas kita datang ke dunia iaitu berusaha menjadikan Tuhan Cinta Agung hingga Tuhan balas cinta kita, hingga kita saling cinta-mencintai. Cuma kita nak kena faham cinta kita pada Tuhan ada caranya. Kalau kita tahu caranya baru dianggap cinta. Begitu juga Tuhan cinta kepada kita tidak sama dengan cara kita cinta satu sama lain. Tuhan cinta ada cara tersendiri, kita cinta ada cara tersendiri. Dalam Quran ada disebutkan begini, jika kamu ingin mencintai Allah, maka ikutlah aku nanti niscaya Tuhan akan cinta akan kamu. Di sini Tuhan bagi tahu pada kita, kita di suruh cinta kepada Tuhan.

Ya Allah Engkau kenalkan bahawa Engkau adalah Tuhan,
Aku bangga,
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku,
Aku sembah Engkau selalu tidak jemu-jemu,
Janganlah masukkan kedalam hatiku jemu menyembah-Mu,
Ya Allah aku redha Engkau adalah Tuhanku,
Jangan Engkau tukar redhaku selain-Mu,
Aku harap Engkau juga redha denganku,
Redha-meredhailah kita berdua hingga bertemu,
Ya Allah aku berlindung dengan Engkau,
Dari pada ber-Tuhan-kan selain-Mu,
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan,
Memiliki Engkau, aku rasa bahagia,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Tuhan kerana kelemahanku, aku tidak dapat lagi mencintai-Mu tapi tidak benci,
Walaupun begitu jangan pula,
Engkau tidak mencintai aku,
Aku cuba mencintai-Mu Tuhan,
Tapi belum menjadi kenyataan lagi,
Dengan rahmat-Mu Tuhan, anugerahkanlah rasa cintaku kepada-Mu, Dan juga cinta-Mu kepadaku,
Kuharap kita cinta-mencintai,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan.


Nasyid cinta-mencintai itu membantu kita memahami cinta Tuhan yang Maha Agung. Kita disuruh mencintai Tuhan. Rasulullah bagi tahu kalau kita nak cinta Tuhan ada caranya. Bukan cinta fitrah, cinta nafsu atau cinta bersebab antara makhluk dengan makhluk, kalau kena caranya itu dianggap cinta kita kepada Tuhan. Rasulullah pesan pada kita kalau kita cinta dengan Tuhan hendaklah ikut Rasulullah. Bila ikut Rasulullah itu bererti cinta pada Tuhan, otomatik dianggap cinta pada Tuhan, bila itu dianggap cinta pada Tuhan otomatik Tuhan akan cinta pada kita iaitu ikut Rasul.

Apa maksud ikut Rasul, iaitu ikut syariat yang Tuhan turunkan pada rasul, kena ikut sunnah rasul. Kalau syariat yang Tuhan turunkan pada rasul itu kita ikut jadikan panduan hidup kita, sunnah rasul kita jadikan panduan hidup kita maka Tuhan akui itu tanda kita cinta dengan Tuhan.

Kita cinta dengan Tuhan setelah ikut sunnah dan syariat Rasulullah, kita akan dapat respon dari Tuhan. Kalau kita tak dapat respon Tuhan, taklah cinta-mencintai dan redho-meredhoi. Kita cinta Tuhan, Tuhan cinta kita, tapi Tuhan respon, kita tak faham sebab kita orang akal. Tuhan kasih, kita anggap Tuhan benci sebab kita tak faham. Pesan Rasulullah ada sahabat bagi tahu pada Rasulullah, aku nak cinta dengan Tuhan. Apa jawap Rasulullah, kau sanggup ke kena uji? Tuhan respon dengan ujian, itu yang kita tak faham. Kalau kita tak faham, rosaklah. Tuhan akan respon, Tuhan akan cintakan awak iaitu awak kena uji. Allah cintakan Nabi Ibrahim dibakar, sebab Nabi Ibrahim cintakan Tuhan, responnya ialah Tuhan bakar dia.

Cinta kepada kecintaannya, Nabi Musa kerana cintakan Tuhan, respon dari Tuhan ialah masuk laut. Tak boleh diterima akal. Nabi Yusof kerana cintakan Tuhan, datang respon dari Tuhan, Nabi Yusof faham sebab tu dia redho dan seronok sebab itulah respon cinta Tuhan, antaranya terpisah dari ayahnya 40 tahun, masuk penjara 40 tahun, itu respon Tuhan. Rasulullah lagilah habibullah, lagi banyak respon dari Tuhan. Terpaksa perang 27 kali, macam-macam kesusahan lagi.

Begitu Tuhan cintakan hamba-Nya. Lain betul. Sebab itu saya teringatkan seorang sufi di Baghdad, dia datang dari kampong pergi ke Bandar di Baghdad. Orang sufi ini dia fikir dia dengan Tuhan sahaja. Sekali sekala macam orang tak siuman, datang budak-budak tak faham, pukul dia, batu pasir semua naiklah. Apa kata sufi itu? Ini yang saya nak, buat lagi. Budak-budak hairan, kita pukul dia suruh pukul lagi, kita tabor pasir dia suruh baling lagi. Kerana dia itu cinta dengan Tuhan datanglah respon Tuhan, iaitu Tuhan suruh budak-budak baling dia, pukul dia.

Sebab itu saya ulang lagi pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nak pinang seorang gadis, tengok dia selidik dulu, bila selidik-selidik gadis ni tak pernah sakit, Rasulullah kata jangan kamu kahwin dengan dia sebab dia tak ada perhatian Tuhan. Kalau kita tentulah nak kahwin dengan yang sihat, tapi Rasulullah kata jangan, kalau awak kahwin juga tak ada berkat.

Begitulah Tuhan respon bila orang cintakan Dia, kalau seorang itu dibala dan diuji itu memang satu kehinaan, itu adalah tanda kasih Tuhan. Lain betul Tuhan bila cintakan hamba-Nya. Di sinilah baru kita faham Tuhan balas cinta di Akhirat bukan di dunia. Tuhan uji kekasih-Nya di dunia sebab nak balas di Akhirat. Kita tak faham, tak boleh terima. Sanggup ke untuk terima kasih Tuhan kita diuji oleh Tuhan, sebab itu Tuhan lakukan kepada hamba-Nya kalau nikmat itu banyak di dunia dikurangkan di Akhirat, kalau susah di dunia nak di lebihkan di Akhirat. Bukankah Rasulullah pernah beritahu tentang Abd. Rahman bin Auf. Dia ahli ekonomi, dia kaya, kekayaannya sampai boleh jatuhkan Yahudi. Kata Rasulullah, kau nanti bila mati esok, di kalangan sahabat aku begitu banyak kau akhir sekali, kau merangkak di siratul mustaqim, walaupun kau selamat tapi kau yang akhir masuk Syurga iaitu secara merangkak. . Sebab itu kita diuji oleh Tuhan munasabahlah tanda Tuhan sayang kepada kita. Kalau kita faham Tuhan sayang pada kita, kita tahan menerima ujian dari Tuhan. Kalau kita kata cintakan Tuhan sanggup ke diuji?

Jadi kalau kita tak diuji oleh Tuhan bukan satu keistimewaan, Tuhan tak ada perhatian lagi pada kita. Sebab itu rasul-rasul dah berjuang berpuluh tahun susah payah, dah menang, tak dapat kuasa pun. Nabi Musa dah menang pun tapi tak dapat kuasa, Nabi Ibrahim menang terhadap Namrud tapi tak dapat kuasa, Rasulullah dah menang di Mekkah dan Madinah tapi kuasa kecil sangat sekitar Mekkah dan Madinah sahaja, dunia tu di tangan sahabat bukan Rasulullah. Sebab tu dapat kuasa di dunia itu bukan ukuran Tuhan kasih. Begitu respon Tuhan kepada makhluk yang dicinta, tapi kita orang akal tak faham. Selalu bila diuji Tuhan kita gagal, kita kecundang, tak senang nak dapat cinta dari Tuhan. Nak cinta Tuhan payah, nak kena ikut syariat iaitu sunnah, Tuhan susahkan kita. Kalau kita dah bagi kasih sayang kepada kawan, datang kawan kita susahkan tentu kita cakap tak guna punya kawan. Kita dah bagi kasih sayang dengan isteri, isteri meragam dengan kita, kita akan cakap tak guna punya isteri. Lain betul, nak kasih dengan Tuhan pun payah, nak terima kasih Tuhan pun payah, yang kata cinta mencintailah kita, itu lagi payah.

Kita nak cinta Tuhan kemudian Tuhan nak cinta kita tak senang. Kalau nak cintakan Tuhan ikut aku, maksud tersirat di sini kalau tak ada Rasulullah macam mana. Kalau zaman ada rasul hidup lagi ikutlah rasul, kalau zaman rasul tak ada, inilah nikmat Tuhan, tak ada rasul, pengganti rasul ada setiap zaman iaitu mujaddid. Kalau kita nak kasih Tuhan, ikutlah mujaddid zaman itu, ikutlah maksud tersirat, fahaman macam ni tak ada di pengajian lagi, ulama pun tolak. Maksud tersirat ialah di waktu rasul tak ada cintalah pada mujaddid, berjuang ikut mujaddid ialah mendapatkan cinta Tuhan.

No comments:

Post a Comment