Thursday, February 23, 2012

Kelab Taat Suami KTS menjawab hujah Dr Mashitah & seks dari sudut Islam

KTS menjawab hujah Dr Mashitah & seks dari sudut Islam

AP Photo - OWC Kuala Lumpur

Tujuan ditubuhkan KTS ini adalah untuk memimpin wanita hari ini supaya kembali patuh pada perintah Allah iaitu taatkan suami. Itulah kunci kebahagiaan rumahtangga yang akhirnya akan dapat menguatkan Islam.
Yahudi tahu tentang ini jadi mereka berusaha mencabut roh taat pada suami supaya suami-suami bermasalah di dalam rumahtangga dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya di tangan masyarakat.

Kebanyakan lelaki tidak bermoral yang mencari pelacur adalah lelaki yang sudah berkahwin, jadi penting untuk isteri-isteri berperanan dengan sebaiknya supaya suami yang kurang iman itu tidak menempah dosa . Itu hanya satu cabang ketaatan yang dapat menyelamatkan terjadinya penzinaan yang menghancurkan generasi keturunan.

Ketaatan itu lebih luas maksudnya bukan semata-mata di dalam bilik tidur. Kita sebagai orang awam harus bijak menapis maklumat, jangan hanya terima apa sahaja yang dipaparkan media kerana mereka menghighlightkan yang kontroversi sekadar untuk tujuan komersial.

AP Photo - OWC Jakarta

Kelab Taat Suami Menjawab Lima Hujah Dr Mashitah

1) Tentang pelacur
Dr Mashitah, janganlah menghina sangat pelacur, sebab kita sepatutnya berdakwah kepada pelacur. Bawa mereka kepada Tuhan. Mengapa Dr Mashitah sangat menghina mereka sedangkan Allah SWT hendak kita merasa lebih hina dari mereka. Itulah rasa kehambaan.

2) Hujah Dr Mashitah lebih kepada hendak menunjukkan kuasa. Rasa ketuanan. Semua hujahnya satu hala sedangkan KTS tidak diberi peluang untuk menjawab segala yang dihujahkan itu.

3) KTS membuktikan bahawa anggotanya dapat taat kepada suami dan pada masa yang sama ada yang mempraktikkan poligami. Bukannya tujuan mereka taat suami untuk mengelakkan suami kahwin lagi. Justru ada orang mengulas, kalau taat suami tujuannya nak elak suami main kayu tiga, kenapa ditubuhkan terlebih dahulu KPI ( Kelab Poligami Ikhwan) tahun lalu?

4) Ulama Islam zaman berzaman mengatakan memang isteri kena taat kepada suami. Itu adalah dasar dalam Islam. Ini hukum Tuhan, ini dari Quran dan Hadis, bukan dari Global Ikhwan!

5) Yahudilah yang merancang supaya kalau boleh, di hati orang-orang Islam itu supaya teringinkan pelacur. Wanita-wanita seksi ditayangkan di segenap media mereka, dalam iklan segala jenis produk, filem, muzik, laman-laman web, bahan pornografi. Bujang, suami orang semua terliur. Segala masalah buang bayi, rogol, sumbang mahram, cerai-berai menjadi-jadi. KTS sebenarnya sedang menangani masalah itu secara tidak langsung.

Cuba kita baca apa pendapat seorang Mursyid terkenal, Sheikh Nazim Haqqani tentang kepentingan struktur rumahtangga yang sangat tergugat sekarang dengan segala gangguan ‘kesyaitanan’.

The holiest establishment in the world is family structure. It is the most important and holiest establishment – marriage and family life, and every religion has very strict rules to make it within powerful protection and to keep it for mankind.

Marriage and family life in Islam are protected by very strict and strong rules, because every goodness comes through marriage. Every badness and evil and devils find a way to destroy beliefs and good character. Devils will be successful in their bad intentions by destroying family and marriage. That is the main aims of devils – to destroy family life and the foundations of marriage. The most difficult time for mankind is NOW. Every evil is just pouring on earth, because devils are trying to reach their final aim – to destroy the foundations of marriage and family life.

This is the reason that Western people don’t care about their beliefs as Christians or Jews. There is no more power in Christianity or Judaism over their followers – they are unable to control them, there is now more discipline. The only discipline for marriage and family life which is able to control the lives of people is in Islam. Therefore, Western people are attacking Islamic discipline of families. They are trying to break down that protection, break down the discipline of family, break down the holiness of marriage and make Islam the same as Judaism and Christianity. That is why they are attacking. Mostly atheists are objecting to and rejecting and attacking Islam, family life in Islam and the marriage foundations of Islam.

Bila sebut seks, tak senang hati.

Mengapa orang kita sekarang sepertinya kurang menikmati anugerah seks yang Tuhan halalkan dalam sebuah perkahwinan? Mengapa yang diharamkan kelihatan sangat diidamkan. Yang tak dapatlah yang di angan-angankan, sehingga nak sangat bercerai. Mengapa tidak dijadikan seks suami isteri suatu yang istimewa? Hingga bila orang Islam sebut seks, baca hadis tentang seks eg ” Tunaikanlah walau di belekang unta” pun terasa jijik, terasa lebih hina dari haiwan? Contoh bila disebut hadis ini, apa perasaan anda sebagai seorang Islam?

Ertinya: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk jima’/bersetubuh) & si isteri menolaknya, maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Shubuh. ”

Dalam riwayat lain (Muslim) disebutkan: “sehingga ia kembali”. Dan dalam riwayat lain (Ahmad & Muslim) disebutkan: “sehingga suaminya ridha kepadanya”.

Tak adil ? Mengapa ada yang menganggap seks itu suatu tanggungjawab menyiksakan? Padahal si suami dalam hadis di atas hendak mengajak isterinya melakukan suatu yang menggembirakan, membahagiakan.

Apakah sebenarnya kita sudah terlalu dialpakan dengan masalah dunia? Hingga ‘lupa’ nikmat tertinggi ini? Mencari penghidupan, perincian pekerjaan sentiasa di fikiran. Ingatan pada bil, hutang, pendapatan, duit dalam bank, tak kunjung padam. Sementelahan, ramai pasangan, walau sudah berumahtangga, seronok mencari kebahagian dan ketenangan sampingan dengan asyik bersembang di laman sosial virtual, samada Facebook, Twitter dan entah apa-apa RSS Feed sebagai hiburan, atau masing-masing berteleku di hadapan komputer berasingan, atau terlalu banyak ketagih program televisyen satelit, atau khusyuk melayan permainan-permainan video dan sebagainya. Adakah kita sudah menjadi sebuah ‘robotic nation’ yang kurang perasaan? Adakah hiburan alternatif ini sebagai ganti hiburan seks yang sudah suram? Atau adakah dengan terciptanya kuasa elektrik yang terang benderang, waktu malam manusia sekarang sudah banyak gangguan?


Cuba bayangkan, jika seseorang sedang dalam yang amat kehausan, di suatu hari yang panas terik, tiba-tiba diberi segelas minuman kegemaran yang paling sejuk. Terasa sungguh nikmat Tuhan. Terasa kebesaran Tuhan.

Begitu juga dengan nikmat seks. Ia adalah suatu nikmat yang paling tinggi, iaitu nikmat bayangan syurga. Di dalam Quran banyak diceritakan tentang wildan dan bidadari, yang tugasnya bukan untuk melayan makan minum penghuni syurga, tetapi melayan nikmat khas yang diciptakan itu. Jadi, orang mukmin, bila mendapatkan nikmat itu, mereka akan berkata ” Terimakasih ya Allah” “Maha Hebatnya Tuhan!” ” Maha SuciMu Tuhan!”

Selama ini mungkin kita tidak mengaitkan nikmat itu dengan kebesaran, suatu kurniaan Tuhan, sebab itu dirasakan seks itu lucah, jijik. Seks itu taboo – kata Dr Mashitah.

Dikeranakan itu, dalam perkahwinan, perlakuan seks itu tidak dijadikan penting, sebaliknya dilakukan secara sambilan, acuh tak acuh, sekadar untuk melepaskan tanggungjawab, jadi sukarlah untuk mendapat nikmat seks yang hebat itu. Padahal kalau nikmat ini pun dihayati, sepertimana merasakan kehebatan nikmat mendapatkan segelas air sejuk penghilang dahaga tadi, akan bertambahlah keimanan kita pada Tuhan.

Wanita itu disuruh melayan suami seperti atau melebihi pelacur dalam KELAS TERSENDIRINYA. Kita maksudkan disini ialah ilmu melayan suami yang hebat zahir dan batin. Itu adalah kemahiran. Bukan kita atau anak-anak kita diajar dan disuruh menjadi pelacur seperti kata-kata bak mutiara palsu tiada harga Dr Mashitah. Isteri solehah memerlukan skill @ kemahiran seperti itu untuk memberi layanan yang terbaik. Pelacur mendapat dosa, isteri solehah diberi pahala berganda-ganda, mengalahkan bidadari syurga. Kerana apa? Sang isteri itu yang akan menjadi Ketua Bidadari di syurga kepada suaminya (dengan rahmat Allah)

:: Baca hujah balasan kepada peluru mulut Dr Mashitah di sini dan sini ::

Isteri zaman sekarang, haruslah mengusahakan apabila bertemu suami di rumah, pastikan rumahtangga tenang. Sampaikanlah dahulu hal-hal yang menggembirakan. Jika ada masalah yang boleh ditangguhkan, tunggulah waktunya nanti untuk disampaikan. Kecuali hal urgent, katakan ayah baru sahaja masuk wad sebab sakit jantung @ terhidu bau gas seperti ada kebocoran…

Katakanlah pihak bank dah telefon minta bayaran kad kredit ( ini masalah zaman sekarang ) atau hal prestasi anak yang menurun di sekolah, jangan sampaikan di waktu makannya atau waktu rehatnya. Ini semua akan mengganggu emosi dan kehendak suaminya pada isteri.

Bila terganggu, suami tidak akan dapat menyelesaikan masalah rumahtangga dengan baik. Berbanding jika suami sudah dipenuhi keperluannya, maka apa pun masalah selepas itu menjadi mudah ditanganinya. Sebab itulah, petua orang dulu-dulu, kalau isteri hendakkan sesuatu, layanlah dulu suami elok-elok, sampaikan keperluan hajatnya, bila hatinya tenang, insyaAllah boleh dipertimbangkannya.

Kesimpulannya, zahir dan batin haruslah peka kepada keperluan suaminya, samada makan -minumnya, rehatnya, kesukaan dan kebenciannya.

Bergantung kepada lelaki, keperluan seksnya berbeza-beza. Seorang pemimpin, seperti Menteri, CEO, Pengurus, mungkin tinggi keperluannya sehebat mana tanggungjawabnya. Jadi bila suami sebegini mendapat isteri yang kurang taat, dari segi kurang memberi perhatian atau sering menimbulkan masalah, atau seorang wanita yang domineering ( queen control) sehingga melarat ke hal bilik tidur, maka kita dapat agak bagaimana suasana rumahtangga tersebut. Kemungkinan ke’berang’an si suami yang disimpan dalam hatinya, menjadikannya mencari anasir luar untuk melepaskan keperluannya. Terbaik adalah seorang teman wanita untuk menceriakan hatinya, atau lebih bahaya, sehingga ke tahap memenuhi keinginan seksnya – jika belum sempat menikah di sempadan Thailand. Jalan pintas bagi yang kurang iman adalah melanggani pelacur, mudah.

Para suami yang keperluan seksnya biasa dan sederhana juga memerlukan perhatian sepenuhnya di rumah. Perhatian itu bukanlah seperti cara seorang bayi yang memerlukan ibunya. Mungkin si isteri kena abaikan dulu handphonenya untuk mengelak gangguan yang akan menjadikannya lalai dari suami. Si suami mungkin hendak berhibur, berbual dengan isteri tetapi si isteri asyik melihat Facebooknya atau bercakap tak henti-henti di telefon. Isteri yang prihatin dan ceria akan membuatkan si suami suka agar si isteri itu kelihatan tidak jauh dari pandangannya. Sehinggakan, katakanlah, menggosok baju, melipat kain, pun suami ‘request’ si isteri membuat berdekatan dengan keberadaannya supaya dapat terus berbual dengannya. Huh!

No comments:

Post a Comment