Friday, February 17, 2012

Mujaddid Dan Peranannya Dalam Menghadapi Israel

2386151041_40b478042b

Apa mustahilkah di kalangan bangsa Melayu yang serba sederhana watak dan parasnya, tak tinggi tak rendah, tak hitam tak putih, tak hodoh tak kacak — boleh muncul orang yang Tuhan pilih untuk menyelamatkan Islam di akhir zaman ?

———————————————————————————————————————————–

Penulis : SHUIB SULAIMAN ( Eratimur.com)

Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah disentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi.

Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau peranannya kecil sahaja. Sebaliknya yang tertonjol adalah ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa.

Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid?

Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada di kalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah di sebalik sejarah dan peribadi mereka.

Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola. Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang.

Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekali gus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezamannya. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

Peranan Mujaddid.

Setiap Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama d izaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula berkaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukan ilmu. Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.

417311920_7510507700


Kita berada di awal kurun ke 15.

Seorang Mujaddid telah muncul di awal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bersambung ke zaman empayar Islam pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi digelar dalam hadis sebagai Fata ( Putera Mahkota ) at Tamimi (dari Bani Tamim). Perjuangan Fata at Tamimi bersama Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel.

Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid termasuk Fata at Tamimi yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt.

( Lihat link blog Persoalan Mujaddid & Yaqazah berkaitan Nur Muhammad)

Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Fata at Tamimi di kurun ke 15 ini. Peranan beliau ini amat besar kerana di zamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah di zaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun di zaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masalah yang banyak serta berbagai jenis itu.

Lihat link blog : MUJADDID

Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal?

Yahudi gagal memusnahkan Fata at Tamimi kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa di awal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan Fata at Tamimi itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap Fata at Tamimi serta yakin akan kekalahan di pihak mereka.

Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka Fata at Tamimi serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi.

Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah di zaman ini. Kerana melalui pimpinan Fata at Tamimi serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi.

Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, di pihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa?

Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah dijinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan. Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi.

Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh Fata at Tamimi dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi.

Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan Fata at Tamimi.

Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan Fata at Tamimi dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.


Bhg 1 : Huraian 15 Ciri Mujaddid pada Abuya

fata-tamimi.jpg

ABUYA HAJI ASHAARI Muhammad adalah seorang pemimpin dan pejuang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Beliau begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya sejak kecil hingga kini. Perjuangan beliau memimpin jemaah Islam telah menjangkau 40 tahun.

Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan di luar negara. Kehadiran Abuya dan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara. Walhal hari ini kebanyakan pemimpin-pemimpin Islam lain telah dilupakan dan tidak diambil pusing oleh orang.

Berikut ialah senarai ciri-ciri kepimpinan yang Allah pamerkan pada dirinya yang sudah dikenal pasti yang mana semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah berikan kepadanya.

1. Abuya berjuang di awal kurun

Sebagaimana Hadis Nabi SAW yang memberitahu bahawa setiap awal kurun pasti zahir seorang mujaddid maka tokoh tersebut sepatutnya sudah zahir dan berperanan. Memandangkan kita kini berada di penghujung awal kurun, sepatutnya umat Islam sudah mencari mujaddid tersebut dan berada di bawah pimpinannya kerana mujaddid adalah pemimpin yang Tuhan lantik yang mana manusia amat memerlukan pimpinannya demi keselamatan hidup di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.

Ternyata di sekitar awal kurun ini, jika ditinjau di seluruh dunia, Abuyalah yang paling menonjol perjuangan dan kepimpinannya.

Beliau memang dipersiapkan oleh Tuhan untuk jadi pejuang sedari kecil lagi. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidup matinya. Namun kepimpinan perjuangan Abuya yang bercorak toifah bermula pada tahun 1969 bersamaan 1389 Hijrah sewaktu umurnya 31 tahun. Setelah mendapatkan pelbagai pengajaran dan pengalaman berjuang dalam pelbagai harakah Islam, Abuya muncul ke tengah masyarakat dengan satu perjuangan gaya baru iaitu memperjuangkan dakwah dan kasih sayang di atas kaedah membaiki diri dengan taqwa.

Lahirlah jemaah Darul Arqam. Perjuangan Abuya Ashaari Muhammad pun mula membesar (sekitar tahun 1980-an) dan berkembang ke seluruh dunia. Pada tahun 80-an itu, perjuangan dan kepimpinan Abuya sangat terserlah dengan terbangunnya segala sistem hidup Islam di dalam jemaahnya seperti sistem perkampungan Islam, sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, sistem kebudayaan, media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik dan lain-lain.

Setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan, Abuya kini muncul lagi dengan lebih gagah melalui wadah Rufaqa Corporation Sdn Bhd. Perjuangan Abuya hingga kini mencecah hampir 40 tahun di mana graf kepimpinan perjuangan Abuya sentiasa mendaki anak-anak tangga meniti dan menelusuri jadual Allah.

westdeath.jpg

2. Kenaikan kepimpinan secara nature

Abuya memimpin Darul Arqam selama 25 tahun tanpa ditukar ganti pemimpinnya. Ini kerana dia dijadikan pemimpin dalam jemaahnya bukan hasil undian, tapi diterima oleh hati pengikut-pengikutnya. Sistem tukar ganti pemimpin setiap beberapa tahun atau tempoh-tempoh tertentu, tidak berlaku kerana pengikut atau anak muridnya tidak ada seorang pun yang mahu atau mampu mengambil alih jawatan itu. Ada yang pernah cuba mencabar seperti Akhbar Anang, Mokhtar Yaakub dan Abdul Halim Abbas, tetapi mereka kecundang dengan sendirinya.

Bahkan musuh-musuh yang cuba mengharamkan dan menghancurkan peIjuangannya hingga pernah menjadikannya tinggal seorang, terkejut bilamana manusia tetap datang seorang demi seorang menyerah diri kepadanya untuk dipimpin dan dididik.

Hingga ke hari ini semakin ramai manusia dari golongan atasan, pertengahan dan bawahan datang berbaiah kepadanya dan meminta pimpinannya.


3. Abuya manusia paling cinta dan takutkan Tuhan
Di waktu manusia sudah tidak pedulikan Tuhan kerana terlalu cintakan dunia, Abuya Ashaari Muhammad meletakkan Allah SWT sebagai cinta agungnya. Dengan kata lain, hidup matinya semuahanyalah untuk Tuhan dan kerana Tuhan. Ini dapat dilihat dalam jadual dan program hidup hariannya, sepenuh masanya adalah dengan Tuhan.

Sebagai contoh, umumnya, siapa yang mengenalinya akan tertarik dengan peribadi beliau yang istiqamah sepanjang hidupnya berada awal sekitar 15 minit di sejadah menunggu waktu solat. Beliau juga tidak pernah tinggal solat berjemaah serta tahajud.

Kecintaannya pada Tuhan itu dapat dilihat dalam dua bentuk:

Pertama: Beliau berhabis-habisan dalam mempromosikan Tuhan melalui kuliah rasmi dan tidak rasmi, di dalam tulisan-tulisan beliau, melalui lirik-lirik nasyid karangan beliau serta melalui sistem hidup menurut kehendak Tuhan yang dia bangunkan dalam jemaahnya, yang mana manusia akan dapat melihat kebesaran Tuhan dan keindahan ajaran Islam.

Kedua: Bagi orang yang bergaul dengannya, mereka dapat melihat beliau sangat membesarkan dan mengutamakan kehendak-kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak. Beliau adalah seorang yang zuhud, sabar, berani, pemurah, kasih sayang, tawakal, tawaduk, pemaaf, pemalu, menghormati tetamu, membela jiran, menjaga kebajikan pengikut-pengikutnya dan menziarahi manusia.

Beliau mendoakan musuh-musuhnya dengan kebaikan. Orang menuduh beliau mengambil kepentingan dan menzalimi anak buah. Walhal hakikat sebenarnya dia seorang pemimpin yang sanggup miskin dan susah demi untuk membela orang lain apatah lagi terhadap anak buahnya sendiri.


4. Abuya mendapat ilmu ilham
Rasulullah SAW diberi gelaran ummiy adalah kerana baginda diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melalui malaikat Jibril), tanpa perlu melalui proses membaca dan menulis. Waktu itu gemparlah dunia Arab, Rom dan Farsi melihat seorang yang tidak masuk ’sekolah’ tapi menjadi manusia yang luar biasa kepandaiannya. Demikianlah Tuhan hendak menunjukkan kuasaNya melalui orangNya.

Demikian juga Abuya Ashaari Muhammad, seorang yang tidak punya ’sijil’ tapi ilmunya amat luas. Walaupun diperkecilkan orang alim zamannya tentang dirinya yang dikatakan tiada autoriti keilmuan, namun tidak ada orang yang dapat menolak ilmunya yang cukup global itu dan mampu menyuluh semua aspek kehidupan. Ilmu itu pula bukan hanya tinggal sekadar ilmu tetapi zahir sebagai sistem hidup Islam yang dipraktikkan olehnya dan jemaahnya. Beratus-ratus tajuk buku dan kuliah serta ribuan sajak dan madah sudah Abuya keluarkan. Kuliah-kuliah serta ceramah-ceramah dakwah dan tarbiahnya pula berbagai-bagai tajuk, semenjak beliau muda hinggalah ke umur tuanya.

Setiap minggu Abuya Ashaari Muhammad membawa tajuk baru kepada pengikutnya. Ilmunya ternyata bertambah-tambah dan berkembang-kembang dari masa ke semasa.

Walaupun sebahagian bukunya diharamkan tapi jelas itu ialah program politik negara.

Walhal secara ilmiah, ilmu Abuya sudah diiktiraf oleh doktor-doktor PhD. Misalnya, Tesis Dr. Tasman Ya’cub yang bertajuk ‘Dakwah Islam Dalam Perspektif Haji Ashaari Muhammad’ telah dibahaskan dan diluluskan oleh tujuh orang ilmuan besar Indonesia.

5. Abuya dianugerahkan karamah

Kepada para mujaddid yang memimpin dan mendidik manusia, biasanya Allah berikan karamah maknawiah untuk memudahkan mereka membawa masyarakat kepada Allah SWT.

Terlalu banyak karamah yang Allah perlihatkan kepada Abuya Ashaari Muhammad.

Antaranya:
Ketika Abuya ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA, Abuya
Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan memberi kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian itu pula adalah penghapusan dosa, manakala penentang akan terhukum dengan sendirinya.

Setelah dibebaskan dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd sebagai wadah baru perjuangannya sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhirnya dalam masa 10 tahun, Rufaqa Corporation menjadi jauh lebih gagah daripada Arqam yang telah dihancurkan itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidakmungkin hidup kembali. Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya.

Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit itu lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya membesar. Namun kenyataannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam dan di luar negara, sama ada dari kalangan orang biasa mahupun tokoh-tokoh kenamaan, tokoh-tokoh korporat, golongan profesional, pemimpin masyarakat, artis dan lain-lain.

Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu memberi kesan.

Kalaulah tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin, usahawan, jutawan,ilmuan, karyawan, budayawan atau lain-lain, di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan material yang luar biasa namun belum ada di antara mereka yang mampu membina kemajuan sepertimana yang dibangunkan oleh Abuya.

Sebagai contoh, Abuya berjaya membangunkan ‘bandar’ yang lain dari yang lain iaitu sebuah bandar dengan sistem hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan menjadi model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan.

6. Abuya membangunkan jemaah

Kebolehan Abuya memimpin, mengajar dan mendidik adalah satu kurniaan Allah kepadanya. Abuya mempunyai hati yang amat inginkan keselamatan manusia serta sangat bimbangkan kecelakaan yang menimpa mereka. Beliau sanggup mengambil sebarang risiko, sanggup berhabis-habisan masa, tenaga dan harta demi keselamatan manusia. Kekuatan yang ada pada Abuya inilah yang mampu mengikat anak-anak jemaahnya di atas tali Allah.

Lalu berlakulah di tangannya dua pembangunan yang diidamkan, yakni pembangunan rohaniah dan pembangunan material. Jemaahnya walaupun kedl tapi kualitinya amat mencabar pembangunan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mampu membangun secara duniawi. Rufaqa Corporation yang diterajui oleh Abuya kini mempunyai 700 rangkaian perniagaan di seluruh dunia.

banner.jpg

7. Abuya menzahirkan kebenaran

Abuya bukan sekadar memperkatakan kebenaran tetapi menzahirkannya dalam realiti kehidupan. Beliau telah berjuang dengan gigih dan serius sejak berumur 20 tahun hinggalah kini umumya hampir 70 tahun. Berjuang ertinya berusaha habis-habisan untuk mewujudkan sistem kehidupan berlandaskan Islam. Antara sistem yang telah dibangunkan oleh Abuya Ashaari Muhammad setakat ini ialah:

  • Sistem kepercayaan (aqidah) dalam diri pengikut-pengikutnya yang mana bukan sekadar tahu dan percaya tentang Tuhan tapi dapat merasakan peranan Tuhan dalam kehidupan.
  • Sistem ibadah yang melahirkan rasa kehambaan dan rasabertuhan sehingga membuahkan akhlak dalam kehidupan
  • Sistem keluarga besar dan kecil (poligami) yang mana anggota-anggotanya membesarkan Tuhan dan berkasih sayang, bahagia dan harmoni
  • Sistem pendidikan di peringkat tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak yang membawa manusia kenal, cinta dan takutkan Tuhan
  • Sistem kewangan tanpa riba dan tipu daya
  • Sistem ekonomi yang bermoral dan membela, tidak menindas bahkan bertujuan untuk berkhidmat kepada manusia
  • Sistem kebudayaan yang mendidik dan menghiburkan serta mampu menyuburkan jiwa manusia dengan fitrah rasa bertuhan dan rasa kehambaan
  • Sistem penerangan yang membawa manusia menuju Tuhan
  • Sistem perhubungan antarabangsa tanpa sempadan atau borderless dengan mengikat dan menyatukan hati-hati manusia kepada Tuhan serta kasih sayang sesama manusia
  • Sistem kebajikan Islam yang sangat membela lahir dan batin manusia
  • Sistem perjuangan yang lunak, lemah lembut, berhikmah serta menunjukkan contoh teladan yang baik
  • Sistem sosial yang tidak ada kepentingan diri dan meng utamakan orang lain lebih daripada diri sendiri
  • Sistem kasih sayang dan perpaduan yang benar-benardiperjuangkan sehingga semua orang dapat merasa seperti
  • adik-beradik dari satu ibu dan ayah. Hasil perjuangan Abuya itu, sudah ramai orang yang masuk Islam di tangannya. Antaranya dari Sabah, Thailand, China, Uzbekistan dan Filipina.

8. Abuya adak dapat dihalang oleh penentangnya

Abuya Ashaari Muhammad pemah beberapa kali ditentang oleh bekas muridnya sendiri dengan hasrat mahu menghancurkan Abuya. Namun akhirnya usaha-usaha merekalah yang hancur. Setelah Arqam diharamkan, ada di antara mereka berhasrat membangunkan jemaah baru dengan mengambil pengikut-pengikut Abuya tetapi usaha itu juga gagal bahkan kini mereka sesama mereka makin berpecah belah.

Ada yang beranggapan Abuya telah gagal kerana jemaah Arqam sudah dihancurkan dan dia ditangkap serta dihukum. Namun Allah SWT telah menolongnya. Dia dapat melepasi semua halangan dan akhimya perjuangannya dapat bangun semula dengan lebih gagah dan boleh berkembang sampai ke luar negara. Dalam masa yang sama para penentang yang cuba menghalang perjuangan Abuya itu tidak mampu untuk membangunkan apa-apa. Demikianlah kuasa Allah itu tetap berlaku sama ada dihalang ataupun tidak.

9. Abuya umpama tafsiran Al Quran dan Sunnah bergerak

Para mujaddid membawa tafsiran barn Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ertinya para mujaddid menghidupkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan sehingga dengan itu manusia lebih mudah memahami Islam melalui role model yang dibawa oleh para mujaddid.

Abuya menghidupkan dan menggerakkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW di dalam realiti kehidupan manusia zaman ini. Beliau memberi nafas baru kepada kefahaman Al Quran dan Sunnah melalui stail dan kaedah perjuangan yang dibawanya. Ini jelas dapat dilihat melalui minda-mindanya dalam bentuk kuliah-kuliah rasmi atau tidak rasmi, melalui tulisan-tulisan dalam puluhan buku dan ribuan sajak beliau.

Orang yang mendengar dan membaca mindanya sungguh merasakan bagai ada sentuhan taufik dan hidayah kerana mendapat suatu kesedaran baru dan dorongan untuk mengamalkan minda yang diterima.

Dari sudut aqidah, Abuya menghidupkan rasa bertuhan dalam diri dan hati para pengikutnya. Manusia selama ini hanya tahu Tuhan itu ada tetapi tidak dapat merasakan peranan dan kerja Tuhan dalam kehidupan. Sedangkan rasa bertuhan yang hidup dalam diri manusia itulah menjadi enjin untuk beribadah, bekerja, hidup dan mati kerana Tuhan.

Rasa cinta pada Tuhan jadi pendorong untuk beramal, rasa takut pada Tuhan jadi benteng dari berbuat maksiat.

Dari sudut ibadah, Abuya sangat memperlihatkan sensitivitinya terhadap Tuhan di mana beliau istiqamah seumur hidupnya sekitar 15 minit awal, menunggu-nunggu masuk waktu solat. Sembahyang malam tidak pernah ditinggalkannya.

Abuya menanamkan rasa bersalah dengan Tuhan setelah selesai sembahyang atau selesai membuat lain-lain ibadah dan pekerjaan.

Abuya menghidupkan roh ibadah hingga orang berpuasa kerana
hendak mendidik nafsu, orang berzakat bertujuan untuk mensucikan diri, orang naik haji terasa benar-benar menuju Allah.

Di sudut akhlak, Abuya membawa sistem akhlak yang dilihat sangat indah umpama bunga-bunga yang sedang berkembang di taman. Kasih sayangnya sangat ketara kepada semua manusia tidak kira apa umur atau peringkat kehidupan mereka. Kasih sayang adalah misi utama perjuangannya.

Abuya manusia yang paling sabar menghadapi semua ujian getir dalam perjuangannya. Dituduh sesat, ditinggalkan pengikut yang kemudian menentangnya, terpisah dengan jemaah tujuh tahun lamanya di luar negara terus-menerus, sepuluh tahun di tahan di bawah ISA, jemaahnya dihancurkan dan beliau ditimpa sakit teruk dari tahun 2005 hingga 2007.


Bhg 2 : Huraian 15 Ciri Mujaddid pada Abuya

kebenaran.jpg

Semua ujian ini meletakkan Abuya dan jemaahnya antara hidup dan mati. Allah memberinya kekuatan dan kesabaran menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu-persatu. Hasilnya, peribadi, kepimpinan dan didikannya sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia kerana beliau telah mengamalkan dan mempraktikkan lebih dahulu semua minda yang dibawanya.

Dari sudut perjuangan, Abuya benar-benar menghidupkan isi perjuangan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cuma dalam gaya moden dan canggih sesuai dengan zaman yang serba moden kini. Abuya dapat mengatasi semua strategi musuh yang hendak menghancurkan perjuangannya. Masakan ini semua berlaku kalau bukan dia dimonitor oleh Rasulullah SAW.

Al Quran membawa sistem hidup, Islam as a way of life. Rasulullah SAW menghidupkan sistem Al Quran hingga masyarakat Arab melihat Rasulullah sebagai Al Quran bergerak. Ayat Al Quran turun dalam bentuk wahyu, manakala isi Al Quran itu diterjemahkan dalam sistem hidup yang Rasulullah bangunkan.

Di zaman manusia telah ratusan tahun hidup atas sistem bikinan akal manusia, dunia hari ini telah mengakui sistem hidup yang ada kini telah rosak, hancur dan tidak menemui jalan keluar. Abuya muncul dengan menghidupkan sistem Tuhan yang benar-benar asing daripada sistem dunia yang ada kini.

Dalam peperangan antara sistem hak dan batil ini, Abuya memenanginya. Sistem pendidikan yang Abuya bawa melahirkan generasi baru Al Quran dan Sunnah, sistem kebudayaan yang Abuya cetuskan sudah diterima di Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Sistem ekonomi Tuhan yang Abuya gerakkan menyebabkan kapitalis geleng kepala dan bungkam. Ertinya role model sistem kehidupan yang Abuya bangunkan di semua sudut adalah tafsiran AI Quran dan Sunnah bergerak!

10. Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib termasuk mimpi benar.

Abuya selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah.

Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara:

i. Rasa hati yang kuat untuk bertindak.

ii. Dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil
fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ.

iii. Berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi.

the7sheikh.jpg

Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. ltulah bukti bahawa semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah.

Seorang syeikh tarekat dari Iraq, Syeikh Abdul Jabbar, Abuya mendapat tahu melalui ilham dari Rasulullah SAW bahawa orang itu adalah salah seorang daripada orang kuat Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan Islam di akhir zaman.

Maka Abuya pun menghantar wakilnya untuk berjumpa beliau. Apabila bertemu saja, belum bercakap apa-apa lagi, Syeikh Abdul Jabbar telah berkata kepada wakil Abuya:

“Kejayaan kamu sampai ke sini, adalah hasil rundingan
saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya).”

Walhal secara zahirnya Abuya belum pernah berjumpa dengannya.

Syeikh Abu Mush’ab, seorang syeikh tarekat di Jordan telah menunjukkan buku catatan beliau kepada Abuya Ashaari Muhammad ketika Abuya berada di Jordan.

Di dalamnya bertulis:

“Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke Jordan.”

‘Mesej’ itu diterimanya dari Rasulullah dan Imam Mahdi sebelum kedatangan Abuya ke Jordan.

Syeikh Abdussalam Al Harras, syeikh tarekat dari Maghribi memberitahu Abuya ketika Abuya ke Maghribi pada tahun 1986:

“Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam di
tempat kamu. Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari.”

Beliau berkata bahawa Rasulullahlah yang memberitahunya sebelum Abuya tiba ke rumahnya itu.

Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang kepada Abuya di Malaysia pada tahun 1996 dan memberitahu bahawa orang-orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangannya dan Abuya adalah orangnya di Timur. Mesej itu katanya diberitahu padanya oleh Rasulullah.

Bermula pada tahun 1985, Abuya bersama rombongannya keluar negara dan tidak balik-balik selama tujuh tahun, setelah mendapat alamat bahawa ada ancaman terhadap Abuya dari pihak tertentu dikeranakan pengaruh Abuya yang sudah membesar.

Pada hari pertama tiba di Amman, Jordan, Abuya telah didatangi oleh lima lelaki Arab yang memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Muntazirun. Tanpa perkenalan apa-apa mereka terus bertanya Abuya:

“Kamu yakin dengan Imam Mahdi?”

Abuya mengangguk mengiyakan.

“Kamu tahu dalam hal Imam Mahdi ini ada nas-nas dalam
Al Quran?”
tanya mereka lagi.

Abuya tergamam kerana setahu Abuya, nas tentang Imam
Mahdi hanya ada dalam Hadis. Al Quran tidak!

Belum sempat Abuya menjawab, ketua kumpulan itu berkata,

“Tentu kamu tahu, Al Quran ada menceritakan perihal ibu Nabi Musa yang Allah masukkan ke dalam hatinya rasa yang kuat untuk meletakkan peti kurungan anak kecilnya ke dalam Sungai Nil. Itu saja dirasakannya jalan selamat dari dibunuh oleh Firaun. Maka dia pun memasukkannya dan betul selamat. Walhal kalaulah rasa hatinya itu dibawa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu, tentu ramai tidak setuju kerana tidak mungkin peti itu boleh selamat dalam air.”

Apa yang di dalam hati kamu sekarang tentang Imam Mahdi itu, adalah rasa yang Allah masukkan seperti yang berlaku kepada ibu Nabi Musa itulah. Bahawa kamu terlalu yakin untuk mendedahkan tentang Imam Mahdi dan kamu yakin selamat. Walhal hari ini semua orang tahu bahawa amat bahaya bagi seseorang yang memperjuangkan Imam Mahdi seperti yang kamu lakukan ini. Yahudi sanggup membunuh siapa pun yang mengaku Imam Mahdi bahkan bayang Imam Mahdi pun akan dibunuh. Ertinya pejuang-pejuang Imam Mahdi tidak akan selamat.”

Syeikh itu menyambung,

“Rasa hati seperti ini, kalau diberi kepada seorang nabi dan rasul, itulah wahyu. Tapi manakala diberi kepada seorang yang bukan nabi dan rasul, seperti ibu Nabi Musa dan seperti yang kamu sedang alami, ia disebut ilham. Yakni rasa hati yang kuat, yang menutup akal dari memikirkannya dan memaksa kamu bertindak.”

Dia bertanya lagi kepada Abuya,
“Apakah kamu bertemu
dengan Imam Mahdi?”

Abuya tunduk agak lama. Akhirnya Abuya jawab,
“Itu rahsia saya.”

Muntazirun itu senyum dan berkata,
“Kami faham!”

Perihal keyakinan Abuya tentang Imam Mahdi ini pernah ditanyakan oleh isterinya, Khadijah Aam (Ummu Jah), kepadanya ketika beliau dalam ‘pelarian’nya di luar negara,

“Mengapa Abuya tidak boleh bertolak ansur dengan kerajaan dalam hal Imam Mahdi ini? Bukankah ia hanya perkara khilafiah. Sedangkan mempertahankannya Abuya terpaksa berpisah dengan keluarga, negara dan budaya.”

Abuya dengan marah berkata,
“Pemimpin besar nak datang, kamu suruh diamkan?”

Begitulah sekali seriusnya Abuya memperjuangkan Imam Mahdi ini.


Memang sampai hari ini, walaupun di-ISAkan, dihancurkan jemaahnya dan difatwakan sesat oleh negara, namun Abuya dapat melepasinya dan bangun kembali dengan selamatnya. Ini menjadi satu kejutan besar kepada rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Maka ramailah yang semakin yakin bahawa Abuya ada masa depan kerana mana mungkin pejuang yang kena dua kali ISA dapat meneruskan perjuangannya jauh lebih hebat dan besar dari sebelumnya.

Bahkan waktu Abuya sakit teruk, perjuangannya makin diterima orang dalam negara. Ini tidak mungkin berlaku kalau tidak dibacking oleh Allah melalui dua orang kekasih-Nya, Rasulullah dan Imam Mahdi.

Umat Islam sepatutnya sangat alim perihal peristiwa akhir zaman ini. Sedangkan Yahudi sangat alim perihal Hadis dan Al Quran yang jelas mengisyaratkan semua peristiwa yang bakal berlaku ini. Tapi Yahudi berjaya memutar-belitkannya sehingga umat Islam sendiri memusuhi semua khazanah ini.

buku2-abuya1.jpg

11. Hati manusia berubah olehnya

Abuya didatangi manusia-manusia yang meminta pimpinannya kerana kemampuannya memimpin dan mendidik nafsu dan hati-hati manusia.

Abuya mengajarkan sembahyang itu agung dan mampu membina peribadi yang agung. Lalu pengikutnya dipimpin secara rohiyah, agar memahami dan menghayati lahir dan batin solat-solat mereka hingga sudah ada murid-muridnya yang berubah daripada peribadi asal.

Abuya bersihkan fahaman-fahaman sekular mengenai Islam kepada satu kefahaman yang berteraskan Tuhan. Abuya merubah seseorang yang biadab dengan ibu bapa kepada kembali berbakti, berkhidmat penuh hormat dan memuliakan ibu bapa. Abuya menyelamatkan remaja-remaja yang sudah liar dengan rokok, ternan wanita, pakaian menjolok mata, salah guna dadah, arak dan semua gaya hidup syaitan yang merosakkan dengan cara menanamkan ke hati mereka kepercayaan kepada Tuhan.

Abuya merupakan tokoh utama yang mencetuskan budaya menutup aurat di kalangan wanita-wanita di Malaysia. Beliau membuatkan isteri-isteri menjadi taat, hormat dan mampu meletakkan suami sebagai pemimpin dalam rumah tangga. Abuya menyelamatkan banyak keluarga yang bermasalah secara nasihat dan didikan.

Abuya mampu menukar wanita-wanitanya daripada takutkan poligami kepada sanggup berpoligami lantaran melihat kebaikan-kebaikan dan manfaat yang amat besar daripadanya di sisi Tuhan. Bahkan semua anak perempuannya pun dipoligamikan. Anak-anak hasil poligami itu pula saling menyayangi sesama mereka dan saling menghormati ibu tiri mereka.

Abuya kembalikan orang-orang yang telah terlanjur, ke jalan Tuhan. Abuya wujudkan dalam jemaahnya golongan artis, pelakon, penasyid, pengarah, pemuzik dan lain-lain yang mana gaya hidup mereka semuanya mengikut syariat.

12. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga

Terlalu yakin dengan adanya peranan Tuhan yang Maha Kaya dalam membantu kebangkitan Islam. Abuya bangunkan perjuangannya betul-betul bermodalkan Tuhan. Telah dibuktikan oleh beliau, setiap pejuang yang sanggup baiki diri dengan taqwa, sembahyang malam, bertaubat, tebus dosa (bersedekah), berkasih sayang, wirid, doa maka nescaya Allah akan tunaikan janji-Nya.

Abuya Ashaari Muhammad dilihat begitu kaya, namun dia sebenarnya boleh disenaraikan sebagai seorang yang miskin. Layak menerima zakat kerana rezekinya tiada sumber yang tetap. Istilahnya dia miskin tapi kaya. Kaya tapi miskin. Peribadi beginilah yang dilahirkan oleh Islam yang selamat di dunia dan tiada hisab di Akhirat. Sebab yang kaya bukan peribadi tapi jemaahnya. Masyarakat boleh menumpang kekayaannya.

Realiti hidup Abuya Ashaari Muhammad sebenarnya tidaklah beliau itu berusaha keras untuk kehidupan dunianya. Sementelahan dia sudah pun berumur 70 tahun. Sakit-sakit pula. Dia tiada rumah sendiri, tiada wang di bank, tiada harta, keretanya pun bukan milik peribadi. Aktivitinya cuma mengeluarkan minda-minda (buah-buah fikiran) dan beribadah. Namun peribadinya, keluarga dan jemaahnya kelihatan begitu kaya.

13. Orang yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci

Orang yang sayang padanya terlalu sayang. Manakala yang benci terlalulah benci. Sayangnya orang kepadanya sampai sanggup berkorban habis-habisan dan hidup mati digunakan untuk ikut membantu perjuangannya. Komitmen begini membolehkan Abuya Ashaari Muhammad membangunkan jemaahnya tanpa meminjam dengan bank dan tidak berhutang. Taat setia yang dibuktikan oleh pengikut begitu luar biasa hinggakan semua arahan beliau untuk perjuangan Islam semua terlaksana.

Sebaliknya, bagi mereka yang benci pula tidak mampu mengawal diri kerana rasa benci yang keterlaluan (hingga sanggup menyihir Abuya dan pengikutnya) adalah kerana Allah mahu dedahkan musuh-musuh atau penentang-penentang itu semuanya.

Juga supaya mereka dapat menilai diri dan masyarakat juga dapat menilai, setelah menghancurkan jemaah Abuya, mana jemaah perjuangan mereka yang boleh mereka buat lebih baik lagi, demi agama, bangsa dan negara Islam?

Kebenaran yang Abuya zahirkan cukup indah, mampu menawan hati setiap insan. Kalau ada yang benci, hanyalah kerana orang itu tidak mampu melawan hasad dengkinya. Rasulullah SAW itu, kebenaran yang dibawanya, keselamatan yang ditawarkannya jauh lebih hebat, terserlah bersama mukjizat-mukjizat yang begitu besar, pun masih ada yang menolak dengan penuh hasad dengki. Maka tidak peliklah kalau hal itu juga berlaku kepada Abuya.

14. Doanya selalu dikabulkan Tuhan

Sewaktu ISA, Abuya dihantar ke Bandar Country Homes, Rawang yang di waktu itu masih gersang dan majoriti penduduk di situ adalah kaum Cina. Oleh kerana Abuya sangat memperjuangkan Tuhan dan wibawa agama Islam, maka Abuya telah berdoa kepada Tuhan:

“Ya Allah, jadikan aku orang yang kaya untuk mewibawakan agama-Mu.”
Benar-benar Tuhan telah mengabulkan doanya. Di saat ramai lepasan-Iepasan ISA hidup melarat, Abuya waktu dalam ISA lagi dikayakan oleh Tuhan sehingga dikagumi oleh orang Islam dan bukan Islam di sekelilingnya waktu itu. SB yang memantau Abuya dan musuh-musuh Islam kehairanan memikirkan bagaimana seorang yang masih di dalam tahanan ISA, ditinggalkan seorang diri bersama empat isteri dan 30 orang anak dapat bangun semula membina empayar perniagaan dan jemaahnya.

Abuya sangat mendoakan pengikut-pengikutnya sehingga mereka dipimpin secara rohani dan dimudahkan untuk membaiki diri dan berjuang di jalan Allah. Abuya mendoakan musuh-musuhnya.

Berbuat baik sekalipun kepada orang yang berbuat jahat kepadanya. Sehingga ada musuh-musuh dan penentangnya yang akhirnya berbaiah kepadanya.

Pada Abuya sebenarnya Tuhan menganugerahkan ‘power’ maknawiah yang dengan power itulah doanya selalu dimakbulkan dan berlakunya keajaiban-keajaiban dalam kepimpinannya. Inilah antara karamah-karamah yang Tuhan anugerahkan kepada para kekasih-Nya.

15. Abuya pejuang kasih sayang

Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Malah Abuya melancarkan era kasih sayang yang berjalan beberapa tahun lamanya. Agenda kasih sayang menjadi keutamaan untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuanganny.a dengan tema: Dakwah dan kasih sayang. Abuya adalah bapa kasih sayang.

Kasih sayangnya begitu ketara. Walaupun ditohmah dan difitnah, Abuya tidak melatah atau melenting. Kalaupun Abuya hendak menjawab tuduhan-tuduhan itu, beliau menulisnya dengan membawa hujah ilmiah serta penuh hikmah tanpa memalukan sesiapa.

Sewaktu beliau ditangkap secara ekstradisi, Abuya dan para pengikutnya seorang pun tidak memberontak bahkan pihak polis yang datang membuat serbuan ke premis-premis Arqam dilayan dengan baik. Di dalam ISA pun Abuya sangat memberikan kerjasama bahkan boleh berkeluarga pula dengan pihak keselamatan. Abuya tidak berdendam dengan kejahatan orang kepadanya malah dia mendoakan musuh-musuhnya.

Bahkan di Barat yang amat memusuhi Islam serta menganggap Islam agama keganasan, rombongan penasyid Mawaddah yang dihantar oleh Abuya pada tahun 2003 ke seluruh Eropah dilayan dengan mesranya.

Walhal peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York, masih menghantui masyarakat Barat ketika itu.

Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England, Jerman dan Perancis. Di setiap border antara negara-negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kemesraan. Rupanya Barat menerima pendekatan dakwah Abuya yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.
Thailand yang sememangnya menerima Abuya dan jemaahnya bergelanggang di negaranya, telah ‘meminta bantuan’ Abuya apabila nienerima tekanan dari Amerika yang menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan ekoran dari suasana tegang di Selatan Thai itu.

Maka suatu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’ yang diisi oleh Rufaqa (wakil duta Amerika di Bangkok turut hadir) telah melenyapkan ketegangan tersebut.

mawaddah_johnhoward1.jpg

Begitulah juga yang berlaku di Australia, John Howard, Perdana Menteri Australia menyebut dalam ucapannya bahawa adanya Islam kasih sayang setelah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia.

Jelaslah bahawa keupayaan pembaharuan yang ditunjukkan oleh Abuya dalam kepimpinan dan perjuangannya ini melayakkan beliau digelar mujaddid. Kemampuannya memperkenalkan dan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan beliau layak digelar Al Fata At Tamimi. Sebab menurut Hadis, orang yang benar-benar kenaI Imam Mahdi itu ialah Al Fata At Tamimi, orang kanan kepada Imam Mahdi.



No comments:

Post a Comment