Thursday, February 23, 2012

Taking Sex to the PhD-Level

Tulisan ini dari seorang non-Muslim yang kurang prejudis terhadap isu buku SSI berbanding orang-orang Islam sendiri. Beliau cuba untuk mengulas hal ‘seks spiritual’- (istilah yang digunakan beliau) tetapi gagal kerana tidak faham persoalan roh manusia. Anda disaran membaca buku Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia yang boleh didownload di sidebar kanan blog ini untuk memahami hal roh dari perspektif Islam.

Saya sampai berfikir, sukar benar hendak memperkenalkan kehebatan dan kekuatan alam ghaib kepada umat Islam yang sudah sangat asing dengan agamanya, sehingga terpaksa diperkenalkan secara begini. Yakni setelah timbul kontroversi buku SSI. Walhal kehebatan roh dalam Islam jauh lebih hebat dari sekadar hubungan seks.Isu seks sungguhlah menarik perhatian manusia

Off topic, saya teringat ucapan YB Tuan Haji Hadi malam tadi dalam satu acara yang dianjurkan oleh PAS kawasan Shah Alam. ” Kita (orang PAS) sudah berada di jalan yang betul. Kita tidak melakukan bid’ah. InsyaAllah, dengan pertolongan Allah, golongan yang sedikit akan mengalahkan golongan yang jauh lebih ramai”

Termenung sekejap mendalami ucapan Haji Hadi. Dalam perang Badar, tentera Muslimim dibantu para malaikat. Para tentera Islam di peperangan-peperangan seterusnya dibantu para syuhada yang masih hidup di alam ghaib selain malaikat. Dalam konteks politik demokrasi, alam ghaib tak relevan. Sebab itu lah PAS kena bersekutu dengan parti bukan Islam dan parti yang diterajui pemimpin yang bejat moralnya untuk meramaikan bilangan pengundi. Sebab alam ghaib seperti malaikat dan syuhada tidak mengundi dalam pilihanraya. Jadi tidak relevanlah ungkapan ‘golongan sedikit akan dibantu’ dalam politik demokrasi.

Baca terjemahan Bahasa Melayu artikel ini di bawah sekali.

FRONT PAGE PROMOTION

FRIDAY’S press conference by the Obedient Wives Club (OWC) reminded me of Salt-n-Pepa’s 1991 hit song Let’s Talk About Sex.

The hip-hop song goes: “Let’s talk about sex. Yo, I don’t think we should talk about this. C’mon, why not? People might misunderstand what we’re tryin’ to say, you know? No, but that’s a part of life.”

That about sums up the exasperation of the club embroiled in a controversy after it published a pocket-sized 115-page Malay-language book titled Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia (Islamic Sex, Fighting Jews to Return Islamic Sex to the World).

Embroiled in controversy: The sex guide which was published by OWC.

To clarify media reports that the book encouraged a man to have an orgy with all of his wives, five OWC officials (including two men) met the press.

At the start of the 90-minute press conference in Petaling Jaya, OWC national chairman in Malaysia Fauziah Ariffin read a statement from Hatijah Aam, the club founder.

Hatijah, one of the wives of the late Al-Arqam founder Ashaari Muhammad, said the sex guide was only for OWC members who were married.

“We are disappointed with those who distributed the book without our knowledge until it created a misunderstanding,” she said.

Fauziah then tackled the controversial issue of “seks serentak (simultaneous sex)”.

“Simultaneous does not mean that on the bed there is one man and four women,” she said with a sarcastic laugh.

“When a man has reached a high level of spirituality, his wali (spiritual guardian) – *wrongly defined ~ ~Heliconia~ * can come in contact with his wives wherever they are.

“Maybe one wife is in Ipoh, another in Kuala Lumpur, in Singapore or in Johor but he can ‘come’ to his wife simultaneously. That is the wonder of spiritual sex.”

Wow! I thought. Note to myself: evolve from missionary position. But was “spiritual sex” possible, I wondered.

As if reading my thoughts, Dr Azlina Jamaluddin, a dentist and OWC leader, said it was not something a common person could comprehend.

“To you there might be no logic to what we are saying,” Dr Azlina explained. “But when Prophet Noah built an ark on a mountain at that time there was no logic in what he was doing.”

Mohd Rasidi, a male member of the panel, claimed what was taught in the book was “high level” sex. “It is PhD-level,” he said.

“To understand the book,” said Fauziah, “the author of the book herself wants to talk to the media via Skype from Mecca.”

And Hatijah’s voice filled the conference room.

In an exasperated tone, the 57-year-old Malaysian woman based in Saudi Arabia said the club purposely did not sell the book to non-members because the public would not be able to comprehend it.

In other words, you and I are practising “kindergarten-level sex” as compared with “PhD-level sex”.

And, quoting the Quran, Hatijah went deep into the theory of “spiritual sex”.

Here are some of Hatijah’s insights on sex.

> If your spirit is pure you can have sex with your wife even though you are abroad fighting a war.

> God allows sex sports. And to be good in sex you need practice.

> Orgasm releases a pain killer and helps with fever. But don’t have affairs on the pretext of curing your fever.

> Orgasm prevents wrinkles.

> Sex can make you younger. Jogging can be replaced by “sexcercise”.

> Only animals have sex without mukadimah (foreplay).

> It is important for a woman’s breasts to be sucked in order to prevent breast cancer (quoting a BBC news report).

During the Q&A session, I asked: “I’m curious, has the panel experienced simultaneous sex? Have you reached the PhD-level of sex?”

And – I’m not sure whether I imagined this – the panel members lowered their heads as if they felt sexually inadequate.

After a hush-hush discussion among themselves, Mohd Rasidi said: “So far, it is a knowledge that we are still trying to understand.

“We have not experienced it as our roh (spirit) has not reached PhD-level,” he explained.

“How about Hatijah?” I asked.

And Azlina, the dentist, said: “We have not experienced it yet. We are still trying. The person who has experienced it is Hatijah Aam. Hopefully one day, God willing, we can reach that level.”

Hatijah also revealed that she was writing a second sex guide book.

“The first book revealed 20% (sex knowledge). But the second book will reveal 100%. But we will make sure the public will not get their hands on this book about heaven on earth,” she added.

TERJEMAHAN

———————————————————————————————————————-

KTS inginkan buku seks mereka disimpankan sebagai buku rahsia, memandangkan ia sudah terbongkar, minat tentang buku seks ini masih belum sampai ke tahap kemuncak.

Sidang akhbar KTS pada Jumaat lalu mengingatkan saya kepada lagu popular kumpulan Salt-n-Pepa yang berjudul Let’s talk about sex. ( Mari bercakap tentang seks)

Lagi hip-hop ini berbunyi: ” Mari bercakap tentang seks. Yo, saya rasa kita tak patut bercakap tentang ini. Alah, kenapa tidak? Mungkin orang akan tersilap faham apa yang kita nak beritahu, maklumlah. Tidak, tetapi itu adalah lumrah hidup.”

Itu boleh dikatakan sebagai rumusan ke atas keresahan yang menyelubungi kelab ini dalam kontroversi setelah kelab ini menerbitkan buku saiz-poket setebal 115 muka dalam bahasa Melayu berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia ( Islamic Sexs, Fighting Jews to Return Islamic Sex to the World)

Untuk menjelaskan laporan-laporan media yang mengatakan buku itu menggalakkan lelaki melakukan seks sumbang ( orgy ) serentak bersama semua isteri , lima pegawai ( termasuk dua orang lelaki) telah mengadakan pertemuan dengan pihak akhbar.

Di awal pertemuan sidang akhbar 90 minit itu yang berlangsung di Petaling Jaya, Fauziah Ariffin sebagai Pengerusi KTS Malaysia telah membaca kenyataan akhbar dari Hatijah Aam, Pengasas Kelab.

Hatijah, salah seorang isteri kepada allahyarham Ashaari Muhammad, Pengasas Al Arqam, menegaskan bahawa buku panduan seks itu dikhaskan untuk ahli-ahli kelab yang sudah berkahwin.

“Kami amat kecewa dengan mereka yang menyebarkan buku tersebut tanpa pengetahuan kami sehingga timbul salah faham, ” kata beliau.

Fauziah kemudian menyentuh isu kontroversi iaitu’ seks serentak ( simultaneous sex)’.

” Seks serentak bukan bermakna di atas katil ada seorang lelaki dengan 4 wanita.”…katanya dengan ketawa sinis.

” Bila roh seorang lelaki sudah mencapai tahap kerohanian yang tinggi, walinya ( spiritual guardian- penjaga roh) boleh bertemu dengan isteri-isterinya di mana juga mereka berada.

” Boleh jadi seorang isteri berada di Ipoh, seorang lagi di Kuala Lumpur, seorang di Singapura atau di Johor tetapi dia mampu mendatangi isteri-isterinya serentak. Inilah keistimewaan seks kerohanian.”

Wow! saya terfikir. Nota untuk diri saya: kenyataan yang terkeluar ( evolve) dari situasi pendakwah. Tetapi adakah ” seks kerohanian” boleh berlaku, saya tertanya-tanya.

Bagaikan dia membaca pemikiran saya, Dr Azlina Jamaluddin, seorang doktor gigi juga Pemimpin KTS, berkata ini bukan sesuatu yang mudah difahami bagi orang awam.

” Kepada anda di sana mungkin tidak ada logik dengan apa yang kami perkatakan, jelas Dr Azlina.” Tetapi bila Nabi Noh a.s. membina bahtera di atas sebuah bukit, di waktu itu pun tidak ada logik dengan apa yang dilakukannya.”

Mohd Rasidi, seorang ahli panel lelaki, mengatakan bahawa apa yang diajar dalam buku itu adalah ‘seks yang tinggi.”" Ia adalah taraf PhD,”katanya.

Fauziah berkata,”Untuk memahami buku ini, penulis buku ini sendiri akan bercakap kepada media melalui Skype dari Mekah.”

Dan suara Hatijah memenuhi ruang dewan persidangan.

Dengan suara yang tegas/ marah, seorang wanita Malaysia yang berumur 57 tahun bermastautin di Arab Saudi mengatakan kelab sengaja tidak menjual buku itu kepada bukan ahli kerana masyarakat umum tidak akan dapat memahaminya.

Dengan lain perkataan, awak dan saya sedang mengamalkan ‘ seks bertaraf kindegarten’ berbanding dengan ‘ seks bertaraf PhD’.

Dan dengan merujuk kepada Al Quran, Hatijah mengulas dengan lebih mendalam berkait dengan teori ‘seks kerohanian’.

Di sini adalah beberapa buah fikiran yang mendalam dari Hatijah berkenaan dengan seks:

> Sekiranya roh itu suci, seorang itu boleh menjalinkan hubungan seks dengan isterinya walaupun ketika itu dia sedang berjuang di luar negara.

> Tuhan mengizinkan untuk berpencak seks. Dan untuk mampu melakukan seks dengan baik, ia perlukan latihan.

> Kemuncak seks (orgasm) mengeluarkan ubat yang boleh menghilangkan kesakitan dan menyembuhkan demam. Tetapi janganlah melakukan hubungan seks diluar dengan alasan untuk menyembuhkan demam.

> Klimaks (orgasm) boleh mengelakkan kedutan muka.

> Seks membolehkan seseorang itu nampak muda. Jogging boleh digantikan dengan pencak atau sukan seks.

> Hanya binatang yang melakukan seks tanpa muqadimah.

> Adalah penting untuk payudara dihisap untuk mengelakkan kanser payudara. ( dari laporan BBC)

Sewaktu sesi soal jawab, saya bertanya,’ Saya agak hairan, adakah ahli-ahli panel pernah mengalami seks serentak? Adakah seks anda sudah sampai ke tahap PhD?

Dan, saya tak berapa pasti saya berimaginasi begini- ahli-ahli panel menundukkan kepala seolah-olah mereka merasai kekurangan diri dalam bidang seks.

Setelah berbincang secara senyap di antara mereka, Mohd Rasidi berkata,’ Sehingga kini, ia masih dalam bentuk ilmu yang kami sedang cuba untuk fahami.’

“Kami belum berpengalaman lagi kerana roh kami belum di tahap PhD lagi,” terangnya lagi.

“Bagaimana dengan Hatijah?” tanya saya.

Dan Dr Azlina, doktor gigi, berkata,’ Kami belum mengalaminya lagi. Kami masih mencuba. Orang yang sudah mengalaminya ialah Hatijah Aam. Diharapkan satu hari nanti, insyaAllah, kami akan sampai ke tahap itu.”

Hatijah juga mengumumkan bahawa beliau sedang menulis buku panduan seks kedua.

” Buku yang pertama hanya menyentuh 20% sahaja ilmu seks. Tetapi buku kedua akan menyentuh 100%. Tetapi kami akan memastikan masyarakat umum tidak dapat membaca buku tentang syurga di dunia ini,” tambahnya lagi.


No comments:

Post a Comment