Monday, February 13, 2012

The West on the Brink of Death


Kata Sayidina Ali KMW,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

1. Abuya memberi fokus kepada Eropah khususnya United Kingdom sejak 1991 lagi dengan pelancaran buku ‘Barat Di Ambang Maut’ atau dikenali dengan nama ‘The West on the Brink of Death.‘ Pada tahun itu juga ditubuhkan satu syarikat bernama Asoib International juga sebagai penerbit buku dan telah dilancarkan di sebuah hotel mewah di London. Satu langkah yang cukup berani ibarat menuding jari pada batang hidung barat dengan mengatakan ‘Awak ni nak mati dah!‘ Ketika itu Sungai Penchala pejabatnya masih separuh batu dan separuh kayu. Manakala Barat adalah empayar yang memerintah dunia dengan gagahnya.

Siapa yang mengarahkannya kalau bukan dari percaturan akhir zaman oleh Rasulullah SAW serta Imam Mahdi yang berperanan di balik tabir. Memang Abuya telah memberi pukulan maut kepada Barat dalam buku tersebut sehingga membuka mata umat Islam yang selama ini sangat menyanjungi dan merujuk kepada Barat.

Kemudian Abuya bermusafir ke seluruh Eropah selama sebulan menabur barokah dan menanam benih iman dan Islam, menempuh hampir 15 buah negara Eropah tidak kira kecil dan besar hingga sampailah ke Turki dengan berkenderaan.

Generasi Harapan mengambil bahagian dalam satu expo di Lyons Perancis. Kumpulan ini terdiri sepenuhnya dari anak-anak Abuya.

Beberapa tahun kebelakangan ini Abuya sentiasa menghantar anak-anaknya atas nama Generasi Harapan menyambung kerja-kerja Abuya dahulu. Beberapa konsert ‘Tour Eropah’ telah dibuat di Perancis, German dan UK untuk membuka semula Eropah.

2. Kini dua puluh tahun (20) sudah berlalu. Sekarang 2011 dan tahun depan adalah ‘kiamat’ untuk Yahudi. Barat memang sudah nazak. Suara nazaknya tidak dapat ditutup-tutup lagi. Sekali lagi Abuya datangkan team dan wakil-wakilnya untuk memberi pukulan TKO (Total Knock Out) kepada Yahudi atau Barat. Terasa Rasulullah dan teamnya di sebalik tabir benar-benar mencatur satu kematian untuk pengaruh Yahudi dan di atas itu akan dibina dan dilonjakkan sebuah kebangkitan Islam kali kedua. Islam di Eropah semakin kuat dan semakin menjadi alternatif. Disini 75% rakyat Kristiannya dah tak percaya Tuhan termasuk para pemimpin mereka.Perayaan Krismas hanya jadi budaya. England ada 65 juta penduduk dan sekitar 10 juta menetap di London dan sekitarnya. Banyak gereja kosong dan banyak juga yang sudah bertukar menjadi masjid.

3. Terasa sekarang, sejak mula datang pada 24 Julai 2011 lagi dari sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya

berbagai keajaiban berlaku untuk mengIslamkan Eropah. Contoh kecil…nombor telefon kami main ambil saja dan bukan kami pilih. Bila balik tengok tiba-tiba dapat nombor ajaib 313 dihujungnya dan nombor itulah menjadi nombor perhubungan kami di UK untuk semua urusan Nur Muhammad ataupun OWC dulu dan sekarang. ( 313 menurut hadis-hadis dan asar sahabat adalah bilangan tentera Imam Mahdi di akhir zaman)

Baru genap 4 bulan di London kita sudah ada 2 kenderaan – satu sedan, satu MPV serta sebuah rumah sewa di Uxbridge, 10 minit dari Lapangan Terbang Heathrow.


Sebelum itu, sebulan selepas datang kita sudah dapat cafe 3 tingkat, Nur Muhammad Cafe. Basement bawah sepenuhnya adalah dapur yang agak besar. Ground Floor boleh memuatkan 30 orang makan dan di tingkat satu ada 2 bilik tempat tinggal. Proses mendapatkan café juga satu keajaiban yang besar. Setelah kita mencari beberapa pilihan di internet dan pergi berunding dengan tuannya, akhirnya kita mendapat tawaran yang terbaik di suatu tempat bernama Greenwich yang lokasinya hanya 30 minit perjalanan bas dari Central London. Terletak di belakangnya adalah sungai Thames.

Kita juga dimudahkan tawarannya tanpa perlu membayar kos bayaran membeli business dulu yakni, ditangguhkan selepas 3 bulan barulah dibayar. Kita hanya bayar 3 bulan sewa dan 3 bulan deposit (jumlah dlm 10ribu pound) dah boleh masuk terus untuk berniaga. Bayaran beli business dikurangkan dari 20 ribu kepada 10 ribu pound pula kemudiannya, setelah owner kenal hati budi kita. Tempat-tempat lain kebiasaannya meminta sekitar 25 ke 30 ribu pound bayaran awal baru boleh ambil alih kedai. Itu standard. Kemudian ditambah lagi dgn sewa 3 bulan dan deposit 3 bulan lagi akan menjadikan sekitar 40 ribu pound.

Jelas semuanya keajaiban dimana semuanya dimudahkan untuk kita. Yang lebih mengejutkan, kemudian baru diketahui bahawa Lokasi Greenwich merupakan tempat pelancongan yang terkenal di London. Ia termasuk dalam senarai top 10 untuk dilawati walaupun UK mempunyai beratus lokasi pelancongan. Ini ialah kerana Greenwich terkenal sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa, Greenwich Meridian Time – GMT atau 0 longitude dan di sini juga ada muzium Royal Navy. Greenwich merupakan bandar di raja pada kurun ke 16 dan 17 dahulu ketika British menjadi empayar. Terkini, Greenwich tersenarai top 10 tempat yang terbaik dilawati didunia oleh Frommers Travel Guide untuk tahun 2012 nanti. Pada tahun depan, Greenwich akan menerima cable car bernilai 50 juta pound menyeberangi sungai Thames dan juga pusat bagi Olympic 2012 untuk acara Equistrian iaitu berkuda di Greenwich Park. Satu keajaiban begitu sekali percaturan lokasi tapak untuk London yang begitu strategik dan menarik.

A Pure Heart Is Formed By Clean and Halal Food

4. Ahli di sini 12 orang sahaja. 7 remaja berumur 15 ke 20 tahun dan 5 dewasa termasuk seorang cucu Abuya, Abu Darda Ikramullah. Aktiviti di London ini bermula dgn pelancaran Kelab Taat Suami pada 26 Julai 2011 di Holiday Villa. Selepas itu kita mendapat tawaran mengisi rancangan TV Iran iaitu Sahar TV sebanyak 2 sessi wawancara selama 45 minit membicarakan hal poligami dan juga bagaimana GISB menangani masalah remaja.

5. Bermula dengan menumpang-numpang tinggal dirumah simpati, jemaah menjadi rancak bila kami mendapat kereta dan rumah sendiri di Uxbridge – 10 minit dari Heathrow airport. Banyaklah kerja-kerja ziarah dan bermasyarakat dapat dibuat pada masa tersebut. Keadaan menjadi makin meriah bilamana kami mendapat café di Greenwich. Kami menawarkan masakan Malaysia dan Thai dan kami telah membuat bebarapa jamuan percuma dan terakhir ketika hari terbuka Raya Haji kami menerima tetamu seramai hampir 100 orang pelbagai bangsa datang makan di cafe Nur Muhammad. Nama Nur Muhammad yang luar biasa membuatkan ramai yang tertarik dan kagum.

6. Wakil TV BBC London telah datang untuk membuat dokumentari kehidupan keluarga poligami dan sudah bebarapa kali datang shooting di rumah dan di cafe. Pengarahnya seorang Islam Pakistan sangat tertarik bukan hal poligami sahaja yang hendak difilemkan, beliau juga tertarik dengan konsep Islamic Edutourism yg dilagang oleh Abuya.

Bergambar di radio BBC London

7. Seterusnya kami didatangi oleh dua pemuda bernama Mizan dan Mustafa yang berbangsa Pakistan dan Bangladesh. Mereka datang dari organisasi Muslim Marriage Event yang aktivitinya berkait hal kekeluargaan dan mencari jodoh. Mereka sangat berminat dengan Kelab Taat Suami / Obedient Wives Club yang diikuti sejak awal di UK ini.

Berdialog di cafe selama 2 jam berkait dengan KTS dan organisasi GISB serta Abuya, kita berterus terang tentang semua hal termasuk Abuya sebagai PBT dan kedatangan Al Mahdi yang sangat dekat.

Mereka berfikiran terbuka dan sangat menerima bahkan merekalah yang mengaturkan dan membiayai program dialog poligami serta OWC dengan masyarakat UK, menjemput press, TV dan radio serta akhbar pada program 23 November 2011 lalu di tengah-tengah kota London.

Dialog selama 1 jam setengah itu sangat hangat dan rancak dengan kehadiran seramai sekitar 60 orang lelaki dan wanita termasuk press. Soalan banyak berkait dengan hal poligami. Rentetan dari itu, keesokan harinya kami diinterview melalui telefon oleh BBC Radio selama 10 minit dan hari berikutnya juga diinterview melalui telefon oleh radio BBC lain. Kemuncaknya ialah pada 1 Muharram, 10 siaran BBC radio dari seluruh UK selama 2 jam. Kami seolah-oleh dibawa berarak dari satu stesen radio ke stesen lain dan disoal DJ tempatan selama 5 hingga 10 minit. Setiap radio mempunyai 4 – 7 juta pendengar merangkumi UK, termasuk Ireland. Perarakan maya suara kebenaran dan promosi minda Abuya selama 2 jam secara terbuka seluruh UK. Semua DJ memulakan dialog dengan kata-kata

” Kelab Taat Suami yang penuh kontroversi di dunia, sekarang sudah bertapak di UK, berpusat di London!’

8. Sesungguhnya semua ini adalah benar-benar keajaiban yang dipersiapkan bagi menawan Eropah untuk diIslamkan secara menyeluruh. Ini baru permualaan. InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar keajaiban yang lebih besar lagi akan berlaku !

Sidang akhbar dengan penonton seramai 60 orang di Conway Hall London

Laporan wakil GISB di London. Petikan Bulletin Nur Muhammad Muharram 1433H

No comments:

Post a Comment