Saturday, March 3, 2012

DUNIA PERLUKAN SEORANG NABI

(HELICONIA)

(Sempena Maulid Nabi 12 Rabiul Awal 1433 H)

Di gua Hira’, pada malam Qadar, di suatu bulan Ramadhan, setelah 40 tahun seorang lelaki bernama Muhammad bin Abdullah dan ibu nya Aminah dilahirkan kedunia, baginda didatangi seseorang yang berkata kepadanya :

Bacalah!


Bacalah!


Bacalah dengan Nama Tuhan Mu Yang menciptakan (sekelian makhluk).
Menciptakan manusia dari seketul darah beku.
Bacalah dan Tuhannya Maha Pemurah.
Dialah yang mengajarkan manusia dengan pena (tulisan).

Dengan itu, melalui malaikat Jibrail, Allah telah menabalkan baginda menjadi seorang Rasul untuk memimpin bumi. Jabal Nur (Bukit Cahaya) menjadi saksi utama kepada peristiwa itu. Dunia waktu itu ialah dunia yang membaca tapi tidak di atas Nama Tuhan. Dunia jahiliyah pada masa itu tidak tahu bahawa manusia ini diciptakan oleh Tuhan daripada sebuku darah beku.

Dan manusia pada waktu itu tidak juga tahu bahawa kepandaian membaca dan menulis itu rupanya diajar oleh Tuhan. Maka Nabi Muhammad dijadikan Pesuruh Allah untuk mengajarkan kaumnya tentang perkara-perkara tersebut. Orang pertama yang tunduk kepada Islam ialah Siti Khadijah ra Isteri Rasulullah saw. Kerana dia terlalu percaya bahawa Tuhan ialah Allah dan Muhammad ialah Rasulullah. Sedangkan ramai daripada manusia waktu itu tidak menerima seruan baginda Rasul

Soalannya dalam dunia kita ini, ramai orang yang mampu mengucapkan dua kalimah syahadah itu dan automatik menjadi Islam. Tapi umat Islam, sekalipun tarafnya adalah para ulama yang bertaraf dunia, apa lagi orang Islam yang biasa-biasa saja, tidak mampu pun untuk berbuat sepertimana Siti Khadijah iaitu menyerahkan seluruh kekayaan dan jiwa raganya demi terbangun nya cara hidup Islam Rasulullah.

Nabi Muhammad yang miskin tidak pula meyimpan sekelumit kekayaan, habis semua dikorbankan untuk perjuangan menegakkan cintanya kepada Tuhan. Oleh kerana Nabi berkorban hingga miskin maka para sahabat pun turut sentiasa berkorban dan berhabis-habisan untuk menegakkan Islam sebagai sistem. Tapi dimanakah sistem Islam sejati hari ini? Sistem untuk melahirkan generasi yang mencintai akhirat lebih daripada dunia. Dalam dunia Islam hari ini, yang ada – ialah umat yang berkobar-kobar menyatakan kemarahan terhadap Yahudi, tetapi hakikatnya semuanya berlutut kepada sistem Yahudi! Bilakah akan berulangnya sejarah Yahudi akan menggulung tikar bantal meninggalkan Madinah, seperti yang di hasilkan oleh Baginda dan keluarga serta sahabat? Bila ia akan berlaku oleh kita yang sudah lama mengucap kalimah syahadat bersama ilmu-ilmu Islam yang tinggi-tinggi belaka ini?!

Dunia Islam yang terkenal ini, yang hampir semua kekuatannya sudah musnah dan lebur, walau masih mempunyai al-Quran dan Hadis warisan Rasulullah saw itu, apakah tidak memerlukan seorang ‘nabi’ untuk membebaskan kita dari belenggu Yahudi dan Nafsu Cinta Dunia ini? Untuk memerangi seks haram tajaan Yahudi, untuk memberhentikan kelahiran anak-anak haram dan kahwin sejenis, tidakkah seorang nabi diperlukan? Untuk meruntuhkan Wall Street yang begitu berkuasa mencatur politik dan ekonomi dunia Islam sewenang-wenangnya demi kuasa dan wang mereka, yang terus mencorak dunia -tidakkah seorang ‘nabi beserta orang-orangnya’ amat diperlukan?

Percayalah, wahai umat Islam kita wajib mencari seorang ‘nabi’ untuk kita mendaulatkan semula Islam kita. Ilmu semata-mata tidak cukup nampaknya. Pemimpin yang boleh merealitikan ilmu amat-amat diperlukan. Sahabat dapat menjadi sahabat oleh ilmu-ilmu Al-Quran ialah kerana adanya Nabi bersama mereka. Tanpa Rasulullah, Al-Quran cukup susah untuk dihayati untuk di realisasikan !

Wahai Allah yang Maha Kekal selamanya, kenapa Nabi kami Muhammad saw itu Kau wafat kan hingga kami tiada lagi Nabi? Di manakah dia nabi kami, Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad itu? Sudah habiskah tugas baginda sedangkan baginda kan Nabi akhir zaman. Adakah baginda tidak memimpin kami lagi? Baginda sedang buat apa sekarang sebenarnya?

Tuhanku, masakan Nabi tidak berbuat apa-apa melihat agamanya yang musnah ini? Masakan Tuhanku. Sedangkan sebelum kewafatannya baginda menangis mengenangkan kami.

Oh, jangan-jangan begini statusnya ya Tuhan kami?

” Istimewanya akhir zaman ini, ialah Nabinya memimpin tetapi, tanpa fizikal. Jasadnya diwafatkan tetapi teruslah menjadi Nabi dengan rohnya, yakni Nur Muhammad, asalkan berprinsip Quran dan Sunnah yang sudah selesai disampaikan’

Selain dari itu, Tuhan, Kau menciptakan Muhammad ke II ! Seorang lelaki juga bernama Muhammad bin Abdullah, ibunya juga bernama Aminah. Fizikalnya mirip dari segi wajah, jasad dan kulit Rasulullah saw. Dari Bani Hashim suku Quraisy yang sangat Arabnya. Hubungan Muhammad I dengan Muhammad II ialah Muhammad II akan bertindak bagi pihak Muhammad I iaitu umpama ‘robot’ yang digerakkan oleh kuasa di balik tabir fizikal, manakala roh Muhammad I dapat berhubung ke hati roh Muhammad II.
Mereka berhubung secara teknologi hati @ roh. Nabi Muhammad walaupun wafat tapi rohnya sangatlah boleh berhubung dengan roh umatnya bukan?”

Rasulullah saw pernah bersabda, sabdanya yang ini, sangat popular, hampir semua umat Islam tahu. Bahawa pada suatu hari, Rasulullah saw bercerita kepada para sahabat tentang sekumpulan manusia yang datang ke bumi sesudah kewafatan baginda. Mereka itu ialah Ikhwan Rasulullah. Rasulullah sangat merindukan mereka. Ikhwan juga merindui Rasulullah sedangkan tidak pernah bertemu. Ertinya perhubungan hati yang sama-sama rindu itulah yang terjadi. Ertinya lagi Ikhwan itu berhubung dengan Nabi seperti lah perhubungan Nabi dengan sahabat, sebab Ikhwan mendapat perasaan rindu sama seperti sahabat rindukan Rasulullah saw.

Jangan-jangan Ikhwan inilah sahabat akhir zaman yang akan melakukan kebangkitan islam kali ke 2 di akhir zaman bersama Nabi Akhir zaman yang cukup hebat kerana bekerja dengan teknologi roh. Teknologi yang Yahudi tidak tahu menahu. Mereka tidak tahu bahawa sekarang Nabi Muhammad sedang berinduan dengan Ikhwan nya di bumi. Bahawa Ketua Ikhwan itu ialah Muhammad ke II, yang menerima arahan dari Muhammad I untuk mencorak bumi dengan Islam. Yahudi tidak dapat mengesan kegiatan Muhammad ke II sebab gerakannya semua dibuat secara teknologi roh. Yahudi tidak tahu pun Muhammad ke II di mana dan bagaimana dia sedang menghancurkan Yahudi sebab teknologi barat tidak mampu menguasai teknologi hati.

Tuhan, kalau begitulah yang Kau lakukan untuk umat Islam akhir zaman, alangkah bertuahnya kami.

Mana satukah jemaah Rasulullah di akhir zaman, yang akan mengulangi peristiwa menggempur Yahudi keluar dari Madinah, yang bakal merempat di bumi Allah buat kali ke 2?

Bila pulakah, Dajjal akan lahir untuk membuatkan majoriti umat Islam bakal jadi kafir sebentar?

Bila pulakah Nabi Isa a.s akan turun untuk membunuh Dajjal dan dengannya semua orang Kristian akan memeluk Islam?

Dan bilakah setiap diri kita akan dimatikan Allah?

Akhirnya bilakah hari kiamat akan terjadi?

Wahai roh Rasulullah saw, Nabiku yang dirindui, di hari lahir mu yang ke 1486 tahun ini, ku datangi rumah mu di kampung tempat lahir mu, di pinggir Masjidil Haram Makkatul Mukaromah.

Ku arak ‘roh mu’ dengan keretaku ke sekeliling Masjid Allah itu. Kudendangkan lagu rindu buat mu agar Allah selawatkan dan berkati supaya perhubungan kita ini akan membuahkan futuh Mekah yang Indah.

Kerana Yahudi tidak dapat mengesan bagaimana hati kita yang aktif bekerja. Bahawa penduduk Mekah ditawan hatinya oleh orang-orang-Mu agar insaf. Nanti kepada Imam Mahdi-Mu mereka akan serahkan Kaabah.

Muhammad ke II yang muncul bersama pesuruhnya Fata at Tamimi. Fata at Tamimi itulah tokoh yang mengambil watak Imam Mahdi seketika dia kau arahkan hijrah ke sisi mu di alam ghaib. Bagaikan Syaidina Ali yang berbaring di tempat mu waktu malam Hijrah. Tertipulah musuh mu Ya Rasulullah dengan strategi itu. Kerana Yahudi tak sangka Fata at Tamimi ialah hakikatnya Muhammad ke II yang membayangi Muhammad I.

Jemaah mu pun tumbuh dan mampu melepasi untuk kini berada dengan-mu di kampung Allah, di Mekah. Yakni bilamana Fata at Tamimi juga berhijrah ke kampung Roh mu itu akibat buruan Yahudi keatas nya. Lalu oleh Khadijah II, kau sendiri Ya Rasulullah berhubung ke bumi menggunakan telefon roh yang jauh lebih canggih daripada telefon Yahudi. Mesej mu kepada jemaah mu pun beredar di bumi Yahudi sedangkan Yahudi sama sekali tidak tahu bahawa Khadijah II itu ialah orang dekat Muhammad II. Atau kalau tahu pun, oleh si Yahudi itu, tentang gerakan mu ini Ya Rasulullah, apalah yang mereka boleh buat? Sebab Khadijah sudah tertakluk kepada pemerintahan kerajaan teknologi Roh di Kaabah. Mukjizat mu Ya Nabi Roh, ialah orang tidak nampak pun dirimu yang sedang di hadapan mereka pada malam hijrah mu itu.

Analoginya, lalu Ikhwan mu itu, terus berjuanglah di tanah suci tanpa boleh diapa-apakan Yahudi dan Wahabi itu.

Ya Rasulullah, 12 Rabiul Awal tahun 1433 Hijrah ini, kami sebenarnya merayakan hari kemenangan Hudaibiyah ke II mu di Tanah Haram. Ertinya Futuh Mekah ke II di depan mata. Kerana Muhammad ke II akan muncul bila-bila masa sahaja dari sekarang.

الله أكبر3× ولله الحمد

Selamat Hari Lahir dan selamat memimpin semula Ya Rasulullah saw.

No comments:

Post a Comment