Friday, March 9, 2012

G1M : Satu Jawapan Pada Rencana - Hishamudin Rais

Pandangan dan ulasan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais dalam rencananya yang di siarkan
Empat tahun kemudian – hari ini



Selama 50 tahun selepas mencapai kemerdekaan rakyat Malaysia dapat hidup dalam aman dan damai di bawah pemerintahan Raja dan Perdana Menteri.

Slogan Hidup Melayu dan bersandarkan falsafah Ketuanan Melayu yang di bawa oleh UMNO itu bermula penubuhannya pada tahun 1946 itu memberi banyak kebaikan pada negara Malaysia . Setelah mengalami satu tempoh yang panjang di jajah oleh penjajah orang-orang Melayu tetap dengan ugama Islam.

Dalam diri orang Melayu itu tersimpan 1001 kebaikan dan nilai-nilai yang baik maka sebab itu bila Hidup Melayu maka kaum-kaum lain di Malaysia akan sama nikmati keselamatan dan kesejahteraan.

Kemerdekaan yang telah kita capai dulu adalah di perolehi secara bijaksana tanpa berlaku pertumpahan darah. Pasti ada sesuatu yang tersirat tentang semua itu tentang Bangsa Melayu ini. Bagaimana kisah suatu waktu dahulu, kerajaan British telah memberikan hadiah berbillion ringgit pada Negeri Kelantan untuk membuat Empangan Elektrik Hidro Pergau. ..Pasti ada cerita yang tersirat di sebalik semua itu.

Peristiwa 13 Mei yang telah berlaku juga sebagai satu bukti bahawa jangan sekali-kali ada pihak yang ingin menodai dan menjatuhkan ketuanan Melayu. Orang Melayu mempunyai sifat-sifat yang beradab,bersopan-santun,berbudi, menghormati sesama manusia,pemurah dan pemaaf hasil dari pengalaman nenek moyang dulu setelah memeluk agama Islam. Sifat-sifat ini melahirkan satu bangsa yang penuh Kasih dan Sayang dan bertolak ansur. Maka sifat-sifat ini dapat di buktikan dalam pemerintahan di Malaysia sehingga hari ini pelbagai kaum dapat hidup sejahtera,aman dan damai.

Syukur alhamdulillah sehingga kini, suasana aman damai ini masih di nikmati walaupun pelbagai pihak dari luar melakukan pelbagai usaha untuk menggagalkan usaha2 yang di buat oleh pemimpin untuk mengisi kemerdekaan.



"Perjuangan Belum Selesai"

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.
Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan
kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Sebelum mengatur kita di atur. Rahmat Kasih Sayang Allah yang telah berikan pada Malaysia ini amatlah tak terhitung.

Pandangan yang dikemukakan oleh saudara Hishamudin Rais berhubung dengan ,

"Kemenangan 8 Mac empat tahun dahulu wajib juga dilihat sebagai satu peluang membetulkan kembali sosial konstruk ke landasan yang tepat
untuk melahir satu negara bangsa."


Kenyataan ini lebih memihak kepada usaha-usaha yang telah di buat oleh PKR yang di terajui oleh Anwar Ibrahim. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan matang hari ini boleh menilai menggunakan akal fikiran dan mendapat panduan-panduan dari jemaah-jemaah Islam tambahan pula peristiwa bagaimana kisah-kisah Anwar Ibrahim yang lalu sudah cukup untuk menilai sejauh mana perjuangan yang di bawa oleh beliau.



Kita lihat pada hari ini bagaimana sejarah USA yang penuh berdarah selepasa mencapai kemerdekaan selepas tamatnya "Revolution War" dan bercita-cita untuk Melahirkan Satu Negara Bangsa. Tragedi Berdarah Mewarnai Sejarah USA.
Hari ini kita semua dapat saksikan sendiri betapa nasib yang dialami oleh rakyat Amerika dan kesan kepada penduduk di dunia ini . Apakah kita sebagai rakyat Malaysia pada hari ini ingin mengambil acuan Satu Negara Bangsa yang terbukti kegagalannya?

Sebagai Negara Islam, Malaysia ada cara dan kaedah yang betul untuk membina Satu Negara Bangsa yang berpandukan kepada Piagam Satu Madinah.

Cara dan kaedah yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim tidak menepati dengan Islam. Kaedah dan cara REFORMASI dengan mengadakan demonstrasi di jalanan itu tidak ikut cara Islam.



Pemerintah di Malaysia hari ini juga telah melancarkan Gagasan 1 Malaysia dan mendapat sokongan dari semua rakyat berbilang kaum dan dapat menjadi contoh kepada seluruh dunia yang penuh dengan krisis pada hari ini.



Gagasan 1 Malaysia ini satu usaha murni dan kegigihan pemimpin-pemimpin untuk menjayakannya amatlah luar biasa sekali. Berikut ialah contoh-contoh yang dapat kita saksikan sendiri betapa usaha-usaha ini di buat seluruh negara.

Berikut ialah satu tulisan yang saya ambil dari Facebook Datuk Nasir Safar ,"

PERJALANAN SEMANGAT GAGASAN 1MALAYSIA DITERUSKAN ........ 10hb.Mac . Jam 8.30 pagi , tempat Dewan Taman Negara . Pulau Pinang . 11hb.Mac . Jam 9.00 mlm. tempat didewan Dagang Avenue Food Courd . Taman Dagang . Ampang . rakan2 sila turut bersama .Berikut adalah sebahagian komen ,
Semoga Allah memberkati usaha-usaha murni yang di buat oleh pemimpin-pemimpin kita.

No comments:

Post a Comment