Sunday, March 4, 2012

Malaysia Maju : Membina Tamaddun

TRANSLATE

"Selagi tamadun rohani itu tidak dibangunkan terutama dalam pentadbiran negara, maka selagi itulah kita belum mencapai apa yang dinamakan Malaysia Maju. Kerana Malaysia Maju itu menuntut kedua- dua tamadun itu ditegakkan. Setakat menerap nilai-nilai Islam sahaja tidak memadai."

Seperti yang telah diterangkan di atas, Malaysia Maju itu membawa tamadun. Oleh kerana ia bersifat global dan terlalu luas, mari kita bincang aspek-aspek yang tertentu sahaja supaya nampak jelas ketamadunannya ter-utama yang menyentuh suasana dan keadaan di negara kita. Malaysia Maju membawa dua bentuk tamadun iaitu pertama yang bersifat rohani atau maknawi dan yang kedua yang bersifat material.

Tamadun material tidak perlu disebut atau dibincang sebab ia sudah maklum dan mudah difahami. Kalau kita lihat pembangunan yang ada sekarang, ia akan ditambah lagi. Kalau sedikit pembangunan, ia akan jadi banyak. Kalau tidak canggih, akan menjadi lebih canggih. Dengan gedung-gedung dan pencakar langitnya. Dengan lebuhrayanya. Dengan pelabuhan kapal dan lapangan terbangnya. Dengan jambatan-jambatan yang merentas sungai dan laut. Sistem komunikasi, ICT dan berbagai-bagai lagi. Ini semua boleh dilihat oleh mata. Kerana itu, ia mudah difahami.

Namun tamadun yang bersifat rohani dan maknawi lebih susah untuk difahami.Di samping itu, ruang lingkup tamadun rohani ini lebih luas dan ia tidak dapat dibincangkan dalam semua aspek. Biasanya orang memahami tamadun rohani itu sebagai kemajuan kemanusiaan dan keinsanan. Manusialah yang hendak ditamadunkan. Tetapi disebabkan yang bercakap tentang Islam Hadhari ini ialah Perdana Menteri sendiri, sudah tentulah tamadun rohani yang dimaksudkan bukanlah kemajuan manusia secara umumnya tetapi manusia yang bersabit dengan pentadbiran kerajaan. Bagaimana cara hendak mem-bangunkan tamadun rohani dalam diri-diri manusia yang terlibat dengan pentadbiran negara? Dalam semua kemen-terian dan jabatan-jabatan dan dalam semua agensi-agensi kerajaan. Yang kemudiannya akan diikuti oleh rakyat. Ini yang susah dan ramai yang tidak faham.

Tentang tamadun material, negara kita tidak ada masalah. Berbagai-bagi kemajuan dirancang dan dilaksanakan. Ada rancangan lima tahun dan berbagai-bagai rancangan pem-bangunan yang lain. Hingga kita sudah jadi model kepada negara-negara membangun yang lain di dunia. Tetapi dalam hendak membina dan membangunkan tamadun rohani di dalam pentadbiran negara, kita bingung dan buntu. Kita tidak nampak jalan dan tidak tahu kaedahnya.

Apa yang nyata, selagi tamadun rohani itu tidak dibangunkan terutama dalam pentadbiran negara, maka selagi itulah kita belum mencapai apa yang dinamakan Islam Hadhari. Kerana Islam Hadhari itu menuntut kedua-dua tamadun itu ditegakkan. Setakat menerap nilai-nilai Islam sahaja tidak memadai. Manusianya tidak akan berubah. la tidak akan mem-bawa kepada suatu tamadun.

Tambahan pada itu seperti juga tamadun material, tama-dun rohani ini tidak boleh dibangunkan oleh rakyat jelata atau diserahkan kepada rakyat untuk membangunkannya. Rakyat hanya mengikut. Pemimpin kerajaanlah yang mesti memulakannya. Yang hendak melaksanakannya pula ialah Pegawai-pegawai di jabatan dan kementerian. Barulah kemu-diannya diikuti oleh rakyat jelata.

Kalau tamadun material bersangkut dengan benda, tamadun rohani pula bersangkut dengan manusianya. Manusialah yang hendak dibangun dan ditamadunkan. Manusianyalah yang hendak diHadharikan atau dimajukan. Bagaimanakah hendak majukan manusia yang terlibat dengan kerajaan, bermula dari pemimpin, pegawai-pegawai dan seluruh kaki tangannya? Inilah persoalannya.

MEMAJUKAN MANUSIA DI JABATAN KERAJAAN

Oleh kerana organisasi pentadbiran kerajaan itu besar, mari kita lihat pada satu bahagian sahaja bagaimana orang-orang kerajaan dapat dibangunkan atau dihadharikan. Mari kita lihat dalam satu daerah pentadbiran yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah (DO) seperti Daerah Gombak contohnya. Mari kita lihat bagaimana DO Daerah Gombak boleh menghadharikan orang-orang di bawah pentadbirannya sebagai menyahut seruan Perdana Menteri untuk melaksanakan Islam Hadhari.

Di pejabat daerah, ketuanya adalah DO. Di bawahnya ada ketua Penolong Pegawai Daerah. Di bawah itu pula ada beberapa Penolong Pegawai Daerah (ADO) dengan portfolio atau tugasnya masing-masing. Ini diikuti oleh pegawai-pegawai tadbir, pegawai-pegawai kerani dan lain-lain. Apakah yang mesti dilakukan oleh DO untuk menghadharikan orang-orang di dalam pejabat dan daerahnya.

DO selaku pemimpin nombor satu di daerah itu, kalau hendak mencetuskan Islam Hadhari di pejabat atau di daerahnya, maka dia mesti bertindak sebagai seorang pemimpin, guru, ayah, ibu dan kawan yang setia kepada orang-orangnya. Jelas di sini, DO tersebut mestilah ada lima watak. Bila dia mem-buat arahan atas dasar kerja, itu watak pemimpin. Supaya seluruh pekerja-pekerja itu faham bagaimana hendak bekerja dan supaya setiap masa bertambah tenaga dan pekerja pula bertambah faham.

DO juga mesti tentukan anak-anak buahnya ikhlas bekerja, tidak ponteng atau curi tulang. Ini tentulah hendak diajar dan hendak diberi kesedaran. Paling tidak, ada satu pengajaran yang DO sendiri ajarkan. Supaya orang-orangnya subur Bertambah berkasih sayang dan terjadinya tolak ansur kerjasama di kalangan mereka. Itu semua hendak disuburkan selalu. Jadi seorang DO kena ada ilmu khususnya ilmu agama sebab dia juga mesti berwatak sebagai seorang guru yang mendidik.

Di sini kita tidak boleh lupa tentang tanggung jawab DO sebagai pemimpin terhadap agama dan akhlak anak-anak buahnya. Dia mesti kerjasama di kalangan mereka. Itu semua hendak disuburkan selalu. Jadi seorang DO kena ada ilmu khususnya ilmu agama sebab dia juga mesti berwatak sebagai seorang guru yang mendidik. Di sini kita tidak boleh lupa tentang tanggung jawab DO sebagai pemimpin terhadap agama dan akhlak anak-anak buahnya. Dia mesti tentukan fardhu ain anak-anak buahnya selesai. Dia mesti ambil berat dan mengajar anak-anak buahnya tentang Rukun Iman, Rukun Islam, tentang soal halal dan haram dan budi pekerti mulia (akhlak).

Bila pula dikatakan watak ayah ? Gambarkan dalam sebuah rumah tangga. Macam mana keadaan seorang ayah dengan sesiapa saja yang ada di dalam rumahnya seperti anak isteri, cucu, adik-beradik dan sebagainya. Dia mesti bertanggung-jjawab. Tetapi bertanggungjawab yang bagaimana? Kalau rumahtangga itu di bawa ke pejabat, maksudnya, kalau ada pekerja yang sakit, dialah yang menguruskannya. Sebab pe-kerja itu umpama anaknya sendiri. Kalau tidak ada duit untuk membeli ubat, katakanlah kerajaan tidak berikan wang dan ia menjadi tanggungan sendiri, maka dia sebagai seorang ayah mesti berpakat dengan anak-anaknya yang lain.

Di pejabat, anak-anak itu adalah pekerjanya. Maka bila adaorang sakit, dia hendaklah mengajak pekerja-pekerjanya bersama-sama bertolong-bantu agar dapat membawa orang yang sakit ke hospital swasta misalnya. Itulah sifat atau sikap seorang ayah.

Kalau mendengar ada pekerja yang sakit, dia kena ziarah. Kalau tidak boleh menziarah kerana sibuk, maka dia mesti mengarahkan pekerja lain untuk menziarah. Seorang ayah akan mengingatkan keluarganya, kalau ada kawan sakit mesti pergi ziarah. Pada orang yang sakit pula disuruh sabar. Kemudian siapa yang belum kahwin, dia harus kahwinkan atau cari-kan jodoh. Jangan dibiarkan anak buah begitu sahaja. Kadang-kadang pekerja itu tidak faham bagaimana hendak menguruskannya sendiri. Sesetengah orang itu segan. Jadi sebagai ayah mesti faham. Bila dijodohkan, tentulah hendak dibuat kenduri. Berpakatlah adik-beradik. Di pejabat itu sudah di-anggap adik beradik. Kita tanggung bersama dan buat kenduri bersama.

Contohnya, ada yang bawa beras, ayam, daging, gula, kambing dan lain-lain. Indahnya. Itulah ayah di pejabat bertanggungjawab kepada anak-anak di pejabatnya. Inilah yang dikatakan Islam Hadhari. Kemudian, selepas berkahwin tiga bulan, pasangan pula mula bergaduh. Ayah susah hati. Janganlah terus pergi kepada kadhi. Dalam ajaran Islam, berjumpa kadhi itu adalah jalan yang terakhir sekali. Kalaulah anak dan menantu bergaduh di rumah kita, takkanlah terus disuruh pergi berjumpa kadhi. Tidak mungkin seorang ayah terus menyuruh anaknya berjumpa dengan kadhi. Tentu dia mahu bertanggung jawab.

Contohnya, anak menantu itu dinasihati dan diambil tahu masalah mereka. Kalau di pejabat daerah ada yang bergaduh, DO lah yang akan menyelesaikan masalah mereka. Kalau perkara ini berlanjutan hingga 6 bulan tidak selesai juga, barulah langkah terakhir diambil. Dalam kes ini, sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri, barulah merujuk kepada kadhi. Inilah jalan terakhir.

Begitulah tanggung jawab seorang DO yang berwatak seorang ayah. Dia tidak boleh berfikiran bahawa masalah pekerja adalah masalah peribadi mereka yang mesti diselesai-kan sendiri oleh pekerja itu. Itu adalah cara Barat dan cara Yahudi yang tidak langsung menampakkan keindahan. Cara Islam tidak begitu.

Bagaimana pula berwatak ibu? Ibu adalah tempat bermanja dan tempat mengadu. Kadang-kadang hendak mengadu pada ayah tidak tergamak, apatah lagi bila hendak meminta duit pada ayah. Rasa malu. Jadi berjumpalah dengan ibu. Ibu selalunya menjadi perantaraan antara anak dan ayah. Jadi, ibu itulah tempat bermanja. Maknanya kalau ada kakitangan di pejabat yang ada masalah, dia sanggup berjumpa DO untuk mengadukan masalahnya kerana dia anggap DO itu seperti ibunya. Betapa indahnya bila ia terjadi begitu. Contohnya, seorang pekerjanya tinggal di kawasan yang ada orang jahat atau gangster menyebabkan dia selalu ketakutan. Tidak mungkin dia dapat mencari rumah lain dengan mendadak. Waktu itu, DO itulah seolah-olah ibunya. DO lah yang akan bertindak menyelesaikan masalahnya. Tidakkah itu indah?

Sekali-sekala menjadi kawan setia. Bagaimana DO dapat menjadi kawan yang setia? Itu boleh dilakukan dengan mengutamakan pekerja-pekerjanya. Mengutamakan orang-orang bawahannya. Sangat bertimbang rasa dengan orang-orang bawahnya. Itulah watak Sahabat. Setia dengan orang-orangnya. Ertinya setia dengan Sahabat. Kalau DO itu mampu berbuat demikian kepada orang-orangnya seperti yang digambarkan, iaitu berwatak pemimpin, guru, ayah, ibu dan kawan, maka berlakulah apa yang dikatakan hadhari.

Perkara yang sama juga patut berlaku di kampung-kampung, kementerian-kementerian, sekolah-sekolah dan institusi-institusi. Maka terlaksanalah kehidupan masyarakat hadhari. Kehidupan menjadi cantik dan indah. Dunia sudah menjadi syurga sebelum Syurga. Masalah selesai sebab ada banyak tempat untuk mengadu.

Di rumah ada ibu dan ayah memimpin kita dan di pejabat pula, majikan kita memimpin dan menjadi tempat mengadu. Katalah di peringkat DO tidak selesai, ada wakil rakyat pula di pihak atasannya. Kalau DO tidak berjaya, wakil rakyat pula boleh ambil alih tugas-tugas tersebut iaitu sebagai pemimpin, guru, ayah, ibu dan kawan. Kalau tidak selesai juga, pergi pula kepada kementeriannya. Kalau tidak selesai juga, baru pergi kepada pemimpin yang paling tinggi iaitu Perdana Menteri. Kalau tidak selesai juga, maka barulah berjumpa dengan pihak kadhi dan sebagainya. Itulah caranya mengikut ajaran Islam. Sudahkah perkara ini dijadikan pengajian?

Ternyata kita belum pernah mendengarnya. Jauh sekalilah untuk mengamalkannya. Ini ilmunya. llmu ini perlu ada dahulu dan perlu difahami dan dihayati. Kemudian ia mesti difahamkan kepada orang lain pula. Setelah semuanya faham barulah bertindak. Akan lahirlah buahnya iaitu manusia yang hadhari yang akan membawa pula kepada Islam Hadhari dan masyarakat hadhari. Apa yang belaku di pejabat daerah Gombak seperti yang diceritakan di atas boleh diqiaskan dan diamalkan di semua jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

SIKAP KETUA JABATAN TERHADAP ORANG BAWAHANNYA

Di samping berwatak pemimpin, ayah, ibu, guru dan kawan kepada anak-anak buah, Ketua Jabatan atau DO seperti yang kita contohkan di atas, hendaklah mempunyai sikap yang positif dan membina terhadap anak-anak buahnya dan mengadakan program-program tertentu untuk membimbing dan mendidik mereka.

  • Adakan usrah-usrah untuk mereka. Usrah ini penting kerana ia boleh melahirkan ukhuwah dan kasih sayang. Melalui usrah juga dapat disampaikan ilmu-ilmu dan berita-berita terbaru. Usrah juga berfungsi untuk menyelesaikan masa-lah. Usrah ini bertambah penting untuk mendidik tenaga-tenaga yang penting (key personnel) atau pemimpin per-tengahan kerana mereka juga adalah pemimpin dan mempunyai anak buah di bawah jagaan mereka.

  • Adakan kelas-kelas mengaji. Ini kerana ada di kalangan pekerja yang belum selesai fardhu ain mereka. Kelas-kelas pengajian ini juga dapat melahirkan kasih sayang dan perpaduan yang lebih luas kerana ia bersifat lebih umum, besar dan ramai yang menghadirinya.

  • Sekali-sekala adakanlah jamuan. Jamuan makan boleh menambah kemesraan. la boleh membuahkan kasih sayang dan memberikan kegembiraan kepada yang menjamu dan juga yang kena jamu.

  • Adakan ekspedisi dan perkelahan sekali-sekala. Ini juga dapat mencetuskan ukhuwah dan kasih sayang dan meluaskan pandangan anak buah. Jangan perapkan sahaja anak buah di pejabat sehingga fikiran dan jiwa mereka jadi keras macam dinding pejabat yang mengepung mereka.

  • Sesetengah perkara yang besar dan penting dan sukar difahami elok disyurakan (dimesyuaratkan) terlebih dahulu. Ada arahan yang perlu difahami betul-betul oleh anak buah. Kalau tidak, mereka akan gagal melaksanakan dan akan kurang bertanggung jawab. Namun tidak perlu di-syurakan hal-hal yang mudah dan remeh-temeh.

  • Bermesralah dengan semua orang di dalam jabatan. Memang untuk bermesra itu perkara susah sebab ia melibat-kan hati. Kalau orang itu disukai, mudahlah bermesra. Kalau orang itu tidak disukai, ia agak susah. Tetapi secara lahiriahnya, mesti cuba disamaratakan kemesraan, walau-pun kita terpaksa berlakon. Berlakon-lakon memberi kemesraan tidak salah malah ia digalakkan dalam Islam. Senyum kena diagih-agihkan.

  • Lakukan ziarah. Ziarah penting untuk memperbaiki hubungan dengan anak buah.
    Sabda Rasulullah SAW:
    Maksudnya: "Hendaklah berziarah orang yang tidak ada (jarang berjumpa). Nanti akan menambah kasih sayang."
    Asalkan ziarah itu tidak terlalu kerap atau terlalu lama hingga terjejas pula kerja yang lebih penting. Di kalangan orang-orang penting (key personnel) elok ziarah ke rumah mereka. Di kalangan anak buah biasa, elok di tempat-tempat umum secara berkumpulan.

  • Lahirkan kegembiraan di atas kegembiraan anak buah. Seperti waktu mereka mendapat anak, kahwin atau pangkat. Tunjukkan kegembiraan atas kegembiraan mereka. Kalau boleh, beri hadiah untuk melahirkan kegembiraan. Hadiah boteh menjalin hubungan hati.

  • Jangan mencari-cari atau mencungkil kesalahan anak buah. Mencari-cari kesalahan itu salah menurut syariat. Tuhan haramkan diri kita salah sangka, buruk sangka atau curiga. Itu sebab cara mengintip, mengendap dan tangkap khalwat seperti yang diamalkan sesetengah pihak untuk mencegah kemungkaran tidak menyelesaikan masalah. Tuhan tidak berkati cara itu kerana ia satu kaedah yang mungkar untuk mencegah kemungkaran. la ibarat mencuci najis dengan air najis. Najis tidak bersih malahan bertambah merebak.

  • Kalau anak buah melakukan kesalahan, buat-buat tidak tahu kecuali kalau sudah merbahaya atau merosakkan. Sebab ada anak buah yang merasa terseksa kalau dia tahu pemimpin tahu tentang kesalahannya. Langkah yang terbaik ialah jangan bertindak dahulu. Sedarkan secara umum dan doakan. Moga-moga anak buah akan insaf dan berubah dengan sendiri. Setelah tiga kali kesalahan yang sama diulangi, barulah dinasihati secara empat mata.
    Bagi kesalahan yang berat yakni yang melibatkan pelanggaran syariat dan membahayakan seperti minum arak, mengambil dadah dan sebagainya, maka perlu ditangani secara cepat. Elok dipanggil empat mata tetapi jangan sekali-kali menghebohkan aibnya itu. Mendedahkan aib orang adalah salah di sisi agama kecuali bagi menjaga keselamatan orang lain (seperti pencuri contohnya) supaya orang berjaga-jaga dan berhati-hati.

  • Sebagai pemimpin, tidak dapat tidak kita mesti menerima pengaduan. Setiap perpaduan mesti diteliti dan dikaji terlebih dahulu dan dinilai secara adil. Pemimpin adalah pen-didik. Oleh itu dia mesti pandai menilai antara yang mengadu dan yang diadu. Selidik dan susurlah ke akar umbi akan sesuatu pengaduan, kemudian barulah bertindak. Pemimpin mesti sedar bahawa pengaduan ada hubungan dengan jiwa anak buah. Jangan terlalu melayan aduan hingga pengadu merasa dirinya penting dan dipercayai, rasa bangga dan ego. Jangan pula sampai merosakkan jiwa anak buah yang diadukan dengan tindakan yang gopoh, terlebih dan tidak adil.
    Misalnya, jika yang mengadu itu memang orang yang kita sayang, maka kita terus bertindak tanpa usul periksa. Tetapi sebaliknya, jika yang mengadu itu orang yang kita tidak sayang, maka kita periksa aduannya dengan teliti dan habis-habisan. Begitu juga bagi yang kena adu. Jika yang kena adu itu orang yang kita sayang, kita tidak bertindak. Tetapi kalau yang diadu itu orang yang kita tidak sayang, maka dengan cepat kita bertindak.
    Pemimpin mesti pandai menilai. Kadang-kadang kesalahan yang diadukan itu kecil sahaja. Tidak membahayakan orang yang diadu dan tidak membahayakan orang lain. Tapi kalau aduan yang kecil itu dilayan dan si pengadu dimenangkan, dia akan rasa dirinya besar, bangga dan ego. Ini lebih besar mudaratnya dari kesalahan yang diadukan. Oleh itu pemimpin kena faham mana salah yang besar dan mana salah yang kecil. Pemimpin juga mesti faham kenapa dan mengapa sesuatu kesalahan itu dibuat oleh anak buah. Pemimpin jangan sesekali berdendam, beremosi, mudah salah sangka dan menyimpan tanggapan yang negatif.

  • Kalau hendak menjatuhkan hukuman, hendaklah hukuman itu setimpal dengan kesalahan. Kalau kesalahan itu patut dihukum 50 darjah, janganlah sampai dihukum 100 darjah. Berpada-padalah dalam menjatuhkan hukuman. Dalam Islam salah kerana tidak menghukum adalah lebih ringan daripada tersalah hukum. Apatah lagi hukuman yang berat seperti hukuman mati dan sebagainya. Lebih-lebih lagilah kena diteliti betul-betul.

  • Perlu ambil tahu alamat dan tempat tinggal anak buah Ini penting untuk perhubungan apabila berlaku bencana alam dan kecemasan seperti sakit, kemalangan, kematian dan lain-lain. Mudah pula untuk kita menziarah dan mem-beri bantuan.
    Keadaan rumah dan tempat tinggal mesti juga diperhatikan. Apakah selesa atau tidak. Apakah bahaya atau selamat. Apakah perlu dipindahkan atau dibantu.

  • Perhubungan pemimpin dengan anak buah bukan dalam soal kerja dan tugas sahaja tetapi juga dengan keluarga mereka. Pemimpin mesti usahakan sekali sekala bertemu dengan keluarga anak buah. Misalnya, adakan perhimpunan hari keluarga dari masa ke semasa untuk merapatkan silaturrahim dan menjalin kasih sayang.

  • Pemimpin elok menjadi imam solat. Pada hari Jumaat pemimpin elok jadi khatib (membaca khutbah).

No comments:

Post a Comment