Sunday, March 18, 2012

Pemerintahan Alternatif adalah Pentadbiran Rasulullah

..

Bila kita memperkatakan pemerintahan sesebuah kerajaan di dunia hari ini, ia merujuk secara langsung kepada pemerintahan sistem politik barat.

Tidak ada mana-mana pejuang termasuk umat Islam sendiri yang mahu merujuk perjuangan mereka kepada Islam yakni kepada Al Quran dan sunnah.
Pemerintahan adalah sesuatu yang sangat penting. Namun kita sedih mengapa pejuang-pejuang Islam tidak nampak bahawa di dalam Islam itu sendiri ada sistem pemerintahannya sendiri. Apalah ertinya, kita hanya pandai melaungkan bahawa Islam itu syumul yang mencakupi semua sistem hidup dari yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya seperti sistem pemerintahan negara. Tetapi dalam hal pemerintahan negara mereka merujuk kepada barat. Sebabnya mereka mengatakan bahawa ini terpaksa. Tidak ada alternatif! Ertinya mereka menganggap Islam tidak ada jalan keluar dalam sistem berpolitik.

Rata-rata pejuang Islam mengamalkan sistem politik sekular yang tidak Islamik itu. Mereka lupa bahawa Rasulullah yang lahir di zaman jahiliah telah menunjukkan jalan politik sebenar hingga tertegak pemerintahan Islam di tengah masyarakat yang politknya dikuasai oleh Yahudi. Bukan itu sahaja, malah politik yang dilagang oleh Rasulullah telah membunuh sistem Yahudi.

Pejuang Islam kini telah lupa sejarah kegemilangan tersebut. Lantaran itu mereka sendiri terjebak dalam sistem barat itu. Dari sistem memilih pemimpin-pemimpin sampailah kepada megatur cara perjalanan sistem mentadbir parti dan pengikut-pengikut. Sistem ini bilmana dibawa kepada memilih pemimpin-pemimpin negara, seluruh rakyat dilibatkan, tidak kira si tua atau muda, yang tahu atau yang jahil, yang bodoh atau yang cerdik, yag siuman atau tidak, yang buta atau yang celik, semua ikut memilih bila syarat umur cukup. Sistem ini sangat tidak ikut cara Islam kerana ia akan mencetuskan perebutan jawatan cara tidak halal. Akan berlaku rasuah, fitnah memfitnah, berbohong, menipu, membuat janji-janji palsu dan seribu macam helah. Yang diutamakan ialah untuk menang dan menjadi pemimpin. Inilah sistem menghalalkan cara selain dari mencampur-adukkan yang haq dan yang bathil.

Di dalam Al Quran Allah berfirman, maksudnya:
“Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tiadalah balasannya bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan”
(Al Baqarah 85)
Sistem pemerintahan barat yang dilahirkan melalui sistem politik mereka sebenarnya berada di ambang maut. Abuya sudah lama mengatakannya melaui buku yang ditulisnya bertajuk “Barat Di Ambang Maut” yang juga diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris bertajuk “The West On The Brink Of Death”. Abuya mendedahkan betapa semua sistem ciptaan barat akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan hidup manusia. Hatta sistem rumahtangga pun akan rosak disebabkan oleh sistem politik barat.

Pada hari ini kita dapat menyaksikan betapa bukan barat saja yang musnah dik sistem politik ciptaan mereka malah mana-mana negara sebelah timur yang menganut dan melaksanakan sistem mereka itu juga membawa kemusnahan kepada kehidupan masyarakat mereka. Khususnya yang dapat kita lihat hari ini ialah bagaimana musnahnya negara-negara di Timur Tengah. Sistem pemerintahan yang mereka amalkan bersandar kepada sistem barat nyata tidak membawa masyarakat kepada kehidupan yang aman makmur. Bukan sahaja tidak mendapat pengampunan Tuhan malah mendapat kemurkaan dan penghinaan dari Tuhan.

Sampai bilakah kita terus terbawa-bawa melaksanakan sistem politik sekular ini dalam pemerintahan negara? Wakaupun masyarakat kita sudah sedar akan segala kepincangan dan kerosakannya, sampai bilakah kita hendak biarkannya berterusan? Dan sanggupkah kita melabelkan Islam tidak ada jalan keluar untuk memerintah negara?

Sebenarnya dalam sistem pemeritahan dunia yang hiruk pikuk dan kacau bilau waktu ini, pemerintahan Islam adalah pemerintahan alternatif. Ia bukan saja alternatif sebagai jalan keluar tetapi ia adalah pilihan yang hakiki kerana ia bukan pemerintahan ciptaan manusia. Ia adalah pemerintahan ciptaan Allah yang bersandar kepadan Al Quran dan Sunnah. Ia ada jaminan dari Allah untuk membawa manusia selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya:
”Negara yang aman makmur mendapat keampunan Tuhan”
( As Saba’: 15)

Seekor katak menumpang belakang seekor ular untuk
melepasi
banjir besar Australia - Armin Gerlach

Makmur di sini bukan saja kehidupan lahiriah sahaja tetapi ia juga kemakmuran maknawi di mana manusia hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama, beriman dan bertaqwa.

Bagaimana ia boleh terjadi. Ia berasas kepada pemimpin yang dipilih oleh Tuhan, bukan pemimin yang dipilih oleh jari-jari manusia. Demikianlah politik Tuhan dalam menentukan sistem pemerintahan Islam. Tuhanlah yang mencatur bukan manusia. Dalam sistem politik yang manusia catur, ramai yang mendapat kepentingan dari jawatannya. Sedikit sekali yang memberi keuntungan kepada negara dan rakyatnya. Malah ada juga yang merugikan dan memberi masalah besar kepada negara dan rakyat. Mereka boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat. Hilang perpaduan dan kasih sayang.

Demikianlah cara politik kotor barat dengan sistem-sistem pemerintaan yang mereka cipta seperti demokrasi, sosialisma, komunisma dan sebagainya. Sistem-sistem ini sudah mulai gugur satu demi satu. Ribuan manusia yang terkorban akibat dari sistem pemerintahan ini dan kepimpinannya. Inikah yang dikatakan pemimpin yang hendak membawa kepada keamanan dan kemakmuran negara dan rakyat?

Ada juga di kalangan rakyat seperti tidak sedar terhadap penipuan dan putar-belit pemimpin seperti ini. Rakyat masih terus mahu memberikan pemilihan mereka terhadap orang-orang seperti ini.

Sudah tiba masanya umat Islam diajak melihat jalan sebenar dalam pemerintahan negara. Ianya sudah wujud dan sudah bertapak dalam masyarakat kita. Ia boleh dilihat sebagai model satu pemerintahan yang akan membawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan umat. Lebih-lebih lagi ia sudah berjaya membawa manusia kepada Tuhannya. Di sudut apa pun dalam pemerintahannya, manusia akan terasa kebesaran dan keagungan Tuhan. Cuma dalam pemerintahannya dia bukan dianggap golongan politik. Sedangkan dia dan orang-orangnya sudah mentadbir kehidupan manusia yang di bawah kepimpinannya di sudut rumahtangga, di sudut jemaah, disudut negerinya, di sudut negaranya dan di serantau dunia.

Selain dari itu, dia dan orang-orangnya sudah pun mentadbir bidang-bidang khususiah seperti pendidikan, kebudayaan, hal ehwal dalam negeri, perhubungan antarabangsa, bidang sukan, penternakan dan pertanian, media cetak dan elektronik, kesihatan, ekonomi dan berbagai-bagai bidang lain.

Ia kini tercetus sebagai satu pemerintahan alernatif tetapi tidak melaui sistem politik barat yang mengamalkan pemilihan kepimpinan melalui pilihanraya. Ia adalah politik Tuhan yang berjalan di atas sistem roh. Sistem ini adalah yang diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Kepimpinan Abuya telah membuktikan bahawa sistem inilah yang boleh membawa kepada pemerintahan yang aman makmur bersifat sejagat. Inilah sistem politik yang telah mengusir Yahudi keluar dari Haramain di dalam pemerintahan Rasulullah lantaran sampai kini tersemat dendam kesumat mereka terhadap umat Islam. Oleh itu, masyarakat Islam peru dirobah pemikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Namun untuk itu masyarakat Islam perlulah hidupkan roh mereka supaya kita tidak lagi dapat ditipu oleh Yahudi dan Barat.

Model yang nyata dalam pemerintahan alternatif ini boleh dilihat pada sistem yang Abuya lahirkan. Sejak bermulanya penubuhan jeamah Abuya iaitu Al Arqam, setahap demi setahap Abuya telah membangunkan sistem-sistemya seperti pendidikan, ekonomi, kebudayaan, pertanian, perhubungan antarabangsa dan sebagainya. Inilah politik Islam.

Kata Abuya

“Politik itu ialah memikirkan bagaimana hendak mengujudkan segala aspek pembangunan yang berkaitan dengan manusia samada pembangunan insaniah mahupun pembangunan materal. Juga untuk membina ukhwah dan kasih sayang antara manusia kerana ukhuah dan kasih sayang itu adalah asas kemakmuran. Dan juga pembangunan yang sudah diwujudkan dijaga dan diurus agar dapat dipertahankan dan kekal serta kalau boleh diusahakan supaya terus berkembang maju. Supaya dengan itu berlakulah peningkatan tamadun rohaniah dan material dalam kehidupan manusia.”

No comments:

Post a Comment