Wednesday, March 7, 2012

Pemimpin politik Islam khalifah

Seperti yang telah dikatakan bahawa faktor tertegaknya sistem politik Islam dalam pemerintahan adalah kerana adanya seorang khalifah (pemimpin) yang bertaqwa dan berilmu. Ini berdasarkan pada firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang saleh.” (Al Anbiya: 105)

Dalam firman Allah yang lain:

Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Akulah (Allah) yang melantik khalifah di muka bumi ini. ” (Al Baqarah: 30)

Walaupun umum menganggap bahawa khalifah mengikut pengertian dari ayat ini ialah semua manusia sama ada yang soleh atau pun tidak, tetapi itu adalah makna lahirnya. Sebenarya ada maksud tersirat dari ayat ini. Bahawa khalifah yang dimaksudkan itu ialah pemimpin-pemimpin yang dilantik atau ditunjuk oleh Allah. Ini jelas jika ayat ini dikaitkan dengan erti ayat yang pertama tadi.

Untuk buktinya, mari kita kaji sejarah perjalanan dunia yang sudah tua ini. Di sepanjang zaman, hanya terdapat masa-masa tertentu saja di mana berlakunya pemerintahan Islam yang adil dan benar. Sedangkan selebihnya, dalam tempoh yang lebih panjang, pemerintahan itu tidak lagi membawa kebenaran dan keadilan sekalipun yang memerintah itu orang Islam.

Pemerintahan yang adil itu sama ada yang bertaraf jemaah, negeri, negara dan seterusnya empayar, hanya berlaku di tangan pemimpin-pemimpin yang tersebut nama mereka di dalam Al Quran atau Hadis atau kedua-duanya iaitu:

  1. Para rasul terutama Rasulullah SAW
  2. Khulafaur Rasyidin
  3. Thalut, Zulkarnain dan Muhammad Al Fateh (disebut sifat peribadinya, pengikut dan rakyatnya)
  4. Para mujaddid (tidak disebut namanya secara khusus tetapi disebut sifat-sifat jemaah atau toifah pimpinannya) termasuk Khalifah Umar Abdul Aziz.

Di tangan mereka inilah saja berlakunya kegemilangan Islam (mengikut saiz kekuasaannya) atau politik Islam dengan jayanya sama ada bertaraf ummah, negara atau toifah. Sedangkan selain mereka, pemerintahan tidak lagi bercorak Islam. Walaupun tampil pejuang-pejuang atau pemimpin yang ada cita-cita Islam namun tidak pun tertegak politik Islam yang syumul itu di tangan mereka sekalipun di peringkat saiz jemaah.

Memerhati dan membaca sejarah ini, saya telah menyimpulkan bahawa terdapat dua jenis pemimpin Islam di dunia ini:

  1. Pemimpin kebenaran yang dijanjikan.
  2. Pemimpin kebenaran yang tidak dijanjikan.

PEMIMPIN KEBENARAN YANG DIJANJlKAN

Apa yang dimaksudkan dengan pemimpin kebenaran yang dijanjikan itu ialah pemimpin-pemimpin yang Allah sendiri lantik melalui wahyu (AI Quran dan Hadis) atau melalui ilham (yakni rasa hati para wali dan orang-orang soleh). Contoh pemimpin-pemimpin yang ditunjuk oleh wahyu ialah rasul-rasul, Thalut dan Zulkarnain. Khulafaur Rasyidin dan para mujaddid serta Muhammad Al Fateh itu ditunjuk oleh Hadis (hakikatnya juga dari wahyu). Manakala pemimpin yang ditunjuk oleh ilham, contohnya ialah Umar Abdul Aziz (rasa hati Sayidina Vmar Al Khattab r.a. tentang kelahirannya), Muhammad Al Fateh (rasa hati Syamsuddin Al Wali akan kepimpinannya, yang mana ciri-cirinya juga telah disebut oleh Hadis) dan Imam Syafie (rasa hati Imam Malik terhadap kepimpinan muridnya itu).

Para pemimpin yang dijanjikan inilah khalifah-khalifah Allah di bumi, yang mana Allah berjanji akan mewariskan bumi ini pada mereka. Mereka telah berjaya membawa kebenaran dan keadilan dalam pemerintahan mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Dan di bawah pemerintahan mereka, Islam telah berjaya ditegakkan secara syumul. Mereka beroleh kejayaan di dunia dan Akhirat.

Faktor mengapa mereka beroleh kejayaan ialah kerana mereka ini dibantu oleh Allah. Allah beri mereka ilmu (bukan dari guru atau kitab), kaedah perjuangan, cara memperdaya musuh, rezeki dari sumber yang tidak diduga, bantuan dan tentera ghaib serta berbagai-bagai mukjizat atau karamah. Walau bagaimana dahsyat dan jahatnya musuh berusaha untuk menggagalkannya, namun mereka tetap dijayakan oleh Allah. Merekalah khalifah Allah, pemimpin yang dijanjikan. Mereka ini tidak ramai, di antaranya Rasulullah SAW, rasul¬rasul, Khulafaur Rasyidin, Khalifah Umar Abdul Aziz, Muhammad Al Fateh, mujaddid termasuk Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim serta Nabi Isa a.s. Pemerintahan mereka ada yang bertaraf ummah, negara atau toifah. Pemerintahan Putera Bani Tamim bertaraf negara.

Berikut adalah beberapa ayat Al Quran dan Hadis menunjukkan perihal kelahiran dan kepimpinan pemimpin-pemimpin yang dijanjikan ini:

1. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Akulah (Allah) yang melantik khalifah di muka bumi ini.” (Al Baqarah: 30)

2. Firman Allah

Maksudnya: “Wahai orangyang beriman, sesiapa (pemimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari agamanya akan Allah datangkan satu kaum (pemimpin) yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai¬Nya.” (Al Maidah: 54)

3. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Zar, dari Abdullah, dari Nabi SAW: “Kalaulah tiada lagi baki umur dunia ini melainkan saW hari saja lagi nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga diutuskan ke dunia ini seorang lelaki dari keturunanku atau dari ahli keluargaku, dia menyerupai namaku dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan saksama sebagaimana sebelumnya dipenuhi oleh kezaliman dan kedurjanaan.” (Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi)

4. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW sewaktu memegang tangan Sayidina Ali k.w., baginda berkata: ‘Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda (pemimpin) yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan saksama, maka apabila kamu ingin melihatnya maka wajiblah kamu bersama dengan Pemuda At Tamimi (Putera Bani Tamim), sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah yang memegang panji-panji Al Mahdi.” (Riwayat At Tabrani)

5. Secara umum Rasulullah menyebut waktu kemunculan mereka:

Maksudnya: Dari Abi Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Allah akan mengutuskan di setiap awal kurun (setiap 100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui agama-Nya.” (Riwayat Abu Daud)

PEMIMPIN KEBENARAN YANG TIDAK DIJANJIKAN

Pemimpin kebenaran yang tidak dijanjikan itu maksudnya ialah pemimpin yang tidak ditunjuk oleh Allah sama ada melalui wahyu, Hadis atau ilham. Pemimpin yang begini lebih ramai bilangannya dan lahir sepanjang masa. Ada yang berjuang di peringkat ummah, negara, negeri dan toifah. Mereka membawa cita-cita memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Mungkin boleh saya katakan bahawa di kalangan mereka ada yang memimpin secara kumpulan tarekat.

Oleh kerana mereka bukan khalifah yang dilantik oleh Allah atau yang dijanjikan, maka Allah tidak sokong mereka dengan ilmu laduni, ilham, rezeki yang tidak diduga, pertolongan ghaib, selamat dari tipu daya musuh, karamah, maunah, firasat, kasyaf, mimpi yang benar, hatif dan sebagainya. Pendek kata, mereka tidak bertemu kaedah yang tepat dalam perjuangan, tidak ada minda dan juga tidak dapat bantuan-bantuan langsung dari Allah. Kerana itu mereka tidak berjaya dalam kepimpinan.

Sesetengah mereka tewas di tangan musuh sebelum sempat memimpin dengan jaya. Ada juga yang sempat memimpin, tetapi kalau mulanya dia agak soleh, bila memimpin dia gagal bahkan peribadinya merosot kerana kandas dalam banyak masalah serta tidak dapat mengawal nafsu terhadap ujian¬ujian dunia.

Biasanya pemimpin yang tidak dijanjikan bukan saja tidak dapat membawa kebenaran dan keadilan dalam masyarakat pimpinannya bahkan dalam diri dan keluarganya pun tidak tegak Islam yang syumul. Bila mereka tidak mampu memimpin diri, tentu mereka lebih-lebih lagi tidak mampu memimpin orang lain. Kalau dicuba juga, mereka akan hanyut dalam arus kejahilan masyarakat ramai.

Contoh silam tentang pemimpin yang tidak dijanjikan ini ialah raja-raja Islam dari Bani Umaiyah. Semuanya gagal membawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan sehingga lahirnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Contoh-contoh lain bolehlah dikiaskan.

Sebagai kesimpulan, terpaksalah saya katakan bahawa tidak semua pemimpin Islam di dunia ini mampu menegakkan keadilan politik Islam sama ada dalam negara, negeri, jemaah mahupun rumah tangga. Kebolehan itu adalah hak istimewa khalifah Allah, yang Allah sendiri lantik, yang ditunjuk oleh wahyu atau Hadis atau ilham. Hanya mereka ini yang boleh menjayakan politik dan kepimpinan Islam secara syumul dalam pemerintahan. Lihat contoh Hadis yang menggariskan kebolehan istimewa mujaddid yang tidak boleh dicapai oleh pemimpin yang bukan bertaraf mujaddid. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menegakkan hukum Allah, tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang perintah (bantuan) Allah (dan mereka terus muncul di tengah masyarakat).” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Lihatlah di zaman ini saja, begitu ramai pemimpin Islam membawa toifah masing-masing tetapi berapa ramai yang dapat menepati kehendak Hadis tadi? Yakni dapat menzahirkan kebenaran dengan cara menegakkan sistem hidup Islam seeara syumul di kalangan pengikut dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh musuh. Ya, hampir-hampir tidak ada.

Kalau begitu, janganlah berkecil hati bila saya menegaskan bahawa tidak semua pemimpin Islam itu dapat menegakkan kebenaran dan keadilan melalui politik Islam dalam kepimpin an mereka. Mungkin ada sebahagian kecil daripada mereka yang baik tetapi tidak dapat membaiki masyarakat. Mereka selamat tetapi tidak dapat menyelamatkan umat. Kalau mereka ikhlas, tentu usaha-usaha murni mereka diberi pahala tetapi perjuangan mereka tidak sampai ke matlamat. Ilmu yang dimiliki, kaedah yang ditempuh dan pendekatan yang diambil tidak tepat pada sasaran. Rezeki tidak cukup untuk menampung keperluan perjuangan. Strategi untuk memperdaya musuh tidak lebih bijak dari musuh.

Alhasil, cita-cita Islam tinggal cita-cita. Perjuangan berkubur tanpa nisan. Atau hidup segan mati tidak mahu. Bahkan kebanyakan mereka, kalau mereka berkuasa, mereka menjadi rosak seperti gila dunia, cuai beribadah, sombong, menzalim, berzina, menipu, terlibat dengan rasuah dan lain-lain kemungkaran lagi.

Moga-moga Allah rezekikan kita pemimpin kebenaran yang dijanjikan supaya kita sempat menikmati keindahan politik Islam dalam hidup yang belum ditamatkan ini.

No comments:

Post a Comment