Sebenarnya penglihatan saya ini tidak mustahil di sisi Allah. Kerana ia telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Umat Islam mesti bertenang dan tidak panik dengan kenyataan saya ini. Mari kita tunggu dan lihat kalau-kalau ianya menjadi satu hakikat. Jangan cepat-cepat menyanggah secara melulu, nanti kita akan mendapat malu.
Hadis-Hadis tentang kebangkitan Islam di Timur sungguh masyhur. Demikian juga Hadis-Hadis Lemang pengasas kebangkitan di Timur itu iaitu Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi pun sangat masyhur. Ulama-ulama di Timur Tengah dan Maghribi yang pernah saya temui, mengatakan, "Islam akan bangkit dari tempat kamu (Timur)."
Antara yang mengucapkan kata-kata ini ialah Allahyarham Syeikh Abdullah As Siddiq, ahli Hadis terkenal di Maghribi yang juga dikenali sebagai wali Allah. Diceritakan bahawa ketika beliau sedang nazak pada tahun 1993 lalu, seorang pelajar Maghribi yang menuntut di sebuah universiti di Perancis, Atiya Abdel Illah, bertanya pandangannya mengenai sebuah jemaah yang menjalankan motivasi dan pendidikan dari Malaysia dan pemimpinnya. Lalu beliau yang ketika itu sudah lemah dan tidak boleh bertutur dengan baik, kelihatan kembali bertenaga dan dengan perlahan-lahan tapi jelas mengucapkan, "Nur... nur..." (cahaya... cahaya).
Selepas itu beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Demikian juga pendapat peramal-peramal antarabangsa, dahulu dan kemudian, termasuk orang-orang Yahudi.
Sebab itu orang-orang Yahudi amat peka dengan kebangkitan ini. Maka tidak hairanlah mereka bersiap sedia cara mereka untuk menghadapi kebangkitan ini. Kepekaan mereka bahawa inilah masa yang dijanjikan untuk Islam telah terbukti melalui pengalaman kita bersama.
Ada seorang wartawan ekonomi Mesir, Asraf Numeiri, menceritakan pengalamannya bertemu dengan serombongan wartawan Yahudi Israel yang sedang melawat Mesir. Katanya, dalam satu pertemuan, tanpa disangka-sangka terjadilah satu perdebatan mengenai agama antara mereka. Akhirnya wartawan Yahudi telah mencabar wartawan Mesir dengan katanya: "Kamu orang Arab tidak akan boleh cabar kami. Kamu tidak boleh tewaskan dan halang kami."
Maka wartawan-wartawan Mesir dengan marah berhujah mengatakan mereka boleh mengalahkan Yahudi Israel itu. Seorang daripadanya berkata. 'Orang-orang Arab sanggup mati untuk berjuang. Kamu tengok di Afghanistan, berapa ramai orang Arab yang syahid di sana? Kamu lihat di Bosnia, berapa ramai pejuang Arab yang terkorban di situ?"
Wartawan Yahudi tersenyum sinis sambil berkata. "Kami tidak takut. Walaupun orang kamu boleh mati, kami tidak takut dengan kamu. Sebab apa yang kami faham. yang menyusahkan kami. bukannya kamu. Kami sudah kenal pasti siapakah orang yang akan menghalang kami. Mereka itu adalah satu golongan, satu bangsa dari Timur. Kami sudah kenal pasti siapa mereka. Kami kenal pemimpinnya, metod
perjuangannya, jemaahnya, negara asalnya. Mereka inilah yang akan menyusahkan kami, bukannya kamu.
Dalam satu peristiwa lain, ada satu rombongan jemaah Tabligh dari Singapura yang telah melawat Baitul Maqdis. Setibanya mereka di sana, seorang pendeta Yahudi telah bertemu mereka. Katanya, "Siapa di antara kamu yang datang dari Timur?"
Salah seorang anggota Tabligh itu mengaku dia datang dari Timur iaitu Singapura. Lantas pendeta itu berkata, "Saya maksudkan Malaysia."
Anggota Tabligh itu hairan sambil bertanya pada pendeta tersebut, "Mengapa Malaysia saja yang dikatakan Timur, tidak Singapura?"
Pendeta itu menjawab, "Kerana di sanalah bakal munculnya orang yang akan menyerahkan panji-panji hitam kepada Imam Mahdi."
Lihadah betapa pekanya mereka tentang kebangkitan ini. Mereka tahu ini giliran Timur. Sepatutnya kita umat Islam lebih peka daripada mereka. Jadi siapa yang ingin mendaifkan Hadis-Hadis tentang kebangkitan Islam di Timur, berhati-hati dan sabarlah dahulu. Lihatlah, sedikit masa lagi ia akan terjadi.
Ini adalah tahun-tahun penentu. Menurut jaduainya, ia pasti terjadi. Kerana ia dijanjikan oleh Allah. Majoriti umat Islam di Malaysia rasa setuju dengan pandangan ini. Ia merupakan berita gembira (busyro) dan menguntungkan kita. bukan merugikan.
Saya selaku salah seorang pejuang Islam di Timur, sungguh merasakan bahawa Malaysialah yang dimaksudkan Timur itu dan Malaysialah yang akan menjadi negara Islam yang bertuah itu. Sengaja saya menyebutkan keyakinan saya ini di sini, sebelum ianya benar-benar terjadi, untuk menarik perhatian umat Islam supaya sudi berfikir tentang peristiwa yang sangat besar ini. Kalau tidak jadi, kita tidak rugi. Tetapi kalau jadi, kita untung. Kerana kita sudah bersedia. Seperti kondo-
monium yang runtuh itu, bukankah elok kalau sebelum ia berlaku, ada seorang memberitahu perihal ia akan runtuh. Kerana bila ia betul-betul runtuh, kita tidak terkejut dan kita sudah ada persiapan.
Di Malaysia, insya-Allah akan terjadi perubahan besar secara aman damai. Malaysia akan jadi lebih indah dari apa yang ada sekarang, la bagaikan Mekah dan Madinah di bawah pemerintahan Rasulullah SAW. Di antara perubahan-perubahan yang akan terjadi dan sangat menonjol itu, insya-Allah ialah:
- Keamanan. Penduduk yang beragama Islam saling berkasih sayang. Orang Melayu dengan orang Cina dan India, dan lain-lain kembali berbaik-baik. Tidak ada krisis dan bersangka-sangka buruk. Hinggakan pengawal dan pihak keselamatan sangat kurang kerjanya. Keamanan yang wujud kalau dibandingkan dengan keamanan yang ada di seluruh negara lain di dunia, lebih lagi terserlah di Malaysia ini.
- Dalam negara yang diberkati dan diampunkan oleh Allah itu, tidak ada pergaduhan dan persengketaan, bukan saja sesama manusia, bahkan kemungkinan binatang pun hidup aman damai. Tidak lagi saling menerkam mangsanya. Kucing boleh berbaik-baik dengan tikus misalnya. Insya-Allah keamanan di Malaysia akan sampai ke peringkat itu.
- Kerana keamanan vang luar biasa ini. Malaysia akan jadi tumpuan lawatan bangsa-bangsa di dunia walaupun tanpa adanya kempen melawat Malaysia. Orang Islam dan bukan Islam dari seluruh pelosok dunia akan datang ber-pusu-pusu untuk melihat dan mencari rahsia keamanan yang Allah turunkan di Malaysia. Mereka tertarik bagaimana di dalam negara majmuk seperti Malaysia boleh terjadi keamanan yang luar biasa itu. Mereka ingin hal itu turut terjadi juga di negara mereka.
- Negara-negara luar di semua peringkat seperti negara komunis, sosialis, demokrasi dan kapitalisme yang bersendirian, melakukan hubungan dengan Malaysia. Mereka berebut-rebut hendak berniaga dengan Malaysia kerana perniagaan itu tanpa riba dan tanpa tekanan. Dan Malaysia sanggup menangguhkan bayaran bagi negara yang tidak mampu membayarnya.
- Siapa saja yang mencari perlindungan di Malaysia pasti dilindungi. Walaupun hidup miskin namun keadaan mereka tenang. Ketenangan dan keredhaan orang miskin membuatkan orang kaya iri hati. Hingga mereka tidak takut mengeluarkan harta untuk jalan Allah kalau ketenangan itulah yang dapat mereka kecapi.
- Rezeki di negara yang diberkati melimpah dari langit dan bumi. Allah menjamin kemakmurannya. Maka di Malaysia nanti, minyak akan keluar lagi dari buminya. Hasil bumi banyak. Tanaman subur, ternakan sihat, lembu mengeluarkan banyak susu. Ikan-ikan melompat masuk ke dalam pukat. Burung terbang dan berkumpul. Perlu diingat, kemakmuran yang asas sebelum kemakmuran yang lebih luas ialah kasih sayang. Kasih sayang adalah sumber segala kemakmuran.
- Waktu sembahyang, semua umat Islam sembahyang tanpa mengunci kedai.
- Penutupan aurat dan pengasingan lelaki dan perempuan terserlah di jalan-jalan. Ketika berbaris untuk naik bas, terjadi dengan sendirinya barisan yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Berlaku tanpa diundang-undangkan dan diaktakan.
- Muda-mudi umumnya cenderung menuju taqwa. Menuju ke masjid. Hiburan umum ialah lagu-lagu Islam (nasyid).
- Pelacuran di sempadan Malaysia-Thailand, yang merosakkan orang Malaysia itu, terbasmi dengan sendirinya. Rancangan kotor musuh itu terbunuh dalam negara Islam.
- Siaran TV Malaysia sungguh unik. Menjadi cabaran kepada stesen-stesen TV dunia dan menyusahkan musuh. Sebab pengaruhnya besar. Untuk yang bukan Islam adajuga siaran, khusus tentang persoalan fitrah semula jadi manusia.
- Selain duta rasmi Malaysia ke negara-negara luar, terdapat juga duta-duta tidak rasmi. Yakni mereka yang berkunjung ke Malaysia, kemudian pulang ke negara masing-masing membawa cerita dan berita tentang negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Dengan itu, lagi cepat tersebar berita tentang negara Islam. Pihak musuh Islam buntu Pikiran, tidak tahu bagaimana hendak membendungnya.
- Orang bukan Islam tertarik dengan Islam tanpa diminta penerangan. Sebab mereka melihat ketenangan pada umat Islam. Bila orang Islam beribadah, ketenangan itu terasa sampai ke dalam hati mereka. Hingga terdetiklah di hati mereka, "Kalaulah di dunia sudah dapat ketenangan pastilah ada hidup lagi selepas ini."
- Kehidupan pemimpin-pemimpin Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, tiada berbeza dengan kehidupan rakyat. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Dalam perhimpunan yang ada pemimpin dan rakyat, orang tidak kenal mana satu pemimpin.
- Kerana contoh masyarakat Islam ada di Malaysia, orang lebih suka ke Malaysia daripada ke Mekah untuk melihat realiti masyarakat Islam dalam kehidupan sehari-hari.
- Negara-negara jiran seperti Indonesia. Filipina dan Thailand suka berbaik-baik, senang hari dan mencontohi Malaysia dalam segala hal.
Demikianlah impian, kerinduan, harapan dan keyakinan saya dan umat yang cintakan Islam terhadap negara Malaysia. Marilah kita semua menagih janji Allah terhadap apa yang dijanjikan untuk umat akhir zaman. Bahawa kegemilangan Islam yang pernah direzekikan kepada umat dahulu, akan direzekikan juga untuk umat kini. Inilah keadilan dan kasih sayang serta janji Allah.
Saya bukan bermimpi! Tidak juga berangan-angan. Ini adalah keyakinan seorang pejuang. Keyakinan yang dikaitkan dengan janji Allah. Juga kerana dikuatkan oleh sejarah. Lihatlah di kurun pertama Hijrah dulu, seperti yang dijanjikan maka lahirlah mujaddid yang pertama iaitu Sayidina Umar Abdul Aziz. Beliau seorang yang sangat warak dan bertaqwa. Dia pemimpin yang dijanjikan. Walaupun beliau enggan menerima tugas sebagai khalifah, namun jawatan itu melutut padanya.
Keadaan pemerintahan sebelum beliau, sudah tidak aman dan tidak adil lagi. Tetapi selama dua tahun setengah pemerintahan beliau, jadilah Madinah dan negara takluknya aman seaman-amannya. Hinggakan serigala tidak menerkam kambing lagi. Sejarah ini sungguh masyhur. Sedangkan Sayidina Umar Abdul Aziz bukan bersedia sangat untuk memerintah. Tetapi kerana taqwanya selaku pemimpin yang dilantik atau dijanjikan Allah, maka baginda mendapat hadiah yang sungguh luar biasa.
Malaysia juga dijanjikan. Walaupun sifatnya kini masih negara sekular, namun bila muncul pemimpin yang dijanjikan, maka Allah membantu atau menghadiahkan apa yang pernah dihadiahkan kepada hamba-Nya di kurun pertama dulu, insya-Allah.
Siapa tidak rindu pada masyarakat Islam seperti yang digambarkan di atas? Itulah dia negara Islam sebenarnya. Kita ingin sekali hidup di dalamnya. Mari kita tagih janji Allah. Kita berdoa, berusaha dan berjuang sehingga Allah datangkan pertolongan-Nya.
Saya sedar pandangan saya ini sekali lagi akan menjadi kontroversi kepada orang yang tidak senang dengan kebenaran. Saya minta maaf kerana menjadi manusia kontroversi. Namun saya bukan melulu. Siapa yang meneliti dan bersih hati, rasanya tidak terlalu susah untuk memahami sikap saya. Lagipun sebelum ini sudah banyak juga ramalan-ramalan saya yang terjadi dengan izin Allah.
Bagi siapa yang ingin menolak pandangan ini, saya harap jangan melakukannya sekarang. Tunggu lebih kurang empat bulan lagi. Kalau waktu itu belum juga terjadi, barulah disanggah. Namun adalah lebih baik bagi kita, untuk sama-sama berjuang supaya janji Allah itu benar-benar menjadi realiti di tangan kita. Kita akan dapat pahala yang besar di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.PENUTUP
Dengan kehendak Allah SWT, maka dengan ini selesailah sebuah lagi buku saya, sebagai buku menjelang daulah berjudul Politik Islam Membawa Kasih Sayang. Buku ini, sepertilah buku-buku saya yang lain, adalah asing dari pandangan umum umat Islam atau pandangan ulama masa kini, terutama ulama rasmi. lanya memeranjatkan sesetengah pihak tetapi menggembirakan sesetengah pihak yang lain, kontra pada sebahagian orang dan mencabar bagi sebahagian yang lain.
Buku ini saya harap dapat menjawab tanda tanya orang-orang yang bertanya, "Mengapa pemimpin dan staf Rufaqa' tidak berpolitik?" Orang yang membaca buku ini, selepas ini tidak akan bertanya lagi. Jemaah Rufaqa' sebenarnya sedang mempraktikkan satu sistem politik Islam. Jemaah Rufaqa' sedang mengasaskan sebuah sistem politik yang berbeza sekali dengan politik Barat dan politik-politik lain dari ideologi-ideologi yang ada di dunia, dengan izin Allah SWT.
Sebab menurut perkiraan saya, Islam tentu mempunyai dan mampu mewujudkan satu sistem politik yang tersendiri tanpa meminjam atau meniru mana-mana ajaran atau ideologi. Allah dan Rasul tentu menyediakan satu sistem politik yang mengatasi semua sistem politik bikinan manusia. Sepertilah Islam mempunyai sistem ibadah, sistem pendidikan, ekonomi, sosial, mahkamah dan lain-lain yang tersendiri, tentu sistem politiknya pun ada dan tersendiri. Umat Islam boleh berpolitik secara Islam tanpa mencampuradukkannya dengan mana-mana sistem lain, apalagi dari sistem yang dicipta oleh musuli Islam.
Sumber rujukan politik Islam itu cukup jelas. Iaitu Al Quran dan Sunnah. Sirah perjuangan Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin adalah rujukan praktikal kepada sistem politik ini. Walaupun ia sudah berusia lebih 1500 tahun, namun ilmu itu tetap jelas dan tepat. Rasulullah menjamin keaslian ajaran Islam yang tepat untuk dicontohi. Sabda baginda:
Maksudnya: "Kutinggalkan padamu dua perkara. Tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu mengikuti keduanya. Iaitu kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya." (Riwayat Muslim)
Maka dalam hal berpolitik itu pun. kalau kita tetap merujuk ke sana, kita akan selamat. Tetapi hairan sekali, pejuang-pejuang politik memberi berbagai alasan untuk membolehkan mereka tidak meniru cara Rasulullah berpolitik. Mereka seperti prasangka dengan politik Rasulullah, lalu berusaha mendapatkan kehidupan Islam konon dengan meniru politik Barat dan lain-lain lagi. Tidak pula terfikir oleh mereka ba-hawa mengikut politik Barat hasilnya juga jadi seperti Barat. Tidak mungkin jadi Islam. Lebih malang lagi, mereka menentang pejuang-pejuang yang tidak mengikut politik Barat, konon tidak berpolitik. Mereka menganggap politik ala Barat itulah politik Islam. Mereka anggap satu kesalahan kalau tidak masuk parti politik secara yang ada sekarang. Begitu sekali terkelirunya mereka dalam berfikir.
Politik Islam berbeza sekali dengan politik Barat. Kelainan ini berlaku dalam semua aspek dan juzuk yang ada hubung kait dengan politik. Umpamanya, dalam erti, cara-cara, ciri-ciri, sifat pemimpin dan pengikut, dalam tindakan berpolitik serta dalam cara melantik pemimpin. Politik Islam adalah satu daripada cara hidup Islam, la termasuk ibadah fardhu kifayah. Politik Islam berlaku dalam rumah tangga, jemaah, negeri, negara dan alam sejagat.
Politik Islam bersih dari sebarang permainan kotor dan kerja-kerja haram. Ia bukan menekankan pemilihan pemimpin beberapa tahun sekali. Tetapi lebih mengutamakan peribadi pemimpin dan karisma kepimpinan. Sama ada pemimpin itu adil dan dapat meratakan keadilan. Akan lahirkah jemaah atau negeri atau negara Islam yang adil di tangannya. Adakah pengikut-pengikutnya setia, sanggup membeban dan bertang-gungjawab. Mampukah dia mendidik dan memimpin rakyat supaya taat dan patuh. Yang mana dengan terbinanya pembangunan insan ini, pemimpin itu mampu pula mencetuskan kemajuan material dan pembangunan tamadun fizikal yang selaras dengan syariat Islam. Dengan menirunya, makhluk Allah akan selamat dari peperangan, dari ekonomi riba. dari penindasan, dari kebudayaan tidak sihat dan dapat berlindung daripada masyarakat yang maksiat dan mungkar. Politik Islam mengutamakan hasilnya atau matlamatnya. Yakni terbinanya masyarakat Al Quran yang aman, makmur dan mendapat ke-ampunan Allah.
Apa ertinya menang pilihan raya, dapat jadi wakil rakyat, dapat gaji besar tetapi hasilnya tiada? Untuk apa jawatan itu didapatkan? Dan salahkah seseorang yang tidak mengusahakan jawatan itu tetapi mencari jalan lain untuk melahirkan masyarakat Islam yang berpolitik secara Islam?
Politik Islam telah dipraktikkan oleh Rasulullah, fa bukan bermula dengan mendapatkan kuasa tetapi mengusahakan perubahan individu dan masyarakat kepada Islam melalui dakwah, tarbiah dan pendekatan kasih sayang. Sebab rakyat yang baik lebih utama dari kerajaan yang baik. Kerajaan itu berdiri di atas rakyat. Tanpa rakyat, tidak ada kerajaan. Rakyat yang baik akan memilih pemimpin yang baik.
Di Kelantan, pemerintah berhadapan dengan rakyat yang mengundinya tetapi enggan menjalankan arahan-arahan pemerintahnya sendiri kepada Islam. Yang menentang perlaksanaan hukum Islam ini ialah rakyat yang mengundi kerajaan itu. Apa ertinya ini? Ertinya, rakyat yang tidak terdidik dengan Islam atau tidak faham Islam, bukannya menyokong pemerintah yang inginkan Islam bahkan memusuhi dan menentang secara sedar atau tidak, sekalipun mereka memberi undi.
Itulah logiknya politik Islam mesti bermula dengan motivasi, pendidikan dan pendekatan kasih sayang. Bila rakyat bersedia, akan terjadilah peralihan kepada sistem Islam dan negara Islam bahkan dunia Islam. Ini proses sejarah. Berlaku di tangan ahli-ahli politik Islam yang ulung yakni Rasulullah, Khufalaur Rasyidin, Sayidina Umar Abdul Aziz dan Muhammad Al Fateh. Sejarah kejayaan perjuangan mereka adalah guru yang cukup baik bagi kita. Kajilah sejarah mereka untuk dicontohi. Jangan sekali-kali menganggap sejarah mereka bukan untuk kita.
Selain di tangan mereka itu. mana ada sejarah berlakunya pemerintahan yang adil walaupun muncul tokoh-tokoh yang mengusahakannya? Ya. tidak ada! Selain kerana faktor tidak dijanjikan, ialah kerana kaedah politik yang digunakan bukan kaedah Islam. Tetapi dipinjam atau ditiru dari musuh. Walhasil bukan saja tidak berlaku pemerintahan adil dalam negeri atau negara, bahkan dalam jemaah dan rumah tangga pun tidak berlaku. Kecuali dalam toifah para mujaddid yang berlaku setiap 100 tahun sekali.
Akuilah hakikat ini. Supaya orang mukmin tidak terjerumus ke lubang yang sama dua kali. Akuilah kebenaran ini supaya kita bertemu dengan kebenaran yang berikutnya. Kerana jadual perjalanan dunia untuk zaman ini ialah politik Islam akan tampil menggantikan politik demokrasi Barat, komunisme dan lain-lain ideologi. Ia sedang dalam proses kebangkitan. Sebagaimana isme-isme itu sedang mengalami proses kematiannya.
Zaman Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa sedang bermula sekarang. Ia bermula di Timur. Malaysia dan Indonesia sedang diproses ke arah itu. Jelas sekali proses ini bagi siapa yang mengamatinya. Bagi yang tidak prihatin, ia masih kabur.
lnsya-Allah, politik Islam akan menguasai dunia sekali lagi. Kegemilangan zaman empayar Islam oleh Khulafaur Rasyidin akan berulang di akhir zaman. Siapa umat Islam yang tidak gembira? Inilah javvapan Allah untuk kerinduan yang kita tanggung sekian lama. Kita bertuah dilahirkan di kurun ini. Kurun kebangkitan Islam kali kedua. Kurun politik Islam akan memberi jalan keluar pada dunia. Kurun pemimpin simpanan Allah dizahirkan untuk menyelesaikan masalah dunia. Ini janji Allah. Allah tidak mungkir janji. Kita akan menyaksikan politik Rasulullah dihidupkan kembali. Dan kita akan berpayung di bawahnya.
Oleh itu mari kita bersedia. Kita isi perjuangan kita dengan sistem politik Islam. Kita bangunkan jemaah dengan cara hidup Islam. Kita bina peribadi-peribadi yang bertaqwa. Moga-moga Allah pilih kita untuk terlibat menjayakan janji-Nya. Firman-Nya:
Maksudnya: Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkaulah yang memberi kerajaan pada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki." (Ali Imran: 26)
Moga-moga buku ini jadi bahan kajian kepada mereka vang ingin mendalami politik Islam dan jadi panduan pada mereka yang memperjuangkannya. Saya minta maaf kiranya buku ini menyakiti sebahagian para pembaca budiman. Teguran dan tunjuk ajar amat diharapkan. Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa lahir dan batin. Dijadikan-Nya buku kecil ini sebagai:
Sekian, wallahu a'lam.Petunjuk bagi mereka yang inginkan kebenaran Ubat bagi yang sakit Penawar bagi yang duka
Harapan bagi yang merindui daulah Islamiah."Wahai Tuhanku: Hendaklah Engkau jadikan iman bagiku sebagai lampu. Dan janganlah Engkau jadikan-nya (iman) bagiku istidraj (penipuan)."
No comments:
Post a Comment