Wednesday, March 21, 2012

Transformasi Kepada Sistem Pendidikan Negara

PETIKAN DARI FACEBOOK

..
Najib Razak

Corak pendidikan dahulu yang menekankan kaedah "hafalan" perlu diubah dengan menekankan kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu yang dipelajari bagi menghadapi cabaran di masa akan datang.


Kuala Lumpur, 13/03/2012 - Saya melancarkan program i-Think di Bangunan Parlimen, Hari ini.

Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran di masa akan datang

Corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada "hafalan" perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka.



Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia


..
Muqaddimah

Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.

Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri atau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata-kata lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.

Melalui pengalaman kita, mendidik manusia adalah sulit sekali. Ini kerana manusia itu ada akal, roh, nafsu dan fizikal. Fizikal adalah anggota lahir. Akal, roh dan nafsu adalah anggota batin. Kejayaan mendidik manusia adalah ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak tadi iaitu akal, roh dan nafsu itu.

SILA DOWNLOAD UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI.

Jadi kalau pendidik-pendidik atau guru-guru tidak ada ilmu rohaniah, hanya faham fizikal manusia semata-mata, bagaimana dia hendak mendidik murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Tentu sekali pendidik-pendidik atau guru-guru tadi akan gagal. Mendidik manusia tidak cukup mendidik fizikal mereka sahaja. Tapi itulah yang berlaku selama ini. Murid-murid atau pengikut-pengikut dididik fizikal mereka semata-mata. Tiga anggota batin yakni roh, akal dan nafsu tidak dididik. Walhal hakikat manusia itu ialah anggota batin inilah, manakala anggota lahir mengikut saja.

Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasawuf. Al Quran menganjurkan ilmu ini iaitu:

Maksudnya: “Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya.” (Asy Syam: 9 - 10)

Roh atau hati nurani (anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia itu ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh juga maka manusia itu dikatakan mukalaf yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah, patuh kepada suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa-apa. Tapi bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Ada juga roh yang melanggar perintah dan melakukan larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu.

Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi roh atau hati yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan. Maksud saya, sekiranya roh atau hati yang rosak atau kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak bangsa, agama dan negara.

Kalau roh atau hati atau anggota batin yang rosak itu berada dalam diri orang kaya, jadilah si kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama sudah rosak, jadilah si ulama itu penjahat (ulama suk). Dia akan menjual ilmu Islamnya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata-mata macam petani menjual tanamannya untuk mendapat duit. Ulama suk menjual ilmunya untuk kepentingan dunianya. Kalau ia bercakap adalah bagi pihak tuan bukan bagi pihak Tuhan. Kalau tidak bercakap, mereka menjadi syaitansyaitan bisu pula.

Roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak kalau berada dalam diri para pemuda, pemuda itu akan menghabiskan masanya dengan berfoya-foya, berangan-angan, melepak-lepak dan berseronok-seronok. Tenaga sasanya disia-siakan tanpa memberi apa-apa faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka jadi sampah masyarakat.

Kalau roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka keluh- kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yang lebih darinya. Dengan orang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Ertinya dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.

Demikianlah kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis remaja dan kaum wanita maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya untuk menarik perhatian orang padanya. Dirinya sanggup dijual pada sesiapa saja yang boleh memberi nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda. Sesama sendiri saling benci-membenci dan bersenget- senget hati.

Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau ia keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan mencorak kehidupan itu, baik atau buruk, perosak atau pengislah, peruntuh atau pembangun, bertanggungjawab terhadap masalah atau pencetus kepada masalah, pendamai atau penghuru-hara dan lain-lain lagi. Inilah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Pengalaman kita sendiri membuktikan bahawa hati atau roh kitalah yang menentukan tindak-tanduk kita. Fizikal (tangan, kaki, mulut, mata, telinga, perut dan lain-lain anggota) cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Anggota lahir (fizikal) bukan penentu tetapi hanya pekerja dan buruh-buruhnya sahaja. Kalau hati mahu, semuanya jadi. Kalau hati tidak mahu, apa pun tidak jadi. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang dinilai dari apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu adalah dinilai kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrah kerana dunia yang diidamkan atau perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya dinilai kerana itulah.” (Riwayat Bukhari)

Kalau niat baik maka amalan itu diterima sebagai amalan baik. Sebaliknya kalau niat jahat maka amalan itu dikira jahat sekalipun nampaknya baik. Contoh, Si A berniat untuk sembahyang kerana Allah, maka sembahyang itu diterima sebagai amalan soleh. Manakala Si B meniatkan sembahyang itu untuk dia dikatakan orang baik maka sembahyangnya tertolak. Ada juga niat yang baik tetapi dilaksanakan dengan cara yang jahat. Ini juga tertolak. Misalnya seorang yang berniat untuk menolong seseorang dengan cara mencuri duit seseorang yang lain. Ini tidak betul. Lebih-lebih lagilah tidak betul kalau niatnya salah dan perlaksanaannya pun salah. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Di sinilah kita lihat Allah membahagikan amalan hamba-hamba-Nya kepada dua bahagian: Pertama: Apa kata hati (niat) Kedua: Bentuk perlaksanaan lahir Dengan kata lain Allah bezakan niat dengan sikap. Walaupun kedua-duanya diperintahkan tetapi keutamaan diberi pada niat supaya seseorang tidak menipu dirinya dan orang lain dengan berbuat baik tapi bermaksud jahat. Manusia cuma nampak yang lahir dan tidak tahu apa yang dirahsiakan di dalam hatinya. Sedangkan kalau dia buat jahat orang boleh nampak dan boleh tegur untuk keselamatan dirinya.

Hal ini boleh diibaratkan pada sebiji buah yang ada kulit dan ada isi. Kedua-dua kulit dan isi adalah penting. Buah yang baik itu adalah kerana kulitnya baik dan isinya pun baik. Buah yang kulitnya baik tapi isinya tidak baik, ia tidak berguna apa-apa. Manakala buah yang kulitnya buruk sedangkan isinya baik pun tidak bagus. Cuma ia masih boleh dimakan. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Niat orang mukmin lebih baik dari amalannya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi’)

Maksudnya niat yang baik itu lebih baik dari amalan yang baik kerana niat yang baik tidak dicelah oleh riyak atau ujub. Manakala amalan yang baik cukup mudah dihinggap oleh riyak dan ujub. Jarang manusia boleh selamat dari diganggu dan dirosakkan amalannya oleh riyak dan ujub.

Ada Hadis mengatakan bahawa seseorang yang baru berniat baik sahaja sudah diberi pahala oleh Allah. Sedangkan niat yang jahat tidak dikira berdosa sehinggalah orang itu benar-benar melaksanakan niat jahat tersebut.

Para pembaca, pendidik, guru-guru yang dikasihi sekalian. Begitulah pentingnya roh diberi perhatian dan pendidikan. Memerhati, mengkaji dan menilai bidang inilah yang disebut ilmu tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu batiniah. Ilmu yang merupakan satu bahagian yang terpenting dalam ilmu Islam di samping ilmu usuluddin yang menjadi asasnya dan kemudian ilmu fekah (syariat). Tasawuf umpama isi buah manakala ilmu syariat itu umpama kulit buah. Atau ilmu syariat itu dianggap kisrun (kulit) dan ilmu tasawuf itu dianggap lubbun (intipati). Kedua-duanya penting tetapi yang lebih penting ialah isinya kerana isi itulah yang mahu dimakan. Syariat dan tasawuf samasama penting tetapi keutamaan ialah tasawuf, kerana ia yang menjadi perhatian dan penilaian Allah.

Oleh kerana ilmu rohaniah ini sangat berhubung rapat dengan pendidikan maka marilah kita mengkajinya dengan membaca buku ini sampai ke penghujungnya sehingga kita dapat memahami, mempraktikkan pada diri kita hingga membuahkan hasil yang baik dan dapat menjadi contoh dan suri teladan kepada murid-murid dan pengikut-pengikut.

Akibat Tidak Ada Didikan Rohani

Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya
Hanya diberi ilmu-ilmu syariat
yang lahir-lahir sahaja

Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya
Kejahatan orang lain dia lebih nampak
dari kejahatan dirinya sendiri

Orang lain sombong atau ego dia nampak
pada masa yang sama ego dirinya
lebih besar dari orang itu dia tidak terasa

Di waktu dia susah, orang tidak membantunya
dia terasa, padahal dia sendiri
tidak pernah membantu orang
dia tidak terasa satu kesalahan

Orang mementingkan diri dia tersinggung
dia mementingkan diri
dia tidak sedar yang sudah jadi budaya

Orang lain bakhil, dia nampak tidak patut
dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa
Orang tidak sabar, dia nampak sangat
dia tidak sabar, payah dia hendak memahaminya

Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya
Soal-soal roh atau hati yang ada hubungan
dengan mahmudah dan mazmumah
tidak pernah dia kenal

Kalaupun dia diajar tentang Islam hanya banyak
menekankan syariat lahir semata-mata
Akibatnya dia tidak kenal diri sendiri
Tidak kenal diri sendiri ertinya
tidak boleh nilai diri

Tidak boleh nilai diri sendiri,
kejahatan orang lainlah yang dia nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak sedari
Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari
kepada orang lain

Dirinya terkecuali daripada kesalahan
Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini


Renungan Bersama...

Berikut ini di siarkan satu Rencana yang di siarkan dalam YAHOO




Isu yang ingin di kongsi bersama melalui contoh rencana di atas, jika kita membaca komen-komen dari pembaca (rakyat Malaysia) ..

..DIMANAKAH ADAB SOPAN KITA PADA PEMIMPIN NEGARA. TIDAK MALUKAH KITA PADA BANGSA LAIN DI DUNIA INI YANG TURUT MEMBACA KOMEN2 INI.

..

..

Prakata

Bab 1 Ilmu Rohani

Bab 2 Nama dan Bentuk Roh

Bab 3 Sifat-sifat Roh (Hati)

Bab 4 Mata Hati

Bab 5 Ilmu Rohani, Ilmu Tasawuf, Ilmu Hakikat adalah Satu

Bab 6 Makanan atau Hiburan Roh

Bab 7 Kenapa Makanan Roh Tidak Berfungsi

Bab 8 Ilmu Rohani Adalah Ilmu Rasa

Bab 9 Amalan Syariat dan Hakikat Mesti Serentak

Bab 10 Bahaya Menolak Ilmu Rohaniah

Bab 11 Mengapa Pentingnya Menjaga Roh?

Bab 12 Cara Memimpin Hati

Bab 13 Bukti-bukti Susahnya Melawan Nafsu

Bab 14 Kibir (Sombong)

Bab 15 Ikhlas Beramal

Bab 16 Pendorong Ibadah

Bab 17 Zuhud

Bab 18 Taubat

Bab 19 Roh Amal

Bab 20 Infak Fisabilillah

Bab 21 Akibat Mengabaikan Hati

Bab 22 Roh Dan Peranannya

Bab 23 Jika Seseorang Memiliki Sifat-Sifat Terpuji

Bab 24 Janji Allah Untuk Orang yang Bertaqwa

Bab 25 Iman Dan Taqwa Asas Bantuan

Bab 26 Mukjizat

Bab 27 Karamah

Bab 28 Rahsia Hati

Bab 29 Maksum dan Mahfuz

Bab 30 Pengalaman Praktis Ilmu Rasa Salafussoleh

31 Kata-kata Hikmah Orang-orang Soleh

Bab 32 Hati dan Bahasa Hati

Bab 33 Madah Tentang Hati

Penutup


No comments:

Post a Comment