Tuesday, May 15, 2012

Pesanan Untuk Anakku : Mana Milik Kita


Nabi SAW bersabda:
"Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti 
orang-orang lapar mengerumuni hidangannya."





Manusia adalah sejenis makhluk berwatak bergaul
Kalau tidak bergaul satu sama lain manusia tidak boleh hidup
Bergaul itu secara terpaksa atau sukarela terpaksa dilakukan
Kerana manusia itu satu sama lain perlu-memerlukan
Tapi akhir zaman ini manusia secara umumnya
telah bertukar watak atau sifat
Mereka telah mengambil sifat-sifat dan
watak-watak binatang atau haiwan
Ada yang bersifat singa, berwatak musang,
berwatak babi dan monyet
Tidak bergaul manusia tidak boleh hidup
Apabila bergaul alangkah terseksanya manusia
Kerana hendak bertemu singa, harimau, ular,
musang, babi dan lain-lain lagi yang berupa manusia
Aduh! Dahsyatnya, ada yang menerkam,
ada yang menggigit, mencakar dan membelit…
Ada yang menendang, menanduk, menghimpit,
menelan dan bermacam-macam lagi
Oleh itu kebanyakan manusia kebahagiaan sudah tidak ada lagi
Fikiran mereka berserabut, jiwa kusut
Walaupun bertemu, tapi masing-masing membawa hati resah,
gelisah dan parah
Manusia sudah bingung tidak tahu jalan penyelesaian
Tidak tahu kepada siapa hendak mengadu
Salah-salah tempat mengadu maka jadi mangsa pula
Kerana tempat mengadu itu singa, harimau, ular,
buaya dan mungkin lain-lain lagi
Aduh! Terseksanya bertemu manusia, menderitanya bergaul
Menyendiri tidak mampu kerana keperluan kita
ada pada tangan orang lain
Seperti juga, keperluan orang ada pada tangan kita
Aduh! Manusia sudah tidak ceria lagi
Kerana bertemu manusia sesama manusia sudah tidak indah lagi



Mana milik kita! Tidak ada milik kita
Semua yang ada, Allah yang punya
Tidak ada kita punya, kita hanya mengusahakannya saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakan
Kita Allah punya, bumi langit ciptaan-Nya
Milikilah apa saja tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya, tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada
Mengapa kita sombong miliki Tuhan punya
Mengapa tidak malu kepada Tuhan yang Empunyanya
Patut bersyukur kepada Tuhan
yang memberi segala-galanya
Malulah kepada Tuhan kerana miliki Dia punya
Janganlah berbangga apa yang ada pada kita
Kalau Tuhan tidak beri, kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit-ungkit jasa kita
Jasa kita nisbi saja, yang sebenar Tuhan punya
Bersyukurlah, bukan berbangga
Bersyukurlah bukan mengungkit-ungkit jasa
Gunakanlah nikmat Tuhan itu untuk khidmat
Lepas itu lupakan saja, agar tidak mengungkit-ungkitnya

No comments:

Post a Comment