Sunday, July 15, 2012

Pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya

Jadual Tuhan



UMAT ISLAM ada agenda tersendiri yang telah dijadualkan oleh Allah SWT. Jadual dari yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Namun, agenda dan jadual Allah SWT ini dipinggirkan. Sebaliknya umat Islam membuat jadual sendiri atau mengikut jadual ciptaan Barat. Ini sangat bercanggah dengan sikap Rasulullah SAW Ketika itu.Rom dan Farsi merupakan dua empayar besar. Rasulullah tidak mengikut mereka tetapi mengikut agenda dan jadual Allah SWT. Sejarah juga membuktikan para mujaddid adalah mereka yang mengikut jadual Allah SWT.

Ketepatan menurut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya itulah faktor paling utama kemenangan dan kejayaan bakal diberikan oleh Allah. Ini kerana ia merupakan janji Allah SWT kepada manusia di sepanjang zaman serta ada jaminan kemenangan, kejayaan dan keberhasilan umat Islam dunia dan Akhirat.
Di antara janji Allah SWT melalui lidah Rasul-Nya (nas- nasnya akan dinyatakan dalam bab-bab seterusnya):

Pertama:
Setiap awal kurun, Allah SWT akan munculkan seorang mujaddid. Di tangan mujaddid inilah Islam dan umatnya akan kembali gemilang dan berdaulat. Tidak salah bagi siapa pun yang mempunyai cita-cita perjuangan berhempas pulas untuk berjuang, kerana itu sudah taklif (menjadi tanggung-jawab). Dan andainya ikhlas serta menepati syariat, Allah tetap memberi pahala. Namun kejayaan perjuangan hanya Allah SWT janjikan dianugerahkan kepada pemimpin yang Allah SWT janjikan iaitu mujaddid-Nya.
Kedua:
Terdapat tiga ‘figure’ yang disimpan oleh Allah SWT di akhir zaman ini iaitu Putera Bani Tamim, Al Mahdi dan Nabi Isa a.s. Sebelum kemunculan Al Mahdi, ia didahului oleh Putera Bani Tamim yang memperjuangkannya sehingga tertegaknya sebuah pemerintahan yang bertaraf daulah atau negara. Daulah itu merupakan tapak kepada ummah.
Ketiga:
Munculnya Al Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah di awal kurun.
Ke-empat:
Oleh kerana kebangkitan itu di Timur, sudah pastilah kawasan Timur yang paling subur  keislamannya itu menjadi tapak kepada kebangkitan tersebut. Maka berani kami katakan bahawa Malaysialah yang dimaksudkan Timur itu. Oleh itu dapat pula disimpulkan bahawa Putera Bani Tamim itu berada di Malaysia.


Selanjut ..




  


  


  

Sebahagian beberapa minit sedutan video Profil GISB yg asalnya selama satu jam. Adakah benar kekuatan jemaah GISB hampir menyamai kekayaan sebuah negara, dengan aset hampir RM1000 juta? Benarkah kekuatan GISB adalah 100 kali ganda kekuatan Arqam? Saksikan sedutan Profil ini.


No comments:

Post a Comment