Thursday, July 26, 2012

Perjuangan Belum Selesai 2 : ILMU

Wahyu pertama memerintahkan kita mencari ilmu (“Bacalah Muhammad “; Surah Al-Alaq:1). Oleh itu penyelesaian utama ialah ilmu. Ilmu akan mengejutkan kita dari kelekaan dan tidur yang panjang ini. Ilmu terpenting ialah mengetahui sejarah dan strategi penyembah Iblis Knights Templar menguasai tubuh, minda dan jiwa orang Islam.

 Presiden George Washington & Baphomet 

New World Order hanya boleh dicapai sekiranya tiada bantahan masyarakat dunia; Hence to fight and conquer in all your battles is not supreme excellence, supreme excellence consists of breaking the enemy’s resistence without fighting; Sun Tzu Art of War.  Bagi mengatasi masalah ini, pembentukan New World Order mesti didahulukan dengan pembentukan masyarakat berpegang teguh kepada satu agama sama dianuti semua , iaitu New World Religion.

Knights Templar berjaya membentuk New World Religion melalui undang-undang yang mencorakkan kehidupan kita kepada masyarat beragama dimulut tetapi memeluk agama Lucifer (Iblis) pada perbuatan, hati dan ditonjolkan di dalam seluruh kehidupan mereka.

“..Luciferianism is the product of religious engineering, which sociologist William Sims Bainbridge defines as “the conscious, systematic, skilled creation of a new religion” (“New Religions, Science and Secularization,” no pagination. In actuality, this is a tradition that even precedes Bainbridge. It has been the practice of Freemasonry for years. It was also the practice of Masonry’s religious and philosophical progenitors, the ancient pagan Mystery cults…”; Luciferianism: The Religion of Apotheosis

Secular Religion
Pelbagai bangsa dan agama memeluk agama sekular
Akibatnya dan tanpa disedari, lahirlah ulama, paderi, sami dan pelbagai ketua agama mengamalkan agama sekular. Pengaruh ini menular dalam institusi keagamaan, kerajaan, pendidikan dan media massa.  Ianya menular kepada masyarakat dan remaja hinggakan tidak takut mati dijalanan demi hiburan, serta bertindak memuja syaitan (123). Bapa sanggup merogol anak perempuannya dan berkongsi bersama rakan. Kanak-kanak kecil melakukan jenayah, seks liar dan dijalanan, serta perbuatan berzina atas Al-Quran menjadi kebanggaan. Kes merogol kanak-kanak bawah 5 tahun menjadi-jadi sehinggakan tidak selamat membiarkan anak bermain di taman. Terdapat banyak kejadian yang sangat pelik dan tidak dapat difahami.


Di dalam The Star, Jumaat, 24/08/2007 bertajuk “Penerapan syariah ganti Common Law “, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak memikirkan sumber lain selain Common Law Inggeris bagi mendapatkan prinsip-prinsip keadilan. Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan agar rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Maka langkah lebih serius perlu diambil bagi mengembalikan kekuatan umat dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber undang-undang utama. Ini dapat dicapai dengan meminda Artikel 4 Perlembagaan Malaysia. Contoh pindaan seperti di bawah:–
“..God’s Book and the Sunnah of His Prophet (peace be upon him) is the Constitution of the Federation and any law which is INCONSISTENT with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, BE VOID..”
Pindaan akan beransur-ansur membatalkan undang-undang bercanggah Al-Quran dan Sunnah. Sistem Mahkamah beransur-ansur merujuk undang-undang Arab Saudi atau negara Islam yang mengamalkan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang.

Kepentingan mengubah undang-undang dan sistem

Persoalan selanjutnya ialah apakah kepentingan kita meminda Artikel 4 Perlembagaan Malaysia? Kepentingan dinyatakan Allah SWT seperti di bawah:-

Maksudnya: “..Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum Jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada siapa boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah…”; al-Quran: al-Maaidah:50
Maksudnya: “…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir..”; al-Quran: al-Maa’idah:44

Maksud keterangan di atas  jelas. Namun ramai yang gemar berhujah Yahudi dan Kristian lebih bijak membuat undang-undang daripada Allah. Mereka gemar berhujah undang-undang Allah tidak sesuai sepertimana biasa didengari. Adakah mereka ini beriman dengan Al-Quran? Inilah bukti keimanan dan penjajahan tubuh, minda dan jiwa oleh Knights Templar. Segala cara kehidupan dan sistem mereka adalah terbaik dan mengatasi kehebatan agama Allah swt. Kesannya mereka ditempatkan di neraka selama-lamanya, sama seperti saudara mereka.
TV

Seperkara penting ialah bantahan tidak utama dan sekadar ujian kepada orang Islam dan kafir. Kemenangan atau kekalahan tidak relevan. Sekiranya kemenangan utama maka Allah sekelip mata dapat memenanginya tanpa pertolongan sesiapa. Masing-masing bebas berjuang atau berhujah namun akan tiba satu hari nanti di mana ianya didengar kembali di Mahkamah Terakhir.

Maksudnya: “…Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padalah kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapi kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman…”; al-Quran: ali-Imran:139

NWO_Chart
New World Order Organization Chart
Selanjutnya, hampir keseluruhan sistem hari ini berasaskan sistem Knights Templar. Kita mengambil mereka sebagai awliya dan mempertahankan sistem ini tanpa mengikut batasan agama. Kesannya kita hidup dan dimatikan sebagai Kristian dan Yahudi. Oleh itu adakah kita dapat keluar dari neraka jika dimatikan sebagai Yahudi dan Kristian? Tidak.

Maksudnya: “…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain. dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka…”; al-Quran: al-Maa’idah:51

Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian bukan teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu Yahudi dan Kristian hari ini bekerjasama menguasi dunia.

Oleh itu dan bagi yang mengagungkan sistem dan cara kehidupan mereka, Allah akan makbulkan doanya dan biarkan dia mati sebagai Yahudi dan Kristian. Mereka kekal di neraka selamanya kerana mengamalkan syirik dan menyekutukan Allah SWT. Syeikh Imran Hossein menerangkan sistem negara sekular dan syirik seperti di bawah:
“…Among those institutions was the modern secular state that was built on the foundations of Shirk (i.e. blasphemy)… that civilization no longer recognized the God of Abraham (‘alaihi al-Salām) as Sovereign. It no longer recognized His Authority and His Law as Supreme. The ‘modern secular state’ was now recognized as sovereign and that was Shirk. The authority and law of the modern secular state were now recognized as supreme and that also was Shirk. The state had the authority to declare Halāl (i.e. legal and permissible) that which the God of Abraham (‘alaihi al-Salām) had declared to be Harām (illegal and prohibited) and it proceeded to do so and that also was Shirk…”; An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World (p.62)

Pandangan beliau berdasarkan rujukan kepada surah al-Kahfi dan al-Israa.
Maksudnya: “…Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya…”; al-Quran: al-Kahfi:26
Maksudnya: “…Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”…”; al-Quran: al-Israa:111

 

No comments:

Post a Comment