Friday, August 10, 2012

Pandangan Serong Orang Melayu Terhadap Perjuangan Abuya



Tulisan Ahmad Mustaqim ( seorang muallaf Cina Muslim)
Masyarakat Melayu rata-rata tidak faham apa itu cara hidup Islam yang sebenar. Majoritinya ialah Islam ikut-ikutan. Disebabkan keturunannya dilahirkan Islam, maka tidak perlu berfikir panjang menghayati Islam yang diberi Allah SWT. Apa yang hendak ditekankan disini bukan sahaja soal syariat yang banyak menjaga tatatertib dan rule lahiriah sebagai muslim/muslimah tetapi juga berkenaan dengan keimanan terhadap Allah SWT dan Rasullulah SAW atau mudah dipanggil ‘syariat’ hati. Tempat jatuhnya pandangan Allah SWT adalah pada hati hambaNya.

Rasullulah SAW pernah bersabda kalau hati ini baik maka baiklah dirinya. Abuya juga pernah berkuliah sembahyang dua rakaat yang khusyuk lebih hebat daripada ribuan rakaat yang tidak khusyuk. Untuk menjadi orang bertaqwa pun, lintasan hati ini amat perlu dijaga. Allah SWT menjanjikan bantuan dan kemenangan kepada orang-orang mukmin bertaqwa bukannya muslim. Majoriti umat Islam akhir zaman ini terlalu ramai yang muslim, sedikit mukmin. Mukmin adalah muslim yang menjaga kedua-kedua syariat tersebut hati dan lahir daripada itulah taraf mukmin ditingkatkan lagi manakala taraf nafsu selamat dinaikkan ke tahap yang lebih selamat sehingga gangguan dan bisikan syaitan sudah tidak mampu memujuk nafsu lagi. Orang yang mukmin sudah tentu muslim, tetapi yang muslim belum tentu mukmin.

Jadi barulah akal ini faham kenapa, umat Islam begitu tertindas sekali walau di negara sendiri. Bantuan Allah SWT tidak sampai rupa-rupanya kepada umat Rasullulah SAW. Sebabnya banyak, antaranya umat Rasullulah SAW di akhir zaman ini sudah terkena penyakit al-wahan iaitu cinta dunia dan takut mati (takut berjihad). Bilangan umat Islam ramai tetapi lemah bagaikan buih-buih atas lautan, tiupan angin yang sepoi sudah mampu melenyapkannya. Kelemahan itu diambil kesempatan oleh Yahudi dan Nasrani untuk menghancurkan kekuatan umat Islam. Dimasukkan pendidikan sekular yang diwarisi daripada pihak penjajah, diberi hiburan yang melalaikan dan melemahkan roh Islam, menjadikan wang sebagai ukuran kehidupan.
Hasilnya kacau bilau Melayu  di Malaysia. Sudahlah ia satu bangsa yang lemah, dilemahkan lagi. Pada masa yang sama, Yahudi (semoga mereka yang terlibat dibantai Imam Mahdi habis-habisan) serta angkatannya bertungkus-lumus melumpuhkan satu-persatu kekuatan umat Islam. Diranapkan tempat-tempat ziarah umat Islam seperti tempat kelahiran Rasullulah SAW, rumah-rumah isteri-isteri baginda dan para sahabat. Pada hari ini rumah Siti Khadjah dijadikan tandas manakala tapak rumah Saiyidina Abu Bakar didirikan Hilton Hotel. Manakala ramai keturunan Rasullulah SAW dibunuh kejam oleh Yahudi serta sekutunya. Bukan itu sahaja, Yahudi yang menubuhkan Universiti Orientalis mengkaji betul-betul kekuatan umat Islam dan mereka tahu kekuatan umat Islam adalah pada sistem khalifah, bantuan daripada Allah SWT dan Rasullulah SAW serta kekuatan teknologi rohani umat Islam seperti doa orang mukmin, sembahyang yang khusyuk, mengamalkan sunnah Rasullulah SAW (harus difahami sunnah Rasullulah SAW bukan sahaja merangkumi sembahyang tetapi juga dalam hal bersosial, berpendidikan, berumah tangga, berbudaya, berperang, berniaga dan beribu macam lagi).



Hasil teknologi inilah yang Yahudi sangat takutkan kerana sihir mereka tidak mampu menandingi kekuatan rohani ini.Kekuatan rohani ini, saya hanya faham setakat di akal hasil pembacaan buku-buku Abuya dan artikel-artikel GISB.
Maka Yahudi menimbus segala-gala ilmu ini melalui Yahudi keturunan Arab mereka dengan mewujudkan fahaman Islam songsang iaitu fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi inilah yang menentang keras keyakinan kekuatan roh umat Islam. Dipagarkan mereka makam Rasullulah SAW daripada didekati umatnya. Menyesatkan pengamalan wirid-wirid tareqat seperti tareqat Naqsyabandiah, Aurad Muhammadiyah dll. Kerana mereka tahu melalui pengamalan ini, bantuan Allah SWT akan sampai.
Jadi tidak hairan Melayu hari ini berkeadaan sebegini, sudahlah ditimpa penyakit al-wahan, dijauhkan lagi bantuan Allah SWT maka habis kacau-bilau kehidupan. Sebab itulah Abuya berjuang. Perjuangan puluhan tahun itu telah banyak membuahkan hasil di seluruh dunia.Tetapi malang sekali, atas sebab hasad dan dengki oleh pihak pentadbir kerajaan, dikeluarkan fatwa oleh JAKIM bahawa segala-gala amalan akidah bermula semenjak zaman Darul Al-Arqam adalah sesat. Suka hati sahaja mereka menyesatkan jemaah tanpa mengadakan perbincangan mahupun pengadilan di mahkamah syariah.
Ini menunjukkan mereka sangat takut akan terbongkarnya kebenaran, digunakan terus cara komunis sedangkan yang dihukum itu adalah orang yang memperjuangkan Islam dan Maha Menghukum itu adalah Allah SWT. Disebabkan periuk nasi dan kewibawaan mereka yang terancam, sanggup para ulama ini bersepakat menyesatkan kebenaran. Keadaan mereka ini seperti yang diwahyukan Allah dalam Al-Quran. Sanggup mereka menjual kebenaran untuk mendapat nilai yang sedikit itu yang sebesar sayap nyamuk malah lebih kecil dari itu. Masyarakat Melayu yang menjadikan media kerajaan sebagai sumber informasi terkeliru dengan kejadian tangkapan ISA Jemaah al-Arqam yang berlaku pada tahun 1994. Majoriti masih percaya bahawa Jemaah dan cara Abuya itu sesat tanpa pemahaman yang betul.
Memang sifat manusia itu suka memusuhi apa yang tidak difahami. Sebab itu kita diminta untuk banyak meminta kepada Allah SWT memberi taufik dan hidayah. Malah ada bekas anak-anak murid serta pengikut-pengikut Abuya yang mengkhianati dengan mengembar-gemburkan khabar angin seperti akidah yang sesat, gila seks, taksub dengan pemimpin, gila kuasa politik dan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas.
Abuya pernah berkata semasa di Masjid Negara tahun 1994 selepas tangkapan ISA, kalau orang Islam tidak taksub pada Islam apa lagi selainnya yang harus digilakan?
Kejadian 1994 itu adalah tapisan daripada Allah SWT antara perjuang kebenaran dengan pejuang periuk nasi dalam Jemaah. Tapisan ini amat penting untuk menyediakan tapak Islam yang syumul tanpa sebarang kecacatan dan kekotoran. Memang Abuya sangat-sangat cinta kepada kedatangan penyelamat akhir zaman dan kebangkitan Islam kali kedua sejak kecil lagi.
Para ulama moden kita sering kebuntuan ilham apabila ditanya tentang tindakan yang harus diambil tentang kedatangan Imam Mahdi nanti. Mereka akan kata perbaiki diri dan tunggu. Jawapan ini cukup tidak memuaskan sekali. Bagaimana hendak memperbaiki diri tanpa pimpinan dan Jemaah?
Apakah kedatangan seorang penyelamat harus ditunggu sahaja tanpa menyambutnya? Sedangkan kedatangan Rasullulah SAW sudah lama ditunggu oleh para ulama Yahudi tetapi mereka tidak juga berbai’ah dan beriman kepada Rasullulah SAW. Hendakkah para ulama ditakdirkan nasib sepertimana yang dimaksudkan menunggu itu? Bukankah lebih baik kita sambut terus kedatangan penyelamat dunia akhir zaman ini?

Source


Pandangan Serong Orang Melayu Terhadap Perjuangan Abuya

(2) Pandangan Serong Orang Melayu Terhadap Perjuangan Abuya

Tetapi masalahnya bagaimana hendak mengenali Imam Mahdi, penyediaan yang bagaimana harus disediakan untuk sambutan. Setelah dikenal pasti betul-betul penyediaan yang diperlukan, barulah disediakan fasilitinya, tenaga kerja yang mencukupi, back-up yang diperlukan, hidangan yang lazat dan berbagai-bagai lagi. Bukankah itu yang mendebarkan kita sekiranya Yang di-Pertuan Agong datang ke kawasan kita?
Jadi tidak salah apa yang Abuya sedang perjuangkan selama berpuluhan tahun sejak zaman Al-Arqam, kepada Rufaqa dan kini Global Ikhwan. Perjuangan yang tidak henti dan Jemaah Global Ikhwan sudah pun menakluki dunia. Ramai para ulama kebenaran yang tertawan dengan perjuangan ini. Perjuangan ini dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah semata-mata untuk menyediakan tapak untuk kedatangan Imam Mahdi nanti.
Dari situlah Abuya didik para perjuang Ikhwannya dengan perasaan kasih sayang, kemesraan seorang kawan, ayah, pemimpin, anak murid, guru dan pelbagai peranan dengan pelbagai perasaan yang berbeza. Hasilnya, para perjuang ini mempunyai hati ibarat besi yang mampu membelah gunung. Hati yang sayu sentiasa dalam rintihan kepada Allah SWT dan Rasullulah SAW. Rintihan dosa-dosa dalam diri, rintihan rindu kepada kematian agar cepat-cepat dapat melepas rindu bertemu Allah SWT dan Rasullulah SAW, rintihan dipercepatkan kebangkitan Islam di Timur ini, rintihan terhadap umat Islam yang dalam kecelaruan ini, rintihan terhadap rakyat Palestine yang dalam penyeksaan Yahudi, rintihan terhadap orang kafir yang semakin dekat kepada tebing neraka. Berbagai-bagai yang dirintih yang tidak kita rasai disebalik wajah yang berseri-seri.
Begitulah hati yang telah di-isi Allah SWT dengan hidayah,taufik, dan keimanan taraf taqwa. Hebat dan mahal sungguh pemberian Allah SWT ini kepada para perjuang yang sudah tidak jemu lagi semakin cinta kepda perjuangan Abuya ini.

Andai kata perasaan ini dimasukkan terus kepada seorang muallaf, saya percaya sudah pasti kami akan mati serta-merta atau menjadi tidak siuman.
Mati kerana kerinduan yang amat sangat atau sekurang-kurangnya menjadi gila kalau masih mampu mengawal perasaan yang lazat ini.

Patutlah Allah SWT datangkan pelbagai ujian dahulu, perlu mendaki dan menawan gunung-gunung yang tertentu agar bekas hati menjadi kukuh untuk menampung pemberian Allah Yang Maha Suci ini. Supaya dimanfaatkan dan memanfaatkan. Hebat sungguh pemberianMu Ya Allah atas sifatMu Yang Maha Penyayang ini. Segala pujian buat diriMu yang Maha Kekal.

Perjuangan Abuya ini terlalu banyak dan panjang hendak diceritakan disini. Kalau dikumpulkan daripada Jemaah Global Ikwan boleh mengambil masa berbulan-bulan untuk dikumpulkan, ditulis dan dibaca. Itulah hebatnya mujaddid akhir zaman pilihan Allah SWT sebelum datangnya khalifah Imamul Mahdi.

Source
.....

Friday, August 10, 2012

Israel allows Egypt attack helicopters in Sinai
JERUSALEM (Reuters) - Israel on Thursday granted an Egyptian request for Cairo to use attack helicopters in Sinai for the first time since a 1979 treaty which strictly limited the deployment of military force in the desert peninsula, a senior Israeli official said.  More...

‘Zionists Systematically Inflaming Islamophobia Across the Globe'
A mosque in the Midwestern US state of Missouri has been completely destroyed in a suspected arson attack, the second attack to hit the place of worship in a little more than a month.
Muslim Mosques in the US are filled with jubilance during the holy month of Ramadan.
The Monday incident came a day after a deadly shooting at a Sikh temple in the Milwaukee suburb of Oak Creek in Wisconsin, which took the lives of six people.
Sikh rights groups have reported a rise in bias attacks since the September 11, 2001 attacks. The Washington-based Sikh Coalition has reported more than 700 incidents in the US since 9/11.

More..
 


Inilah Perutusan Rasulullah SAW kepada Vatican

Baca yang berkaitan : Isi Surat Rasulullah SAW
Hari ini 2 Mei 2011, lebih 1.5 juta orang menghadiri majlis ‘beatification’ mendiang Pope John Paul II di Vatican. Kemudian tiba-tiba tersebar berita Osama Ben Laden si jutawan itu meninggal setelah sepuluh tahun dicari Yahudi di Pakistan dan Afghanistan negara sekutu Amerika. Mana logiknya? Apakah yang sedang ditakuti mereka? Adakah setelah membaca surat dari Rasulullah kepada Vatican ini, atau setelah dapat  menghidu kebangkitan akan berlaku tidak lama lagi di Malaysia ini? Setakat yang mereka siasat selama ini, mereka pun yakin surat ini asalnya satu ‘divine revealation’ bersumber dari Mekah.
Namun di negara Malaysia, surat ini menggemparkan mereka yang ambil kisah tentang agama Islam.
Selanjutnya...

Abuya Ghaib? Keajaiban Roh – disisi Allah tiada yang mustahil.

Kalau anda percaya adanya ilmu silap mata, mengapa anda tidak percaya adanya ilmu keajaiban roh? Bahwa roh itu sangat bekerja. Fiziknya dapat diubah dan ditukar dengan izin Allah .
Contoh, para malaikat itu dapat datang kepada Nabi Muhammad dengan wajah yang macam-macam, berbeza-beza rupanya. Seolah-olah fizik itu seperti baju yang dapat ditukar-tukar
Selanjutnya..

Tabung Taqwa & Perniagaan di Mekah

Kata orang Arab bangsa Melayu Malaysia itu adalah sebaik-baik umat…! MasyaAllah. Inilah bangsa yang dijanjikan

Patung Merlion yang pertama di Singapura, didirikan di Merlion Park, terkena panahan petir pada petang 28 Februari 2009, mengena bahagian atas kepala patung berbadan ikan dan berkepala singa ini.
Ketika kelahiran Rasulullah SAW ke dunia, tiang Istana Kisra tempat bersemayamnya Maharaja Rom bergegar, empat belas berandanya runtuh, air tasik besar Tiberia menjadi surut, Api Majusi yang belum pernah padam selama 1000 tahun padam tiba-tiba. Itu adalah petanda bahawa empayar Rom dan Parsi akan jatuh.

Pengalaman berjumpa Abuya setelah ‘pemergiannya’

Makam sementara Abuya di Pilin, Negeri Sembilan. 
Mp3 pengalaman Pak Ya boleh didengar di Box Net di sidebar blog ini : —- >

Keajaiban Abuya : diiringi malaikat?!
Dentuman Halilintar! mengiringi serbuan JAIS
Sheikh Dituduh Membuat Duit Palsu
Karamah yg dituduh sihir!
Karamah Lahiriah Sheikh Suhaimi - Bhg1,
Karamah Lahiriah Sheikh Suhami:Bhg 2-Ghaib!,
Ibadah & Amalan Sheikh Suhaimi

Buku ‘Barat Di Ambang Maut’ & ’7 Wali Melayu’

Akhirnya buku-buku  ini dapat didownload di internet. Maaf sebab version hitam-putih (photocopy) sahaja. Namun isinya sangat mahal kepada siapa yang mahu menimba ilmu. Download di sini

1.As Sayid Habib Nuh
2.Tokku Paloh
3.Tuan Tulis
4.Asy Sheikh Muhammad Said Al Linggi
5.Sheikh Muhammad Nor Al Kholidi
6.Tok Kenali
7.Tuan Hussein Kedah Al Banjari
 Kekuatan GISB menyamai kekuatan sebuah negara?

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang  beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi ini sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

No comments:

Post a Comment