Thursday, February 21, 2013

Satu Pilihan : Kunci Kepada Kejayaan

Setelah 9 bulan berada di Teratak Kasih Sayang di Kg. Klang Gate Baru ini, kali terakhir sepanjang di sini tulisan di blog ini ialah  Tuesday, August 28, 2012 yang bertajuk : 13 Surah Ar-R'ad (Guruh).

Seterusnya pada ketika ini pada jam 9.53 malam bertarikh 20.2.2013 teruskan tulisan diblog ini yang bertajuk SATU PILIHAN : KUNCI KEPADA KEJAYAAN.

Teringatkan suatu masa dulu dalam tahun pertama di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putera Malaysia) dan di tempatkan Kolej Kediaman ke 8 dan Pengetua ialah Tan Sri Dr. Nordin Kardi.  Setelah itu pertukaran nama kolej kediaman ke 8 kepada nama baru iaitu Kolej Tun Perak dan nama 5 Blok kepada nama 5 Pahlawan Melaka Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Pada suatu Majlis Pelancaran Untuk Menanam Pokok bertujuan untuk keindahan kolej Tan Sri Dr. Nordin Kardi dalam ucapan beliau telah kongsi ilmu berhubung dengan Rahsia Kejayaan bila Satu Pilihan. Contoh sejarah yang berlaku semasa Panglima Angkatan Tentera Islam yang mempunyai hanya ratusan askar sahaja tetapi berjaya mengalahkan ribuan tentera Kafir. Kapal yang di naiki oleh tentera Islam terlebih telah di bakar bertujuan memberi kekuatan dalaman pada tentera-tentera Islam. TIADA PELUANG BERUNDUR hanya dengan satu pilihan sahaja "MENANG" atau "MATI SYAHID".  Pertolongan dan bantuan dari Allah telah di berikan pada tentera2 Islam dan memenangi peperangan tersebut.  TENTERA YANG BERTAKWA. Maka benarlah janji Allah Yang Maha Besar seperti terkandung dalam Al-Quran dan Hadis bahawa pertolongan dan bantuan untuk hambaNya yang berTAKWA.


Sehubungan itu, hanya pokok dari satu jenis sahaja yang di tanam di Kolej Tun Perak iaitu dari Keluarga Palma.   Secebis kisah yang lalu ketika saya dalam usia 19 tahun, berpeluang belajar di UPM dan mula kenal Kuala Lumpur.   Seorang anak kampung dari keluarga miskin.   Alhamdulillah, dapat belajar ke peringkat Universiti dan juga berpeluang mengenali Tan Sri Dr. Nordin Kardi secara lebih dekat.  Beliaulah yang menulis lirik lagu WARISAN.

Antara berita terkini  Seminar nasib akhbar Melayu di UiTM Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 08 Oktober 2010.

Melalui hubungan rapat dengan Tan Sri Nordin semasa tinggal di Kolej, saya berpeluang dalam GPMS dan mengikuti kursus2 di Biro Tata Negara.

Sewaktu belajar di UPM,  saya juga berpeluang pada hari-hari cuti berpeluang menuntut Ilmu di sebuah Perkampungan di Sungai Pencala.  Semasa itu Jemaah Al-Arqam belum lagi di haramkan.  Semasa awal remaja lagi sebelum ke Kuala Lumpur, saya selalu mengikuti perkembangan Al-Arqam samaada melalui rakan dan media cetak yang di keluarkan.  Akhirnya pada era 90-an sewaktu Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Al-Arqam telah di haramkan. Pelbagai tuduhan dan pelbagai pihak mengambil tindakan pada Al-Arqam.   Pada ketika ketika Al-Arqam di haramkan. saya berada di Daerah Besut, Terengganu dan menguruskan syarikat Perlancungan dan berpeluang berhubung rapat dengan ahli-ahli politik di sana.  Melalui berkat guruku, pada saat dan ketika itu telah di maklumkan bahawa Anwar Ibrahim tidak berjaya menjadi Perdana Menteri.  Kawan-kawan politik yang rapat ketika itu apabila dalam perbualan kami agak terkejut juga apabila di tuturkan tentang Anwar Ibrahim sedangkan saat dan ketika itu beliau sudah ada diambang pintu PM.  

Begitu juga kini, ramai kawan-kawan yang rasanya agak lucu bila di katakan bahawa PRU 13 tidak akan terjadi.....Hanya Allah yang menentukan segala-galaNya.


PRU 13 : TANAH MELAYU, REBUTAN ANTARA 

KERAJAAN AJAIB DAN YAHUDI. 

Negara Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam buat kali yang kedua. Ahli Bait ramai yang berhijrah ke Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British, dan sejarah Melayu seolah-olah bermula dari Kesultanan Melaka.

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal untuk memadamkan benih-benih kebangkitan Islam. Pelbagai usaha dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba dan banjaran Titiwangsa. Di tanah tinggi, di tepi pantai, di tengah hutan, di tengah laut, mereka telah jelajahi. Namun mereka tetap gagal mengkafirkan penghuni bumi Tanah Melayu ini lebih-lebih lagi memadam bara api yang akan menyalakan api kebangkitan. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah mengambil bijih timah dan hasil bumi yang lain.


Yahudi terus berusaha keras untuk menonjolkan tokoh yang boleh menjaga kepentingannya di Tanah Melayu atau bumi Malaysia ini. Pada hari ini, Anuar Ibrahim yang berterus terang menyatakan pendiriannya menyokong Israel. Maruahnya kini kian jatuh. Daripada pembela Islam di era Abim, kini pembela LGBT yang lantang memperjuangkan kebebasan beragama. Jauh sekali terpesong. Tapi tidak hairan, kerana Anwar memang anak didik yahudi.

Kedatangan yahudi ke Tanah Melayu adalah perancangan mereka. Mereka menyedari bahawa kebangkitan Islam ke dua tapaknya di sini. Namun Tuhan yang Maha Baik, telah mendatangkan orang-orangnya untuk mempersiapkan tapak emyar Islam ke dua ini. Tuhan adalah sebaik-baik perancang.
Di Indonesia, yahudi sudah cukup berjaya. Kerosakan yang dilakukan sangat dahsyat. Bayangkanlah, sebuah rumah didiami penghuni pelbagai anutan agama. Jika bapa Islam, isteri hindu, anak lelaki kristian, anak perempuan tidak beragama. Begitulah gambaran agama di sana. Namun dengan kasih sayang Tuhan, bara api tetap tidak boleh dipadam. Tuhan ada cara menyelamatkan agama-Nya.

Di Tanah Melayu (Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Pattani, Champa, Selatan Filipina) di banjiri Ahli Bait. Namun tidak semua meletakkan gelaran Ahlu Bait didepan nama mereka, seperti Sayyid, Sidi, Habib, Maulana, dan lain-lain lagi. Mereka inilah bersama keturunannya dan keturunan sahabat yang menjaga bara api agar tidak padam.
Peta kebangkitan Islam ke dua juga telah berjaya dipadam yahudi. Dulu Tanah Melayu adalah satu, kini telah terbagi kepada beberapa pecahan yang lain pentadbiran. Namun Maha Suci Tuhan, didatangkan Putra Bani Tamim yang menyatukan kembali peta kebangkita Islam ke dua ini. Abuya berjaya menyatukan melayu bersamanya dan menjadi bangsa melayu baru. Bangsa melayu berhidung peset yang akan menerajui kebangkitan Islam ke dua ini.
Kini bangsa melayu Abuya telah berada di seluruh pelusuk dunia. Demi menagih janji Tuhan untuk kali ke dua ini, Abuya dan pengikut-pengikutnya berjuang menempuh segala onak dan duri walaupun dikata syok sendiri. Dalam dikatakan syok sendiri, jemaah Abuya semakin meriah di Haramain. Semakin mendapat tempat dikalangan jemaah umrah dari Malaysia dan Indonesia. Begitulah juga di tempat-tempat yang lain.
Siapa sangka, Papua yang telah dirosakkan yahudi pun kini sedang menerima penangan keajaiban kerajaan ajaib. Ahlu Bait dari Hadramaut kini bersama-sama memberikan laluan kepada GISB untuk mengisi Islam di sana. Dulu Papua yang kekayaannya disedut yahudi, ini Islam akan meriahkannya dengan kerajaan roh. Jadual sedang menuju ke arah itu.
 
 
Namun begitu, yahudi tetap tidak rehat. Islam terus dirosakkan. Gerakan-gerakan Islam liberal terus dikuatkan mereka. Bantuan-bantuan dan dana diberikan supaya Islam liberal yang hakikatnya adalah yahudi diterima masyarakat di Tanah Melayu sekarang. Kini orang-orang suruhan yahudi yang pelbagai pangkat dan gelaran, sedang sibuk merosakkan Islam di Tanah Melayu. GISB tidak terkecuali menerima gangguan dan serangan yang mereka lakukan. Namun kerajaan ajaib tetap bersama, segala tipu helah mereka dibalas dengan tipu helah yang lebih dahsyat daripada Tuhan. Benarlah Allah adalah sebaik-sebaik tipu daya. 
Bagaimana kesudahan perebutan dan perperangan diantara kerajaan ajaib dan yahudi ini? Sama-samalah kita saksikan sambil menagih dan merebut peluang yang Tuhan berikan ini.

 

SEJARAH PERJALANAN KEBANGKITAN ISLAM KEDUA.

Rasulullah SAW adalah kekasih Tuhan yang didatangkan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Kedatangannya ialah dengan bertujuan memperelokkan budi pekerti manusia, atau ertikata lain membaiki insaniah manusia. Bagindalah yang melakukan kebangkitan Islam pertama yang bertapak di Mekah kemudian membangunkan bandar model Islam di Madinah. Akhirnya terbangunlah model kehidupan Islam yang membesarkan Allah dan Rasul di dalam kehidupan manusia.
 

Islam kemudiannya berkembang ke seluruh dunia. Para sahabat bertebaran dengan misi mengenalkan Tuhan kepada dunia. Para sahabat pergi berdakwah dan mengembangkan Islam berbekalkan kekuatan roh yang dibekalkan baginda kepada mereka. Jika tanpa kekuatan roh atau hati yang luarbiasa, bagaimana mungkin Sayyidina Abu Ayyub Al-Ansari meninggalkan keluarganya demi membenarkan hadis pembukaan kostantinopel? Bagaimana para sahabat berpisah dengan keluarga demi membesarkan Tuhan di seluruh dunia?

Maka sebahagian sahabat, berbekalkan hadis janji Tuhan di akhir zaman, mereka mengembara menuju ke tempat yang di maksudkan. Dengan hati dan jiwa yang diserahkan 100% kepada Allah untuk dicatur, setiap tempat persinggahan mereka akan menerima ajaran yang suci lagi murni ini. Berkembanglah Islam dengan begitu pesat sekali. Sebahagian besar mereka berkeluarga dengan masyarakat tempatan di sesebuah tempat, maka lahirlah generasi dari keturunan sahabat yang meneruskan cita-cita besar ini.

Mari kita lihat sebuah percaturan Maha Ghaib terhadap kejadian ini. Para sahabat yang keluar berdakwah, mereka akan memilih tempat-tempat yang strategi untuk pertemuan sesama mereka. Tempat laluan dan persinggahan pedagang dan pengembara, di situ adalah tempat terbaik untuk bertapak dan berdakwah, seterusnya menyusun strategi demi Islam yang tercinta. Para sahabat, tabiin, tabiut tabiin, mereka tidak semberono dalam berjuang. Hati-hati mereka sentiasa dipandu oleh baginda. Kalau tidak, bagaimana Islam sampai kepada kita? Bahkan demi kebesaran Islam, sebahagian kita adalah dari keturunan mereka.

Islam dari Tanah Arab berkembang ke Afrika, seterusnya berkembanglah Islam ke Eropah. Di sana, terbukalah Sepanyol di tangan Tariq bin Ziyad. Kekal namanya dan terpahat jasanya di sana. Gibraltar, itu adalah berasal daripada nama Toriq. Jabal Toriq nama asalnya, bukit yang berdirinya Toriq bin Ziad. Seterusnya terbukalah sebuah negara yang penduduknya menanam limau. Semua tempat ada limau. Di bukit, tanah rata, hutan, semuanya tanaman limau. Bersempena dengan limau itu, dinamakan 'BURTUQAL' di dalam bahasa arab yang bererti limau. Ya! Itulah negara Portugal sekarang ini.

Kemudian Islam berkembang lagi. Namun kini para pejuang semakin berhati-hati kerana di ekori yahudi yang ingin menggagalkan kebangkita Islam ke dua. Mereka telah menghidu perkara ini seawal kewafatan baginda. Setiap tempat pendakwah Islam pergi, di situ mereka mengekori.

Sampai di sebuah tempat, di tepi laut. Ketika itu pengangkutan utama adalah melalui laut, pelabuhan menjadi tempat persinggahan para pendakwah. Mereka menamakan tempat itu sebagai 'MALQA', yang bererti tempat bertemu yang bertempat di eropah. Namun yahudi dapat mengetahui tempat pertemuan ini, maka mereka berpindah ke MALQA SANI, iaitu tempat pertemuan yang ke dua. Tahukah kita bahawa MALQA di eropah itu ialah MALAGA sekarang? Yang terletak di Sepanyol?

Di Malqa yang kedua, Islam berkembang pesat. Masyarakat menerima Islam dengan baik. Namun yahudi tak duduk diam. Mereka semakin sakit hati. Para pejuang Islam mengetahui hal ini dan mereka pun berpindah ke MALQA SALIS. Tahukah kita bahawa Malqa yang ke dua itu ialah MACAO? Yang terletak di China?

Akhirnya, di Malqa Salis ini adalah Malqa yang terakhir. Mereka telah menemui tempat yang baginda maksudkan. Tempat akan berlakunya kebangkitan Islam ke dua. Ya! Tempat yang sangat diidam-idamkan oleh para pejuang kebenaran yang menagih janji Tuhan di akhir zaman.Tahukah kita di mana Malqa yang ketiga ini terletak? Ianya terletak di semenanjung Tanah Melayu! MELAKA, ya! Melaka adalah Malqa Salis atau Malqa ketiga. Di Tanah Melayu inilah akan berlakunya kebangkita Islam kedua ini.

Namun yahudi berjaya memadam sejarah ini. Direkalah bahawa asal-usul Melaka daripada Pokok Melaka. Sandar-sandar dipokok sahaja dah boleh beri nama. Semudah itu? Mudahnya kita ditipu! Sedangkan para pendakwah bermati-matian ke mari demi kebangkitan Islam kedua, mudah kita kata sandar di pokok dah boleh beri nama. Sebab itulah hingga kini, kita gagal menemui kubur-kubur atau makam Hang Tuah dan kawan-kawannya. Kerana ia adalah rekaan yahudi untuk menipu masyarakat di Tanah Melayu supaya jadual Tuhan tidak berlaku. Bagi sesiapa yang perjuangkan sejarah oleh yahudi, datangkanlah bukti di mana makam-makam Hang Tuah dan kawan-kawannya! Tolong buktikan! Kalau kubur Tok Kenali pun ada, Tokku Paloh pun ada, tunjukkan di mana kubur-kubur Si Tuah ini. Sdarlah! Jangan ditipu lagi!

Begitulah perjalanan menuju kebangkitan Islam kedua ini. Kini, tiada siapa yang boleh menghalang. Islam takkan kalah-kalah lagi. Islam kini berada di puncak dan sedang membangun oleh GISB. Tunggu dan lihatlah, bangsa melayu berhidung peset ini akan menerajui Islam tidak lama lagi.

AIR, ANGIN DAN KEMULIAAN

Syukur pada Allah Yang Maha Bijaksana dalam mengatur Jadual Kebangkitan Islam ke 2 Dari Timur ini.  Tanah Melayu yang di berkati ini mendapat limpahan rahmat dan nikmat hingga kini walaupun pelbagai cabaran dan perancangan jahat Yahudi untuk menghancurkan Bangsa Melayu di sini kerana mereka tahu tentang Alter Terahsia Bangsa Melayu.  

Walaupun pelbagai usaha dan perancangan Yahudi, semuanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui.  Sihir Kabballah yang di tukarkan dalam bentuk pelbagai sistem sebagai Penjajahan Minda kepada manusia di dunia ini.  Selepas memberi ke merdekaan pada tahun 1957 pada Malaysia, mereka pada saat yang sama melalui tipu daya yang amat licik melepaskan senjata yang amat berbisa iaitu PENJAJAHAN MINDA dalam pelbagai sistem kehidupan. Antaranya ialah Sistem politik. Setelah melalui 12 kali pilihanraya umum maka saat sekarang ialah bila-bila masa (jika berlaku..semuanya kuasa Allah) PRU 13.   Pada saat ini keadaan yang begitu mencemaskan pelbagai pihak Parti Politik dan pada masa yang sama berlaku peristiwa kebangkitan rakyat di seluruh dunia yang inginkan KEADILAN yang sebenar-benarnya, tapi malangnya walaupun berjaya menumbangkan kerajaan tapi huru-hara berlarutan. Contohnya, apa yang berlaku di Mesir, walaupun kejayaan di capai tetapi masih lagi terkonkong dalam SANGKAR SISTEM DEMOKRASI  BARAT yang di caturkan oleh pihak musuh. 

Parti-parti yang mengwakili orang Melayu di Malaysia seperti UMNO,PAS dan KEADILAN pada saat dan ketika ini bagaikan Parti Peminta Sedekah kepada pihak monoriti. Ini adalah kata-kata dari Tun Mahathir. 

Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini berkata bahawa rakyat Malaysia perlu bijak membuat pilihan samaada TRANSFORMASI (BN) atau REFORMASI (PKR)

Hari ini realitinya rakyat telah menyaksikan sendiri dan melalui pengalaman setelah MERDEKA kesan-kesan dari Sistem Politik yang ada untuk membentuk Kerajaan.  

Firman Allah maksudnya:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Surah 13 : ayat 11

Apakah kita tidak inginkan satu KEBEBASAN ABADI?  Tidakkah terbukti sudah bahawa Piagam Madinah adalah satu Piagam yang pertama di dunia yang terbukti memberi keadilan dan kemakmuran pada semua.  Ada 4 prinsip utama dalam Piagam Madinah.  Rahsia dan kekuatan dalam 4 prinsip itu di ketahui oleh YAHUDI, maka mereka jadikan sistem Politik yang mana tidak menepati 4 prinsip itu.

Semua Parti Melayu yang ditubuhkan itu mempunyai matlamat yang baik, tetapi cara dan kaedah yang tidak mengikut Sistem Islam maka akhirnya berlaku kepada umat Islam seluruh dunia menjadi seperti buih-buih di air.   Semuanya itu kerana umat Islam mendapat 2 penyakit iaitu CINTA DUNIA dan TAKUT MATI.

Parti Islam Semalaysia (PAS) yang menggunakan logo bulan terang. Setelah sekian lama berjuang, realitinya bulan tetap tidak terang.  UMNO yang telah memegang tampuk pemerintahan negara hingga saat ini berada dalam keadaan yang amat mencemaskan dengan kemaraan dan kekuatan Parti Pembangkang yang di ketuai Anwar Ibrahim.   Realitinya, selama waktu di beri peluang memerintah Malaysia, sejauh mana Parti UMNO berjaya jadikan orang-orang Melayu yang ada JATI DIRI. Sebaliknya rakyat menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO telah menjadi contoh dan tauladan kepada CINTA DUNIA.  Akhirnya orang-orang Melayu semakin berpecah dan kini menjadi Parti Peminta Sedekah pada bangsa minoriti.

Prinsip 1 dalam Piagam Madinah ialah KEADILAN.  Walaupun Anwar Ibrahim telah namakan Parti yang di tubuhkannya atas nama KEADILAN tetapi realiti yang tersirat tidak menepati erti sebenar keadilan.

KEADILAN yang menjadi prinsip Utama dalam Piagam Madinah ialah Tauhid pada Allah. Tidak syirik dengan Allah.  

SEBELUM MENGATUR KITA DI ATUR. ALLAH MAHA MENGATUR.  YANG BENAR TETAP BENAR.   ALLAH TELAH HADIRKAN PETUNJUK DI KALANGAN ORANG MELAYU SENDIRI DAN HINGGA SAAT INI AMAT JELAS BUKTI DAN KETERANGAN DAPAT SAKSIKAN BAGAIMANA DARI SEBUAH KAMPUNG KECIL KINI SUDAH MENGUASAI DI 3/4 DUNIA.

 Satu pilihan : Kunci Kepada Kejayaan di tulis pada jam 9.53 20.2.2013 dan selesai jam 1.17 am pada 21.2.2013





No comments:

Post a Comment