Friday, March 1, 2013

Bangsa Melayu Bakal Menempa Sejarah Besar Dunia


The New World Order is the dream of silly old men, impotent men, with little perception or real value. It’s all their illusion. I’ve said before, the first time a bullet goes through the window of the  Federal Reserve, the illusion of their feigned grandeur will pop like a soap bubble. It is very possible that the population will not allow themselves to be crushed by lies, and the corruptions of old men. More..New World Order is Dead

February 2013


January 2013



 

Jadual Allah adalah satu dasar yang dijadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran yang dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah lagi.

Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati ketika membela Allah dan RSAW, dikira mati dalam kebaikkan.

Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh. Tempoh masa zaman kegemilangan Islam tersebut berlaku selama 700 tahun. Prinsip ketaatan menjadi pegangan penting bagi umat ketika itu.

Maka kesetiaan atau ketaatan adalah prinsip paling penting daripada setiap peribadi yang berada dalam sebuah jemaah untuk merealisasikan tujuan tersebut.

Ketaatan dalam Islam adalah sangat penting, sebagaimana yang Allah perintah di dalam Quran
أطيع الله والرسول وأولى الامرمنكم

            “Hendaklah kamu taat kepada. Allah,Rasul SAW dan pemimpin (orang yang diberi tanggungjawab) dikalangan kamu.”
An-Nisa: 59

Dalam Islam; selepas persoalan Iman atau keyakinan ialah ukhwah Islamiah, kesefahaman dan keselarasan.
Abuya sering mengingatkan kita tentang pentingnya ketaatan kepada jemaah untuk membenarkan Jadual Allah berlaku agar Islam dapat didaulatkan buat kali kedua.
Semua kaum atau bangsa atas nama Islam pernah menerajui kepimpinan dunia atas nama Islam. Cuma bangsa melayu belum lagi, dan kita yakin sebagaimana yang telah Abuya beritahu kali ini adalah giliran orang melayu akan menjadi empayar Islam. Bangsa melayu akan menjadi penaung kepada bangsa-bangsa yang lain. Yakinlah!
Pengalaman kita berdakwah ke seluruh dunia, meyakinkan kita bahwa orang melayu sangat disenangi dan mudah diterima oleh mana-mana bangsa dan oleh mana-mana negara umat Islam. Bahkan model Islam yang Abuya perkenalkan sangat disenangi, sekali pun di negara-negara yang majoriti bukan beragama Islam.
وتلك الأيام نداولها بين الناس
“...dan demikian keadaan hari-hari itu (dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami (Allah) pergilirkan ia di kalangan manusia.”
Al-Imran: 140

Marilah kita menagih janji Allah melalui lidah Rasul SAW bahawa Islam takkan kalah lagi. Sama-samalah kita renungkan dan hayati sajak Abuya ini.
Mengikut keterangan Hadis
Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman
Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan
Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim
Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim Mujaddid akhir zaman
Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya
Ada yang berdoa agar umur panjang
Ia bermula dari Timur
Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran
Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam
Bilangan mereka sedikit tapi solid
Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan kawan
Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan
Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar
Malam jadi abid, siang menjadi pejuang
Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang
Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman
Pejuangnya sudah dibayang
Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh
Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel
Ciri-cirinya telah dibayangkan
Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman
Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya
Tuhan akan memberi kemenangan
Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan
Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan
Itulah dia jemaah Ikhwan
Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan
Selain jemaah ini semuanya kecundang
Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh
Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan
Selepas Asar
13.9.99
ABUYA SYEIKH IMAM ASYAARI MUHAMMAD ATTAMIMI

No comments:

Post a Comment