Sunday, March 3, 2013

Kasih Sayang...Membaca dan Menulis Dari Lubuk Hati

Tulisan dalam blog ini sebagai satu kenangan terakhir pada hari terakhir ku menetap di Teratak Kasih Sayang di Kg. Klang Gate Baru, yang berhadapan dengan rumah ibu kepada Azmin Ali iaitu pemimpin kanan pada Dato Seri Anwar Ibrahim Presiden Parti KEADILAN.

Bermula menetap di sini pada 25 Mei 2012 setelah lalui pelbagai ujian .  Pelbagai ujian yang di tempuhi sebagai satu didikan dari Allah Yang Maha Bijaksana untuk hambaNya yang hina ini tentang Erti Kasih Sayang.


kedudukan gps: 3.219190, 101.739082

Permulaan menetap di sini, teringatkan kisah yang di siarkan dalam akhbar dan internet satu kisah melibatkan ibu dan anaknya berhubung kasih sayang di mana saya kini tinggal berdekatan dengan rumah ibu Azmin Ali.

Berikut adalah petikan dari laman web:

PENGAKUAN IBU AZMIN ALI YANG KECEWA DENGAN ANAK LELAKINYA DISEBABKAN ANWAR IBRAHIM

 Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,”katanya.
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.

-----------------------------------
 
Nota: Semoga Allah Yang Maha Baik memberi petunjuk pada Azmin Ali dan keluarganya agar kembali bersatu dan bermaaf-maafan. 


Pendedahan yang telah di buat oleh seorang ibu ini, sebenarnya menjadi satu perkara penting untuk sama-sama kita renungi.  Walaupun pahit untuk di telan, Che Tom Yahaya bongkarkan rahsia keluarganya penuh keikhlasan dan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.   Che Tom telah berani berterus-terang dan membuang ego dan kesombongan dalam diri, sudah pasti ada perkara besar untuk rakyat Malaysia tahu dan memahami untuk kebaikan semua.  Luahan dari seorang ibu kepada anaknya seorang pemimpin kanan kepada Presiden Parti Keadilan iaitu Anwar Ibrahim.   Luahan Che Tom ini, memberi satu sentuhan yang amat mendalam kepada semua dan sama-sama mengambil iktibar untuk sama-sama melakukan perubahan diri. Perubahan diri memberi kesan pada keluarga seterusnya pada masyarakat.  Kisah pengorbanan wanita ini demi Cinta Agong dan Takut pada Allah tercatat dalam sejarah. Roh Kaabah bermulanya dengan kisah Nabi Ibrahim telah melakukan suruhan Allah dan telah dituruti dengan taat oleh Siti Hajar.  Taat dengan suami demi Cinta Agong Pada Allah, Siti Hajar redha dan penuh ikhlas di tinggalkan di padang pasir bersama anaknya Nabi Ismail yang masih kecil. 

Maka, ada ketikanya kemampuan akal terhad untuk menilai dan memahami rahsia di sebalik berlakunya sesuatu peristiwa.

Pengorbanan dan sokongan wanita pada suami juga dapat kita tahu melalui kisah Siti Khadijah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. 

Kasih Sayang, Ketaatan dan Mendapat Petunjuk ke Jalan Yang Lurus adalah antara perkara yang penting untuk kita bincangkan bersama.

Kegemilangan Empayar Islam yang telah berlaku setelah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW melalui Piagam Madinah. Empat prinsip yang penting ialah Keadilan, Silaturrahim, Kebajikan dan Cegah Mungkar.  Keadilan yang di maksudkan ialah tidak syirik dengan Allah.  Tauhid pada Allah menjadi tunggak utama, maka 13 tahun lamanya perjuangan di Mekah untuk 1 perkara sahaja iaitu Tauhid.  

Terkini, Tun Mahathir ada menulis di blog yang bertajuk "HUM..DUM  " sempena lagu dan kaitkan dengan realiti ekonomi yang parah di Barat.  Kita rakyat Malaysia juga boleh renungkan lagu yang sekian lama di nyanyikan oleh anak-anak kita iaitu "Bangau oh Bangau". Sebenarnya inilah yang berlaku pada rakyat Malaysia selepas merdeka hingga kini sampai kepada satu peringkat yang amat parah. 

Kita kembali pada luahan Che Tom, iaitu ibu pada Azmin Ali yang penuh kasih sayang dan ikhlas agar anaknya kembali ke pangkal jalan.  Kembali ke pangkal jalan maksudnya, tidak lagi bersama Anwar Ibrahim.  Kisah bagaimana seorang pemimpin yang sudah sampai peringkat Timbalan Perdana Menteri, akhirnya selama 19 tahun kita saksikan secara langsung watak2 dan perbuatan beliau yang boleh di jadikan pedoman berhubung kasih sayang, ketaatan dan Mendapat Petunjuk Ke Jalan Yang Lurus. Kemuncak kepada kisah besar " Malaysia menjadi rebutan Kerajaan Ajaib dan Yahudi".

Kita kongsi kisah semasa Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Cara bijaksana telah Abuya tunjukkan berhubung dengan ketaatan.  Pemerintah seperti ayah, maka sebagai seorang anak kita kena taat. 

 Tokwan menangis baca kisah Zulkifli Nordin dengan Abuya Ashaari yang berkait dengan Anwar Ibrahim 

Sebenarnya banyak yang boleh saya coretkan mengenai pengalaman bersama Almarhum. Walaupun saya sendiri tidak pernah menganggotai Al Arqam, namun persahabatan saya dengan Almarhum saya terus pelihara. Semasa tindakan Pusat Islam memfatwakan Al Arqam sesat, sayalah peguam yang memfailkan saman terhadap Pusat Islam untuk mengisytiharkan fatwa itu sebagai tidak sah. Bersama YM Raja Aziz Addruse masa itu, kami cuba mempertahankan institusi Al Arqam. Kalau ya sesat pun bukan Al Arqam, mungkin individu tertentu. Mengapa perlu nak dilumpuhkan Al Arqam sehingga habis segala perniagaan dan rangkaian komersial mereka turut nak dimusnahkan. Berdepan dengan suasana itu, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menghancurkan Al Arqam pada tahun 1994.

Saya masih ingat bagaimana Abuya diheret ke muka televisyen dalam siaran secara langsung untuk dipaksa membuat pengakuan beliau sesat. Semasa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun langsung tiada sebarang pertolongan atau bantuan diberikan kepada Abuya atau Al Arqam. Saya tahu sebab saya terlibat secara langsung.

Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato’ Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah.

Tetapi sikap kasih sayang Almarhum kepada saya masih ada, dan Almarhum menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk “POLITIK ISLAM Membawa Kasih Sayang” tulisan Almarhum sendiri. Almarhum juga menghadiahkan saya beberapa baranganan dan penulisan lain. Tetapi yang saya paling hargai ialah sehelai serban yang pernah Almarhum hadiahkan kepada saya, yang tetap saya simpan dan gunakan sekali sekala sehingga kini
 


Alhamdulillah, kini jemaah kebenaran ini sudah berada di 3/4 dunia.

Kebenaran Itu Petunjuk Allah

Apabila Anwar Ibrahim di lucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermulalah episod yang dapat di saksikan oleh semua.  Laungan Reformasi yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim telah memberi banyak keburukan pada negara.  

Selepas kemerdekaan kita saksikan bagaimana Parti Pas menjadi juara kepada perpecahan dan berjuang mengikut acuan Barat, Perjuangan yang tidak mengikut Jadual Tuhan, bertambah bongkak dan mendabik dada apabila bergabung dengan KEADILAN.  Akhirnya kemuncak kejayaan besar perjuangan gabungan PAS dan Keadilan ini umat Melayu akhirnya menjadi lemah dan menjadi peminta sedekah pada pihak minoroti.

Syukur pada Allah Yang Maha Pemurah, Negara Malaysia ini berjaya melalui pelbagai rintangan dari anasir-anasir luar.  

Kekuatan Bangsa Melayu ialah Islam.  Erti Kasih Sayang ialah, anak taat pada ibubapa, isteri taat pada suami dan rakyat taat pada Pemerintah.  Jasamu di kenang. Perdana Menteri Malaysia kini yang menjadi pilihan Allah hasil dari Taatnya pada Ibubapa yang lahir dari hati dan tidak melanggar arahan Allah berhubung dengan Taat pada pemerintah sebelum menjadi PM, akhirnya Petunjuk Allah pada PM terserlah dengan sumpah dan ikrarnya  bersama dengan bangsa Melayu...

Limpahan Rahmat Kasih Sayang dari Allah untuk Malaysia tercinta ini Dalam Jadual Allah dan kita dapat saksikan kesungguhan pemerintah Malaysia yang di kuasai Bangsa Melayu, Ramai umat melayu mahukan Islam dan pelbagai bangsa mahukan keharmonian dan kemakmuran, maka kita sebagai Bangsa Melayu dan Islam marilah kita jadikan hujan,ribut dan petir yang melanda kini, PASTI timbulnya pelangi yang indah.  Maka fahamlah kita kini, Allah Maha Bijaksana dalam jadualNya untuk Malaysia, dimana angka 13 itu satu petunjuk yang jelas dan nyata untuk mula kita fikir dan memahami.  Angka 13 merujuk 13 tahun perjuangan Rasulullah untuk 1 perkara iaitu TAUHID.  Akhirnya Pejuang2 dari Parti PAS dan KEADILAN kononnya berjuang untuk kebenaran tetapi perbuatan mereka tidak kena cara,,,Derhaka pada arahan Allah iaitu tidak taat pada pemerintah dan menjadi juara perpecahan.  


Akhirnya, Bangsa Melayu kini jelas lihat bagaimana Parti PAS yang dulunya mendabik dada pejuangkan Islam akhir bergabung dengan Parti Keadilan pimpinan Anwar Ibrahim dan DAP yang menjadi harapan YAHUDI.   Politik Yahudi terkini melalui pendekatan Alexander Dublin - TEORI 4 (Russia..Komunis) amat jelas dan nyata dalam ayat2 yang tercatit dalam MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.  KUASA DAN RAKYAT DAN NEGARA.    

PERHATIKAN TARIKH SURAT 14 HB TAHUN 2023 DALAM MANIFESTO PAKATAN RAKYAT    ...  5  7   = APAKAH KITA NAK BERPATAH BALIK DENGAN LAUNGAN REFORMASI KEPADA JATA NEGARA MALAYSIA YANG DI GAMBARKAN PADA TAHUN KEMERDEKAAN ATAU KITA BERSYUKUR PADA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN BERSAMA BUAT PERUBAHAN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT TAKUTKAN ALLAH DAN RINDU PADA RASUL. BILA HATI UMAT ISLAM DI HUBUNGKAN DENGAN ALLAH DAN RASUL MAKA TEKNOLOGI ROH 1000 KALI LAGI HEBAT DARI TEKNOLOGI CANGGIH DI DUNIA INI.









 

No comments:

Post a Comment