Wednesday, March 5, 2014

Wadah Perjuangan Ekonomi Holistik Mendapat Sokongan YB Hj Nawi Muhamad

.....3 March 2014 - Kuala Lumpur
Pertemuan yang telah di adakan telah berlangsung dalam suasana kekeluargaan di antara wakil dari Sahabat Jaguh DP Ayahanda Soria Ramli, Dr. Boss dan YB Haji Nawi Muhamad Ketua UMNO Bahagian Besut.

Pada pertemuan tersebut YB Haji Nawi telah di beri penerangan yang lengkap berhubung dengan Program Transformasi Ekonomi Berteraskan Kasih Sayang dan Manusia Sebagai Aset. Ke Arah melahirkan Usahawan Holistik Yang Berniaga Kerana Allah S.W.T. Di Samping Memberi Manafaat Kepada Orang Ramai.

Selanjutnya, YB Haji Nawi juga di maklumkan juga berhubung dengan JARINGAN ALUMNI GENERASI USAHAWAN HOLISTIK (JAGUH).  JAGUH bukanlah sebuah pertubuhan NGO, secara praktiknya ianya merupakan sebuah Program yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak sebagai Platform dalam era Web 3.0 yang diilhamkan oleh Legasi Jaguh Management & Services untuk membantu usahawan muslim membina rangkaian perniagaan yang teguh, berjaya dan saling bantu-membantu mengikut landasan holistik.

 PROGRAM KHAS TRANFORMASI EKONOMI SECARA USAHASAMA UNTUK FASA PERMULAAN MELIBATKAN KERJASAMA 


   LEGASI JAGUH MANAGEMENT & SERVICES

   Entiti perniagaan yang diamanahkan untuk Membantu usahawan muslim mendapatkan Bantuan Modal perniagaan secara perkongsian atau pinjaman persahabatan daripada Tabung Dana Usahawan Islam Terlatih ( DUIT ). 

   Sebahagian keuntungan perniagaan Legasi Jaguh akan disumbangkan kepada   tabung tersebut.

   DRBOSS BUSINESS SOLUTIONS

   Entiti perniagaan yang diamanahkan untuk Membimbing dan melatih     usahawan muslim dengan konsep keusahawanan holistik
berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Menganjurkan pelbagai seminar pembangunan modal insan dan Seminar Confirm Kaya ( Dijamin oleh Yang Maha Kaya )
   RHU ISLAND RESORT

   Merupakan sebuah resort persendirian yang dikenali sebagai perkampungan rehlah,terletak di pulau Rhu, Besut, Terengganu.

Destinasi percutian istimewa untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan cabaran disamping sebuah pusat latihan dan relaksasi minda yang privasi.

PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KOMUNITI  JAGUH 
DI 222 PARLIMEN


KERJASAMA DAN PENGLIBATAN PELBAGAI INSTITUSI KERAJAAN DAN NGO MUSLIM BERDAFTAR


No comments:

Post a Comment