Tuesday, November 29, 2016

Hadiah Untuk Malaysia Tercinta, ‘MADINAH KE 2’



BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSelawat salam buat junjungan mulia paduka baginda Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda.


Kini tiba masanya Kebangkitan Dari Timur Dalam Jadual Allah Era Kasih Sayang yang bakal menyaksikan perubahan-perubahan dalam Sistem Ekonomi, Sistem Pemerintahan, Sistem Pendidikan dan lain-lagi yang memberi kebaikan dan kemakmuran pada semua umat manusia.
The Most Miraculous Leader of His Time

SAJAK

Buku ini kuhadiahkan kepada Malaysia
Bumi yang Tuhan muliakan
dengan kebangkitan Islam
Bahawa di dadamu Allah dan Rasul melimpahkan kasih
menjadi negara yang cantik, aman, damai walaupun berbilang kaum

Paling indah dibanding negara-negara ASEAN yang lain
bukan kerana wang
Bukan kerana kebijaksanaan
Tapi kerana di atas tanahmu ini
Allah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid
pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini

Kemuliaannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia
Tsunami tidak mampu menerkamnya
Syaitan tidak mampu sewenang-wenangnya
Musuh-musuh Allah, kaku dan kecewa dibuatnya
Semua jenis halangan dan rintangan
sudah dicubakan, tapi gagal

Malaysia tercinta, ‘Madinah kedua’
Kau terpilih membina ulangan sejarah
Nabi akhir zaman, di tangan saudaranya yang baginda namakan Putera Bani Tamim

Rasulullah mendatanginya bercakap-cakap padanya
memberi panduan dan berita-berita
Di atas bumimu Malaysia mereka merancang kebangkitan kedua
bukan terkeluar dari Al Quran dan Sunnah

Bahkan inilah cara Allah melaksanakan
Al Quran dan Sunnah
untuk Malaysia jadi daulah Islamiah





Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul- Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku.  

Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah: 

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:  

Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” 
(Riwayat Ahmad)



Kesempatan ini sebelum meneruskan artikel , saya ingin mengajak rakyat Malaysia serta penduduk dunia untuk bersama-sama mendapat berita besar ini di saat hadapi pelbagai cabaran dan kesusahan akibat melalui Zaman Penindasan dan Penzaliman.

Buktinya, pada 19.11.2016  telah di adakan perhimpunan secara aman di Kuala Lumpur "BERSIH 5" di mana berlaku hal yang pernah terfikir bagaimana Bekas PM serta TPM Malaysia turut serta.


Realiti Hari Ini Di Malaysia Serta Dunia

Hari ini, konflik yang semakin berleluasa di seluruh dunia daripada pada bila-bila masa dalam sejarah. Tahun ini, 70 negara terperangkap dalam 56 konflik berterusan. Sebab-sebab, keadaan geografi dan sisi konflik ini berbeza-beza, dan setiap memerlukan pelan damai individu dan 
.
Kini sedang berlaku krisis kepimpinan peringkat negara Malaysia dengan pelbagai isu-isu yang melibatkan penyelewangan dengan jumlah yang besar yang menjadi perhatian peringkat dunia.

Malaysia - Israel : Berlaku Peristiwa Besar Petunjuk Kebenaran Untuk Bermulanya Era Keemasan










No comments:

Post a Comment