Sunday, November 13, 2016

The House Of Bani Jawi : Akhirnya Shangri - LA sampai di Tanah Dihujung Dunia


Mereka menemui SHAMBHALA tetapi bukan SHANGRI-LA.

Bangsa misteri telah membawa 'Shangri-la' mereka pergi bersama-sama.

Yang tinggal hanyalah tapak kaki yeti yang bertaburan di permukaan salju putih.Di India mereka menemui Lucifer dalam bentuk yang lain, 'Om' yang disembah oleh para penganut penyembah berhala.

Di sinilah bermula ajaran New Age dan Theosofi.

Maka Hitler pun menjadi penganut New Age yang pertama.   Betapa Iblis yang dipuja di India adalah sama dengan Iblis para Kabbalis dan Kultus The Black Sun.


HITLER TIDAK BERJAYA MENCARI BANGSA YANG HILANG.

Tidak lama selepas itu empayar Hitler mula hancur dan Hitler dikatakan membunuh diri (atau dibunuh?).


Realiti Hari Ini :

UMAT ISLAM ada agenda tersendiri yang telah dijadualkan oleh Allah SWT. Jadual dari yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Namun, agenda dan jadual Allah SWT ini dipinggirkan. Sebaliknya umat Islam membuat jadual sendiri atau mengikut jadual ciptaan Barat. Ini sangat bercanggah dengan sikap Rasulullah SAW Ketika itu.Rom dan Farsi merupakan dua empayar besar. Rasulullah tidak mengikut mereka tetapi mengikut agenda dan jadual Allah SWT. Sejarah juga membuktikan para mujaddid adalah mereka yang mengikut jadual Allah SWT.

Ketepatan menurut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya itulah faktor paling utama kemenangan dan kejayaan bakal diberikan oleh Allah. Ini kerana ia merupakan janji Allah SWT kepada manusia di sepanjang zaman serta ada jaminan kemenangan, kejayaan dan keberhasilan umat Islam dunia dan Akhirat






Firman Allah maksudnya :

[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia; –

[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

[5]Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

[6]Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

[7]Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

[8]Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

[9]Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

[10]Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

[11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

[12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

[13]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

(Surah Ar- Rahman : 1 - 13 )


Siapakah Melayu?

Dari manakah asalnya Melayu itu?

Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.


Mentera Semerah Padi :
Beroleh Kejayaan 
Hasil Mujahadah Nafsu


Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'.

Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.

'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat...

tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,
tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka..

...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?

Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?



'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!


At World's End



Sudah penat menjejak bangsa ini.Ke mana lagi mereka ingin berjalan?

Begitu teguh azam mereka.

Begitu berani lelaki-lelaki mereka meredah panas padang pasir dan ribut salji,begitu setia wanita-wanita mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum walaupun keletihan.

Tidak terdaya kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah mereka yang semakin laju.

Kemana mereka ingin pergi?

Dimanakah mereka ingin tujui?

Tunggu!

Tunggu aku!

Aku ingin ikut kamu!

Jangan tinggalkan aku!

Ke mana kamu semua ingin pergi?

Cakap!Ke mana kamu semua ingin pergi!?

Tidak seseorang pun mahu berkata-kata.Tidak seorang pun mahu menjawab pertanyaan itu.Semuanya menundukkan wajah mengikut langkah ketua mereka.

Semakin laju.


Semakin pantas.Apa yang ingin dikejar mereka pun langsung tidak diketahui.Kaki yang lemah tidak mampu lagi dihayun.

Lalu terjatuh.

Mata hanya mampu memandang wanita terakhir yang berada di barisan paling belakang pengembara itu.

Mereka semakin jauh di hadapan.

Diri ini masih merangkak-rangkak melambai-lambai ke arah mereka.

Tiada siapa peduli.Mereka semakin sayup.Mulut pun merintih...

"Kenapa tinggalkan aku...?"

Wanita terakhir di barisan paling belakang tiba-tiba menoleh.Sungguh ayu wajahnya.Dua mata saling bertentang.Redup matanya menggamit misteri yang paling aneh.

Wanita Melayu Terakhir.

Jika itulah nama yang ingin diberikan kepadanya.

Tiba-tiba wanita muda itu berpaling ke hadapan.Seorang lelaki tua memarahinya.Mereka pun meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan diri ini yang kepayahan dan keletihan.Terjelepuk di dalam misteri dan persoalan.

Sayup...semakin sayup...hingga tinggal titik halus sahaja.

Badan yang masih lemah dihayun ke depan.Merangkak dan merangkak.Mentari masih kejam menyiksa diri ini.Kesendirian di tengah-tengah dunia asing.Kesepian tanpa cinta dan airmata.

Tiba-tiba di kejauhan,ada sesuatu beralun-alun di atas tanah gersang.

Sehelai selendang berwarna merah.

Di atas selendang tersulam cantik satu huruf rahsia yang aneh.

Huruf yang dilihat dari jauh seperti 'mem' dalam Ibrani Kuno tetapi jika didekati seperti huruf 'mim' dalam tulisan Arab.Seakan-akan juga sebarisan hieroglif atau cuneiform yang ganjil.

Unik sekali.

Selendang yang ditinggalkan gadis misteri dicium.

Terasa wangi sekali.Amat wangi hingga terasa hilang segala penat dan lelah.

...

No comments:

Post a Comment