Friday, May 3, 2019

#M4 - MALAYSIA BARU WORLD ROYAL VIP COMMUNITY


#M4 - MALAYSIA BARU

Kerja kita ialah mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa

Membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan ugama.

Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama lain sebagaimana yang telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.

KEBANGKITAN DARI TIMUR DALAM JADUAL TUHAN ERA KASIH SAYANG


" Kasih Sayang :   Satu kenangan ... Menulis Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam"

Betapa pentingnya Kasih Sayang serta mengimbau kenangan hidup lalu sebagai cerminan hari ini untuk jadi satu pedoman serta motivasi sebagai pemangkin kepada saya untuk menjadi insan yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara. Perkongsian ilmu ini melalui pengalam hidup yang telah dilalui tanpa apa-apa kepentingan, hanya bertujuan ilmu ini dapat di manafaatkan untuk semua. Ilmu yang di kongsi ini hanya secebis dari lautan Ilmu Allah.

Ada ketikanya hadirnya perasaan saya ini bijak dan pintar, segera saya memintasnya dengan fikirkan bahawa di dunia ini ada 7 billion manusia, kebarangkalian pasti ada jutaan manusia yang lebih bijak dan pintar daripada saya. Dalam erti kata lain, jika saya tidak boleh mengenal atau memahami hakikat ini, maka saya tidak bijak dan pintar sebagaimana mainan perasaan itu. Sehubungan itu untuk saya memahami hakikat ini, maka penyelesaian berhubung isu saya dengan perasaan yang lebih bijak dan pintar daripada orang lain itu saya akan hilangkan segera . Maka dengan cara ini sahaja saya boleh mendapat kemenangan.
Firma

Firman Allah maksudnya:
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

(Surah Al-Kahfi 18:65-68)

Kenangan lalu bermula pada tahun 2012 sewaktu sewaktu umat islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri, kali pertama saya tulis di sekeping gambar, "Kasih Sayang ...Menulis Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam' dan saya siarkan di facebook pada sambutan Hari Raya Pertama.


Alhamdulillah

f

No comments:

Post a Comment