Setelah Hang Jebat di tikam,di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh PEMBODEK Sultan, Sultan Mansor lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang. Setelah Hang Jebat meninggal dunia, di kata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar terletak di pantai selatan Negeri Melaka. Terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:
1.Pulau Besar
2.Pulau Serimbun
3.Pulau Lalang
4.Pulau Burung
5.Pulau Nangka
6.Pulau Hanyut
7.Pulau Dodol
8.Pulau Hantu
9.Pulau Undan.
Dalam 9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau Undan,rumah api dan Pulau Besar.
Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih dahulu !!!Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa dan Maluku bukan Bugis sperti diperkatakan.
Di Melaka,Pesantren pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH,sekarang ialah TENGKIRA.Masjid Tengkira adalah salah satu masjid tertua di Melaka.Pesantren ini tidak formal.Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin(Adi Putra) sampai ke Melaka beliau terus memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ILMU KEROHANIAN SUFI. Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra. Daeng itu ialah Laksamana Hang Tuah.Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra/Panglima Hitam.
Pada tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar.Di masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil/Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini.Datang pada waktu yang lain ialah Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus/Raden Abdul Qodir Al-Idrus.Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri.
Pada tahun 1510M Datuk Adiputra wafat, Ketua Ulama diambil alih olih CUCU SAUDARA nya Maulana Ishaq. Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512M jawatan Ketua Ulama diambilalih oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail. Dan hingga lah di hancurkan oleh PORTUGIS pada tahun 1521M.Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi tempat belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau bersejarah ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar menjadi orang kampung biasa.
Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid Thanudin, Sayyid Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus,Raden Abu Bakar,Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘MAKAM SERIBU’.
Bila hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya mencapai 7000 orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam,kerana perigi nya kekeringan air…perigi ada 7 buah yang masih boleh di gunakan !!!.
Dang Wangi / Baru / Inangsih adalah isteri Hang Jebat. Bapa nya ialah Maulana Sayyid Thanaudin. Pulau Besar di buka dan di majukan olih Datuk Adi Putra dan kelurga nya . Dang Wangi mengkebumikan Jenazah Hang Jebat di hujung Pulau. Dang Wangi memang berkeluarga dengan Maulana Ishaq dan semua penduduk di Pulau itu. Dang Wangi pangkat nenek saudara bagi Maulana Ishaq bin Sayyid Ibrahim Asmoro bin Sayyid Husin Jamdil Kubra. Dang Wangi binti Sayyid Thanaudin bin Amir Sayyid Syah Jalaludin. Sayyid Thanaudin dan Sayyid Husin adalah adik beradik. Di Pulau ini berkumpul nya keturunan Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Isteri Maulana Ishaq iaitu Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali Nurul Alam,juga cucu kepada Sayyid Thanaudin.
Selepas Sultan Mansor balik ke kota Melaka, baginda insaf atas kekhilafan nya membunoh Hang Jebat dan atas nasihat Tun Perak, baginda tahu ada udang di balik batu, kenapa kah Hang Tuah dan Hang Jebat mesti dimusnahkan. Setelah itu baginda mengarahkan supaya mayat Hang Jebat di kebumikan di Kampung Kuli. Tapi sebenarnya seorang pun tidak tahu dimana kah mayat Hang Jebat di kebumikan, sangat di rahsiakan . Makam yang di Kampong Kuli adalah makam Peringatan. Peristiwa sebenar banyak di seleweng kan oleh pembesar-pembesar yang benci kepada Hang Tuah dan Hang Jebat. Bertambah pula yang mendominan perintahan Kesultanan Melaka ketika itu ialah orang Tamil Muslim. Mereka yang membunuh Sultan Abu Syahid, menyuruh bunuh Hang Tuah, meracun Sultan Alaudin dan mendidik Sultan Mahmud menjadi ‘kaki perempuan’. Dan mereka juga yang menjadi pembelot bila Melaka di serang Portugis.
MAKAM HANG KASTURI
Di Jalan Gelenggang dikatakan Makam Hang Kasturi. Jika baca Sejarah Cina, yang menderhaka adalah Hang Kasturi dan Sejarah Melayu mengatakan yang derhaka ialah Hang Jebat. Dalam Sejarah Melayu di tulis begini ”Maka bangkai Hang Jebat pun di tarik orang lah ke laut, maka segala anak bini nya semua habis di umbut (di halau) datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah habis di gali di buang ke laut “. Apa kah makna dari tulisan ini ?. Bermakna TIDAK MUNGKIN MAKAM HANG JEBAT DI BINA DEKAT DENGAN ISTANA MELAKA! Mayat nya di buang ke laut, dan sangat betul lah cerita orang-orang tua, mengatakan Mayat Hang Jebat di bawa lari, entah kemana. Dulu kisah ini sangat dirahsiakan!
RIWAYAT HIDUP LAKSAMANA HANG NADIM (1436-1556 MASEHI)
Nama asal beliau ialah Hang Nadim,di lahir kan pada tahun 1536M di Pulau Besar. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya di bunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan/Cermin dan Jeddah datang. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang,iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki,kebanyakan nya adalah Ulama.
Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serah kan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik olih Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana,jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.
Pada tahun 1510M satu peristiwa yang dahsyat berlaku. Atas kianat orang Tamil Muslim terjadi lah Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;
1.Bendahara Tun Mutahir…Bendahara
2.Temenggung Tun Hasan, anak Bendahara
3.Tun Ali, menantu/anak saudara Bendahara
4.Seri Nara DiRaja, Abang Bendahara dan besan Bendahara
Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar. Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan menuntut lagi ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim…. Maulana Malik Ibrahim ialah KETUA WALI SONGO juga dikenali juga dengan SUNAN MAGHRIB. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Dikatakan beliau lah yang menewaskan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi JAYAKARTA atau JAKARTA.
Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliau lah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini bukan disebabkan KEKUATAN TENTERA PORTUGIS, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina,Tamil Muslim dan Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya TIDAK PUAS HATI KE ATAS CUKAI YANG DI KENAKAN. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah..tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan PETA Kota Melaka. KOTA MELAKA bukan A FORMOSA. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Formosa terus ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulu nya laut, masih ada lagi sisa sisa Kota Melaka. Mesti diingat A Formosa ialah KOTA PORTUGIS bukan Kota Melaka.
Setelah Melaka kalah, Sultan Dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi.Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid, beliau menetap di satu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh. Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “HILANG”.
Dimasa itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang.
Dikatakan juga Makam Laksamana Hang Nadim berda di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahanda nya. Dulu, kawasan di seliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama. Tetapi sangat sayang sekali, sekarang makam makam ini telah di ratakan untuk membuat padang golf.
Tiga buku iaitu Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis boleh dirujuk.“Hang” adalah pangkat yang di beri oleh Sultan Mansor Syah ke pada Hang Tuah dan 7 orang lagi sahabat nya di ketuai oleh Tun Bija Sura. Pangkat dan gelaran Hang ini di berikan sebelum kedatangan Puteri Hang Lipo.
PERIGI TEMPAYAN PECAH
Suatu ketika dahulu, terdapat seorang nenek kebayan yang mempunyai tujuh orang anak lelaki. Setiap seorang mempunyai kelebihan yang tertentu. Pada suatu hari, nenek kebayan hendak keluar mencari akar kayu untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Beliau berpesan kepada anak-anaknya supaya menyiram tanaman di kebun bunga dan herba. Hanya yang bongsu menyiram tanaman tersebut.
Proses menyiram adalah sangat rumit sehingga si bongsu ini terfikir untuk mengangkat air dengan menggunakan tempayan sahaja kerana beliau mempunyai kekuatan seperti ’Badang’. Ini bermakna dengan hanya sekali angkat sahaja dari perigi sudah dapat air satu tempayan.
Suatu hari, sewaktu hendak menyiram, tempayan yang penuh berisi air itu terhempas. Si bongsu lantas terus mengorek lubang di tanah dan menanam tempayan yg pecah itu di dalam lubang tersebut. Tiba-tiba, terpancut mata air keluar di dalam tempayan yang pecah itu. Walaupun airnya keruh tapi ia tidak berbau. Sehingga sekarang perigi tempayan ini terus mengeluarkan air dan dipercayai tidak pernah kering.
Perigi Tempayan Pecah tidak asli lagi. Mulut Tempayan yang asli berada di dalam air dan 6 kaki dari permukaan air itu. Itu lah jika rakus hendak kan PEMBANGUNAN, Sejarah 'orang-orang lama' akan hilang. Di Pulau Besar ada 3 tempat yang BUKAN ASLI DAN YANG ASLI TELAH HILANG !!!
1.Komplek Makam Syeikh Sultan Ariffin…..baru di bina pada 1992,tidak asli lagi.
2.Keramat Tempayan Pecah, terus ditengelami air, sedalam 5 kaki. Ekosistemnya rosak. Dulu air pasang,air penuh dalam tempayan, bila surut, air kering.
3.Keramat Masin Tawar…terus pupus. Ini disebabkan pembinaan padang Golf, yang menyebabkan banyak pokok pokok bakau di tebang dan dibersihkan.
Nenek Tempayan Pecah nama sebenar nya ialah Dang Wangi atau Inang Sih. Beliau ialah isteri kepada seorang Laksamana yang di katakan derhaka iaitu Laksamana Hang Jebat. Berhampiran dengan makam nya ada makam suami nya, anak lelaki nya dan anak perempuan nya.
Ada pendapat lain mengatakan makam Hang Nadim bin Hang Jebat tidak ada di makam 7 beradik sebagaimana dikatakan,makam beliau terletak berhampiran Keramat Tempayan Pecah dan begitu juga makam ayahanda nya. Hang Nadim adalah seorang Laksamana Angkatan Laut Melaka dan menantu kepada Hang Tuah. Isteri nya ialah Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Dari mereka ini lahir lah Tun Hamzah dan dari Tun Hamzah lahir lah Tun Mat Ali dan dari Tun Mat Ali lahir lah Tun Pertam.
Jadi pendapat yang mengatakan Hang Tuah tiada Zuriat adalah bohong dan keliru. Laksamana Hang Nadim ini sangat terkenal di seluroh alam Melayu dan pernah mengetuai Angkatan Laut Johor/Melaka menyerang Portugis sebayak 16 kali tapi gagal dan akhir nya shahid dan di kebumikan di Pulau Besar.
GELANGGANG SILAT
Gelanggang Silat yang di asaskan olih Sayyid Thanudeen / Datuk Adi Putra. Ini lah gelanggang silat pertama sekali yang di buat olih Datuk Adi Putra di Melaka. Selepas itu, barulah gelanggang silat Gunung Ledang.
Gelanggang ini memang bersejarah kerana di gelanggang ini juga melahirkan pahlawan 5 bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu. Selepas mereka belajar silat di sini, mereka akan bersulok di Gua Yunus dan Batu Belah. Lepas itu ke Gunong Ledang dan ke Tanjung Tuan dan balik semula ke Pulau Besar dan baru lah tamat.
=============================
Sejarah Hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman
Darah yang mengalir di dalam batang tubuh Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi daripada Daing Kuning, seorang pendekar terbilang pada penghujung abad ke-18. Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Ketujuh-tujuh beradik ini, Daing Jalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelangi dan Daing Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing.
Bersua Hang Tuah di Batu Hitam
Ketika keluar berburu bersama-sama dengan enam orang rakannya di dalam hutan belantara di Menam(di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu), sekonyong-konyong dengan takdir Tuhan hujan ribut telah turun disertai dengan kilat petir sabung-menyabung. Serentak dengan itu kawan-kawan beliau yang seramai enam orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Keadaan itu berlaku hingga hampir ke tengah hari. Setelah keadaan pulih seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian sahaja di hutan belantara itu. Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang hendak dituju, sehinggalah ke petang hari. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil keputusan untuk berehat lalu terlelap di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-kira satu rantai.
Dalam keadaan antara tidur dan jaga, tiba-tiba muncul bayang-bayang lembaga seorang manusia yang berpakaian persis seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan dipinggangnya tersisip sebilah keris. Lembaga tersebut lalu berkata,
"Kamu janganlah berasa bimbang dan takut. Kamu akan kami penuhkan lagi diri kamu dengan ilmu-ilmu pertahanan dalam Ilmu Kepahlawanan."
Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Hang Tuah telah mencurahkan segala rahsia ilmu Silat Seni Gayong dan mempertahankan diri kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian dan cubaan, beliau telah dibawa ke sebatang anak sungai yang berdekatan dan dimandikan dengan tujuan mengkhatamkannya. Di sanalah Meor Abdul Rahman diamanahkan supaya ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong), diperkembangkan dengan seluas-luasnya di dalam negera ini dengan mengikut adat-istiadatnya yang tertentu. Pada saat-saat itu juga, lembaga itu memperkenalkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau ialah Datuk Laksamana Hang Tuah.
"Akulah Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka. Aku berkhalwat di sini. Aku penjaga di sini."
Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut lalu, diludahkannya ke dalam mulut Meor Abdul Rahman, sebagai tanda sempurnalah sudah pengkhataman beliau.
Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada pantang-larang tertentu.
Maklumat lanjut seterusnya....Klik
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ketika ditanya tentang siapa pewaris Gayong selepas beliau(di Taiping pada tahun 1989), Dato' Meor Abdul Rahman berkata,
"Pesanan Ungku Syed Zainal, Gayong ini tidak boleh dibagi kepada murid yang tidak diturunkan(tak mahu belajar). Gayong ini, diwajibkan darah daging kita belajar. Kalau tidak mahu belajar, cuma hendakkan warisan - tiada warisan! Orang yang betul-betul jujur mengikut Gayong sekurang-kurangnya 21 tahun, tak putus-putus. Mengikut Dato' ke darat, ke laut, ke lembah...Cikgu Siti Kalsom - jadi Ibu Gayong. Dato' datang ke dunia ini untuk Gayong sahaja. Seorang pembantu Dato' iaitu Ibu Gayong. Gayong akan datang kembali balik semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato' tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SEJARAH BUGIS DI MALAYSIA
Salasilah Keturunan BUGIS di Malaysia |
Salasilah Keturunan DAENG CHELAK | |
Salasilah Kesultanan Selangor | |
Sultan Salehuddin (Raja Lumu - 1742-1778) | |
Sultan Ibrahim (1778-1826) | |
Sultan Muhamad (1826-1857) dan kesultanan Selangor seterusnya. |
Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.
Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.
Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas.
Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.
Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.
Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.
Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).
Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.
Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.
Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.
Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.
Sultan Salehuddin (Raja Lumu - 1742-1778)
Raja Lumu adalah punca kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan Selangor sampai kepengetahuan Sultan Muzaffar Shah di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas.
Sultan Muzaffar Shah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda.
Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat.
Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Shah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Shah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husain.
Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Shah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati.
Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap.
Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.
Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa berutusan.
Kemangkatan Sultan salehuddin meninggalkan empat orang anak iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah.
Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Sultan Selangor kedua.
Sultan Salehuddin mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan Marhum Salleh. Baginda memerintah kerajaan dari tahun 1743 (1756) hingga 1778 .
Sultan Ibrahim (1778-1826)
Raja Ibrahim putera sulong Sultan Salehuddin dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menhadi Orang Besar bergelar di Selangor.
Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.
Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang.
Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.
Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor,lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan. Semasa di Pahang Sultan Ibrahim sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak Bendahara Ab. Majid.
Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor.Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu.
Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu.
Pada 27hb.Jun, 1785, angkatan Sultan Ibrahim berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor.
Akhirnya pada 27hb. Oktober, 1826 Sultan Ibrahim mangkat kemudiannya dimakamkan di atas Bukit Selangor.
Almarhum meninggalkan 12 orang putera dan 9 orang puteri. Mereka-mereka itu Raja Muhamad (Sultan Selangor III), Raja Ismail, Raja Yusof, Raja Siah, Raja Siti, Raja Aminah, Raja Fatimah, Raja Mariam, Raja Maimunah, Raja Khatijah, Raja Halijah, Raja Abdullah, Raja Haji, Raja Abd Rahman, Raja Abbas, Raja Salleh, Raja Hussin, Raja Usoh, Raja Hamidah dan Raja Said.
Hatta, bermulalah sejarah keturunan Bugis yang bertapak di Kuala Selangor dari keturunan Daeng Chelak.
Sultan Muhamad (1826-1857)
Sejarah seterusnya setelah Sultan Ibrahim mangkat, Raja Muhamad ditabalkan sebagai Sultan Selangor ketiga.
Raja Muhamad ( Sultan Selangor III )
Assalamualaikum tuan. saya mengkaji tentang salahsilah raja lumu dengan lebih mendalam lagi. tuan emailkan kepada saya bagaimana saya boleh hubungi tuan. ini email saya amir_sufism91@yahoo.com
ReplyDelete