Wednesday, June 8, 2011

Negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus baik: PM

v

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak



Firman Allah bermaksud :
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi
Billah Shah.


Najib hadiri WIEF ke-7 di Kazakhstan

2011/06/04

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan rasmi ke Kazakhstan dari 5 hingga 6 Jun atas jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Najib yang akan menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia kali ketujuh (WIEF ke-7) di Astana dari 7 hingga 9 Jun, akan diiringi beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pegawai kanan dari pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar dan kementerian serta agensi lain yang berkaitan akan turut menyertai delegasi berkenaan.

Selanjutnya ...

Negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus baik: PM

2011/06/08

ASTANA (Kazakhstan): Datuk Seri Najib Razak berkata negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kerana ia sudah menjadi amalan mereka sejak 1,500 tahun lalu.

Mengimbau sejarah, Perdana Menteri berkata kalifah keempat, Ali bin Abi Talib, yang juga menantu Nabi Muhammad S.A.W, pernah memberitahu Gabenor Mesir, Maalik as-Ashtar, bahawa pentadbirannya akan hanya berjaya jika beliau mentadbir berasaskan keadilan, kesesaksamaan, kejujuran dan kemakmuran untuk semua termasuk wanita.

"Maka, sebagai negara Islam, kita sudah lama tahu bahawa nilai-nilai ini bukannya sekadar menjadi ikutan negara demokrasi Barat," katanya dalam satu ucapan khas pada upacara perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di sini hari ini.

Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, merasmikan forum itu yang turut dihadiri beberapa ketua kerajaan dan 2,000 peserta dari 50 negara termasuk 250 orang dari Malaysia.

Najib berkata, pentadbiran berasaskan keadilan, kesaksamaan dan kejujuran seperti yang diperintah Saidina Ali, bukan bererti ia mengikut telunjuk Barat tetapi bertindak berlandaskan ajaran al-Quran.

Namun, katanya, itu tidak bermakna bahawa mengamalkan ajaran Ali itu dalam dunia moden sekarang ini tidak akan berdepan dengan cabaran.

"Dalam sebuah dunia yang penuh dengan pengaruh politik, persaingan dan peluang tidak seimbang, pertalian keluarga, sifat tamak, serta peraturan dan syarat serta penguatkuasaan yang lemah, langkah ke arah tadbir urus yang baik ini nampaknya lebih sukar dilaksanakan," katanya.
Malah, kata Perdana Menteri, kepatuhan kepada perintah Allah pun adakalanya tidak menjamin seseorang itu akan berpegang kepada prinsip integriti.

Katanya, sebagai pemimpin politik dan negarawan, terpulang kepada mereka untuk menunjukkan kesungguhan, dedikasi, komitmen dan keinginan untuk melakukan apa yang betul dan membetulkan apa yang tidak betul selain bagi mencegah rasuah, kerahsian dan tawar-menawar sulit daripada menjadi satu amalan dalam masyarakat.

"Jika sesuatu kerajaan itu mahu bertahan dan maju serta memenuhi aspirasi rakyat terutama golongan muda, kita harus mencari pendekatan baru dan model baru ekonomi yang sesuai dengan kekuatan negara kita masing-masing," katanya. - BERNAMA




Perjuangan Belum Selesai

Tun Dr Mahathir Mohamad

Malaysia akan jadi negara Islam

6 Principles of Global Manipulation


In their arrogance, convinced that by 2012 Europe will have become that socialist-like superstate and the global NWO (European Union/North American Union (SPP)(EU/NAU) will be a fact, they will celebrate the historical Venus rising and transit on Solar Maximum 2012 with a Nazi-Germany style Olympic Games (Berlin -1936) in order to demonstrate the power and reality of this New World Order and their supporters to the entire world.




.
IMF at the core of the thief

Hari ini kita telah saksikan satu demonstrasi besar-besaran di Mesir. Kononnya satu kesedaran REFORMASI rakyat. Semua itu adalah satu tipudaya KUMPULAN ELITE (NWO).

Tersungkur negara dan rakyat MESIR hari ini setelah pihak yang menerajui pemerintahan Mesir hari ini mula menerima pinjaman pembiayaan tadbir negara dari pihak IMF.

Tidakkah ini satu contoh pada kita semua rakyat Malaysia, bersyukur pada Allah bagaimana suatu waktu dulu negara kita telah mengatasi satu cabaran yang getir dalam krisis kewangan yang di cetuskan oleh pihak Kumpulan Elite ini.

Pada masa itu, ingatlah dan kenang kembali siapa sebenarnya Pemimpin Negara yang Cintakan Negara dan siapa Pemimpin yang gunakan EMOSI dalam perjuangannya dan kini telah mempengaruhi sebahagian rakyat Malaysia ...JANGAN MUDAH LUPA!

Satan lives in George Soros

No comments:

Post a Comment