Saturday, September 17, 2011

KARYA FATIMAH AZZAHRA



SALAM buat semua kawan-kawan. Ingin saya berkongsi karya saya tidak seberapa ini dengan semua. Memang sejak kecil-kecil lagi saya sudah ada impian menulis bacaan Islam, hadiah buat masyarakat kita terutamanya belia remaja aset bangsa. Semoga kawan-kawan semua terhibur dan mendapat manfaat daripadanya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya yang selalu berlaku jahat samaada saya sedari atau tidak.

Ya Allah, Jika ada pahala daripada penulisan ini, ku hadiahkan kepada insan-insan yang berjasa dan cinta padaku. Kaum muslimin dan muslimat. mukminin dan mukminan terutamanya Guruku ibubapaku yang tercinta. Amin


TABIK CIKGU


Tabik Cikgu
Pengarang : Fatimah Az-Zahra
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM 16.00
ISBN : 978-983-3654-16-1

Sinopsis

Cikgu Mukhsin adalah seorang guru yang ‘cute’. Di sebalik wajah yang comel terdapat sekeping hati yang kental seperti WAJA. Dia baru berpindah ke sebuah sekolah persendirian. Di sana dia menjadi guru kelas tingkatan 2 Terbilang kerana guru asal cuti bersalin. Masalahnya sekolah elit ini menempatkan anak-anak orang kaya kelas atasan dan pertengahan yang manja dan mewah. Mereka cerdik-cerdik belaka tapi mereka sombong dan tidak terdidik.

Cikgu Mukhsin datang membawa perubahan. Membuat anjakan paradigma. Dia mendekati dan menawan hati mereka. 19 orang pelajar itu akhirnya cair dan jinak. Melalui Cikgu Mukhsin mereka belajar mengenal Tuhan dan akhirat. Mereka teringat semula nasihat-nasihat yang paling terkesan dalam hati mereka. Mereka mula menceritakan sedikit pengalaman hidup masing-masing. Selama ni semakin mereka meningkat remaja semakin banyak kebaikan orang kepada mereka yang telah mereka lupakan. Terutamanya kebaikan Tuhan. Cikgu Mukhsin membuka semula minda mereka. Cerita ini meliputi kisah suka, duka, cinta monyet, pergaduhan, lawak jenaka, kasih guru dan murid, sejarah, sains dan teknologi, ilmu pengetahuan, pengalaman dan perasaan kita sebagai hamba Tuhan yang lemah. Cerita zaman remaja yang indah berwarna-warni seperti pelangi.




ANTOLOGI CERPEN REMAJA ISLAM: SEMANIS SENYUMAN


Semanis senyuman
Pengarang: Fatimah Azzahra
Penerbit: Pustaka Yamien sdn bhd
Harga: 13.90
ISBN:

Sinopsis

Semanis Senyuman
Sebuah antologi cerpen yang bertemakan Islam. Melaui ceerpen dan nasihat yang dipetik daripada hadis dan sunnah Rasulullah SAW, penulis ingin membangkitkan semangat dan memotivasikan pembaca kepada permasalahan harian kita sebagai manusia amnya dan remaja khasnya




JIN Jangan Ikut Nafsu


JIN Jangan Ikut Nafsu
Pengarang: Fatimah Azzahra
Harga: RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak),
ISBN: 978-983-3654-91-8;
Tarikh Terbit: 26 July 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 256 halaman

sinopsis


JIN(Jangan ikut nafsu) mengisahkan dua orang pemuda, Abil dan Ichi berkawan baik. Mereka baharu tamat SPM. Hidup mereka yang ceria dan gembira terganggu apabila Abil telah membuka rahsianya kepada Ichi tentang kebolehannya melihat alam ghaib sejak kematian neneknya 9 tahun lepas.
suatu tragedi telah mebuatkan mereka kemudian mengembara ke alam jin. berbagai peristiwa
memburu mereka di sana. Mereka juga mendapat kesedaran bahawa yang menjadi musuh manusia dan menghasut kepada kejahatan bukan sahaja Iblis dan syaitan tetapi nafsu kita sendiri. Sehingga manusia akhirnya melupakan Allah, tuhan yang agung

kisah mereka tidak berhenti hanya di situ....
Sehingga mereka bertemu dengan Khaira yang terperangkap dalam hasutan jin pemakan mimpi.
Ichi ingin mengambil kesempatan ini dengan mengabadikan kisah mereka dalam sebuah novel JIN(JANGAN IKUT NAFSU)
:::

Ummu Fathiyah-fatimahazzahra



By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 26hb Januari 2010

mawaddah
Peralatan yang diperlukan
...
Papar keseluruhan nota

By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 18hb Januari 2010

"Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
...
Papar keseluruhan nota

By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 18hb Januari 2010

dipetik daripada fikratulummah.com
Busana Muslimah, Dimana identiti Islamnya?
Kecenderungan terhadap Islam dan stigma ‘kembali kepada deen yang mulia ini’ sedikit sebanyak meluaskan peranan busana Muslimah dalam kehidupan wanita Islam.
...

Papar keseluruhan nota

By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 16hb Januari 2010
Dalam Injil Kitab Matius 1: 1 6 (Injil Yesus/Injil Perjanjian Baru), diterangkan silsilah Yesus, antara lain tersebut sebagai berikut:
1. Bahwa inilah silsilah Kristus, yaitu anak Daud, anak Ibrahim.
2. Maka Ibrahim memperanakkan Ishak; dan Ishak memperanakkan Yakub; dan Yakub memperanakkan Yahuda serta adik-beradik.
...
Papar keseluruhan nota

By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 08hb Januari 2010

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli

...

Papar keseluruhan nota

By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 04hb Januari 2010

Artikel ini dipetik daripada blog ibnuyaacob.com
oleh: Malakian/25 okt 2009
Wahai Tuhanku Allah rabbul alamin, jadikan kami dan keturunan kami seluruhnya dalam golongan al-imamul mahdi Muhammad bin Abdullah
...

Papar keseluruhan nota

By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 30hb Disember 2009

Bimsillahirrahmanirrahim, dengan berkat rasulullah, semoga cantik lahir dan batin seperti khadijah, seperti fatimah, seperti aisyah....dan seluruh wanita pencinta Allah dan rasul.. dengan lafaz allahumma solli ala muhammad wa ala alihi wa sahbihi muhammad

Petua Pulih Dara

Ramuan terdiri drp 12 biji pinang muda sebesar ibu jari (boleh dibeli dari ked...

Papar keseluruhan nota

By Ummu Fathiyah-fatimahazzahra · 09hb Oktober 2009

Tuhan memanggil, ku tidak menyahutNya...
Tuhan memanggil, aku mendengar saja...
Tuhan memanggil, ku sahut sekali-sekala...
Tuhan memanggil, aku tidak menerimaNya...
Tuhan memanggil, ku sahut bertalu-talu...
...

Papar keseluruhan nota


No comments:

Post a Comment