Saturday, September 17, 2011

Lakonannya Begitu Sempurna

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.


Sekali lagi dalam post ni ana ingin mengimbas pengalaman waktu kecil dahulu. Sejak kita kecil lagi, kita telah disogokkan dengan bermacam-macam superhero yang telah merosakkan minda kita sehingga kita hilang kematangan dalam diri.

Malah ada juga sebahagian daripada kita ini masih "taksub" dengan superhero-superhero ini walaupun "besar panjang".

Kenapa anak-anak muda boleh taksub dengan superhero seperti ini?

Kerana ianya dilihat sebagai "penyelamat" kepada dunia. Mungkin dalam minda budak kecil ketika itu akan terbayang alangkah bahagianya dunia ini jika ada superhero seperti Superman dan Batman. Begitulah hebatnya media yang mampu mengawal minda ciptaan tentera-tentera Dajjal laknatullah yang telah bekerja sejak 4000 tahun yang dahulu untuk menyambut kedatangan Al-Masih Dajjal.

Mungkin ada beberapa persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh minda kanak-kanak yang masih muda. Antaranya, bagaimanakah superhero ini diperkenalkan kepada dunia dalam filem?


Jika anda perasan, superhero ini akan menjadi penting kepada dunia (dunia yang digambarkan dalam filem) apabila dia mampu mengalahkan penjahat yang tidak mampu diberkas oleh polis. Dan selalunya watak-watak jahat dalam filem juga mempunyai kuasa luar biasa barulah padan dengan watak hero yang ingin ditonjolkan. Betul tak? Apa barang kalau Superman disuruh berlawan dengan pencuri selipar kat masjid time solat jumaat, betul tak? Untuk menampakkan Superman ni hebat, watak-watak jahat yang hebat juga perlu diperkenalkan.


Mungkin kanak-kanak ini perlu diberitahu bahawa dunia tidak perlukan superhero kerana di dunia ini tidak wujud penjahat-penjahat yang mempunyai kuasa ajaib seperti dalam filem.


Tetapi walau apa pun yang kita cuba bagitahu kepada kanak-kanak ini, mereka tetap suka menonton cerita-cerita superhero yang mengarut kerana dia tetap menyangka yang superhero ini betul-betul wujud. Hebat betul lakonan mereka, sehingga apabila melihat filem Ultraman, kanak-kanak boleh menyangka yang raksasa dan Ultraman itu betul-betul wujud!

Cuba kita "twist" cara pemikiran kita. Sekarang cuba kita anggap bahawa Ultraman itu jahat sebenarnya. Superman jahat. Spiderman jahat. Batman jahat.

Kenapa?

Kerana Ultraman punya pasallah, raksasa turun ke bumi. Kalau Ultraman takde, agak-agak ada raksasa tak? Cuba tengok dalam cerita Initial D. Ada raksasa tak dalam filem tu. Jawapannya takde. Kenapa? Kerana Ultraman takde la.

Superman pun jahat kerana musuh-musuh Superman hanya akan wujud apabila Superman wujud. Begitu juga dengan Batman dan lain-lain. Watak-watak superhero inilah sebenarnya yang "mencipta" dan "memanggil" penjahat-penjahat hebat ni. Bak kata orang-orang tua, "Di mana ada Ultraman, di situ ada raksasa".

Kenapa? Kerana mereka hanya berlakon dalam sebuah filem! Dan kita pun tahu Ultraman dan raksasa adalah 2 orang pelakon yang mungkin sebenarnya adalah kawan baik apabila berada di luar pentas lakonan.



Beginilah filem-filem menipu penonton. Kebanyakan scene sebenarnya bukanlah dirakam di lokasi sebenar, tetapi hanyalah di dalam studio.

Begitu juga dengan suara dan sound effect. Segala dialog pelakon, kesan bunyi seperti pintu ditutup, tayar kereta terseret, pinggang pecah dan lain-lain sebenarnya telah dirakam kembali dalam proses yang dipanggil dubbing sehingga sangka dialog yang anda dengar dalam filem adalah live dirakam ketika pelakon itu sedang berlakon.



Baiklah, itu semua adalah lakonan dalam filem yang telah menipu kanak-kanak. Sekarang mari kita berbincang mengenai "lakonan" yang sedang berlangsung di luar filem yang sedang menipu ratusan juta penduduk bumi.

Anda pernah lihat lakonan yang sebegitu hebat?

Sudah pasti anda pernah lihatnya, mungkin bukan di pawagam, ya, tentu sekali bukan di pawagam.

Habis tu di mana?



Pernah lihat media-media seperti itu? Ya, disitulah "filem-filem box-office" ditayangkan. TV, surat khabar, radio, internet dan apa sahaja yang boleh mempengaruhi masyarakat yang digelar "bahan bacaan bermanfaat" inilah sebenarnya yang digunakan untuk memanipulasi minda masyarakat dunia.

FILEM#1 PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

Ya, cerita ini begitu meletup sekali, dari Pak Mat yang sedang lepak di warung kopi sehinggalah kepada Pak Lah yang berada di parlimen percaya dengan cerita tersebut. Anda sangka Hitler benar-benar jahat dan bermusuh dengan seluruh Eropah. Anda juga sangka benar-benar telah berlaku persengketaan antara para pemimpin dunia.


Ya peperangan sebenar memang betul-betul berlaku, dan jutaan manusia telah menjadi korban bagi menjayakan "cerita" tersebut.

Tapi adakah anda kenal siapa sebenarnya tokoh-tokoh yang terlibat dalam peperangan ini? Mereka sebenarnya adalah dari kelompok yang sama! Mungkin ada di antara mereka yang dilihat sebagai Nato, Warsaw, Pakatan Axis dan lain-alin. Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya adalah dari 13 keturunan Illuminati (saya tidak pasti ingin memberikan definisi mengenai Illuminati di sini atau tidak kerana anda boleh mencari mengenainya di tempat lain. Kalau nak suruh ana cerita pasal Illuminati, sila tinggalkan komen).

Jika benar mereka ini saling bergaduhan, kenapa mereka saling tolong menolong? Siapa yang menaja Perang Dunia? Siapa yang membiayai pergerakan Nazi di German? Siapa yang membiayai Amerika Syarikat? Siapa yang menyediakan dana kewangan untuk Komunis? Fikirkan dan anda akan sedar betapa bodohnya dunia ditipu oleh para penyembah Dajjal ini.


Apa kesan cerita Perang Dunia ini?

Israel telah dapat ditubuhkan, kerajaan Islam Uthmaniyah telah tumbang dan Amerika telah muncul sebagai penyelamat dunia.

Peperangan juga dapat menghasilkan dana bagi pihak2 tertentu..wah ni macam biznes.. nak percaya tak? try la tgk video ni (hanya untuk golongan yg nak berfikir je)





Filem ini bersambung ke episod seterusnya.

FILEM#2 PERANG DINGIN

Perang ini di antara Kapitalis dan Komunis. Konsepnya sama sahaja. Tokoh-tokoh pemimpin Kapitalis dan Komunis sebenarnya adalah kawan baik, hanya pengikut-pengikut mereka sahaja yang berperang dan ditipu oleh para pemimpin mereka.

Kesannya, Amerika telah muncul kembali sebagai penyelamat dunia dan sistem ekonomi Kapitalis telah diguna pakai oleh negara seluruh dunia. Ya, konsepnya sama seperti cerita Ultraman, raksasa telah diperkenalkan kemudian Ultraman akan muncul sebagai penyelamat!
Apa guna Ultraman kalau

FILEM#3 PERANG MENENTANG KEGANASAN (WAR ON TERRORISM)

Masanya sudah tidak lama. Pemerintahan dunia perlu disegerakan kepada negara Israel. Jika sekarang Amerika digelar polis dunia, maka gelaran tersebut perlu diberikan kepada Israel dengan segera kerana Dajjal laknatullah akan menduduki takhtanya dan memerintah dunia dari Israel. Al-Aqsa perlu diruntuhkan dengan segera dan sebuah watak jahat perlu dicipta supaya watak superhero baru dapat dicipta.

Kenapa mesti ada watak jahat yang hebat baru superhero boleh muncul?

Jawapannya mudah saja. Cuba anda semua bayangkan watak superman tiba-tiba muncul kat tengah-tengah masyarakat tanpa ada orang jahat.

Confirmla kene gelak dengan orang ramai. Hahahaha, dengan fesyen yang macam badut, dengan seluar dalam kat luar, muka pun macma orang gay dan pakaian pun macam orang hulu, mesti akan digelar orang gila atau ahli sihir yang boleh terbang. Tapi bagaimana jika ada jika superman muncul ketika saat-saat genting seperti menyelamatkan kapal terbang yang sedang terhempas? Pasti dunia akan menganggapnya hero.

Samalah seperti tentera-tentera Dajjal ini. Untuk menunjukkan yang mereka ini adalah penyelamat, maka perlu mereka cipta satu watak jahat, iaitu "pengganas antarabangsa". Kita pun tak tahu siapa sebenarnya pengganas Al-Qaeda ini, sehingga ditakuti oleh negara-negara maju seperti US dan UK.


11 september dicipta. Akhirnya seluruh dunia menggigil ketakutan. Ketika itulah Bush mampu memancing undi untuk membenarkan tindakan ketenteraan ke atas negara-negara "pengganas".

Jika budak kecil ditipu dengan watak Superhero, orang dewasa pula ditipu oleh Amerika.

Kita sering melabelkan "surat khabar" sebagai bahan bacaan yang bermanfaat, sedangkan ana sendiri dah nak muntah baca surat khabar yang penuh dengan racun yang merosakkan minda.

Apabila tamat lakonan mereka, mereka akan kembali bersatu dalam keluarga mereka, sedangkan pengikut mereka semua tertipu dan berperang sesama sendiri.







Hitler diwar-warkan telah membunuh diri dalam berek tenteranya. Benarkah? Setelah Perang Dunia ke-2 berakhir, Hitler didapati telah terbang ke Amerika Syarikat dan mayat yang dijumpai di dalam berek tentera telah disahkan bahawa ia bukanlah Hitler yang sebenar.

Hebat sungguh lakonan mereka. Sedangkan kita pula, masih mempercayai sesuatu yang bernama "BERITA"
:::



Kategori Utama



Apesal.com

Cara Memenangi Hati Mertua ~ By: Ukiran Cinta
Kelebihan Orang Yang Berpuasa
Istilah REMPIT, bukan untuk penunggang motosikal
Sekolah Rintis Celik Sifir


Blog Konspirasi


Oh!Belog.com

Tahukah anda?
7 kejadian semulajadi yang sukar dipercayai
Apa Itu Ginco?
DAH LA MENGEMIS,MAKI HAMUN ORANG PULAK =(
Blogobo.com
STOP! Count the fingers now!
Top 75 Super Funny T-shirt Designs

No comments:

Post a Comment