Thursday, February 23, 2012

Aku Cinta Pada-MU : Hampir Bunuh Diri

suicide

Berdasarkan dari sebuah kisah benar yang diceritakan oleh ‘Bonda’ (Sakinah Rahmanuddin), seorang konsultan dan motivator dari Global Ikhwan Indonesia. Ditulis dan diadaptasi oleh Ir. Latifah Abdul Qahhar – Kedua-duanya adalah menantu (kelahiran Indonesia) kepada Ustaz Hj Ashaari Muhammad -

Tatabahasa dan sesetengah perkataan dalam cerpen asal telah diubah oleh blogmaster untuk kesesuaian pembaca dari Malaysia, tanpa menghilangkan ‘feel’ seperti menonton sebuah sinetron Indonesia, apabila menatap kisah ini.

DOWNLOAD BUKU MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI di posting tiga bahagian ini.

——————————————————————————————-

LANGIT Jakarta cukup cerah, namun suasana jalan Matraman kelihatan begitu membosankan. Betapa tidak, kesesakan lalu lintas selama berjam-jam mahu tidak mahu terpaksa diharungi oleh para pengguna jalan raya. Dalam sebuah kereta sedan biru, duduk dengan tenang Bonda yang sedang dalam perjalanan pulang dari pejabat menuju ke rumahnya. Di sebelahnya, duduk Nurul, seorang remaja berusia belasan tahun sedang memandu. Mereka tiba-tiba dikejutkan oleh sebuah panggilan telefon. Bonda segera membuka communicatornya.

“Aku ingin mati! Aku mahu mati! Aku mahu bunuh diri saja!” Terdengar suara menjerit seperti terkena histeria.

Bonda dan Nurul saling berpandangan. Nurul mengerutkan dahi lalu menggeleng-gelengkan kepala. Bonda memperhatikan nombor telefon pemanggil yang ternyata tidak dikenalinya, nombor itu tidak tercatat nama pemiliknya di dalamnya. Suara pemanggil itu juga susah dikenali sebab seperti suara orang yang sedang dirasuk.

“Sabar sayang! Dengan siapa saya bicara?” Tanya Bonda lembut.

“Jangan tanya-tanya! Aku cuma mau kamu kasi tahu suami kurang ajar itu bahwa aku sudah mati, biar dia puas. Reza memang kejam..biar dia puas dengan kematianku….” kata penelefon itu diselang-seli esak tangisnya. Klik! Telefon tiba-tiba terputus. Nurul dan Bonda beristighfar hampir serentak.

“Reza?” Bonda mencuba mengingat-ingat. Wajah Bonda berubah muram. “Oh Susi, kenapa jadi begini?” Sesal Bonda

Beberapa ketika kemudian seperti hampir terpekik Bonda memberi arahan. “Nurul, cepat kita ke apartmen Casabalanca Mansion!”

“Siapa dia Bonda? Kenapa mau bunuh diri?”

“Susi… sudah beberapa kali dia telefon minta nasihat. Katanya dia dapat nombor telefon Bonda dari majalah. Dia ada masalah keluarga. Kelmarin kami ngobrol-ngobrol ( berbual ) lama di telefon. Janjinya sih, besok baru mau ketemu di apartmennya. Kelmarin seperti tenang saja. Tapi entahlah, kok tiba-tiba jadi begini.”

Bonda memberi penjelasan dengan gelisah, lalu segera membuka recent call di communicatornya mencari nombor telefon Susi. Di lokasi kejadian, Susi sedang menjerit-jerit di tingkap apartmennya di tingkat 8. Berkerumunnya orang ramai yang riuh rendah menyaksikan kejadian tersebut di halaman apartmen menambah tegangnya suasana.

Aku mau mati! Aku mau tinggalkan dunia yang kejam ini!” Teriak Susi dengan separuh badan menjulur keluar tingkap dan satu tangan lagi berpegang ke bingkai tingkap. Sesekali Susi diam termenung tetapi sesekali waktu yang lain tiba-tiba dia berteriak-teriak dengan penuh histeria menyatakan keinginannya untuk membunuh diri.

Bonda yang masih dalam perjalanan kemudian segera menghubungi nombor telefon Susi, mencuba untuk menenangkan Susi.

“Susi, tenang dulu ya. Bonda sedang dalam perjalanan ke apartmen Susi, sudah mahu sampai. Bukankah Susi janji mau ketemu Bonda?”tanya Bonda lembut laksana ibu kandung.

“Tapi Susi sudah tak tahan. Reza memang brengsek! Tega-teganya ( sampai hati ) dia khianati Susi begini.” jawab Susi

“Susi… yakinlah, Tuhan pasti akan memberi jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini.” rayu Bonda lagi.

“Susi mau mati saja, Susi sudah tidak tahan lagi. Itu saja jalan penyelesaian …” Sahut Susi lagi.

” Baiklah. Bonda mau minta satu saja pada Susi. Tolong dengarkan apa yang mau Bonda katakan ini.” ujar Bonda lagi tanpa putus asa.

Seketika itu juga Bonda membacakan satu sajak tentang kematian karya Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi.

Jangan Sangka Mati Itu Senang

Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita dikuburkan, kemudian jadi tanah habis cerita
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah
Orang ini tak pernah belajar ,dia menganggap mati itu mudah
Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan, mati sangat menyakitkan
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan
Sakitnya mati seperti pukulan tiga ratus pedang yang tajam
Di dalam kubur dipukul dan dihajar oleh malaikat dengan sangat sakit
Makin lama kiamat maka makin lama masa menerima azab kubur
Dia diazab tidak ringan
Dipukul dan dipalu oleh malaikat amat ganasnya
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya
Di padang mahsyar dibiarkan beratus-ratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian, matahari di atas ubun-ubun amat panas
Terlantar dan dibiarkan seperti cacing kepanasan tidak ada yang menolongnya
Masing-masing tidak perduli, masing-masing jaga diri
Akhir sekali meniti sirotol mustaqim, kemudian berguguranlah ke dalam api
Di dalam neraka yang panas dirantai dipukul
dibelenggu makan buah zaqum yang panas
Dengan bau busuknya kalau tercium oleh makhluk dunia semuanya mati
Di dalam neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini marilah kita menyiapkan diri
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi

——————————————————————————

Setelah mendengar sajak itu, tiba-tiba saja Susi meraung-raung ketakutan. Nafas Susi tersekat-sekat, tidak menentu, kemudian tiba-tiba saja tubuh yang tadinya tegang dan histeria itu terkulai jatuh ke dalam apartmen. Susi tersungkur pengsan. Para jiran berlarian masuk ke rumah Susi. Pembantu rumahnya Bik Imah dan para wanita mengangkat dan membaringkan Susi di atas katil di biliknya. Sementara yang lain segera menutup tingkap apartment dan menguncinya. Orang-orang yang berkerumun di halaman apartmen beransur-ansur bergerak kembali ke tempat masing-masing.

love-1

Tidak berapa lama kemudian Bonda pun sampai. Bonda lega apabila mendapati halaman apartmen sudah lengang. Bonda meyakinkan dirinya bahawa tidak ada apa-apa yang telah terjadi di apartmen itu. Bonda yakin sekali Susi telah membatalkan niatnya dari bertindak sebodoh itu.

Ketika Bonda dan Nurul masuk ke dalam apartmen Susi, suasananya begitu sunyi. Bik Imah yang membukakan pintu mempersilakan Bonda dan Nurul terus masuk saja ke bilik Susi yang katanya masih pengsan. Susi masih terpejam matanya dan terbaring lemah, namun beberapa saat kemudian kelopak mata Susi bergerak-gerak. Susi sudah mulai sedar, dibukanya kedua matanya perlahan-lahan. Bonda lalu mendekati Susi,

“Susi, ini Bonda. Susi apa khabar?” Sapa Bonda dengan kelembutannya.

“Bonda ” Susi duduk dan memeluk Bonda erat-erat. Airmatanya meluncur deras, sedu-sedan jelas kedengaran.

Bonda membiarkan Susi sambil membelai bahu Susi dengan penuh kasih sayang. Nurul dan beberapa orang tetangga yang masih ada di ruangan itu turut menangis terharu. Setelah semua tenang, Bonda memberi isyarat supaya Nurul dan yang lainnya keluar untuk memberi kesempatan Susi bebas mencurahkan isi hatinya kepada Bonda. Susi memegang tangan Bunda erat-erat seakan-akan tidak ingin dilepaskanlagi. Meluncurlah suatu kisah pilu yang menjadi sebab keinginannya untuk mengakhiri hidupnya.

Semua bermula dari rasa marah Susi terhadap kecurangan Reza suaminya. Kes kecurangan yang biasa terjadi dikalangan masyarakat ketika ini pun terjadi juga di dalam keluarga yang mereka bina bersama selama sepuluh tahun.

Siapa sangka, teman karibnya tempat dia mencurahkan hatinya selama ini rupa-rupanya musuh dalam selimut di dalam rumahtangga mereka. Dalam diam-diam Rini, sahabat baiknya itu itu ternyata pasangan curang suaminya, Dan semua itu baru diketahuinya beberapa hari yang lalu, dengan tidak sengaja ia melihat kereta Reza parkir di sebuah hotel bersamaan dengan Susi yang sedang ada acara (event) mesyuarat di hotel tersebut.

Dan ketika Susi check bilik Reza di reception, rupanya Reza baru saja check in, namun tidak bersendirian tetapi bersama seseorang yang membuat dada Susi sesak. Bagaimana tidak, Reza check in bersama Rini, Rini teman karibnya!

Dua hari yang lalu Reza memang memberitahu Susi katanya dia perlu outstation untuk beberapa hari, anehya Rini juga memberitahu mahu balik kampung menjenguk ayahnya yang sedang sakit. Susi merasa begitu buta tidak menyedari sebuah keanehan di atas kepergian mereka yang seolah secara kebetulan waktunya bersamaan. Dan rupanya itu memang sebuah perancangan, mereka berkomplot untuk mengkhianati Susi. Kenyataan pahit itu sangat menghancurkan jiwanya. Bagaimana mungkin???!!

Dalam keadaan yang dikuasai oleh kemarahan, kepanikan, kecewa dan bermacam perasaan tak menentu, Susi kemudian menyergah mereka di bilik hotel. Susi berkeras untuk masuk, Susi yakin sekali kalau di bilik itu ada Rini, namun Reza juga berkeras melarangnya masuk, Reza menghalanginya di pintu, bahkan mengusirnya.Akhirnya dengan hati teramat pedih, Susi meninggalkan tempat itu. Hatinya sakit, jiwanya memberontak dan air mata sudah sejak di receptionist tadi sudah membasahi pipinya.

Merasa tidak puas, Susi menghubungi Rini menggunakan private number kerana khuatir Rini tidak mahu mengangkatnya. Susi ingin tahu apa sebenarnya yang sedang berada di fikiran Rini sampai sanggup merebut suami rakan karibnya sendiri.Namun Susi tak kuasa menahan emosi, tidak sempat bertanya, Susi terus sahaja memaki Rini. Ketika Susi menghamburkan kemarahannya kepada Rini melalui telefon, Rini malah menyalahkannya. Rini menyatakan disebabkan Susi tidak mempedulikan Reza,maka Rini menjadi tempat pelarian Reza, Hal itu menyedarkan Susi bahawa kemarahannya tidak menyelesaikan masalah, justeru menambah luka di hatinya.

Sebenarnya manisnya hidup berumah tangga hanya sempat Susi rasakan beberapa bulan saja setelah menikah. Setelah itu yang ada adalah krisis demi krisis.

Susi, seorang executive disebuah perniagaan yang terbilang di ibukota, memiliki peribadi yang cukup menyenangkan banyak orang. Peramah, pandai berjenaka dan rajin. Sehingga tidak hairan kalau pangkatnya meningkat cepat, dan ramai eksekutif-eksekutif muda yang sudah beristeri ataupun tidak mencuba mendekati Susi. Namun Susi tetap tidak menghiraukan siapapun, kerana baginya karier adalah segalanya. Sampailah akhirnya, Reza datang mengisi ruang-ruang hidupnya, mengiringi kesibukan demi kesibukannya setiap hari. Reza,salah seorang pelanggan dari perniagaan tempat Susi bekerja. Reza, mewakili perniagaan keluarganya sering berurusan dengan Susi. Dari hubungan kerja akhirnya menjadi sepasang kekasih. Sikap Reza yang lembut dan penyayang telah menawan hati Susi.

Dan ketika Reza datang melamar Susi kedua belah pihak keluarga pun saling bersetuju. Walaupun akhirnya Susi mengetahui latar belakang Reza yang sebenarnya iaitu bukan saja anak orang senang tetapi ternyata Reza juga anak yang dimanja oleh orang tuanya. Padahal meskipun Reza adalah anak salah satu keluarga kaya di ibukota ini namun sejak pertama kali bertemu sampai saat perkahwinannya Susi masih mengenal Reza sebagai lelaki yang bekerja keras, berdikari dan sederhana.

Hidup bersama dalam satu ikatan rumah tangga menyingkap segalanya. Tidak ada lagi yang dapat disembunyikan,watak dan sifat masing masing sewaktu bercinta tidak kelihatan menjadi tersingkap jelas. Namun di balik itu semua ada kebiasaan Reza yang membuat hati Susi cair, iaitu setiap hadiah dari Reza yang diberikan kepada Susi, terutama jika ingin meminta maaf, ditulisanya kalimat Aku Cinta Padamu”. Kalimat itu seolah-olah ‘bendera putih’ tanda menyerah kalah atau mengaku salah.

Kemanisan pernikahan tetap mampu menutupi segala kekurangan, ujian demi ujian di sebalik nikmat dapat dilewati, sampailah akhirnya Susi harus menerima kenyataan bahawa suaminya telah melakukan kejahatan rumah tangga yang sangat memukul jiwa kewanitaannya.

Reza curang. Yang lebih menyakitkan lagi bagi Susi, wanita itu lebih layak menjadi ibu kepada Reza. Semua terjadi setelah ujian menimpa keluarga besar Reza,di mana perniagaan keluarga besar Reza mengalami kerugian besar sehingga perniagaan itu berada di ambang muflis. Reza dengan mudahnya membuat keputusan berbaik-baik dengan salah seorang perempuan iaitu bos pembekal utama perniagaan keluarganya demi menyelamatkan syarikat keluarganya itu. Perhubungan itu berlanjutan hingga Reza curang dengan perempuan tua itu! Reza sanggup demi wang!

Susi mencuba meyakinkan Reza bahawa bukan itu caranya untuk mendapat kesenangan hidup. Mereka mesti bekerja keras. Akhirnya Susi bekerja keras untuk membantu Reza melepaskan diri dari ketergantungannya kepada syarikat keluarganya. Atas bantuan Susi dan kawan akrabnya, Rini, kini Reza diambil bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah agensi peng iklanan dimana Rini adalah pemilik saham dan pegawai penting di situ.

Lambat laun status kewangan keluarga mereka menjadi semakin stabil. Tetapi malangnya mereka semakin jarang bertemu. Reza dan Susi sibuk dengan projek masing-masing. Jauh malam baru mereka pulang dalam keadaan sama-sama keletihan. Hari-hari cuti pun jarang mereka nikmati bersama kerana masing -masing sibuk bekerja mencari wang. Yang lebih parah lagi, kesibukan mereka mencari wang telah membuat mereka lalai engan Tuhan. Solat ditinggalkan! Walaupun sekali-sekali dibuat sekadar bila berkumpul dengan keluarga. Reza juga hanya sesekali solat Jumaat semata-mata kerana malu kepada kawan-kawan.

Makin hari Susi semakin sibuk, apalagi setelah dia membuat bisnes baru untuk menambah mata pencarian selain gaji tetapnya sebagai setiausaha.

Kadang-kadang dia sama sekali tidak pulang ke rumah. Urusan rumah tangga diserahkan sepenuhnya kepada Bik Imah, pembantu rumahnya. Bahkan Budi anak tunggalnya yang baru berumur 6 tahun dihantarkannya ke kampung tinggal bersama ibunya. Susi hanya menjenguknya sebulan sekali atau mengirim wang sahaja kepada ibunya.

Suasana ini sangat menekan Reza. Sudah beberapa kali Reza meminta Susi banyak tinggal di rumah terutama di hari cuti, tetapi kelihatannya Susi sudah workalcoholic,gila kerja, susah mahu dihentikan. Reza sering kesepian. Di waktu-waktu begitu dia banyak mencurahkan isi hatinyakepada Rini bosnya yang juga kawan baik Susi. Lambat laun mereka jadi semakin intim. Suami Rini pula adalah usahawan besar yang selalu travel termasuk ke luar negara. Rasa senasib sebagai suami dan isteri yang kesepian akhirnya menjerumuskan mereka menjadi curang. Susi benar-benar tidak sanggup menerima kenyataan ini. Reza, suami yang dicintainya dan Rini kawan karibnya sanggup mengkhianatinya?

Lebih parah lagi ketika mereka ketahuan dan Susi menyerang mereka di hotel tempoh hari, Reza dan Rini sama-sama menyalahkan Susi yang mereka anggap sebagai penyebab kecurangan mereka. Mereka menuduh Susi lebih mementingkan karier dan tidak mahu memberi perhatian kepada Reza. Sakitnya hati Susi suami yang dicintai dan sahabat yang disayangi tega berkomplot untuk mengkhianati bahkan menyalahkannya!

No comments:

Post a Comment