Monday, February 27, 2012

Hadis-hadis akhir zaman tambahan

Menuju empayar LAMURAYA baru di akhir zaman


Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya: Akan keluar seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditapak tangan kanannya ada tahi lalat dari Khurasan bersama-sama dengan panji panji hitam, bersamanya juga ada Syuaib bin Soleh. Dia memerangi golongan As Sufyani dan mengalahkan mereka.

Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Ali katanya : Akan keluar panji-panji hitam memerangi golongan As Sufyani, dikalangan mereka ada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang mempunyai tahi lalat pada bahu kirinya, mereka dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Soleh, mereka akan mengalahkan golongan As Sufyani.

Al Walid bin Muslim dan Rusydain bin Saad telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya: Apabila tentera berkuda As Sufyani telah keluar ke Kufah dan menghantar utusan kepada ahli Khurasan sedangkan utusan Khurasan keluar mencari Imam Mahdi lalu dia dan Al Hasyimi bertemu dengan panji-panji hitam yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh lalu bertemu pula dengan orang orang As Sufyani di pintu Astokhor maka berlakulah pertempuran yang besar diantara mereka, panji panji hitam mendapat kemenangan dan tentera berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itulah semua manusia menginginkan Imam mahdi dan mencarinya.

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya: As Sufyani menghantar tenteranya ke segenap penjuru setelah dia menduduki Kufah dan Baghdad, maka dia mengirim sepasukan tenteranya ke negara Ma Waraunnahar (negara dibelakang sungai) terdiri dari penduduk Khurasan, kemudian ahli Masyriq (penduduk timur) menyambut mereka dengan peperangan, dan pergilah pengirim berita mereka maka apabila sampai berita itu kepada As Sufyani dia pun menghantar sepasukan tentera yang besar ke Astokhor bersama mereka (diketuai) seorang lelaki dari bani Ummayyah, maka berlakulah peperangan di Qumas, dan peperangan di Daulat Ar Rayy, dan peperangan di sempadan Zarnaj, ketika itu As Sufiani memerintahkan supaya dibunuh penduduk Kufah dan penduduk Madinah, dan ketika itu pula muncul panji-panji hitam dari Khurasan, bersama seluruh manusia itu (diketuai) seorang pemuda dari bani Hasyim, ditapak tangan kanannya terdapat tahi lalat, Allah mempermudahkan urusan dan perjalanan mereka, kemudian berlakulah peperangan di sempadan Khurasan, dan berjalanlah Al Hasyimi (pemuda bani Hasyim) tadi melalui jalan Ar Rayy maka keluarlah seorang lelaki dari bani Tamim berdarah ajam yang digelar Syuaib bin Soleh ke Astokhor kepada lelaki dari bani Ummayyah, maka bertemulah dia (pemuda bani Tamim) dan Imam Mahdi dan Al Hasyimi di tengah-tengah Astokhor, lalu berlakulah di antara kedua mereka korban nyawa yang besar, bersama mereka itu terdapat seorang lelaki dari bani Udai maka Allah menolong penolong-penolongNya dan tentera-tenteraNya, kemudian berlaku pula peperangan di Madain selepas berlakunya peperangan Ar Rayy, manakala di Aqir Qufa berlaku peperangan Sailamiyyah yang mampu diceritakan oleh mereka yang terselamat, kemudian berlaku perbunuhan yang besar di Bybilon dan peperangan di sebuah kawasan di kawasan Nasibin, kemudian keluar satu kaum dari kalangan orang awam mereka kepada seorang yang kecil sebelah matanya, dan merekalah Asoib, umumnya mereka itu dari Kufah dan Basrah hinggalah mereka itu nanti akan membebaskan tawanan tawanan yang berada di tangan As Sufiani.

Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahi’ah dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali RA katanya : Golongan As Sufyani akan bertemu dengan panji-panji hitam yang bersamanya seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditangan kananya ada tahi lalat, mereka dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Soleh di pintu Astokhor dan berlakulah pertempuran sengit diantara mereka dan panji-panji hitam mendapat kemenangan, tentera berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itu semua manusia menginginkan Imam Mahdi dan mencarinya.

Muhammad bin Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Muawiyah bin Soleh dari Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka: As Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa temapat, bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis, keluar juga bersama-samanya seramai 5000 orang apabila mendegar berita munculnya (Imam Mahdi) dan berbaiah kepadanya, maka dialah merupakan muqaddimah kepada Imam Mahdi, kalau dia menghadapi bukit yang teguh nescaya dapat diratakannya, maka bertemulah dia dan pasukan As Sufyani lalu dia menewaskan mereka terbunuhlah daripada mereka satu korban nyawa yang besar, kemudian berlaku pula kemenangan bagi As Sufyani, dan keluarlah Syuaib bin Soleh bersembunyi ke Baitul Maqdis menyerahkan kepada Imam Mahdi kedudukannya apabila dia mendapat tahu pemergiannya ke Syam.

Abdullah bin Amrwan telah meriwayatkan kepada kami dari Al Haitsam bin Abdul Rahman daripada orang yang menceritakan kepadanya dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya: Akan keluar seorang lelaki sebelum Imam Mahdi dari ahli keluarganya di Timur, dia memikul pedang di atas bahunya selama lapan bulan, dia berjuang dan menuju ke Baitul Maqdis tetapi dia meninggal dunia sebelum sampai ke Baitul Maqdis.

Imam Sayuti telah meriwayatkan dari Saidina Ali katanya: Akan keluar panji-panji hitam memerangi golongan As Sufyani, padanya ada seorang pemuda dari Bani Hasyim yang ditapak tangan kirinya ada tahi lalat, yang dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar syuaib bin Soleh, mereka mengalahkan golongan As Sufyani.

Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka: As Sufyani menghantar tentera berkudanya sehingga sampai keseluruh Timur dari bumi Khurasan dan bumi Parsi, orang orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlaku pertempuran diantara mereka di beberapa tempat. Bilamana peperangan berpanjangan mereka berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim, mereka ketika itu di hujung Timur lalu dia membawa ahli Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari Bani Tamim yang mempunyai darah ajam yang digelar Syuaib Ibnu Soleh berkulit sawo matang dan berbadan sederhana, dia keluar kepada Al Hasyimi bersama 5000 orang orangnya, bilamana sampai kepada Al Hasyimi beita itu dia terus bergabung dan menjadikan Pemuda Bani Tamim pemimpinnya, kalaulah mereka menghadapi bukit-bukit yang terpasak gagah nescaya mereka akan meratakannya. Maka bertemulah Pemuda Bani Tamim dan tentera berkuda As Sufyani dan mendapat kemenangan keatas mereka dan memebunuh ramai tentera As Sufyani, selepas itu golongan As Sufyani pula yang menang, Al Hasyimi berundur begitu juga Syuaib bin Soleh perrgi ke Baitil maqdis secara diam-diam untuk menyerahkan kepimpinan kepada Imam Mahdi bilamana dia mendengar kedatangan Imam Mahdi ke Syam.

Kata Al Walid:Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula.

Diriwayatkan dari Ja‘far al-Shadiq ( ra), ?Kedatangan Imam Mahdi akan didahului oleh sebuah bencana banjir besar dan kehancuran lahan-lahan pertanian. Janganlah kalian mengeluhkan akan hal itu.
diriwayatkan oleh Sa'id bin Juba ir berbunyi, Tahun sebelum kedatangan Imam Mahdi akan terjadi hujan lebat selama 24 hari. Kalian akan merasakan dampak sekaligus keberkahannya

diriwayatkan oleh Keluarga Nabi (saw), dikatakan bahwa satu tahun sebelum kedatangan Imam Mahdi, akan terjadi sebuah bencana berupa hujan yang demikian lebat, yang tidak pernah terjadi semenjak turunnya Adam (as) ke Bumi. Bencana itu tepatnya akan terjadi sejak tanggal 20 Jummadil Awwal sampai 10 Rajab
Ja‘far al-Shadiq ( ra) berkata, Datangnya tahun kemenangan ditandai dengan meluapnya sungai Eufrat sampai membanjiri jalan-jalan di kota Kufah

Nua'im bin Hamad meriwayatkan dari Walid, ia berkata, Ja‘far al-Shadiq (ra) mengatakan kepadaku: Sebelum kedatangan Imam Mahdi akan muncul bintang berekor dari arah timur yang akan menerangi penduduk Bumi, dan cahanyanya bagaikan bulan purnama

Dari Ka'ab al-Ahba ra, Mega merah akan muncul di langit, dan bintang akan muncul dari timur, dan cahayanya bagaikan bulan purnama, lalu menghilang

Berkata Syeikh al-Mufid telah datang ke pada kita (hadis-hadis) yang menyebutkan tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi, beberapa peristiwa terjadi sebelum kemunculannya. Di antaranya munculnya as-Sufyani, pembunuhan terhadap al-Hasani, perseteruan antara Bani Abbas menyangkut kerajaan , gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan diakhir bulan tersebut, pertempuran di Baida (antara Mekah dan Madinah), ditimur dan di barat, matahari terhenti antara waktu zuhur hingga pertengahan waktu asar, terbit matahari dari barat, pembunuhan seorang tak berdosa di Kufah bersama 70 orang-orang shalih, dibunuhnya seorang keturunan Nabi saw di ka‘bah antara hajar aswad dan maqam Ibrahim, penghancuran tembok masjid Kufah, munculnya panji hitam dari Khurasan, munculnya seorang pejuang dari Yaman, masuknya kekuatan barat ke negeri Mesir sampai menguasai negeri Syam lalu muncullah bintang di timur yang terang laksana bulan tapikemudian berbelok hampir saja bertemu kedua sisinya (bertabrakan), lalu percikan merah terlihat di langit dan memenuhi seluruh ufuknya, api berkobar di timur dan terus terlihat dalam 3 hingga 7 hari, bangsa Mesir membunuh pemimpinnya, kehancuran negeri Syam dan pertikaian antara 3 kelompok didalamnya, masuknya panji Qays dan Arab ke Mesir, panji Kindah ke Khurasan, meluapnya sungai Furat hingga membanjiri jalan-jalan kota Kufah, munculnya 60 orang pendusta dan semuanya mengaku sebagai nabi, munculnya 12 orang dari keturunan Ali yang semuanya mengaku sebagai Imam, naiknya angin hitam di waktu siang, gempa bumi hingga banyak kehancuran, ketakutan yang menyelimuti Irak dan Baghdad, begitu banyaknya kematian dan kekurangan harta benda dan sedikitnya panen, munculnya wabah belalang yang merusak pertanian, pertikaian antara orang Arab dan Ajam hingga terjadi pertumpahan darah sesama mereka, para budak menjadi pemimpin di negeri tuan mereka, munculnya suara panggilan dari langit sampai seluruh penghuni bumi mendengarnya sesuai dengan bahasa masing-masing, sesosok wajah hingga dada tampak pada matahari hingga manusia dapat melihatnya, sebagian mayat bangkit dari kuburnya sampai saling berkenalan dan menziarahi satu sama lain.

Seorang pria bernama Amir bin Kastir berdiri dan berkata, “Wahai Pemimpin orang yang beriman, kau telah memberitakan kepada kita tentang para pemimpin kafir dan para khalifah kebatilan, maka kabarkanlah kepada kami siapa saja para pemimpin kebenaran yang memiliki lisan kejujuran sepeninggalmu nanti. Lalu sayidina Ali bin Abi Thalib berkata,“Rasulullah telah mengabarkan kepadaku bahwa pemimpin-pimimpin kebenaran terdiri dari 12 orang Imam, 9 orang di antaranya adalah keturunan Husain.

Dari Abi Bashir meriwayatkan, Abu Abdillah berkata,‘Di saat akan datangnya Imam Mahdi, manusia akan diuji dengan bencana kelaparan, keselamatan jiwanya, kemiskinan harta, jiwa dan pangan
Jafar Shadiq (ra) berkata, Imam Mahdi akan muncul pada hari Jumat,?. Sementara di dalam riwayat lainnya disebutkan bahwa Imam Mahdi akan muncul pada hari Sabtu.

Sayidina Ali bin Abi Thalib (ra) be rkata, Jika telah dekat datangnya waktu yang dijanjikan, dan telah habis masa, akan muncul bintang berekor dari arah timur yang bersinar bagaikan purnama

Abu Abdillah (ra) berkata, Keluarnya Sufyani telah ditentukan pada bulan Rajab, maka ia akan berkuasa selama 9 bulan saja dan tidak akan lebih dari sehari pun

Abu Abdillah (ra) berkata, keluarnya Sufyani telah ditentukan pada bulan Rajab
Muhammad al-Baqir (ra) berkata, Sufyani dan Imam Mahdi berada dalam tahun yang sama.

Ali Zainal Abidin (ra) berkata, Kedatangan Imam Mahdi adalah ketentuan yang telah digariskan Allah, begitu pula dengan keberadaan Sufyani. Beliau tidak akan muncul kecuali didahului oleh kemunculan Sufyani.

Abu Qubail, ia berkata, Sufyani adalah seburuk-buruknya pemimpin. Ia membunuh para ulama dan orang-orang mulia. Jika mereka menolak untuk membantunya, maka ia tak segan untuk membunuhnya.Sufyani tak segan untuk membunuh para pembangkangnya, memotong mereka dengan gergaji, atau menggoreng mereka dalam kuali besar. Semua itu terjadi 6 bulan sebelum kedatangan Imam Mahdi

Ibnu Abbas (ra), ia berkata, Sufyani akan muncul dan melakukan peperangan, mereka membelah perut-perut wanita hamil dan memasak bayi-bayi mungil dalam kuali besar

Muhammad al- Baqir (ra) berkata, Jika nanti engkau melihat Sufyani, maka ketahuilah bahwa ia adalah seorang manusia yang menjijikan, berambut pirang berwarna merah kebirubiruan, tidak pernah beribadah kepada Allah, tidak pernah berkunjung ke Mekah atau Madinah.

Hudzaifah al-Yamani (ra) meriwayatkan, Sesungguhnya Nabi (saw) pernah menyebutkan fitnah yang akan terjadi antara orang Timur dan Barat. Beliau (saw) pernah berkata,.kita juga akan mendapatkan ujian, (yaitu) akan muncul Sufyani dari bukit tandus. Ia akan berkuasa di Damaskus, kemudian mengutus dua bala tentara. Tentara pertama diperintahkannya menuju ke arah timur, sedangkan tentara kedua menuju ke Madinah. Ketika mereka sampai di negeri Babylonia, tepatnya di sebuah kota yang dilaknat, mereka membunuh lebih dari 3000 jiwa, dan memperkosa tak kurang dari 100 orang wanita. Mereka menyembelih 300 kambing milik sebuahkaum dari Bani Abbas. Setelah itu mereka mulai beranjak pergi menuju kota Kufah. Mereka merusak semua daerah yang dilintasinya. Ketika mereka mulai memasuki Syam, tiba-tiba keluarlah bendera petunjuk (pasukan yang membinasakan mereka). Pasukan itu berhasil membunuh semua pasukan Sufyani, dan menyelamatkan para sandera dan harta hasil jarahan mereka. Adapun bala tentara kedua yang diutus ke Madinah, akan menginjak-injak kehormatan kota suci tersebut selama tiga hari tiga malam. Kemudian mereka bersiap untuk beranjak pergi menuju kota Mekah, namun sesampainya di padang pasir, Allah mengutus Jibril (as) untuk menumpas habis mereka, Ya Jibril, berangkatlah dan hancurkan mereka! Lalu Jibril (as) menghancurkan mereka dengan kakinya, dan satu pun tidak tersisa kecuali dua orang dari al-Jahinah

Syam pada saat itu akan menjadi pentas perang saudara dan pertempuran antar kelompok bersenjata, yaitu kelompok al-Abqa‘, al-Ashab, dan kelompok Sufyani. Ketiga kelompok ini adalah sesat, dan masing-masing ingin berkuasa. Berbagai riwayat yang ada tidak menyebutkan tentang keyakinan mereka. Al-Abqa‘ bertempur melawan kelompok Sufyani dan dimenangkn Sufyani. Lalu, kelompok Sufyani juga mampu mengalahkan al-Ashab. Sufyani adalah kelompok yang keluar sebagai pemenang dalam pertempuran ini. Kelompok Sufyani berhasil menguasai Syam. Mayoritas penduduk Syam menjadi pendukung dan pengikutnya. Setelah Sufyani berhasil menguasai Negeri Syam melalui 6 bulan peperangan yang melelahkan, mereka mulai melangkah menuju Irak, tepatnya kota Kufah. Dalam perjalanannya mereka melakukan banyak sekali kejahatan dengan membunuh, merampas, dan membantai para pengikut Keluarga Nabi (saw) dan seorang keturunan Keluarga Nabi (saw). Sesampainya di kota Kufah, mereka mengumumkan sebuah sayembara, Barangsia pa yang dapat membawa kepa la pa ra pengikut ke lua rga Nabi (saw), akan mendapatkan hadiah sebesar 1000 Dirham. Lalu para penganut sekte yang bukan pengikut Keluarga Nabi mulai memburu dan memenggal kepala mereka. Kepala itu diserahkan kepada penguasa Sufyani untuk mendapatkan hadiah.

Abu Abdillah (ra) berkata, Seakan-akan aku menyaksikan seorang Sufyani atau pengikut Sufyani meletakkan pelana kudanya di rumah-rumah kalian. Lalu seorang berseru, Barangsiapa yang dapat membawa kepala para pengikut keluarga Nabi (saw), akan mendapatkan hadiah sebesar 1000 Dirham. Mulailah tetangga menyerang tetangga yang lain seraya berkata, dia adalah pengikut keluarga Nabi, dan memenggal kepalanya, hingga akhirnya mendapatkan hadiah sebesar 1000 Dirham. Pemeritahan kalian pada saat itu adalah pemerintahan yang dipimpin oleh anak hasil perzinahan. Seakan-akan aku melihat seorang yang memakai penutup kepala Seorang bertanya kepada beliau (ra), Siapakah orang itu? Beliau ( ra) menjawab, Ia adalah seorang dari kalian, berbicara menggunakan bahasa kalian, dan memakai penutup kepala seperti kalian. Ia berada di sekitar kalian, mengenal kalian namun kalian tak mengenalnya. Ia memperhatikan setiap orang. Ia adalah seorang putra penzinah

Sayidina Ali bin Abi Thalib ( ra) mengatakan, Akan keluar putra sang pemakan hati (julukan Hindun, istri abu sufyan) dari padang pasir yang tandus. Dia memiliki wajah yang menyeramkan dan berkepala besar. Di wajahnya terdapat bekas luka. Jika melihat sekilas, kau akan mengira ia bermata satu. Namanya Usman, dan ayahnya Anbasah. Dia termasuk keturunan Abu Sufyan. Ia akan datang dari kota Damaskus, dan akan berdiri di atas mimbarnya.

Sayidina Ali bin Abi Thalib (ra) Jika Sufyani telah muncul, maka waktu berkuasanya hanya seperti seorang wanita yang mengandung bayinya. Ia akan keluar dari negeri Syam, lalu sebagian besar penduduk Syam menjadikannya sebagai pemimpin mereka, kecuali sebagian kecil dari mereka yang telah dilindungi Allah untuk tidak menjadi pengikutnya. Ia akan datang ke kota Madinah dengan bala tentara yang besar, sampai Allah menghancurkan mereka ketika berada di padang pasir. Dalam hal ini, Allah berfirman: Dan (alangkah hebatnya) jika kamu melihat ketika mereka terperanjat takut, maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang begtu dekat (as -Saba: 51).
Muhammad al-Baqir (ra) berkata, Tetaplah di tempat kalian. Jangan sekali-kali menggerakan tangan dan kaki kalian sampai melihat tanda-tanda yang muncul dalam satu tahun. Aku akan menyebutkannya kepada kalian: Jika ada orang dari kota Damaskus menyerukan sesuatu, keluarnya janin dari perut ibunya sebelum waktunya, jatuhnya sekelompok orang dari tempat sujudnya, tahun itu adalah tahun perpecahan di tanah Arab. Adapun penduduk Syam saling berperang di bawah tiga kepemimpinan, yaitu al-Ashab, al-Abqa ‘, dan Sufyani. Kaum al-Ashab akan bersekutu dengan kaum Mudhir. Adapun Sufyani dibantu oleh paman-pamannya dari Bani Kalb. Peperangan itu dimenangkan oleh Sufyani dan sekutunya. Mereka pun membunuh lawan-lawannya dari al-Ashab dengan cara yang sangat kejam

Muhammad bin al-Hanafiah meriwayatkan sebuah hadist, Akan keluar panji berwarna hitam dari Bani Abbas, kemudian keluar panji beberapa orang yang memakai kopiah hitam dan berbaju putih dari Khurasan. Pemimpin mereka adalah Syuaib bin Shaleh atau Shaleh bin Syuaib dari Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan pasukan Sufyani, sehingga mereka dapat merebut kembali Bait al-Maqdis. Mereka menjadikan kekuasaannya sebagai sarana bagi Imam Mahdi Jarak kemunculannya dengan Imam Mahdi adalah 72 bulan

Ja‘far al-Shadiq (ra) berkata, Keluarnya seseorang dari Khurasan, Sufyani dan seseorang dari Yaman terjadi pada tahun, bulan, dan hari yang sama. Tidak ada yang dapat dijadikan petunjuk kuat, selain panji yang dibawa oleh seorang dari Yaman

Muhammad al- Baqir (ra) berkata, Keluarnya seseorang dari Khurasan, Sufyani, dan orang dari Yaman pada tahun, bulan dan hari yang sama. Pemerintahannya seperti jajaran tulang punggung, yaitu: satunya mengikuti yang lain (berjajar).

Abu Abdillah (ra) berkata, Ada lima ke jadian sebelum kedatangan Imam Mahdi. Yaitu kemunculan orang dari Yaman, kemunculan Sufyani, sebuah seruan dari langit, penghancuran di padang pasir, dan pembantaian terhadap orang yang tak berdosa.

Abu Abdillah (ra ) yang berkata, Kemunculan seseorang dari Yaman dan Sufyani bagaikan balapan kuda
Dari Hisyam bin al-Hakam, Ketika seorang pencari kebenaran keluar dari rumah Abi Abdillah, ia (Hisyam) bertanya kepada Abu Abdillah,Apa kah mungkin orang seperti dia akan menjadi seseorang dari Yaman (yang keluar sebelum Imam Mahdi) ‘ Beliau menjawab, Tidak

Sayidina Ali bin Abi Thalib ( ra) be rkata, Di antara tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi adalah terjadinya kematian merah dan kematian putih, belalang yang muncul pada musimnya, serta belalang yang berwarna merah darah yang muncul bukan pada musimnya. Kematian merah adalah pedang, ada pun kematian putih adalah wabah penyakit.

Muhammad al-Ba qir ( ra) berkata, Imam Mahdi tidak akan muncul, kecuali setelah terjadinya ketakutan yang sangat dahsyat, gempa bumi, f itnah, banyaknya musibah yang menimpa manusia yang sebelumnya didahului oleh penyakit yang mewabah, kemudian akan terjadi peperangan antara bangsa Arab, perselisihan antar manusia, perpecahan dalam agama mereka, perubahan kondisi sehingga manusia sangat mengharapkan kematian ketimbang harus menyaksikan tingkah manusia yang saling meraih keinginannya dengan menghalalkan segala cara.

Ja‘fa r al-Shadiq (ra) yang mengatakan, Imam Mahdi akan ditolong dengan ketakutan dan akan didukung dengan kemenangan. Bumi akan terlipat dan menampakkan segala sesuatu yang tersembunyi di dalamnya. Beliau akan menyampaikan pesan untuk para penguasa Timur dan Barat. Allah akan memenangkan agamanya, walaupun orang-orang musyrikin membencinya

Beliau ( ra) berkata, Isa al-Masih (as) akan turun ke bumi dan mendirikan salat di belakang Imam Mahdi. Kemudian seorang bertanya, Wahai keturunan Rasulullah (saw), kapankah Imam Mahdi akan muncul? Ja‘fa r al-Shadiq ( ra) menjawab, Ketika kaum pria telah menyerupai wanita, dan wanita menyerupai pria; ketika seorang pria berpasangan dengan pria, dan wanita berpasangan dengan wanita, ketika kesaksian palsu diterima dan kesaksian yang adil ditolak; ketika manusia mulai gampang merenggut kehidupan orang lain; ketika perbuatan zina merebak; ketika orang-orang gemar memakan uang riba; ketika para penjahat mulai takut terhadap perkataannya sendiri; ketika Sufyani keluar dari Syam dan seseorang keluar dari Yaman; ketika ada pemusnahan di padang pasir; ketika seorang keturunan Rasulullah dibunuh antara rukun dan maqam yang bernama Muhammad bin al-Hasan; ketika terdengar seruan dari langit bahwa kebenaran ada padanya (Imam Mahdi) dan para pengikutnya. Ketika semua tanda tanda itu telah muncul, maka itulah saat kedatangan Imam Mahdi

Muhamad al-Baqir ( ra) berkata, Seruan tersebut akan terdengar pada bulan Ramadhan, karena bulan itu adalah bulannya Allah (Swt). Seruan tersebut adalah seruan malaikat Jibril kepada seluruh makhluk. Panggilan itu akan menyebut nama Imam Mahdi. Para penduduk di belahan dunia Timur dan Barat akan mendengar seruan itu. Jika seseorang sedang tertidur, maka ia akan segera terbangun; jika sedang berdiri, ia langsung terduduk; jika sedang duduk, ia langsung berdiri di atas kedua kakinya. Hal itu disebabkan ketakutan mereka ketika mendengar suara tersebut. Orang yang mempedulikan suara itu akan mendapatkan rahmat Allah. Itu adalah suara Jibril. Seruan itu akan terdengar pada bulan Ramadhan malam ke 23. Janganlah kalian ragu. Dengar dan taatilah seruan itu. Pada akhir siang akan muncul suara Iblis terdengar memanggil Bukankah ia telah terbunuh dalam keadaan terzalimi Suara itu adalah untuk memberikan keragu-raguan kepada manusia. Alangkah banyaknya para peragu pada hari itu. Peragu itu akan terjerumus ke neraka. Jika kalian mendengar seruan pada bulan Ramadhan, maka janganlah kalian ragu. Karena seruan itu berasal dari Jibril. Tandanya bahwa ia menyebut nama Imam Mahdi dan nama ayah beliau. Bahkan ketika para perawan mendengar seruan Jibril, ia langsung meminta ayah dan saudara laki-lakinya untuk keluar dan mentaati suara tersebut.Kedua seruan ini (seruan Iblis dan Jibril) adalah tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi. Suara dari langit yang menyebutkan Imam Mahdi dan ayah beliau, adalah seruan Jibril. Adapun suara dari dalam bumi adalah suara iblis terlaknat yang menyebut nama Fulan telah terbunuh dalam keadaan terzalimi. Iblis ingin memberikan keraguan kepada hati manusia. Ikutilah suara yang pertama, dan hati-hatilah dengan suara yang kedua.

Setelah pembicaraan yang panjang, kemudian Muhammad al-Ba qir ( ra) mengatakan, Jika keturunan si fulan telah berselisih, maka nantikanlah kedatangan Imam Mahdi. Beliau tidak akan muncul, kecuali setelah perselisihan tersebut. Jika mereka telah berselisih, maka nantikanlah seruan dari langit pada bulan Ramadhan dan kedatangan Imam Mahdi. Sesungguhnya Allah (Swt) mampu berbuat apapun yang Dia suka

Abu Abdillah (ra) berkata, Seruan yang terdengar pada bulan Ramadhan akan terjadi pada malam Jumat, malam 23 bulan Ramadhan Abdullah bin Sinan berkata, Aku mendengar Abu Abdillah berkata, Seruan itu akan memanggil nama Imam Mahdi dari langit, dan pada saat itu sedang terjadi peperangan.

Sayidina Husain ( ra) berkata, Tahun terdengarnya suara dari langit terjadi setelah munculnya tanda-tanda yang ada pada bulan Rajab. Lalu, ada yang bertanya, Apakah tanda -tanda yang akan muncul pada bulan Rajab itu? Beliau menjawab, Wajah yang terlihat di bulan dan tangan yang nampak keluar

Ja‘far a l-Shadiq ( ra) be rkata, Tahun terdengarnya suara dari langit terjadi setelah munculnya tanda-tanda yang ada pada bulan Rajab. Lalu, bertanya salah seorang kepadanya, ?Apakah tanda-tnda yang akan muncul pada bulan Ra jab itu? Beliau menjawab, Wajah yang terlihat di bulan, tangan yang nampak menunjuk sesuatu, seruan dari langit yang terdengar oleh semua penduduk bumi dengan masing-masing bahasa yang mereka miliki

Muhammad al-Baqir (ra ) berkata, Jarak antara kedatangan Imam Mahdi dengan pembunuhan manusia tak berdosa, tidak lebih dari 15 hari.

Ja‘far al-Shadiq (ra) berkata, Sebelum kedatangan Imam Mahdi, ada lima tanda yang akan datang. Yaitu, kemunculan orang Yaman, kemunculan Sufyani, seruan dari langit, pembunuhan manusia tak berdosa, dan peparangan di al-Baida

No comments:

Post a Comment