Wednesday, March 14, 2012

Bahaya Syiah


....

Petikan buku

BAHAYA SYIAH terbitan April 1987

Prakata
Mukadimah
1. Iran Yang Saya Saksikan
2. Syiah Imamiah
3. Pandangan Syiah Imamiah tentang Al Quran Dan Cara Mentakwilkan Al Quran
4. Pandangan Syiah Imamiah Terhadap Hadis Dibandingkan Dengan Pandangan Ahli Sunnah
5. Pandangan Syiah Imamiah Terhadap Sahabat Dan Khulafaur Rasyidin
6. Sayidina Ali Dan Para Imam Bukan Syiah
7. Nikah Mut’ah Dan Konsep Takiyah
8. Ayatullah Khomeini
9. Bahaya Revolusi Iran

Penutup


Boleh download di sini : 17-bahaya+syiah cop

PRAKATA

Kejayaan revolusi Iran sebenarnya bukanlah kejayaan Islam, tetapi kejayaan satu puak Syiah yang

agak praktikal, menumbangkan puak-puak Syiah lain yang dikatakan zalim dan menindas.

Setelah beratus-ratus tahun Shah Iran menzalim dan menindas rakyat jelata, maka akhirnya seluruh rakyat bangun memberontak. Oleh sebab kepimpinan Khomeini agak menonjol, maka semua golongan bersatu di bawah pimpinannya untuk menumbangkan Shah.

Termasuklah golongan-golongan itu ialah orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga juga Komunis, Sosialis dan Nasionalis. Apabila revolusi selesai dengan kejayaan di pihak mereka golongan revolusioner ini berpecah pada puak masing-masing. Terjadi perebutan di kalangan mereka malah berbunuh-bunuhan. Ada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibunuh dan dipenjara oleh orang-orang Khomeini.

Perlembagaan yang dipakai di Iran sekarang adalah bermazhab Syiah Imamiah. Jadi dengan kata-kata yang lain, kejayaan revolusi Iran ialah kejayaan Syiah. Syiah jauh bezanya dengan Ahli Sunnah. Malah salah satu musuh Syiah ialah orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam sejarah perjuangan Syiah, Ahli Sunnah adalah musuh ketatnya. Syiah jual nama Islam sebab itu mereka dapat bertapak kuat dan berpengaruh di Iran, Iraq, Pakistan dan India. Jadi kejayaan revolusi Iran bukanlah sesuatu yang membanggakan kita. Malah bagi orang yang mengenal Syiah, kejayaan revolusi dirasakan satu tamparan pada Ahli Sunnah. Revolusi itu kecil saja ertinya pada Islam dibandingkan dengan besarnya kesilapan Syiah pada Islam.

Tapi aneh, ketika berita kejayaan Khomeini menumbangkan Shah sampai pada kita, umat Islam khususnya setengah pejuang-pejuang Islam di Malaysia berlompatan gembira.

Perhatian diarahkan ke Iran. Semangat revolusi ditiup merata-rata dan Khomeini dipilih sebagai imam mereka. Hingga sekarang, sudah ada orang-orang Malaysia yang bermazhab Syiah atau paling tidak mengiktiraf kewujudan Syiah. Ada setengah ulama-ulama sendiri yang dulunya takut sekali kalau-kalau umat Islam terpesong dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tapi kini sejak Khomeini tawan Iran, ulama yang sama berkata,

“baru kita tahu rupanya Syiah benar dan Ahli Sunnah Wal Jamaah salah.”

Setengah berkata perselisihan Syiah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah iktilaf furu’iah (bukan pokok) termasuk mazhab yang dibenarkan, seperti Hanafi, Shafie, Maliki, Hanbali.

Dan mereka membaca hadis:

Ertinya: “Perselisihan umatku adalah rahmat.” ( Baihaqi)

Kumpulan lain pula berkata, Syiah pegangan Khomeini adalah Syiah yang sederhana (bukan ekstrim). Ertinya boleh diterima. Semuanya menghala ke arah menyetujui dan mengiktiraf Syiah Imamiah pegangan mereka.

Al hasil segolongan pejuang-pejuang muda Islam dan sebahagian pensyarah, mahasiswa-mahasiswi di institut pengajian tinggi sekarang lepas seorang, seorang melompat ke Syiah, jadi penganut dan agen perjuangan Syiah, konon perjuangan Islam.

Sudah ada markas Syiah di Wilayah Persekutuan, katanya lebih kurang 200 orang ahlinya. Mereka berjuang untuk meluaskan lagi gelanggang, mereka hantar pelajar-pelajar untuk belajar di Iran atau Pakistan.

Tiga orang kenalan saya, pertama bekas ahli jemaah saya, kedua imam masjid di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan dan seorang lagi ahli salah satu harakah Islam, telah menghantar anak ke Iran (Qom).

Baru-baru ini semasa di Pakistan saya diberitahu terdapat 25 orang pelajar Malaysia sedang belajar di sana. (Sementara sebelum dihantar ke Qom) 15 darinya perempuan.

Terbayanglah di kepala saya betapa nanti kalau mereka melakukan nikah mut‘ah. Sebab bagi orang Syiah, nikah mut‘ah bukan setakat untuk lepas nafsu, tapi adalah satu jihad dan tidak sempuma iman, kalau tidak kahwin mut‘ah.

Saya yakin ramai lagi ulama di Malaysia yang tidak terima Syiah. Ini berdasarkan hadis yang turun temurun kita baca:-

Ertinya:

‘Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka, Bertanya para sahabat, siapakah firqah yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?”

Nabi menjawab: “Ahli Sunnah Wal Jamaah.” ( Imam Tabrani)

Orang Syiah kata merekalah satu puak yang dimaksudkan itu. Sebab itu mereka berjuang menyebarkan pengaruh dan ajaran mereka. Sedangkan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah bungkam seribu bahasa. Kerana keadaan tertentu atau kerana hendak jaga hati golongan tertentu kita benarkan musuh kita menyebar jala dan pukat untuk mengaut anak buah kita.

Ini tidak patut, membiarkan Syiah masuk bererti membenarkan satu jurang lagi dibuat untuk memecah-belahkan umat Islam (khusus yang cinta pada Islam). Selain itu kemasukan Syiah memungkinkan pergaduhan dan peperangan. Sebab sejarah Syiah ialah mereka perangi siapa saja yang tidak sealiran dengan mereka apalagi kalau menentang mereka.

—————————————————————————

MUQADDIMAH

ZAMAN di mana umat Islam benar-benar berukhwah dan bersatu padu tanpa sedikit perpecahan hanyalah wujud di zaman Rasulullah S.A.W. Di waktu itu segala penjelasan dalam apa jua masalah baik berupa perkataan, perbuatan di bidang aqidah, ibadah atau perjuangan dan lain-lain adalah dirujuk langsung pada Rasulullah S.A.W.

Baginda jadi ikutan dan tempat rujuk juga merupakan penyelesai apa jua masalah berbangkit di dalam masyarakat. Ini adalah kerana sifatnya sebagai Rasul menyampaikan wahyu dan pemimpin ummah lagi maksum maka layaklah untuk jadi ikutan yang terbaik.

Firman Allah:-

Sesungguhnya kamu pada Rasulullah adalah Ikutan yang baik.” Al Ahzab: 21.

Jadi tidak timbullah perpecahan dalam agama dan dalam memahami syariat. Lebih-lebih lagi tidak timbul puak-puak di kalangan umat Islam yang saling tuduh menuduh dan membawa peperangan.

Tapi Rasulullah S.A.W tahu bahawa sesudah kewafatan baginda umat Islam akan berpecah. Sebab itu Rasulullah S.A.W pun beri garis panduan terhadap kemungkinan itu.

Sabda baginda: ‘Perselisihan (ikhtilafi) umatku itu adalah rahmat.”

Sabda baginda lagi “Sesiapa yang benar ijtihadnya dapat 2 pahala dan sesiapa yang salah ijtihadnya dapat l pahala.”

Tetapi di waktu yang lain baginda telah bersabda

Maksudnya: Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang 72 masuk neraka.”

Bertanya para sahabat, “Siapakah firqah yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ahlussunnah Wal Jamaah.” ( Imam Thabrani).

Tetapi terjadi juga perselisihan yang tidak dibenarkan itu. Telah berpecah belah umat Islam sesudah wafatnya Rasulullah tentang perkara usul atau aqidah. Dalam kitab Al Bainal Farqu Firaq oleh Imam Abdul Qahir bin Tahir bin Muhammad Al Baghdadi Al Isfaraini At Tamimi, menuliskan antara perkara-perkara yang diperselisihkan ialah soal keadilan (Tuhan), tauhid, wa’ad (janji balas baik), wa‘id (janji balasan azab atau jahat). Qadar Istito‘ah yakni mentakdirkan baik dan buruk, hidayah dan dholalah (sesat) atau masalah iradah atau rukyah (melihat Allah), walidraq (memperolehi) atau tentang sifat-sifat Allah Azza Wajalla dan nama-Nya atau tajuir (menentukan kefasikan) atau tentang kenabian dan syarat-syaratnya.

Hari ini sudah terdapat 73 mazhab (mengenai aqidah) di kalangan umat Islam seluruh dunia. Tepat seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Antara mazhab-mazhab itu ialah Qadariah, Khawarij, Muktazilah, Rawafidh, (Syiah), Najariah, Jahmiah, Mujasimah, Musyabihah.

Proses perpecahan ini mengambil tempoh yang panjang dan peringkat yang berbagai-bagai. Bermula di zaman pemerintahan Sayidina Usman ibnu Affan di mana berlaku ketidak-setujuan sebahagian umat Islam pada khalifah kerana melantik ahli keluarganya sahaja menjadi pegawai pentadbir.

Sayidina Usman berbuat begitu kerana menurut ijtihad beliau kalau pegawai-pegawai itu di kalangan keluarga, senang beliau bertindak kalau-kalau timbul masalah, samada untuk membuang atau berunding. Tetapi ini ditentang oleh orang Iraq hinggalah membawa kepada terbunuhnya Sayidina Usman.

Di zaman Sayidina Ali keadaan lagi tegang. Perselisihan antara khalifah dengan Sayidina Muawiyah membawa kepada berpecahnya umat Islam kepada Syiah dan Khawarij. Cuma waktu ini perpecahan adalah atas dasar politik bukan soal agama.

Terjadinya Syiah Imamiah yang dipegang oleh Ayatollah Khomeini adalah ekoran dari perpecahan lebih 1000 tahun dulu. Sekalipun Syiah Imamiah dikatakan oleh orang adalah sederhana tapi dasarnya tetap sama yakni menolak aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pandangan mereka tentang Al Quran, tentang hadis, tentang sahabat, Ahlul Bait dan tentang Sayidina Ali dan keturunannya jauh bezanya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan ini bukan sahaja dalam soal furu’ (cabang) tapi adalah juga dalam persoalan aqidah.

Syiah Imamiah mengubah susunan dan bilangan ayat Al Quran, menolak sebahagian besar hadis, mengkufur dan melaknat sebahagian besar dari para sahabat dan seterusnya banyak berbohong tentang Sayidina Ali.

Juga menyelewengkan penggunaan takiyah serta menghalalkan nikah mut‘ah. Sebenarnya kesederhanaan Syiah Imamiah pegangan Khomeini dibandingkan dengan firqah lain bukanlah kerana mendekati Ahli Sunnah Wal Jamaah tapi hanyalah kerana tidak mentuhankan Sayidina Ali atau menabikannya.

Selain itu Syiah ini masih melampau dan adalah terkeluar dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yang agak dekat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah hanyalah Syiah Zaidiah.

Dan bila aqidah sudah salah, maka kejayaan menumbangkan Shah Iran bukanlah sesuatu yang istimewa dalam pandangan Islam. Dan kita tentu tidak sampai menyerah jiwa raga menukarkan aqidahkepada Syiah hanya semata-mata kerana tumbangnya Shah Iran.

——————————————————————————-

1. IRAN YANG SAYA SAKSIKAN

KEJAYAAN Revolusi Iran bukanlah bererti kejayaan Islam. Dengan kata-kata lain, tegaknya kerajaan Syiah di Iran sekarang bukan bererti tegaknya hukum Allah.

Dari segi aqidah, ibadah, ukhwah, akhlak, perhubungan dan lain-lain, mereka telah mengada-adakan sesuatu yang sangat bertentangan dengan Islam, baru saja dapat Iran, Khomeini telah isytihar perang dengan Iraq, yang sebahagian penduduknya orang Syiah. Bagaimana pejuang hukum Allah boleh bergaduh dengan saudara sendiri? Katalah kerana Iraq berparti Ba’thi parti Sosialis. Tapi kenapa pada masa yang sama Iran berbaik dengan Syria yang juga parti Ba’th yakni negara Sosialis.

Semasa saya ke Syria hujung tahun 1985, saya menyaksikan beribu-ribu rakyat Iran berada di Syria. Rupa-rupanya setiap minggu Iran hantar 2000 rakyatnya untuk melawat Syria. Dua buah hotel di Damsyik (ibu negara Syria) disewa khas untuk orang-orang Iran. Rombongan saya pemah tersalah masuk ke hotel itu. Lantas dihalau keluar.

Apakah dasar perhubungan antarabangsa yang Iran gunakan, hinggakan dalam satu masa dia boleh berbaik dan berperang dengan negara- negara yang sama Sosialis. Kalau dasar Islam, tentu bukan begitu bentuknya

Baru-baru ini tersiar pula dalam akhbar seluruh dunia berita Iran beli senjata dari Amerika. Lagilah jelas bahawa perjuangan Iran bukan untuk tegakkan hukum Allah tapi untuk tujuan politik mereka semata-mata.

Mereka sanggup bekerjasama dengan Yahudi atau Kristian (musuh Islam) demi kepentingan politik. Yakni untuk mempengaruhi negara-negara lain supaya tunduk pada kehendak dan ajaran mereka.

Sebaik sahaja Iran jatuh ke tangan Khomeini, bertebaranlah rakyat Iran ke seluruh dunia untuk cari simpati dan pengaruh. Ke perkampungan jemaah saya saja, kami menerima delegasi selama lebih kurang dua tahun. Sebahagian dari menteri Iran yang ada sekarang pernah ke penempatan jemaah kami.

Ketara sekali bahawa Khomeini mahu semangat revolusi Iran itu masuk dalam dada-dada umat Islam seluruhnya (khususnya).

Manakala ajaran Syiah Imamiah pula mahu mengambil tempat Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kemuncak dari usaha itu ialah menjemput saya ke Iran. Dengan niat ingin hendak melihat sendiri dari dekat saya dan rombongan berlepas ke Iran pada 24 Disember 1982.

Bersama saya ialah 10 orang lain dari Malaysia. Maka bertemulah saya dengan bermacam-macam keganjilan yang dibuat oleh Syiah terhadap Islam.

Di antara yang saya maksudkan ialah:-

Tentang ibadah sembahyang.

1. Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.

2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah.

3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan membatalkan sembahyang. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu sunat saja.

4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah ditambah kalimah: Wa Anna Aliyyan Wali Yullah. Dan selepas mengucapkan Haiyya ‘Alal fallah’ ditambahkan lagi dengan “Haiyya Ala Khairil ‘Amal’.

5. Wuduk mereka tidak payah basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.

6. Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.

7. Waktu sembahyang Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk dia pun seru kuat-kuat: “Rukuk “. Kalau berdiri dia seru: “Qiyam!“. Dan seterusnya dia sendiri tidak sembahyang Jumaat sampailah ke akhir.

8. Di mana-mana juga samada di jalan, dalam bas, di rumah, suasana begitu tegang. Barangkali kerana semangat revolusi masih meluap. Tempikan dan sorakan mudah meletup. Selalunya kalau ada yang menyebut Rasulullah, nanti yang lain menyahut dengan salawat Rasulullah satu kali. Tapi kalau tersebut Khomeini maka bergemalah salawat sebanyak tiga kali.

9. Setiap pagi hari Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan doa, syarahan dan majlis makan.

Di Syria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil memukul-mukul badan ke maqam, meratap-ratap dan mengongoi menangis. Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita. Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si mati. Setengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.

10. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh) akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi.Mereka menunggu-nunggu kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu di dinding-dinding bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar “Imam Mahdi” sedang tidur.

Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi. Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin Abdullah

11. Hotel tempat kami peserta-peserta muktamar adalah asalnya kepunyaan Raja Muda. Tapi jurukemas hotel ialah perempuan-perempuan. Bagaimana sebuah negara Islam membenarkan perempuan masuk kawasan lelaki dalam keadaan tidak lengkap penutupan auratnya? Semasa muktamar di tingkat bawahnya ada disediakan hoggah (sejenis hisapan, dihisap) yang boleh ketagih (seperti rokok). Para pejuangan Islam hisap hoggah?

12. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa; berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.

13. Saya bertemu ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam muktamar tersebut. Mereka dari Baluchistan. Diam saja, tidak berperanan apa-apa. Nampak macam ketakutan. Mungkin dipaksa datang, tujuan hendak nampakkan persatuan Syiah dan Sunni. Dari mulut mereka saya dapat tahu ramai di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditangkap (dipenjarakan) oleh Khomeini. Salah seorang yang tertangkap ialah bertaraf mujtahid. Setiap kali delegasi ke Sungai Penchala ada seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam rombongan mereka. Tapi diam saja, tidak ada peranan apa-apa. Akhirnya baru saya tahu rupanya itulah satu cara orang Iran hendak yakinkan dunia bahawa mereka bukan perjuangkan Syiah atau Sunniah tapi perjuangkan Jumhuriah Islamiah selari dengan laungan:

Tiada Syiah. Tiada Sunni, tapi Jumhuriah Islamiah.”

yang dilaungkan di mana-mana di Iran. Maka mereka jemput Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudah dibelenggu (untuk program mereka). Mereka “brain wash” siapa juga untuk jadi macam mereka.

14. Hampir tiap-tiap malam dan tengah malam kami diganggu oleh ketukan di pintu. Kemudian masuk seorang bertanyakan apa pandangan tentang revolusi atau komen tentang Khomeini atau komen tentang Iran. Hingga kami tidak rehat-rehat.

Demikian gopohnya mereka meminta kami jadi seperti mereka. Padahal cara memaksa-maksa begitu bukan kaedah terbaik untuk menawan fikiran dan perasaan manusia.

15. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri, meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali kematian Sayidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi mayat. Tapi Khomeini tidak pernah tegur anak buahnya yang buat begitu. Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat sebesar itu didiamkan saja.

Menyaksikan dan mendengar 15 perkara di atas, saya rasa muktamadlah sudah yang orang Syiah bukan pejuang kebenaran. Sebaliknya mereka telah mempermain-mainkan Al Quran dan Sunnah. Perjuangan mereka sebenamya perjuangan politik. Bukan untuk Allah dan Rasul tapi untuk kepentingan mereka saja.

Sebab itu saya mahu segera balik ke Malaysia. Setelah 11 hari di sana, walaupun tempoh program di Iran belum selesai.

Perjuangan rakyat Iran sebenarnya perjuangan politik mereka. Bukan perjuangan fisabilillah yang bertujuan menegakkan hukum-hakam Allah.

Dan tidak ada sangkut paut antara perjuangan saya dengan perjuangan bentuk ini. Jadi buat apa saya korbankan masa dan tenaga untuk mereka? Sejak itu hingga kini tiada lagi delegasi mereka berkunjung ke penempatan kami.

———————————————

2. SYIAH IMAMIAH

DALAM Kitab Maqalatul Islamiyyin muka surat 5, Imam Abu Hassan Ashaari mengatakan Syiah ialah kumpulan yang taksub dengan Sayidina Ali. Mereka mengutamakan Sayidina Ali atas segala sahabat. Kemudian dalam Kitab Muqadimah Ibnu Khaldun muka surat 134, dikatakan Syiah ertinya pada loghah ialah sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut. Manakala pada istilah Fuqaha’ dan Mutakalimin (orang kemudian dan orang dahulu) ialah pengikut – pengikut Sayidina Ali dan anaknya radhiyallahu anhum.

Mazhab mereka sepakat mengatakan bahawa lmamah ( kepimpinan ) itu bukan dari kemuslihatan
umum yang boleh diserahkan pada pandangan ummah.

Pemimpinlah yang menentukan jawatan kepimpinan iaitu imam berikutnya dan kepimpinan itu rukun agama dan tiang Islam. Dan tidak harus bagi Nabi melupakannya dan tidak boleh serah pada umat. Wajib mengatakan imam mereka adalah maasum dari dosa kecil dan besar. Dan sesungguhnya Sayidina Ali k.w telah ditentukan oleh Rasulullah (kepimpinannya) dengan nas-nas.

Demikianlah pendirian atau pegangan umum orang-orang Syiah. Mereka mengatakan pengganti Rasulullah untuk memimpin umat Islam hanyalah layak bagi Sayidina Ali dan keturunannya sahaja.

Walhal apa yang sebenamya berlaku ialah sepakat (ijmak) sahabat melantik Sayidina Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W.

Sayidina AIi k.w sendiri tidak menimbulkan apa-apa keributan dalam kepimpinan ini. Beliau yang mula meredhakan kepimpinan ketiga-tiga Amirul Mukminin yang sebelum beliau. Ini nyata dari ucapan beliau yang tertulis dalam kitab Mukhtasar At Tuhfah Al Isna Asyariah oleh Ad Dahlawi.

Bai‘ah kamu sekarang ini ialah di atas Kitabullah dan Sunnah Rasul termasuk juga Sunnah Abu Bakar dan Umar.”

Dalam setengah kitab lain dinamakan Syiah Imamiah ialah kerana mereka meyakini bahawa Muhammad bin Hassan Al Askari, sebagai Imam ke 12, yang ghaib semasa belum baligh lagi itu berselisih pendapat (ada kata 4 tahun, ada kata 8 tahun) akan muncul kembali sebagai Imam Mahdi.

Dipanggil juga Syiah Imamiah ini sebagai Syiah Isna’ Asyariah kerana golongan ini mengiktiqadkan bahawa imam (pemimpin) mereka hanya 12 orang sahaja.

Bermula dengan Sayidina Ali diikuti oleh anak cucunya hingga diakhiri oleh Muhammad bin Hassan Al Askari (yakni Imam Mahdi). Syiah Imamiah digelar sebagai Raafidhah (enggan dan degil) kerana keengganan mereka untuk menolong imam mereka dan tidak ikut ke medan perang.
Dalam kitab ASY Syiah Wat Tasyaiyyu’ dikatakan Rawaafidh (Raafidhah atau degil) kerana keengganan puak ini menerima Zaid bin Ali bin Hussin kerana beliau itu telah memuji Sayidina Abu Bakar As Siddiq dan Sayidina Umar Ibnu Khattab.

Juga kerana enggan mengiktiraf 3 orang Khulafaur Rasyidin ( yakni yang selain Sayidina Ali k.w).

Dalam Kitab Muqaddimah Ibnu Khaldun muka surat 134 dan 135 dituliskan :-

Perselisihan dalam soal inilah berpecah lagi Syiah Imamiah kepada Syiah Zaidiah. Sebab ada di kalangan mereka itu pengikut Zaid bin Ali bin Hussin yang tidak berlepas diri (yakni mengiktiraf) Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar.

Cuma puak ini menganggap keutamaan ialah tetap pada Sayidina Ali, tetapi mereka membolehkan diutamakan kepimpinan pada orang yang kurang keutamaan mereka dari Sayidina Ali (iaitu Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar).

Terkenal juga Syiah Imamiah ini dengan nama Jaafariah. Ini adalah kerana mazhab pegangan dan amalan mereka dalam masalah halal dan haram (furu‘iah) ialah mazhab Imam Jaafar bin Muhammad As Sodik.

Memandang pada namanya sahaja, kita sudah boleh nampak palsunya ajaran Syiah Imamiah yang dipegang oleh Khomeini. Menganggap Imam Mahdi bernama Muhammad bin Hassan adalah bertentangan dengan keyakinan kita Muhammad bin Abdullah. Memang terjadi khilaf antara ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri tentang siapa Mahdi, tetapi mereka sepakat bahawa namanya
Muhammad bin Abdullah, bukannya Muhammad bin Hassan.

Kemudian Syiah Imamiah beriktiqad pemimpin ummah sesudah Rasulullah hinggalah ke Imam Mahdi hanya 12 orang yakni semuanya keturunan dari Sayidina Ali. Walhal secara realitinya begitu ramai pemimpin atau pemerintah Islam yang memerintah negara-negara Islam serta umat Islam dari dulu hinggalah sekarang. Apa orang Syiah mahu mengenepikan semua kepimpinan yang wujud itu? Apa alasan mengatakan pemimpin-pemimpin selain 12 orang itu tidak layak memimpin?

Syiah Imamiah juga menolak kekhalifahan Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Usman. Ini sangat bertentangan dengan apa yang sebenamya berlaku. Ribuan sahabat mengiktiraf mereka, begitu juga seluruh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kenapa orang Syiah mahu kucar-kacirkan kewujudan dan realiti ini. Nampak sangat puak ini mencari pecah belah dan pergaduhan di kalangan umat Islam. Lagipun Syiah hanya wujud di zaman akhir Sayidina Ali k.w, iaitu pada tahun 37 Hijrah.

Bukannya zaman Rasulullah S.A.W masih ada. Ertinya Syiah wujud sesudah wafat Rasulullah dan khalifah yang tiga. Kalau begitu Syiah bukan merupakan puak atau ajaran yang seperti apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin.

Malah ia termasuk dalam golongan yang terpisah dari ajaran asal yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Yakni salah satu dari 72 puak yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. ‘Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah; yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka.”

Bertanya para sahabat, “Siapakah firqah yang tidakmasuk neraka itu ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, ‘Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Diriwayatkan oleh Imam Thabarani.

Selain dari perkara-perkara di atas, terdapat banyak lagi iktiqad Syiah yang jauh bertentangan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya ialah:

Dipetik dari Kitab Mukhtasar At Tuhfah Al Isna’ Asyariah oleh Ad Dahlawi:-

1. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa mengutus para Nabi adalah wajib atas Allah Taala. Walhal bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengutuskan para Nabi adalah harus bagi Allah dan itu juga termasuk satu kurnia dan rahmat-Nya pada kita.

2. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa sepanjang zaman tidak sunyi dari kenabian atau wasi yakni orang yang berdiri pada tempat Nabi. Ini juga bertentangan dengan Al Quran yang mana banyak ayat-ayat menunjukkan adanya zaman fitrah atau zaman yang sunyi dari kenabian.

Firman Allah: Ertinya: “Tidak Kami mengazab hinggalah Kami mengutuskan Rasul.”Al Israk: 15.

Lagipun dalam sejarah kita sendiri saksikan bahawa ada zaman-zaman di dalamnya tidak ada Nabi. Contohnya, antara Nabi Isa A.S dengan Nabi Muhammad, sekian lama tidak ada Nabi.

3. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus para Nabi melakukan pembohongan atau dusta. Bahkan kata mereka adakalanya wajib bagi Nabi melakukan takiyah (helah). Ini pun jauh bertentangan dengan firman Allah:

Ertinya:‘Agar engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” Surah An Nahli: 44.

Ertinya:“Hai Rasulullah! Sampaikanlah kepada umat apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu.”

Surah Al Maidah: 67.

Demikian jaminan Al Quran bahawa Rasul tidak berbohong atau menipu. Kalaulah para Rasul menipu, rosaklah hukum-hukum Allah, tidak betullah undang-undang yang diperintahkan selama ini. Lagipun kalau para Nabi boleh menipu perlu apa dibiarkan orang kafir memerangi mereka siang dan malam hingga berbunuh-bunuhan. Itu bukti bahawa Rasul-Rasul tegas memperkatakan kebenaran samada orang setuju atau tidak.

4. Syiah Imamiah beriktiqad bahawa mereka para Nabi asalnya tidak mengetahui usul aqidah. Pengetahuan itu baru didapati ketika mereka dilantik menjadi Nabi yakni ketika munajat atau berkata-kata dengan Allah S.W.T. Moga-moga kita diselamatkan dari iktiqad demikian kerana sebenarnya Nabi-Nabi itu tidak pemah jahil tentang usul aqidah walaupun sebelum kenabian, kerana kalau jahil tentang itu boleh bawa kekufuran.

5. Syiah Imamiah beriktiqad setengah daripada Rasul yang bergelar Ulul Azmi pernah meminta keuzuran dari Allah S.W.T untuk tidak menyampaikan risalah. Masing-masing menyatakan sebab-sebab keuzuran masing- masing, yang mana berbeza antara satu sama lain.

Contoh Nabi Musa enggan menyatakan tentang akan datangnya Nabi Muhammad kerana bimbangkan umatnya tidakpercaya. Ini adalah satu pembohongan terhadap Ulul Azmi. Mereka itu yang kita kenal ialah orang-orang yang sangat amanah dan sangat menyampaikan risalah Allah. Dan sangat sabar menanggung kesusahan dari perjuanganmereka.

Firman Allah: Ertinya: “maka sabarlah engkau (tahanlah dalam percubaan) sebagaimana ketahanan Rasul-Rasul Ulul Azmi.”

Surah Al Ahqaf: 35.

6. ‘Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa ketuanya (amir) diberi wahyu. Cuma bezanya wahyu Nabi dengan wahyu amir ialah Nabi nampak malaikat yang menghantar wahyu tapi amir dengan suara saja. Iktiqad ini bertentangan dengan sabda Rasulullah:- Ertinya:

‘Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dari Abi Hurairah r.a ia berkata, aku mendengar Rasulullah S.A. W bersabda, “Wahai manusia sesungguhnya tidak kekal selepasku daripada kenabian melainkan mubasyarat. Sahabat bertanya, “‘Apakah mubasyarat itu?” Rasulullah bersabda, “ltulah mimpi yang benar.”

7. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus hukum-hukum syarak itu dimansuhkan oleh Imam.

8 . Ada satu puak daripada Imamiah mengakui Sayidatina Fatimah penghulu perempuan itu pemah menerima wahyu selepas Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya wahyu itu dikumpulkan menjadi mushaf Fatimah.

Ertinya: ‘Beberapa orang dari sahabat kami daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin Abdul Aziz daripada Hammad bin Usman dia pernah berkata, ‘Aku pernah mendengar Abi Abdillah as telah berkata akan lahir orang-orang zindiq pada tahun 128 hijrah yang demikian itu aku lihat dalam mushaf Fatimah a.s. (Quran Fatimah). Dia telah berkata,

“Aku bertanya, apakah itu mushaf Fatimah?” Dia berka ta, “Sesungguhnya Allah Taala tatkalamewafatkan Nabi S.A.W telah masuklah ke atas Fatimah selepas wafatnya dukacita. Tidak ada yang mengetahuinya melainkan Allah Azza Wajalla. Maka Allah telah mengutuskan padanya malaikat untuk menghiburkan dukacitanya dan bercakap kepadanya, maka dia pun mengadu ha1 yang demikian itu pada Amirul Mukminin a.s. Maka ia lantas berkata,

“Apabila kamu merasai hal yang demikian itu dun kamu mendengar suara, engkau katakan padaku, maka dia pun memberitahu kepadanya yang demikian itu. Maka Amirul Mukminin a.s pun menulis maka jadilah tatkala telah mendengar hingga dia telah menetapkan yang demikian itu mushaf (Al Quran).

Kemudian dia telah berkata, “Sesungguhnya tidak ada padanya tentang halal dan haram, tetapi di dalamnya mengandungi ilmu yang akan datang. ”

Usulul Kafi muka surat 187 jilid 1.Menganggap ada wahyu sesudah wafat baginda Rasulullah bererti mengatakan masih ada lagi orang selepas baginda yang boleh dapat wahyu. Ini sangat bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan boleh bawa murtad.

9. Setengah daripada Imam Syiah Imamiah ada yang berkata,pempimpin mereka bersekutu dalam mikraj ertinya turut mikraj sama-sama Rasulullah. Tapi ada yang kata tidak ikut naik cuma turut menyaksikan dari bawah. Ini sangat dahsyat. Israk dan Mikraj adalah mukjizat besar yang dikurniakan pada Nabi seorang. Mana ada manusia lain boleh bersekutu dengannya? Kemudian menganggap ada orang boleh menyaksikan apa yang di langit tanpa naik mikraj, ini bermakna orang itu ada kebolehan luar biasa yang tidak ada pada Nabi sendiri. Ini mustahil dan inilah satu lagi pembohongan besar yang dibuat oleh Syiah.

3. PANDANGAN SYIAH IMAMIAH TENTANG ALQURAN DAN MENTAKWILKAN AL QURAN

No comments:

Post a Comment