Saturday, March 17, 2012

(II) ‘Pandangan’ Seorang Muallaf Cina Muslim tentang HUDUD


Tulisan Ahmad Mustaqim
b4@Looking For Truth

Persoalaan hukum hudud ini sudah lama diperdebatkan akan keberkesanannya dalam membendung masalah sosial. Parti politik yang cukup bersemangat hendak melaksanakan hukum ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerajaan PAS di Kelantan. Isu ini dimainkan media selalu menakut-nakutkan rakyat yang bukan Islam. Hukum hudud ini kalau tidak disuluh dengan betul akan dilihat sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Parti PAS sendiri tersalah faham akan tujuan sebenar hukum ini dilaksanakan. Pandangan berikut adalah dicedok daripada pandangan Abuya Imam Ashaari Muhammad.

Hukum hudud ini sudah lama diamalkan semenjak zaman pemerintahan Rasullulah SAW lagi. Memang orang bukan Islam terutamanya bangsa Cina amat tidak faham selalu sahaja mengaitkan hukum Allah ini sebagai ketinggalan zaman, dan tidak bertamadun. Sebenarnya untuk melaksanakan hukum hudud, masyarakat itu mestilah terdiri daripada hamba-hamba Allah yang amat cinta dan takutkan Allah. Sangat takut akan hukumanNya yang kekal abadi di neraka nanti. Hukum ini adalah untuk hambanya yang sendiri mengaku kesalahannya lalu menghendaki dirinya diadili oleh hakim. Agar dosanya dibalas dan diampun di dunia. Hakim itu sendiri mestilah adalah antara hamba Allah yang bertaqwa (cinta dan takut kepada Allah SWT serta gedung segala sifat mahmudah). Apabila dikaji betul-betul rupa-rupanya hendak merealisasikan hukum Allah ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masyarakat akhir zaman ini. Sebabnya adalah berikut:


1. Masyarakat hari ini rata-rata tidak mengenaliNya kalau kenal pun setakat di akal sedangkan hati itu masih jauh daripada mengenali sifat-sifat Allah SWT. Masyarakat macam ini kalau direjam, dipotong tangan belum tentu dapat menginsafinya kesalahannya. Silap hari akan menyimpan dendam dan benci kepada penghukumnya dan secara tidak lansung akan benci Allah SWT akan takdirnya

2. Masyarakat akan mematuhinya atas sebab takut dihukum bukan kerana takutkan Allah SWT, bukan lahir daripada hati. Akan berlaku situasi seperti di negara-negara Arab.


3. Memerlukan mukmin yang soleh untuk dijadikan saksi serta hakim yang bertaqwa agar urusan pengadilan dapat dijalankan. Untuk mencari orang-orang soleh sahaja sudah cukup menyukarkan apatah lagi mencari hakim yang bertaqwa di tengah-tengah masyarakat hari ini.


4. Hukuman yang Allah SWT wahyukan bukan sahaja untuk menghukum tetapi untuk mendidik hati menjadi sebaik-baik manusia. Tidak mungkin masyarakat hari ini mampu memahami hikmah Allah yang tersirat ini. Kalau sesetengah pihak masih berkeras hendak melaksanakan hukum ini, adalah lebih baik mendidik masyarakat melalui pendidikan Rasullulah SAW seperti kaedah yang dilaksanakan Abuya al Fata at Tamimi @ Syuiab bin Soleh. Sekian

————————————————————————————————

Di sini saya (blogmaster) sertakan bacaan lengkap buku tersebut, dari website Kawan Sejati

Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud

Karya Ustaz Ashaari Muhammad, disusun oleh Ustazah Khadijah Aam




..

No comments:

Post a Comment