Wednesday, August 1, 2012

Kepimpinan Putra Bani Tamim Dijanjikan

Firman Allah SWT:

 يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

 Ertinya: Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci

( As-Saff:8)
Di tengah-tengah keperitan dan penderitaan umat Islam, akibat perancangan jahat Yahudi, kehidupan manusia sudah tidak selamat.

Bukan sahaja umat Islam yang merasai bahangnya, bahkan seluruh umat manusia menyedut udara Yahudi yang sangat jahat dan merosakkan itu. Rusuhan, demonstrasi dan pelbagai lagi jenayah yang berlaku, menambah lagi penderitaan manusia. Segala sistem kehidupan sudah rosak, kerana selama ini telah ditipu dan diperdaya oleh musuh jahat itu iaitu Yahudi.

Hakikatnya, Allah jualah yang telah mengizinkan Yahudi melakukan segala jenis kejahatan dan percaturan mereka untuk merosakkan umat manusia. Namun begitu, kita wajib meyakini bahawa Yahudi itu tetaplah manusia biasa, ciptaan dan hamba Allah. Allah hanya mengizinkan mereka mengikut jadual Tuhan sebagai musuhNya. Bila sampai waktunya nanti, janji Tuhan itu akan tetap berlaku oleh Allah sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam ayat di atas. Bukanlah sesuatu yang susah untuk Allah melakukan semua itu, kerana Allah ada caranya. Tuhan sudah ada orangnya yang akan berbuat bagi pihak Tuhan. Bagaimana hebat pun percaturan musuh, tetap tidak akan dapat mengalahkan kehebatan percaturan dan perancangan Tuhan.

Penzaliman sudah sampai ke puncaknya. Dalam masa yang sama Allah sedang dan telah menyusun serta mempersiapkan ‘team’nya dari kalangan manusia yang dipimpin oleh pemimpin akhir zaman, iaitu Putra Bani Tamim. Sebagaimana yang dibenarkan oleh Sodiqul Masduq, Rasulullah SAW mengenai Bani Tamim:
Sabda Nabi saw: “ Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran di akhir zaman.”
Nabi   saw bersabda lagi: “ Bani Tamim merupakan golongan daripada umatku yang amat memusuhi Dajjal.”
Imam Al-Qurtubi ketika menghuraikan hadis di atas mengatakan bahawa : ‘ Berdasarkan hadis tersebut, dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah ke hari kiamat. Bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya.’

Hadis Nabi saw: “ Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalui jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim.”
Hadis Nabi saw juga menyebutkan: “ Bani Tamim merupakan suku bangsa Arab yang paling fasih berbahasa Arab, berbanding suku Arab yang lain.”
Imam Ibnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama Bani Tamim iaitu: ‘Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliyah sehingga zaman Islam, sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan di samping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat di mana mereka dihormati dan dimuliakan.’

Rasulullah saw pula ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan:

“Janganlah kamu mengatakan terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja.”

 
Imam At-Tabrani menyatakan: ‘ Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi dajjal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudaratkan perjuangan mereka.’

Maka siapakah dalam kalangan Bani Tamim yang sedang bermati-matian memperjuangkan Islam dengan cukup bersistem dan berdisiplin berasaskan kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah saw? Golongan ini dipimpin oleh Putra Bani Tamim (PBT). Mereka sudah berjuang puluhan tahun dengan menempuh pelbagai ujian. Dari sekecil-kecil ujian hingga sebesar-besarnya. Musuh tidak dapat mengalahkan mereka walaupun pelbagai cara telah digunakan termasuklah ancaman bunuh dan sihir.

Walaupun Putra Bani Tamim terpaksa melalui proses ghaibnya, namun perjuangannya terus maju, laju, membesar serta mendapat sokongan. Bukti sudah begitu jelas. Tiada siapa dapat menafikan betapa pembangunan perkampungan Rasulullah saw  begitu pesat sekali dan mendapat sokongan daripada semua golongan termasuk korporat-korporat dan orang-orang besar Arab. Mereka turut Allah libatkan dalam jadual kebangkitan akhir zaman.

Kita sangat bertuah kerana bila PBT dighaibkan, kita turut dibawa bersama untuk ghaib, iaitu roh kita dihidupkan dan berperanan. Bukan hanya sekadar fizikal yang bekerja, bahkan roh turut diaktifkan. Semuanya ini tidak berlaku secara kebetulan, melainkan ianya adalah perancangan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Turut serta bersama perjuangan ini adalah dua Pemimpin Besar Tuhan iaitu Imamul Mahdi dan Rasulullah saw.

Siapakah yang tidak bercita-cita untuk bersama-sama Baginda saw? Kalaupun tidak dapat bertemu Baginda saw, alangkah bertuah kiranya kita dapat berkongsi berita-berita kebangkitan Islam di akhir zaman dengan Junjungan Nabi saw. Siapakah yang merezekikan ini semua kepada kita melainkan semuanya adalah kerana Abuya, Putra Bani Tamim. Beliaulah Pemuda Yang Paling Ajaib di zamannya, yang sangat dijanjikan kerana beliau sendiri amatlah terhubung rohnya dengan baginda Rasul saw.

Imam Ghazali rahimallahuanhu,  mujaddid kurun ke 5, sepanjang menulis bukunya, Ihya ‘Ulumuddin sentiasa dipimpin oleh Nabi saw. Sultan Muhammad Al-Fateh ketika usianya  21 tahun dapat menawan Kota Konstantinopal turut mendapat isyarat daripada Rasulullah saw. Begitu juga Tariq ibnu Ziyad, ketika menghadapi tentera-tentera musuh, tidak terlepas daripada pantauan Baginda saw. Lebih-lebih lagilah Putra Bani Tamim. Beliau adalah Sohibuzzaman, yang akan menyiapkan tapak daulah untuk Imamul Mahdi di akhir zaman. Bahkan merubah sistem dunia yang telah rosak kepada sistem Tuhan. Sudah pastilah PBT tidak pernah terputus daripada pimpinan dan pantauan Rasululllah saw, Nabi akhir zaman. Di belakangnya ada Allah dan Rasul sebagai pembela.

Satu berita gembira untuk para pejuang kebenaran di akhir zaman  yang sedang bermati-matian mendokong perjuangan ini. Kebenaran pasti terbela. Janji Tuhan pasti akan berlaku.

SOURCE :  NUR MUHAMMAD

No comments:

Post a Comment