Wednesday, August 1, 2012

Kenapa Fatihah (Kemenangan) itu adalah ‘Ibu Sembahyang’


“Dengan Nama Allah yang Maha  Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puja dan puji hanya layak untuk Allah, Tuhan (tuan punya) sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maharaja (satu-satunya) di Hari Kiamat (Hari Pembalasan). Hanya kepada-Mu kami menyembah (abdikan atau hambakan diri), dan hanya kepada-Mu Kami meminta-minta. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan yang telah Engkau nikmatkan kepada mereka (orang soleh). Bukan jalan yang Engkau benci (nafsu) dan yang sesat (Yahudi dan Nasrani). Perkenankanlah”.

Al Fatihah : Surat kemenangan dari Allah untuk sesiapa yang bersembahyang

Demikian, itu ialah ‘kata-kata ibu’ yang Allah pilih untuk dihantarkan kepada-Nya oleh pendiri-pendiri sembahyang. Yakni kata-kata kemenangan yang termaktub sebagai Ibu Al Quran.
Ertinya Allah memberitahu bahawa Namanya ialah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Manusia memang sangat suka kepada kepemurahan dan kasih sayang. Jikalau begitu, tentu Allah sangat-sangat disukai oleh hati-hati manusia yang mahu bersembahyang. Sementelahan Dia yang mata kita tidak mampu melihat-Nya itu, mengaku dan memberitahu bahawa alam ini kepunyaan-Nya, jadi puji dan syukur sebenarnya hanya layak untuk-Nya. Dia yang terlalu Pemurah dan terlalu Penyayang, yang membuatkan segala kepunyaan-Nya, si hamba boleh memilikinya sementara, dengan percuma, namun supaya hamba tidaklah berleluasa, maka diciptakan hari akhirat untuk pertolongan dan pembalasan kepada serba serbi sikap hamba-hamba di bumi. Akan ada nanti hamba-hamba yang ke Syurga atau ke Neraka dikeranakan perbuatan-perbuatan baik atau jahat yang dilakukan selama hidup di bumi-Nya ini.

Hal ini bermakna, Pemurah dan Penyayang Allah itu ialah bersama sifat adil dan membalasai. Ertinya kita hamba-hamba ciptaan, janganlah anggap ‘Allah baik, maka bolehlah kita buat apa saja yang kita suka.’ Sebab Allah itu juga bersifat Marah bila kita bersalah!

Demikianlah perkara yang kita bualkan bersama Allah, di majlis Allah yang menjemput kita kepadaNya  iaitu sembahyang. Tidakkah ia membawa kepada kemenangan besar untuk kita?

Petikan Kuliah Abuya :

Ia dikatakan surah Al Fatihah atau ‘Surah Pembukaan’. Ia boleh juga dikatakan ‘Surah Yang Dapat Kemenangan’ sebab menurut bahasa Arab, ‘kemenangan’ berasal dari perkataan ‘fath’.
MENGAPA AL FATiHAH DISEBUT SURAH KEMENANGAN?

Al Fatihah dinamakan ‘Surah Kemenangan’ kerana ia adalah ibu kitab atau Ummul Kitab. Ibu kepada kitab yang tertulis di Luh Mahfuz itu ada di dalam Al Fatihah. Dengan ertikata yang lain, kandungan Al Fatihah meliputi seluruh Al Quran. Kalau surah Al Fatihah dapat difahami dan dihayati intipatinya, itu pun sudah cukup untuk memahami intipati Al Quran. Jadi bila seseorang memahami Al Fatihah, menghayati dan mengamalkannya, ia akan menjadi orang yang dapat kemenangan.

Sudah disebutkan tadi, intipati Al Quran yang 30 juz itu ada dalam Al Fatihah yang sebanyak tujuh ayat. Ertinya, katalah ada seorang pakar yang diberi ilmu oleh Tuhan. Dia tidak membaca keseluruhan Al Quran tetapi dia berkata, “Mari kita hurai Al Fatihah.” Maka dia pun syarahkan isi Al Fatihah itu mungkin selama setahun kerana ibarat hendak menggali lombong; tidak mungkin sekadar pakai cangkul dan tidak mungkin selesai dalam satu hari; untuk mengeluarkan ‘emas’ Al Quran itu sudah tentu memakan masa.

Selepas setahun pakar itu memberi kuliah, dia pun berkata, “Mari tengok Al Quran.” Maka mereka akan dapati apa yang disyarahkan huraian dari Al Fatihah itu akan sama dengan seluruh isi Al Quran. Cuma, tidak pernah ada orang yang buat begitu kerana tidak ada orang yang pakar. Begitulah huraian atau tafsiran Al Fatihah itu. Bilamana tafsiran ini jadi ilmu lalu dihayati dan di’apply’kan, pasti seseorang itu akan dapat kemenangan. Inilah hujah mengapa surah ini disebut Surah Yang Dapat Kemenangan.
download kuliahnya di sini:



Model Kepimpinan Islam

Model Kepimpinan Islam 

… Rasululah saw dan Khulafa ur Rasyidin telah dapat mengIslamkan tiga...

Mengiringi Kelahiran Yang Agung

Mengiringi Kelahiran Yang Agung

Disebut dalam catatan sejarah, perkahwinan Abdullah bin Abdul Mutalib dengan...

Tolong Selamatkan Hati !!

Tolong Selamatkan Hati !!

Pejuang-pejuang Kebenaran Adalah PenyelamatHati bila baik, baiklah manusia  Hati bila jahat, jahatlah manusia (Mafhum...
Pejuang-pejuang kebenaran berjuang untuk selamatkan aqidah umat. Itu adalah...

Petanda Pemerintahan Islam Bermula

Petanda Pemerintahan Islam Bermula

PEMIMPIN-PEMIMPIN KRISTIAN BERCAKAP TENTANG PERKAHWINAN DAN SEKS (Kristian...

Kenapa Putra Bani Tamim Diperlukan?

Kenapa Putra Bani Tamim Diperlukan?

Ya Allah, fenomena ciptaan-Mu Nur Muhammad datang ke bumi. Hati-hati manusia...

No comments:

Post a Comment