Wednesday, August 1, 2012

Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’..

Surat Nūĥ (Noah) - سورة نوح

بسم الله الرحمن الرحيم

Malay
: Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".

Malay
: dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;

Malay
: "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;

Malay
: "Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".

Malay
: (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);

Malay
: "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

Malay
: "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.

 Sebilah keris bertatah batuan mahal, membawa seribu maksud.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa :
Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah ai-Hasan dan al Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya,
“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”
Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak
sehingga datanglah ‘Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya
Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.

Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. “

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Bakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus
Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan mendapat dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka.

Ujian pertama, sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Sayidina Husain RA di padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah di Baghdad.

Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab,

SEDIKIT PENERANGAN HADIS MENGENAI PANJI-PANJI HITAM :-

They will ask for the truth
but they will not be given it,
so they will ask again for it,
and they will not be given it ,
so they will fight and be given victory


Mereka Meminta Kebaikan

Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu [tauhid, fekah dan tasawuf] sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Dari sini beliau mendirikan sebuah kerajaan dalam kerajaan, iaitu kerajaan Islam bayangan. Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori.Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa berTuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat.

Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya tanpa perlu bersusah-susah memikirkan mengenainya.

Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.

+++++++

Kehebatan Bangsa Melayu Terserlah & Kesimpulan

Kehebatan bangsa Melayu terserlah dalam mengamalkan Islam
Tulisan Ahmad Mustaqim
b4 @ Looking4Truth

Abuya telah membuktikan atas nama Allah SWT dan sabda Rasullulah SAW bahawa kebangkitan Islam kali kedua adalah di Malaysia dan para perjuang perintisnya sebelum Daulah Islamiah adalah bangsa Melayu. Disini adik sambung semula pengamatan terhadap bangsa Melayu ini. Sebelum ini telah dituliskan bahwa bangsa Melayu masih sedang membesar membina tamadun tersendiri sewaktu zaman kegemilangan Melaka dulu. Bangsa Melayu sebenarnya adalah satu bangsa yang taat dan setia terhadap pemerintah. Terutama kepada Raja. Sejarah membuktikannya. Contohnya, pantang sekali bangsa Melayu ini kalau rajanya dicabar atau dihina, maka dibuat perlembagaan melindungi hak diraja yang tidak boleh dipersoalkan dan dibicarakan dimana-mana mahkamah sewaktu merdeka dahulu. Waktu zaman penjajah pun, mereka amat patuh kepada perintah raja walau mengorbankan nyawa sendiri. Bangsa yang lemah-lembut, kalau dibuat demonstrasi pun tidak seganas bangsa yang lain sampai berbunuh-bunuhan. Jadi penjahat pun mudah ditumpaskan. Contoh yang lain, adalah bahasa Melayu itu sendiri mencirikan sifat lemah-lembut ini. Sebutan lidah lebih lembut begitu juga dengan hati apabila menyebut ataupun membacanya bergantung kepada bahan bacaan. Adik pun lebih sukakan bahasa Melayu melebihkan Mandarin dan English kerana mudah dan sayu bahasanya seperti tiupan angin yang sepoi. Bangsa yang peramah dan mesra. Ini memang diakui oleh kaum lain di Malaysia. Kawan-kawan adik pun setuju bangsa Melayu mudah digauli kerana sifat mereka yang mesra. Bukti lain ialah ramai muallaf di Malaysia yang tertawan terutamanya kepada gadis-gadis Melayu, senyuman mereka yang manis, ditambah akhaknya yang pemalu, sifat yang manja, bahasa yang lembut amat menangkan hati.
Artikel selanjutnya

ABUYA ASHAARI MUHAMMAD: The Most Miraculous Leader Of His Time

 +++++++++++++

Tidak diberikan- ‘nya’

Di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang, tidak melibatkan orang lain atau pihak lain. Dan NYA yang dimaksudkan bukanlah orang atau sekumpulan orang yang biasa, melainkan orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali.

Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu.

Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah mereka, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian.

Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdirNya. Dan hal ini memang telah pun berlaku dan sekali gus membenarkan apa yang disabdakan oleh baginda SAW.

Mereka ini pula datang dengan berbagai-bagai rupa dan cara. Ada yang berbentuk pemerintah sebenar, yang menggunakan kaedah kuku besi untuk menindas perjuangan suci ini.

Ada yang berupa orang baik lagi bersih tetapi mendalangi perbuatannya pada orang lain, iaitu berselindung di balik nama orang lain. Dialah dalang sebenar dan terbesar, kerana ada niat tersembunyi dan besar.

Ada yang berupa orang alim dalam hal ehwal agama, iaitu menggunakan agama sebagai alat untuk membunuh usaha dakwah berkenaan. Ada yang berupa pihak penyampai, iaitu menggunakan media mereka sebagai alat untuk menabur fitnah dan berita bohong mengenai keburukan mereka dan perjuangannya itu.

Soft-promotion Laman Web auradmuhammadiah.wordpress.com

Kedua-dua buku yang dipaparkan dalam laman web ini menngandungi semua jawaban segala tuduhan yang telah didakwa terhadap jemaah Aurad Muhammadiah pimpinan Abuya Ashaari Muhammad. Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam dan Berhati-hati Membuat Tuduhan diterbitkan sebelum jemaah Darul Arqam diharamkan pada tahun 1994. Dua buku ini bersama semua buku-buku Abuya lain terlebih dahulu diharamkan sebelumnya. Hingga kini tiada satu pun buku Abuya yang di’halal’kan secara rasmi.
Selanjutnya...

Dengar petikan kuliah yang tidak bertarikh diBox Net blog ini :—->

Kuliah oleh : As Syed Omar Abdul Kadir AI ldrus


YBM Habib Dato As Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus adalah cucu kepada Tokku Paloh, ulama dan wali Allah yang terkenal dalam penentangannya kepada kerajaan kolonial British.  Tuan Syed Omar pernah menulis dalam buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sebagai berikut :
SETELAH Saya membaca dan meneliti isi kandungan buku yang dikarang oleh AI Fadhil AI Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Syeikhul Arqam, bagi menjawab dan menolak tuduhan yang di­lemparkan ke atas dirinya dan ke atas Al Arqam bagi menggelakkan fitnah, yang mana boleh membawa kehancuran kepada pertubuhan Islam yang begitu memberi makna kepada perjuangan Islam, maka saya dapati isi kandungannya amat baik dan menarik, terutama dari segi usaha bersungguh-sungguh AI Ustaz Haji Ashaari bagi mendapat­ kan bahan-bahan murajaah daripada beberapa buah kitab yang dimuktabarkan. 
Selanjutnya...



Buku ‘Barat Di Ambang Maut’ & ’7 Wali Melayu’

Akhirnya buku-buku  ini dapat didownload di internet. Maaf sebab version hitam-putih (photocopy) sahaja. Namun isinya sangat mahal kepada siapa yang mahu menimba ilmu. Download di sini

1.As Sayid Habib Nuh
2.Tokku Paloh
3.Tuan Tulis
4.Asy Sheikh Muhammad Said Al Linggi
5.Sheikh Muhammad Nor Al Kholidi
6.Tok Kenali
7.Tuan Hussein Kedah Al Banjari

JAKIM : Tarikat Naqsyabandi Haqqani turut SESAT..

kabbani-ashman1.jpg

Yang berbahagia mulia Sheikh Hisham Kabbani bersama Yang Mulia Raja Ashman Shah Raja Azlan. JAKIM telah menuduh mereka SESAT tanpa bicara atau muzakarah. Tuduhan SESAT adalah serius dalam agama, dunia dan akhiratnya. Jika yang dituduh tidak sedemikian, maka tuduhan akan berbalik kepada si penuduh.

Ini sesuatu yang merbahaya yang melanggar Sunnah Rasul S.A.W.  Ambil satu contoh; bila disebut perkataan  “Wali ALLAH”, pihak JAKIM seolah-olah memperlekehkan watak Auliya’ALLAH. Seringkali gelaran itu  disamarkan sebagai “sesat” atau “menyeleweng” atau dipersendakan.
“…sesiapa yang memusuhi Wali-KU, akan AKU isyhtihar PERANG terhadapnya…” [Hadith Qudsi]
Selanjutnya...

Ada yang berupa orang baik lagi bersih tetapi mendalangi perbuatannya pada orang lain, iaitu berselindung di balik nama orang lain. Dialah dalang sebenar dan terbesar, kerana ada niat tersembunyi dan besar.

Jawapan Soalan 1-3 Buletin Rakyat

Pertemuan wakil GISB, dengan Perdana Menteri di Stadium Arena, Greenwich London, bukan suatu tempat pertemuan biasa di kalangan rakyat Malaysia. 
Kafe Nur Muhammad milik GISB kebetulan terletak di Greenwich juga.


 Soalan dari Wartawan Buletin Rakyat :  
Mampukah  Datuk Seri Anwar  mampu merealisasikan cita-cita menjadi Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang?

Ummu Jah : Semasa hidupnya arwah suami pernah berkata: sesungguhnya Datuk Sri Anwar Ibrahim sudah tiada masa depan. Kita sendiri dapat melihat betapa Anwar kini semakin jauh dari mengambil Allah dan Nabi sebagai pemimpin, tempat rujuk dan sandaran nasibnya.   Mungkinkah seorang  yang seperti Anwar kini, akan dipilih Tuhan untuk memimpin di Negara yang paling cantik Islamnya, dimuka bumi ini?

Sedangkan dunia ini sepenuhnya milik Allah.  Agama Islam yang hidup mewangi di Malaysia itu kepunyaan Allah.  Apakah Allah akan melantik Anwar mewakiliNya untuk memerintah di bumi indah Nya itu?

 Sama-samalah kita tunggu dan lihat?  Bukankah Anwar dijatuhkan Allah ketika kerusi PM Malaysia sudah begitu hampir kepadanya?  Kalaulah Allah mahu dia jadi PM, untuk apa pula Allah takdirkan dia sekarang berada terlalu jauh jaraknya dari kerusi idaman?

Memberi mata kepada Yahudi sesungguhnya akan membuatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu, makin jauh daripada janji Tuhan. Malaysia tapak kebangkitan Islam kali ke 2.  Janji Tuhan atau jadual Tuhan sedang mengarahkan Negara ini kesana, samada manusia sedar atau tidak!

Iaitu Malaysia akan jadi Negara Islam

bukan oleh orang politik.

Selanjutnya...

Ini adalah antara mesej dari Abuya kepada Anwar Ibrahim selepas kejatuhannya:
Tahun 1998
Patutnya seorang wira ‘gentleman’ dengan ujian, tabah dengan cabaran,
Tidak ada riuh rendah menjerit ke sana, ke mari, ingin mengisytiharkan diri seorang pengecut,
Ini bukan pejuang bangsa,  jauh sekali pejuang agama,
Baru engkau merasa sakit apabila engkau dizalimi,
setelah engkau dizalimi baru engkau merasa indahnya keadilan ini,
Engkau mula memperjuangkan keadilan itu pun mungkin bukan untuk orang,
Tapi untuk kepentingan diri, tetapi engkau seret sekali orang ramai,
Padahal sebelum ini ribuan orang yang terzalim,

Bahkan jemaah ku engkau ikut serta musnahkan,
Waktu itu engkau ada kuasa, engkau boleh jadi pembela,
Setelah kuasa tiada di tangan, konon baru hendak jadi pembela,
Berapa lama engkau hendak berlakon di atas pentas dunia ini,
Berlagak seperti pembela, Hakikatnya engkau penipu,

Kerana itulah dari dahulu lagi aku katakan pada mu,
Engkau akan jatuh terhina,
 Mungkin engkau masih ingat kata-kata ku dulu,
Sekarang dengan izin Allah telah menjadi kenyataan,
Sedar dan insaflah, Bertaubatlah banyak-banyak dari sekarang,
Akuilah kesalahan sendiri, Tegakkanlah keadilan di atas diri mu dahulu,
Sebelum memperjuangkannya kepada orang lain,
Jangan berlakon lagi, Janganlah berpura-pura dalam kehidupan ini…
Tahun 2004
Tentang Anwar tidak usah dikhuatirkan
Masa depannya sudah tidak ada
Dia adalah harimau kertas nampaknya cantik tapi tidak bahaya
Atau dia ibarat harimau luka, ngaumannya kuat tetapi taring tidak boleh diguna.

Kejatuhan Sistem Demokrasi di depan mata

Dewan Parlimen diisi oleh manusia-manusia yang lemah & gagal bersatu 
(walau dalam pasukan yang sama) untuk membangun negara

Apabila melihat perubahan dunia hari ini, kita mungkin tidak pernah menyangka atau terfikir, malah mungkin ada antara kita yang terlupa untuk pernah berdoa, agar negara Amerika itu jatuh. Memandangkan serba-serbi lemahnya akan keupayaan yang kita, memang tidak masukpun dalam agenda perjuangan kita ini untuk menjatuhkan Amerika. Bukan juga satu target dalam agenda kita untuk menjatuhkan sistem ekonomi kapitalis, mahupun sistem demokrasi.

Tetapi hari ini kita  melihat sendiri bagaimana perubahan-perubahan dunia berlaku. Maka hari yang ditunggu itu akhirnya tiba,  iaitu negara Amerika itu sedang menjunam terus, hampir tersungkur  kuasa politik dan  kuasa ekonominya. Berbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan segala kekalutan ini tetapi kelihatannya membawa kegagalan.

 Selanjutnya...

Mereka pun berjuang.

Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata.

Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata- mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal.

Maksud berjuang adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT, berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh mereka.

 Mereka memperoleh kejayaan.


 Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah diri mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebaiknya dalam diri masing-masing.

Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh,
bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka,  dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya  untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’

An Nur: 55
 


Surat Nūĥ (Noah) -

Malay
: "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;

Malay
: "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.

Malay
: "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

Malay
: "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

Malay
: "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Malay
: "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -

Malay
: "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?

Malay
: "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,

Malay
: "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),

Malay
: "Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,

 Nama rasmi Al-Arqam pada masa ini adalah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB). Ia mempunyai 500 BOD (Lembaga Pengarah) dari lelaki dan perempuan. Ahli GISB seramai 4000 orang. Mereka berada di 42 Zon GISB di seluruh dunia.

# Zon Utama ( Putrajaya, Selayang) : Zon Sarawak 3 (Sibu)
# Zon Ibu Pejabat ( Makkah) : Zon Makassar
# Zon Pusat ( Damansara) : Zon Sumatra 3 ( Palembang)
# Zon Tengah ( Segambut, Bukit Bintang) : Zon Australia Zon 2 ( Geraldton)
# Zon Singapura : Zon Timur Tengah 1 (Jordan)
# Zon Selatan (Kluang, Batu Pahat) : Zon Australia 1 (Perth)
# Zon Pahang (Temerloh) : Zon Khurasan 1 (Uzbekistan)
# Zon Melaka & Negri Sembilan : Zon Timur Tengah 3 (Mesir)
# Zon Barat ( Bandar Country Homes, Shah Alam, Ginching) : Zon Eropah 3 (Frankfurt, Jerman)
# Zon Perak (Ipoh) : Zon Timur Tengah 2 (Syria)
# Zon Pulau Pinang ( Lahar Yooi) : Zon Eropah 1 (London, Manchester, England)
# Zon Kedah (Jitra, Alor Setar) ) : Zon Timur Tengah 4 (Madinah)
# Zon Kelantan : Zon Australia 3 (Canberra)
# Zon Utara ( Perlis, P.Langkawi) : Zon Khurasan 2 (Yunnan)
# Zon Pantai Timur ( K.Terengganu) : Zon Thailand 1 (Satun)
# Zon Sabah 1 ( Kota Kinabalu) : Zon Thailand 2 (Bangkok)
# Zon Sabah 2 ( Lahad Datu) : Zon Thailand 3 (Chiengmai)
# Zon Sarawak 1 ( Kuching ) : Zon Papua
# Zon Sarawak 2: Zon Eropah 2 (Perancis)
# Zon Sumatera 1 ( Pekanbaru) : Zon Jawa 2 (Bandung)
# Zon Jawa 1 ( Sentul, Jakarta) : Zon Sumatera 2 (Medan)

Nampaknya GISB sedang melagang tapak perjuangan untuk membentuk tapak sebuah empayar Islam seperti yang dinyatakan dalam Hadis. Asasnya di Malaysia, dengan 300 BOD lelaki dan 200 ibu, bersama-sama dengan 4000 ahli sebagai pembantu. Tanpa ragu-ragu kualiti mereka sebagai manusia itu tentulah cukup tinggi untuk memikul tanggungjawab sebesar yang dicita-citakan. Penyusunan zon semula secara berkembar adalah satu langkah karamah yang telah mempercepatkan pembukaan zon GISB antarabangsa yang baru. Pencapaian GISB ini bukanlah dibuat oleh manusia biasa. Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi, pemimpin roh itu sebenarnya sedang menelusuri hadis akhir zaman di bumi ini secara roh. ‘Orang roh’ itu walaupun wafat, tetapi terus mampu untuk berjuang. Lihatlah Rasulullah, keluarganya dan para sahabat, sebenarnya mereka masih meneruskan perjuangan mereka secara rohaniah, mereka mampu mengukuhkan dan mengembangkan agama lebih-lebih lagi selepas kewafatan mereka.

GISB yang kini beroperasi di 42 zon di hampir 3/4 bahagian dunia, dengan 500 pemimpin lelaki dan perempuan dan 4,000 ahli sepenuh masa, adalah jemaah yang telah dijanjikan oleh Allah untuk menyempurnakan Kebangkitan Semula Islam ke-2 di akhir zaman iaitu di zaman ini berdasarkan dari hadis Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Khuzaifah RA, Rasulullah SAW telah berkata, yang bermaksud;
“Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu apabila Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman yang berjalan seperti mana zaman kenabian ( minhaj nubuwwah). Maka berlakulah zaman kekhalifahan itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ).
 Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, apabila Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan kuku besi (zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian.
(Hadis Riwayat: Ahmad, Abu Daud dan Termizi.)

500 pemimpin lelaki dan perempuan di GISB dinamakan Ikhwan oleh Abuya, manakala baki 4,000 anggota itu dinamakan Asoib. Mereka mempunyai dua watak dan peranan yang tersendiri: abid dan pejuang. Semua ini adalah dirujuk kepada hadis Rasulullah SAW.
Sesungguhnya Abuya melagang perjuangannya dengan merujuk segala-galanya di atas asas Al Quran dan Hadis. Abuya menekankan bahawa Allah mempunyai JadualNya untuk akhir zaman.

Melalui lidahnya, Rasulullah mensabdakan jadual Allah dan Abuya bergerak menelusuri hadis-hadis tersebut. Tujuannya adalah untuk menagih dan merealisasi apa yang Allah dan Rasul-Nya telah jjanjikan untuk umat di zaman akhir ini, yang ditinggalkan oleh Nabi kira-kira 1,400 tahun lalu.

Sebelum ini, dalam sejarah, Allah melantik Nabi dan Rasul hanya setiap 300 atau 700 tahun. Bayangkanlah nasib umat Iman dan Islam sekarang, selepas ditinggalkan oleh Rasulullah saw hampir lebih 1,400 tahun lalu.

Percayalah kita sedang hidup di akhir zaman, di Zaman Jahilliyah kedua, dalam era Muhammad Kedua sedangkan Roh Nabi Muhammad tetaplah aktif memainkan peranan di zaman ini sebagai Nabi Akhir Zaman.

Dan Abuya datang di muka bumi sebagai satu-satunya Pemimpin Islam di Asia Timur (Far East) yang menjadikan perjuangan beliau sebagai perjuangan Muhammad 2, iaitu Imam Mahdi yang di belakang tabirnya adalah Roh Rasulullah. Abuya sangat inginkan Daulah Islamiyah dan Empayar Islam yang telah dijanjikan oleh Allah itu. Bukan untuk dirinya tetapi untuk Islam, untuk dunia mengagungkan Allah dan membanggakan Nabi semula.

No comments:

Post a Comment