Wednesday, August 1, 2012

Pemimpinku .... Apa Sudah Jadi?

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan bagi Negara Malaysia. Maka Lagu Tema Kemerdekaan terciptalah sudah.


Inilah lagunya

Rais minta pandangan lagu tema Merdeka



Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

NONE"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima

"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.

Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.

Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.

Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.

Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".

Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6.

Maka satu puak lagi pemimpin2 Melayu yang yang tak bersetuju dengan Lagu Tema tersebut.



Maka amatlah lucu pada kali ini..ada 2 tema pasal kemerdekaan.
Ingat lagi bagaimana suatu waktu dulu sembahyang 2 iman.

Tema merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'
Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan individu bernama Alhaimi Adam.

"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan juga akan membincangkan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".

"Kita akan bincang (dengan) negeri terlibat dan harap kerajaan (persekutuan) akan guna slogan ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.

[Berita penuh menyusul]


Ulasan...

 Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"   Maka Singkatan Boleh di buat

3 S

Kerajaan  gunakkan  tema "Janji Di tepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
JDT
 Apalah nak jadi pemimpin2ku sekarang ini...!!!


Apakata kita tenangkan hati sama2 kita dengarkan lagu bertaraf GLOBAL..



JANJI TUHAN









CAHAYA



Khaliqul Alam

No comments:

Post a Comment