Wednesday, August 1, 2012

Murrabbi

 

Mengenai Saya

Foto Saya
Berasal dari Perak. Membesar di N.sembilan. Pendidikan awal SK King George V, SMK Jalan Sikamat, SMKA SHAMS, Maahad Ahmadi,Gemencheh, Mu'tah Universiti, Diploma Perguruan MPI dan kini berkhidmat di SMK Tan Sri Abdul Kadir

Jadual Pengajian Ustaz Shahrul Rizal

1.Isnin ( Rauhah –Zawiyah Syaziliyyah Tenggaroh, Rumah Ustaz Shahrul Rizal )

- Hadrah zikir syaziliyyah
- Tafsir Jalalain

2. Selasa ( I’syah –Zawiyah Syaziliyyah Tenggaroh, rumah Wak Dol )

* Minggu 1 dan 3
- Kitab Hidayah al Salikin ( Syeikh Abdul Samad al Falimbanie )
- Kitab Mazhab orang sufi ( Syeikh al Kalabazie )

3. Selasa ( Rausyan – Zawiyah Syaziliyyah Tenggaroh, Pondok Nuar)

* Minggu 2 dan 4
- Kitab Hidayah al Salikin ( Syeikh Abdul Samad al Falimbanie )
- Kitab Mustolah al Hadis ( Universiti al Azhar )

4. Rabu ( Rumah En Ibrahim )

* Minggu 1 dan 3
- Kitab Sahih sifat solat al Nabie ( Sayyid Hasan al Saqqaf )
- Kitab Mazhab orang sufi

5. Rabu ( Rumah Cik Siah-Amer)

* Minggu 2 dan 4
- Kitab Sabilal Muhtadin
- Kitab Ulumul Quran ( Universiti al Azhar )

6. Khamis ( Surau al Husna SMK Tan Sri Abdul Kadir )

* Minggu 1 dan 3
- Bacaan surah Yasin
- Tahlil / Maulid Daibaie / Simthut Durar / Dhiyaul Lami’ / Berzanji nathar dan nazam / al azab / Syifa ul Sudur /

7. Khamis ( Rauhah –Zawiyah Syaziliyyah Tenggaroh, Rumah Ustaz Shahrul Rizal )

* Minggu 2 dan 4
- Bacaan surah al Kahfi
- Tahlil / Maulid Daibaie / Simthut Durar / Dhiyaul Lami’ / Berzanji nathar dan nazam / al azab / Syifa ul Sudur /

8. Jumaat ( Rumah along – Hanafi Fauzi )

* Minggu 1 dan 3
- Usrah

9. Jumaat ( Rumah along – Hanafi Fauzi )

* Minggu 2 dan 4
- Kitab Syarah Hikam Tok Ku Pulau Manis
- Kitab Tuhfah al Tullab

Setiap hari isnin-jumaat, kelas al Quran di Rauhah (7.45 mlm )

Kelas B. arab-hari selasa 2.30 petang di Kantin SMK STAR

Tentatif Pengajian
-------------------------------
-Talaqqi kitab
-Bacaan Ratib dan Hizib
-Bacaan Dalailul Khairat
- Bacaan Surah al Mulk
- Tasmi’
* Isnin – al Quran
* Selasa – Hadis
* Rabu – Maulid
- Qasidah
* Khamis

Jadual bacaan ratib dan hizb
----------------------------------
Isnin : Hizb Imam al Nawawi
Selasa : Ratib al Haddad
Rabu : Ratib al Attas
Khamis : Hizb al Bahar
Jumaat : Ratib al Saqqaf



Aktiviti Minggu ini

1)Hari Rabu dan Khamis

Tarikh : 9-10 Februari 2011

Masa :5 petang

Tempat : Madrasah Islamiyyah Hasaniyyah


Gotong Royong

2) Hari Khamis

Tarikh : 10. Februari 2011

Masa : 9 malam

Tempat : Zawiyah Naqsyabandiah Haqqaniyyah



Amal Yaum wa Lailah

Sebelum subuh : 1. Doa fajar
: 2. Ratib al Iydrus
Selepas subuh : 1. Surah Yasin
: 2. Ratib al Attas
: 3. Wazifah Syaziliyyah
Selepas zuhur : Hizb Imam al Nawawi
Selepas asar : Hizb al Bahar
Selepas maghrib: 1. Surah al Mulk
: 2. Ratib al Haddad
: 3. Wazifah Syaziliyyah
Selepas isyak : Wirid al Skran / Ratib al Saqqaf

Muhammad telah lahir

“ Muhammad telah lahir “
“ Muhammad telah lahir “
Kata kebanggaan yang terpacul
Dari mulut seorang pembesar
Tanpa prejudis anak dirangkul
Di tawaf tanpa dierti dan tidak mengerti
Bila dewasa
Ia berubah dan merubah
Kebencian adalah asasnya
Hati mula mencarik
Perasaan bukan timbangan
Segalanya adalah kebencian
Sudah termaktub
Kebencian itu sebab dia ke neraka
Tetapi diringankan azab kuburnya
Kerana ia melaungkan
“ Muhammad telah lahir “

Pemberitahuan

1.Setiap hujung bulan minggu ke 4.

Hari : Jumaat

Tempat : Surau Taman Senawang Jaya.

Masa : 7.30 malam

Pengajian Tafsir


2. Setiap hujung bulan minggu ke 4

Hari : Sabtu

Tempat : Zawiyah Syaziliyyah Shah Alam, Selangor

Masa : 9 malam

Hadrah, wazifah Syaziliyyah dan pengajian kitab Risalah Qusyairiyyah.

3. Setiap bulan minggu ke 3

Hari : Khamis

Tempat : Zawiyah Naqsyabandiyyah Haqqani, Johor Bahru.

Masa : 9 malam

Khatam Khawajaqan dan pengajian tasauf.

4. Setiap bulan minggu 1

Hari : Selasa

Tempat : Zawiyah Syaziliyyah, Johor Bahru

Hadrah, Wazifah Syaziliyyah, Hizb al Bahar dan pengajian tasauf.


Tuan Guruku

Tuan Guruku

Beliau adalah salah seorang ulamak Jordan. Berketurunan dari nasab yang mulia iaitu Ali Bayt Rasulullah yang dinasabkan dengan Saqqaf. Hasan bin Ali bin Hasyim bin Ahmad bin Alawie(seorang Mufti Syafieyyah di Makkah al Mukarramah. Pengarang kitab yang termahsyur dikalangan penuntut mazhab syafie iaitu " Tarsyih al Mustafidin ". Ramai pelajar melayu pada waktu itu mempelajari ilmu feqh bersama beliau. Wafat pada tahun1335 H.)
Nasab keluarganya bersambung silsilahnya sampai ke cucu Rasulullah, Sayyidina Husein kepada Sayyidina Ali kepada Rasulullah s.a.w. Keturunannya berasal dari Makkah kemudian berpindah sewaktu revolusi arab dengan mengikut Syarif Husein ke Jordan. Beliau pernah ditawarkan untuk memegang jawatan " wazir al auqaf Jordan " ( Menteri Hal Ehwal Agama Islam ), tetapi beliau menolaknya kerana tidak berhajat dalam urusan politik yang akan turut memberi impak dalam perjalanan intelektual beliau.
Tuan guruku seorang yang berakidah Asyairah, bermazhabkan Syafie dan bermasyhrabkan Syazili, bernasabkan alawie. Tuan Guruku adalah seorang Ahli Sunnah wal Jamaah.
Seorang ulamak yang amat mahir dalam bidang hadis dan usulnya. Namun begitu beliau juga menguasai hampir keseluruhan ilmu agama dan mengatasi ulamak sezamannya. Bermula dengan menguasai ilmu bahasa dan sastera dengan mempelajari dalam bidang itu disalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Lubnan. Persis seperti kemunculan Imam al Syafie.Seorang ulamak unggul yang tidak terikat dengan taqlid malah seringkali berijtihad melampaui keterbatasan pemikiran manusia.
Beliau yang saya kenal, adalah seorang yang amat jelas perjalanan intelektualnya. Pencari hakikat bagi sebuah kebenaran dalam menyelusuri sunnah-sunnah baginda S.A.W. Ulamak taqrib baina mazahib dan seringkali dijemput ke Morocco untuk persidangan mempereratkan mazhab-mazhab muslim. Bahkan beliau seringkali membentang kertas kerja diperingkat antarabangsa bersama intelektual Islam yang lain.
Kepakarannya dalam keilmuwan Islam tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau menuntut ilmu dengan bukan calang-calang orang, antaranya ialah Syeikh Abdullah bin Siddiq al Ghumarie dan ulamak –ulamak besar seperti yang terkandung di dalam kitab Al Ittihaf bi asanid wa syuyukh Hasan bin Ali al saqqaf. Dalam penulisan guru beliau, nama beliau sering ditulis, malah dipuji-puji pula. Penulisan karya sayyidi sudah mempunyai 80 muallafat ( selepas saya pulang ke Malaysia, sekitar tahun 2000. Mungkin sekarang sudah bertambah ). Penulisan artikel –artikel beliau pula sudah tentu tidak terbilang. Antara karya beliau yang cukup dikenali ialah "
Sahih Syarah Aqidah Tohawiyyah
Sahih Sifat Solat al Nabi
Al Uluw lil aliyyil Ghaffar ( Suntingan )
Syarah Umdatus salik
Tanaqudhat al Albani wal wadihat
Al Ittihaf bi asanid wa syuyukh Hasan bin Ali al saqqaf
Dan banyak lagi.
Beliau kini menjawat jawatan professor di Universiti Zarqo al Ahliyyah. Semoga Allah menetapkan beliau di atas perjuangan menegakkan yang haq dan menghancurkan kebatilan.
Maulana Syeikh Nazim A’dil Qoubrusie
Maulana Syeikh Nazim dilahirkan di Larnaka, utara Cyprus pada 21 April tahun 1922. Sekarang beliau berumur 86 tahun dan menetap di Utara Cyprus, Lefke. Beliau adalah mureed kepada Sultan awliya Syeikh Abdullah Faiz Dagistani. Semenjak kewafatan Syeikh Abdullah pada tahun 1972, Syeikh Nazim telah memegang tampuk kepimpinan tariqah Naqsyabandiyyah dan menjadi khalifah bagi tariqah tersebut.
Syeikh Hazim Abu Ghazalah dilahirkan di Jaffa, Palestin. Tuan Guru berumur 74 tahun dan menetap Hayyu Khurejat ,Amman. Syeikh ialah seorang pakar dalam mazhab Hanafi dan tasawwuf. Tuan Guru bernasabkan Hasanie, beraqidah Maturidie, bermazhabkan Hanafi, bermasyrabkan Syazilie.
Tuan Guru juga memegang ijazah kedoktoran dalam bidang kewartawanan daripada Universiti Damsyik. Tuan Guru mendapat kepakaran dalam keahlian tariqah syaziliyyah apabila beliau dididik dengan sempurna oleh dua Tuan Guru iaitu Tuan Guru Syeikh abdul Qadir Isa dan syeikh Muhammad al Hashimie, sehingga beliau dijazahkan sebagai khalifah dalam tariqah yang mulia ini.

Ketenangan Jiwa

Senarai Maulid dan selawat

1. Barzanji Nazam
2. Barzanji Nathar
3. Maulid Simthut Durar ( al Habsyie )
4. Maulid al Daibaie
5. Maulid A’zzab
6. Maulid syifa al Sudur
7. Maulid Dhiya al Lami’
8. Maulid Syaraful Anam
9. Dalailul Khairat
10. Burdah Busirie
11. Hadrah Ba Saudan.
12. Al Maurid al Haniy fi Maulid al saniy
13. Jami’ al Athar fi Maulid al Nabiy al Azhar
14. Al Lafz al Raiq fi Maulid khair al Khalaiq
15. Maurid al Sodie fi Maulid al Hadie
16. Al Maurid al Rawie fi al Maulid al Nabawie
17. Mukhtasar Sirah al Nabawiyah
18. Basyair al Akhbar fi Maulid al Mukhtar
19. Aqdul Jauhar fi Maulid al Nabiy al Azhar
20. Al Aqmarun Nuraniyyah
21. Burdah Syauqi Dhoyif
22. al Syarabut Thuhur min mauled wa sirah badril budur

Perihal Quthub Ghawth kami!

As-Sheikh Abu Al Hasan As-Syazuli r.a (593H-656H/1197-1258M)
Nama dan Nasab
Nama beliau ialah Ali ibn Abdullah ibn Abdul Jabbar ibn Tamim ibn Hurmuz ibn Hatim ibn Qusoyy ibn Yusuf ibn Yusya’ ibn Warad ibn Battol ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Isa ibn Muhammad ibn Al-Hasan ibn Ali ibn Abi Talib r.a..
Gelaran beliau: Taqiyyudin Abu Al-Hasan As-syazuli (dalam satu riwayat As-Syazili)
Tarikh dan Tempat Lahir:
Beliau dilahirkan pada tahun 593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi di sebuah kampung bernama Ghumarah, berdekatan dengan bandar Sabtah, Moroko.
Riwayat Ringkas Tentang Kehidupan:
Semasa tinggal di Ghumarah, Abu Al-Hasan belajar menghafaz Al-Qur’an, ilmu-ilmu asas agama, ilmu sunnah nabawiyah dan sebagainya di bawah tarbiah dan ta’lim ulama’-ulama’ besar di zaman beliau.
Setelah itu beliau bermusafir ke kampung Fas untuk bertemu dengan seorang Sheikh sufi iaitu, As-Sheikh Abdullah bin Abil Hasan ibn Harazim (murid As-Sheikh Abu Madyan r.a.) dan memakai khirqah sufi daripada beliau.
Kemudian, beliau menuju ke Zawilah dan kemudiannya ke bandar Tunisia. Di sana, beliau mempelajari ilmu-ilmu agama secara mendalam daripada ulama’-ulama’ besar di sana. Beliau bermazhab Maliki dalam fiqh Islami.
Di sana juga, beliau sempat berkumpul dengan para sufi yang merupakan anak-anak murid kepada Abul Madyan r.a., dan seterusnya terkesan dan tertarik dengan metodologi tarbiah sufiyah mereka.
Setelah itu, beliau bermusafir ke Iraq dan bertemu dengan As-Sheikh Abu Al-Fath Al-Wasiti r.a., yang merupakan khalifah bagi Sidi Ahmad Ar-Rifa’i r.a.. Beliau mengambil bai’ah daripada As-Sheikh Abu Al-Fath r.a. dan sering mengikuti perhimpunan mereka. Imam Abu Al-Hasan r.a. sering berbincang dengan As-Sheikh Abu Al-Fath r.a. dan kadangkala beliau (Abu Al-Hasan r.a.) bertanyakan tentang wali qutub di zaman tersebut.
As-Sheikh Abu Al-Fath Al-Wasiti r.a. berkata kepada beliau:” Kamu merantau dari Moroko menuju ke mari (Iraq) sedangkan wali qutub berada di tempatmu (Moroko).”
Seterusnya beliau pulang ke Moroko semula untuk mencari wali qutub yang dimaksudkan tersebut. Akhirnya beliau bertemu dengan wali qutub yang dimaksudkan iaitu As-Sheikh Al-Kabir Al-Wali Al-Qutub Abu Muhammad Abdul Salam ibn Masyish r.a..
Pertemuan pertama beliau dengan wali qutub Ibn Masyish r.a. ialah di atas sebuah bukit, takkala Ibn Masyish r.a. sedang bersendirian beribadah secara khusyuk di hadapan ALLAH s.w.t..
Setelah tamat perguruan dengan Ibn Masyish r.a. beliau disuruh untuk berdakwah di Afrika. Akhirnya, beliau bermusafir ke Afrika, dan tinggal di wilayah Syazulah yang mana kepada nama wilayah tersebutlah, Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli r.a. dinisbahkan. Setelah itu, beliau tinggal di atas bukit bernama Za’wan.
Setelah itu pula, beliau bermusafir ke Tunisia dan nama beliau mahsyur di sana. Namun, ada individu yang dengki dengan beliau lantas menyebarkan fitnah terhadap Imam As-Syazuli r.a..
Imam As-Syazuli r.a. seterusnya memulakan perjalanan untuk mengerjakan haji di Makkah, dan setelkah itu menetap di Mesir selama 35 tahun.
Diriwayatkan juga bahawa, Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli r.a. turut serta dalam peperangan di Mansurah, Mesir, takkala berlangsung perperangan antara tentera islam dengan tentera erancis di bawah pimpinan Raja Luis ke-9 (raja Perancis).
Kewafatannya:
Pada tahun 656 Hijarah (bersamaan 1258 Masihi), beliau sekali lagi ingin bermusafir untuk mengerjakan haji. Namun, dalam perjalanan, dengan ditemani oleh khalifah beliau Abu Al-Abbas Al-Mursi r.a., beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah padang pasir ‘aizab di Humaisara, Mesir. Beliau meninggal dunia pada usia 63 tahun.
Setelah itu, khalifah beliau, Al-Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi r.a. (yang juga merupakan menantu kepada Imam As-Syazuli r.a.) mengambil alih tugas memimpin anak-anak murid al-Imam as-Syazuli r.a., dan seterusnya menyebarkan manhaj tarbiah tarikat As-Syazuliah yang diberkati.
Semoga ALLAH s.w.t mencurahkan keberkatan ke atas penghulu tarikat As-Syazuliah r.a., dan memanfaatkan kita dengan keberkatan dan hembusan rohani beliau, amin...

Sanad Nasab Abil Hasan Asy-Syadzili

  • As-Sayyid Asy-Syaikh Abil Hasan Asy-Syadzili bin
  • Ali bin
  • Abdullah bin
  • Tamim bin
  • Hurmuz bin
  • Hatim bin
  • Qusay bin
  • Yusuf bin
  • Yusya bin
  • Ward bin
  • Bathaal bin
  • Ali bin
  • Ahmad bin
  • Muhammad bin
  • Isa bin
  • Muhammad bin
  • Abi Muhammad bin
  • Imam Hasan bin
  • Sayyidna Ali ra dan Sayyidatina Fathimah binti
  • Rasulullah Sayyidina Muhammad saw.

Alamat Zawiyah atau ribat Syaziliyyah di Malaysia

1. Tenggaroh

1007B Rumah Guru SMK Tan Sri Abdul kadir, Felda Tenggaroh 5. 86810, Mersing, Johor.

2. Melaka

Jami'yyah al Mureedeen litturath ( Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath atau dikenali sebagai Pondok Padang Temu )

Padang Temu, Melaka

3. Selangor

Darul Hasani
No 147, jalan 3/23, Bangi Selangor Darul Ehsan.

Tengok movee

powered by

al sama'

PERMATA

permatajordan

Blog teman-temanku

Cari Blog Ini

sembang-sembang

Bulan yang bersinar terasa malu dengan cahayanya.

Masih bersinar dalam ketiadaanya,
Siapa lebih baik dari kebaikannya?
Siapa lebih mulia dari kemuliaannya ?
Siapakah selainnya yang layak menjadi idola?
Seorang idola yang amat hebat dan tiada tandingan,
Siapa pemberitahu asal usul kita,
Sinaran cahayanya mendamaikan jiwa,
Kibarkan panji cintanya yang Agung .

Muhammad Sallahu alaihi wassalam.

Habib Ali al Habsyie

Tajuk berkaitan

Berita

Wall Street Journal (blog)
The multibillion-dollar patent trial between Apple Inc. and Samsung Electronics Co. is generating huge media interest in the U.S. In Samsung's home country of South Korea, it's a different story. Only one South Korean reporter from news agency Yonhap ...
Forbes
Bernstein Research analyst Toni Sacconaghi this morning speculated in a research note that Apple could be considering a stock split – a move that would improve the prospects for inclusion of the market's largest capitalization company in the price ...
Computerworld (blog)
The new iPhone '5' release date is confirmed by various sources and by Apple partners' feverish activity in China. Apple (NASDAQ:AAPL) is strongly expected to announce the device on 9/12 and ship on 9/21. We might also see the 7-8 inch iPad Mini.
NBCNews.com
Last week, Apple released the latest version of its Safari Web browser, patching more than 100 vulnerabilities. But if you're running an older version of Mac OS X or any version of Windows, you're in for some harsh luck. Safari 6 is available only for ...
powered by

Anda mengamalkan thariqat ?

Sila Hubungi untuk Pertanyaan dan Urusan

Pengajian :0177833244 ( En. Fadhil Fauzi )

Majlis Qasidah : 0177514166 ( En. Abdul Haris )

Ceramah dan Motivasi : 0197101993 ( En. Faisal )

Perkhemahan / Kem Ibadah : 0197013117 ( En. Hanafi Fauzi )

Pengikut

Tinggalkan aku !

Tinggalkan aku !
Kerana orang yang aku cintai sedang memanggil aku.
Dia memberi khabar gembira.
Padaku,
Dia menceritakan padaku tentang perkara-perkara yang seni,
Dari keyakinan yang boleh menembus penglihatannya
Kepada sesuatu yang rahsia.
Dia memberikan minuman yang menyebabkan aku merinduinya.
Ketahuilah bahawa itu adalah sejenis minuman yang datang dari Allah.

Habib Ali al Habsyie

Silsilah Rasulullah s.a.w

1. Nabi Muhammad s.a.w
2. Abdullah
3. Abdul Mutholib
4. Hasyim
5. Abdul Manaf
6. Qusai
7. Kilab
8. Murrah
9. Ka’ab
10. Luay
11. Ghalib
12. Fihr
13. Malik
14. Nadr
15. Kinanah
16. Khuzaimah
17. Mudrikah
18. Ilyas
19. Mudhar
20. Nizar
21. Ma’ad
22. Adnan
Sanad sampai Adnan adalah sohih.

Bicara Mathnawi

Hari ini kulihat Sang Tercinta, seri semarak segala perkara itu; Ia lepas menuju ke langit bagai ruh Mustafa. 1)
Karena wajah-Nya, matahari menjadi malu, daerah langit terharu-biru sekacau kalbu; lantaran cerlangnya, air dan tanah lempung lebih bercahaya dari api menyala.
Aku berkata, “Berikan padaku tangga, agar aku dapat naik ke langit pula.” Jawab-Nya, “kepalamu ialah tangga; purukkan kepalamu lebih rendah dari kakimu.” 2)
Bila kautempatkan kakimu lebih tinggi dari kepalamu, maka kakimu akan berada di atas kepala bintang-bintang; bila kau menyibak angkasa, injakkan kakimu di angkasa, nah, mulailah!
Seratus jalan ke angkasa—langit pun menjadi jelas bagimu; membubunglah kau di setiap samar fajar ke langit raya, bagai sebuah doa. 3)
- Syaikh Jalaludin al Rumi

Hikmah

You are searching the world for treasure

but the real treasure is yourself.

If you are tempted by bread
then you will find only bread.
What you seek for
you become.

Jalaluddin Rumi

Sadah Syaziliyyah

Sadah Syaziliyyah

Kami telah saksikan

Kami telah saksikan
Kebaikan orang yang kami cinta,
Kami saksikannya di alam nyata ini,
Apa yang tinggi selain aku,
Sifatku dan keadaanku silih berganti dari penaklukannya,
Dengan kebesaran nabi yang terpilih.

Wahai angin yang penuh sayu dan pilu,
Hembuslah dan tiuplah dari kata-kata ini,
Untuk menuju ke arah cintaku yang terbit dari rahsia,
Dengan kebesaran nabi yang terpilih.

Habib Ali al Habsyie.

Aurad al Thoriqah al Syaziliyyah

Aurad al Thoriqah  al Syaziliyyah

Dalailul Khairat

Dalailul Khairat

Aurad al Syaziliyyah

Selepas subuh : Hizb al Kabir
Selepas zuhur : Hizb al Nur
Selepas asar : Hizb al Bahar
Selepas maghrib : Hizib al Syaikh
Selepas isyak : Hizb al Nasr

Hari Isnin malam Selasa : Hadrah

Hari khamis malam Jumaat : 1. Hizb Abu Abbas al Mursie
: 2. al Yakoutiyyah
: 3. al Latifiyyah

* Setiap hari wajib amal Wazifah dan baca Dalailul Khairat

The Letters of Moulay al-'Arabi al-Darqawi.

I was once with one of the brethren, Sidi Ahmed at-Tahir, in the Qarawiyyin. We were both in a strong state of witnessing in those times, but that day I found he had withered, or should we say ‘weakened’, until he had started to fall into idle prattle like anyone else. I scolded him violently, saying: 'If you wish to succeed, then strike your ego and throw it aside.'I also said to one of the brethren, who had told me that one day he had lashed out at a Jewish man, not for any reason but his own vain-glory, and maliciousness: 'Do not strike anyone, be he Jew, Christian, or Muslim, but rather strike out at your own ego, and continue to do so until it dies.’ This is of the up most importance.Brethren, you too must leave the idle chatter aside completely. It is the worst of all mischief, and is not befitting of your station, nor does it comply with your state. Do not mention anyone unless you mention him well – ‘Whoever has not been grateful to the people has not been grateful to God.’We believe, and God knows best, that he who has lost sight of the people has not truly witnessed God in all His glory. The one who is complete is he who is not veiled from the creation by his Creator, or from the Creator by His creation in all its shapes and forms. This is the one who has arrived and is complete. This is the Gnostic; and the opposite of this is the one who is lost and confused; except for the one who has lost his mind out of love for God (al-Majzub), for he no longer has the faculty to perceive things, and is therefore not lost and confused. Peace.

Kelebihan mimpi bertemu Nabi s.a.w

1. Dapat husnul khatimah
2. Dapat syafaat
3. Dimasukkan ke syurga
4. Diampunkan dosa
5. Seolah khatam al Quran 12 kali
6. Mudah menghadapi sakaratul maut
7. Terlepas azab kubur
8. Selamat ancaman hari kiamat
9. Hajat makbul di dunia dan akhirat

Pelik tetapi benar !

1. Tahukah anda, perawi yang paling banyak merawikan hadis ialah Abu Hurairah. Yang peliknya ialah beliau masuk Islam pada tahun ke 7 hijrah. Jadi, dimanakah sahabat yang lain yang mendahului beliau memeluk islam. Mana hadis Saidina Abu Bakar? Manakah hadis Saidina Umar? Manakah hadis Saidina Ali yang dianggap pintu kepada kota ilmu? Mengapa mereka lebih sedikit meriwayatkan hadis berbanding Abu Hurairah? Pelikkan !

2. Jika anda hitung semua hadis yang terkumpul dalam semua kitab-kitab hadis tanpa ada yang bertindih nescaya bilangannya pasti tidak akan mencukupi untuk istilah bagi hafiz, hakim hujjah, amirul mukminin dan lain-lain lagi. Jika benar ada lafaz tersebut, maka dimanakah perginya hadis-hadis tersebut? Pelikkan !

3. Hapus talqin,hapus wiridan, hapus tahlil, hapus qunut,hapus kenduri arwah, hapus selawat syifa'hapus selawat tafrijiyyah, membenarkan tauhid uluhiyyah,tauhid rububiyyah,tauhid asma wa sifat, tolak berzanji dan bacaan maulid, tolak sambutan maulid, membesarkan isu bid'ah yang sebenarnya tidak bid'ah, tajsim dan tasybih = saya bukan wahabi.!!!???? pelikkan ??

4. Tahukah anda pembunuh kepada Saidina Ali ialah Abdul Rahman bin Muljam. Tetapi dalam kitab Tarikh Tabarie, sumber utama dalam sejarah khalifah itu menyebut pembunuhnya ialah Khalid bin Muljam. Siapakah khalid dan siapakah Abdul Rahman. Adakah dia identiti yang sama? Pelikkan ?

5. Dalam ilmu jarah ta'dil, jika seseorang yang ditohmah dengan syiah akan ditolak hadisnya kerana sebab mencerca sahabat yang lain, namun khariz bin uthman, mencerca Saidina Ali sebanyak 70 kali pada waktu pagi dan petang diterima sebagai perawi hadis dan dihukum thiqah, malah beliau meriwayatkan hadis dalam sahih bukhari, pelikkan ??!!!

6. Siapakah Abdullah ibnu Saba? Langsung tidak dikenali dalam seluruh kitab ansab. Malangnya dialah dikatakan punca perpecahan umat islam. Tahukah anda, perawi yang meriwayatkan nama Abdullah bin Saba ialah Saif bin Amar al Tamimi ? Dia telah dijarahkan oleh ulamak hadis keseluruhannya. Bagaimana kita boleh menerima cerita ini ?Pelikkan!!!

7. Pernahkah kita terfikir ditipu oleh sejarah. Tetapi, itulah hakikatnya, apabila kita diajar bahawa Imam Abu Hanifah wafat dibunuh kerana menolak jawatan qadhi!!! menolak jawatan, hukumannya bunuh??!!! Pelikkan ??!!!

8. Allah ada tangan. Tangan Allah seperti tangan manusia.tapi bukan macam tangan manusia??? Allah ada muka.Muka macam muka manusia tapi bukan muka manusia.Pelikkan!!!???

* Untuk penjelasan, sila dapatkan nasihat dari yang pakar : Fas alu ahlaz zikri in kuntum la ta'lamun.

Imam al Busirie

Beliau bernama Muhammad bin Said bin Hamad al Sonhajie al Busirie. Lahir di Bahtim, Mesir pada tahun 608H ( 1212M) dan asal keturunan beliau ialah dari negeri Morocco ( Maghribi ). Beliau meninggal dunia di Iskandariyyah Mesir pada tahun 696H ( 1296 M ).

Qasidah Burdah

Qasidah burdah mempunyai 161 bait syair. Di mana Imam al Bushirie telah memuji Rasulullah s.a.w dan perjuangannya serta para sahabatnya dengan gaya bahasa yang indah dan cara yang sangat menarik sekali sehingga beliau telah digelar oleh para ulama dengan “Sayyidul Muddah” ertinya penghulu para pemuji Rasulullah s.a.w.Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al Bushirie pengarang Qasidah Burdah ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk, timbullah satu ilham dihati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah. Apa yang dirasakan dalam jiwa beliau semasa mengoreskan penanya ialah semoga dengan berkat memuji baginda s.a.w, penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah S.W.T. Sebaik sahaja beliau selesai mengarang qasidahnya terus beliau tertidur dan bermimpi melihat Rasulullah s.a.w dalam tidurnya. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit dan baginda menyapu tangannya yang mulia di atas badan Imam al Bushirie yang sedang sakit dan turut menyelimuti badan Imam al Bushirie dengan sehelai selendang ( burdah ). Apabila beliau terjaga, beliau dapati penyakit lumpuh beliau sudah hilang dan burdah ( selendang ) itu ada disisi beliau.

Kyai Haji Salleh

Kyai Haji Salleh

Sadaqah dan wakaf

Sedaqah dan wakaf boleh terus di salurkan ke akaun :

155144005138 ( Maybank )

Sadah Naqsyabandiah

Sadah Naqsyabandiah

Sanad Tariqahku

Sanad Tariqahku

Tokoh Ahlul Bayt

Syeikh Sayyid Ali al Habsyie
Al Habib al Imam al Allamah Ali bin Muhammad bin Husain al Habsyie dilahirkan pada hari Jumaat,24 Syawal 1259H, di Qasam, sebuah kota di Hadramaut. Beliau dibesarkan di bawah asuhan orang tuanya al Arif billah Muhammad bin Husain bin Abdullah al Habsyie dan ibunya al Syarifah Alawiyyah bt Husain bin Ahmad al Hadie al Jufrie.
Pada usia muda, Habib Ali al Habsyie telah mempelajari dan mengkhatamkan al quran dan berhasil menguasai ilmu-ilmu zahir dan batin sebelum sampai usia yang sepatutnya. Beliau menjadi kepercayaan tuan guru sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar walaupun usia masih muda. Ramailah yang datang belajar daripada beliau sehingga beliau sendiri diberi nama “ Raudhah “. Seterusnya membuka pondok sendiri dan menjadi terkenal.
Beliau meninggal dunia di Kota Seiwun, Hadramaut, pada hari Ahad 20 Rabiul akhir 1333H dan meninggalkan beberapa orang putera seperti Habib Ali bin Ali al Habsyie.

Kelebihan Ahli Bayt al Nabi

1. Dikeluarkan oleh Said ibn Mansur di dalam sunannya : Daripada Sa’id ibn Jubair mengenai firman Allah Taala ( Yang bermaksud ) : “ Katakanlah ( wahai Muhammad ) aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampai, melainkan rasa kasih sayang ke atas al Qurba ( ahli keluarga )”. Berkata Sa’id bin Jubair : al Qurba yang dimaksudkan di dalam ayat ialah ahli keluarga Rasulullah s.a.w.
2. Dikeluarkan oleh Ibnu Abu Hatim daripada Ibnu Abbas mengenai firman Allah yang bermaksud : ( Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu kebaikan ) Nabi bersabda : Yang dimaksudkan dengan kebaikan tersebut ialah bersifat kasih sayang ke atas keluarga Muhammad.
3. Dikeluarkan oleh Muslim, al Turmizie dan al Nasaie daripada Zaid ibn Arqam bahawa nabi s.a.w bersabda : ( Aku ingatkan kamu kepada Allah supaya mencintai dan memuliakan ahli keluargaku )
4. Dikeluarkan oleh Ahmad, al Turmizie, al Nasaie dan al Hakim daripada al Mutholib ibn Rabiah berkata : Sabda rasulullah s.a.w ( Tidak masuk keimanan ke dalam hati seseorang muslim, sehinggalah dia mencintai kamu kerana Allah dan kerana kamu adalah ahli keluargaku. )

Sadah Bani Alawie

Sadah Bani Alawie

Tokoh Ahlul Bayt

Syeikh Sayyid Muhammad bin Alawie al Maliki al Makki
Beliau dilahirkan di Mekah al Mukarramah. Bermazhab maliki dan bernasab daripada keturunan Sayyidina Hasan r.a daripada susur galur keluarga besar al Idrisie yang senasab dengan Syeikh Ahmad bin Idris al Dandrawie. Ayahanda beliau adalah seorang yang cukup terkenal di kalangan ulamak termasuk juga dari belah nusantara. Barangsiapa yang mempelajari secara memondok pasti akan mereka ketahui Tuan Guru mereka mesti belajar daripada ayahanda beliau iaitu Syeikh Sayyid Alawie bin Abbas bin Abdul Aziz al Malikie.Beliau menuntut daripada bapa beliau kemudian daripada halaqah-halaqah ilmu di Masjidil Haram. Termasuk juga di Madrasah al Falah dan Madrasah Tahfizul Quran al Karim. Kemudian beliau telah bermusafir untuk menuntut ilmu di seluruh negara antaranya ialah Morocco, Mesir, India dan Pakistan. Beliau mula mengajar ketika beliau masih belum baligh di Masjidil Haram. Secara rasminya pada tahun 1390H di kuliah Syariah selepas 3 hari kewafatan ayahanda beliau.Beliau telah banyak mengarang kitab-kitab yang mempertahankan akidah Ahlus Sunnah. Beliau wafat pada 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004. Al fatihah.

Sadah al Qodiriyyah

Sadah al Qodiriyyah

Dalil keislaman ayahanda bonda Nabi s.a.w

1. Al Baqarah ayat 128 :
( Wahai Tuhan Kami ! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam yang berserah diri kepadamu, dan jadikanlah kami daripada keturunan kami, umat Islam yang berserah diri kepadaMu.)
- Nabi Muhammad adalah keturunan Saidina Ibrahim yang diselamatkan dan menjadi Islam termasuk ibubapa baginda.
2. Surah Ibrahim ayat 35 :
( Dan ketika Ibrahim berkata : “ Wahai tuhanku! Jadikanlah negeri ini ( Mekah ) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.)
3. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda : ( Tidaklah aku dilahirkan dari perzinaan kaum Jahiliyyah walau sedikitpun, dan tiadalah aku dilahirkan melainkan dengan nikah secara Islam.)
4. Rasulullah bersabda : ( Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim, satu golongan manusiayang tetap di atas fitrah ( beriman ) menyembah Allah.)
5. Rasulullah bersabda : ( Sentiasa aku berpindah dari sulbi generasi yang suci ke rahim ibu yang suci bersih )
6. Oleh Ibn Habib daripada Ibn Abbas : ( Adalah Adnan, Ma’ad, Rabiah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim, jangan sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.)

Haji Abdul Ghani bin Haji Awang Kechik

Nama penuhnya Haji Abdul Ghani bin Haji Awang Kechik bin Abdul Wahab ( berasal dari Fathani ).Haji Abdul Ghani di lahirkan di Kampung Mat Lajim Kubang Gadung, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1914. Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya Tuan Guru Haji Awang Kechik, pondok Kampung Mat Lajim. Pada tahun 1923, beliau belajar di Pondok Padang Pasir Mas ( Tuan Guru Jelapang ). Pada Tahun 1930 hingga 1934 beliau belajar di Pondok Haji Ahmad Manan Kubang Pasu.
Dalam mengenang jasanya, beliau telah dianugerahi Pingat Bakti oleh Sultan Kelantan Yahya Putra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada tahun 1974. Allahyarham Haji Abdul Ghani kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan ( 26 Ramadhan )1405 bersamaan 15 Jun 1985.

Rakan al Husna

Rakan al Husna

Syaikh Pak Da ‘Eil


Tokoh ini dilahirkan pada tahun 1300H, bersamaan 1882M. Di kampung Bendang Daya, Patani Darus Salam. Dengan kesedaran kelahiran ini, ayahnya mendidik sendiri Ismail dan oleh Haji Abdul Samad al Nufi al Fathani. Kedua-dua tokoh ini mendidik di Tanah Melayu. Dengan berkat keyakinan ayahnya akan kemampuan anaknya maka dihantar ke Mekah. Masa hidupnya masih lagi dilembayung Khilafah Usmaniyyah dan selebihnya pada era Saudi. Di sini, menunjukkan beliau menempuh sendiri kekalutan politik waktu ini.
Di Mekah, Pak Da dididik oleh rumpun keluarganya sendiri iaitu Syaikh Ahmad Zain al Fathani ( wafat 1908 )menurut Ustaz Wan Saghir, Pak Da belajar tidak lama dengan gurunya ini, dan Pak Chik Wan Daud. Menurut Tuan Guru Haji Abdullah , Pak Da belajar semenjak umurnya 12 tahun darinya. Juga daripada al Hafiz Mukhtar Utarid Bogor dan Noh al Kalantan. Nama-nama guru tersebut adalah dari orang Nusantara sendiri.
Untuk meneguhkan lagi ilmu Islam Pak Da meneruskan pengajian daripada ulama Arab pula iaitu Syaikh Abbas al Maliki ( ayah Syaikh Alawi dan datuk Syaikh Muhammad al Maliki kini ), Syaikh Muhammad Ali al Maliki ( tokoh isnad dan mendapat gelaran Sibawaih pada zamannya kerana kealiman dalam ilmu Nahwu ). Kedua-dua nama gurunya ini diperolehi daripada keterangan Tuan Guru Haji Abdullah. Dan dari benua India iaitu Syaikh Abdur Rahman al Hindi.
Beliau wafat pada 10 Rejab 1385H bersamaan 3 November 1965 ketika berusia 83 tahun. Tarikh ini dicatit oleh Tuan Guru Haji Abdullah sendiri. Oleh kerana akrabnya Tuan Guru Haji Abdullah dengan Pak Da Eil maka khabarnya beliau berwasiat supaya dimandikan oleh muridnya sendiri.
Antara anak muridnya ialah :
Mufti Kelantan ke 9, Haji Muhammad Nor Ibrahim ( wafat 1987 ).
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubok Tapah ( wafat 1989 )
Syaikh Abdul Qadir al Mandili ( Tokoh Ulama Masjidil Haram )
Tuan Guru Dala.

Sambutan Maulidur Rasul

1. Ibn Hajar al Haitamie
( Hasil bidah hasanah itu disepakati mengenai galakan mengerjakannya, begitu juga dengan sambutan mauled nabi dan berkumpulnya manusia untuk tujuan itu, ianya adalah bidah hasanah )
2. Imam Abu Syamah, Tuan Guru Imam al Nawawie
( Di antara yang terbaik yang dicipta pada zaman kita ini ialah apa yang dilakukan pada setiap tahun pada hari yang disepakati iaitu hari kelahiran Rasul s.a.w…)
3. Imam al Sakhawie
( Ia tidak dilakukan seorang pun dari kalangan salaf pada kurun ketiga tetapi ianya dicipta selepas itu. Kemudian tidak ketinggalan semua orang Islam dari setiap sudut, bandar untuk menyambut Maulidur Rasul dan bersedekah pada malamnya dan membaca mauled. Dan jelas ke atas mereka keberkatan segala keistimewaan.)
4. Imam Ibnu Jauzi
( Diantara kelebihan sambutan mauled ialah akan aman pada tahun itu…)
5. Imam al Sayuthie
( Ia tergolong dalam bidah hasanah yang diberi pahala siapa yang menyambutnya. Kerana ia menunjukkan rasa membesarkan nabi s.a.w dan gembira dengan kelahiran baginda.)-Rujuk al Sirah al Halabiyyah – Ali Burhanuddin al Halabie.

Karya Ustaz Shahrul Rizal

Karya Ustaz Shahrul Rizal

Dapat kan segera album ini !

Dapat kan segera album ini !

Dapatkan segera album ini !

1. Devotion

Memuatkan 10 lagu dengan rentak perkusi. Memang best. 5 bintang.

Harga : RM 20

2. Voice of Truth

Bagi mereka yang meminati irama padang pasir atau khaliji ( teluk ), yang memenuhi dengan gemersik gambus, sila dapatkan album ini. Memuatkan 7 lagu dan 3 lagu minus one. Anda pasti terhibur. Dapatkan segera.

Harga : RM 15

* Harga tidak termasuk harga penghantaran.

Sila Hubungi : 0177985582

Seputar masalah hukum

1. ( S oalan ) Bagaimana solat dibelakang wahabi?

( Jawapan ) Adapun orang yang kufur dengan bid'ahnya, seperti al mujassim, yang jelas dan orang yang ingkar ilmu Allah dengan juzuk-juzuk, maka tidak sah bahawa adalah dia sebagai imam pada satu keadaan pun ( dipetik dari kitab Tuhfah al Tullab Syarah al Tahrir oleh Syaikh Zakaria al Ansarie, terbitan Darul Busyra halaman 91.
Dalam kitab Majmuk Jilid 4 halaman 222 : Dan telah ditekskan oleh Imam al Syafie dalam kitabnya ' al Muktasar ' di atas karahah bersolat belakang seorang yang fasiq dan mubtadi'. Jika dia masih bersolat belakang orang tersebut, masih sah....sesungguhnya sesiapa yang kufur dengan bid'ahnya maka tiada sah solat belakangnya, siapa yang tidak kufur maka sah. Maka diantara yang kufur ialah sesiapa yang mentajsimkan Allah dengan tajsim yang jelas, sesiapa yang mengingkari ilmu juziyyat.....)

2. Apakah hukum tajsim dalam Islam.

Hukum mentajsimkan Allah adalah kufur, seperti yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar :

1. al Asyhbah wan Nazair Jilid 1 halaman 488
Kaedah : Berkata Imam al Syafie, tidak kufur sesorang pun daripada ahli kiblat kecuali daripada itu yang mujassim dan menafikan ilmu juziyyat.

2.al Fawakin al Dawanie Jilid 1 halaman 94
..........Berkata ibn Arafah, yang lebih dekat ialah kufur....

3. al Mansur Jilid 3 halaman 84

Sesungguhnya kami telah mengkafirkan mujassim dan khawarij dan batal kata-kata mereka ......

4. al manhajul Qawim Jilid 1 halaman 347
Adapun sesiapa yang kufur dengan bidahnya seperti menafikan ilmu Allah dengan juziyyat dan ma'dum, dan ba'ath, dan hasyar untuk segala ajsad dan begitu juga mujassim kerana tanaqudh padanya dan berkata dengan tempat.....

3. Bolehkan perempuan menziarahi kubur ?

Jawapannya dibolehkan. Ini adalah berasaskan kepada hadis-hadis nabi s.a.w. Dalil yang boleh diterima pakai ialah dalil yang menunjukkan perintah pergi ke kubur " ala fazuruha " yang menunjukkan keumumannya termasuk perempuan. namun, masih ada lagi dalil yang boleh dirujuki iaitu :

1. hadis yang diriwayatkan oleh bukhari pada hadis yang bernombor 1283 dan muslim pada hadis bernombor 926.

2. syarah sahih bukharie jilid 3 halaman 149,al hakim dalam al mustadrak pada hadis bernombor 1392.

3.Imam muslim pada hadis bernombor 2253,Imam ahmad jilid 6 halaman 221, al Nasaie pada hadis bernombor 2038, dalam kitab amal al yaum wa al lailah karangan imam al nasaie pada hadis bernombor 1092,al baihaqie jilid 4 halaman 79 dan ibnu hibban pada hadis yang bernombor3172.

sementara ulamak yang membenarkannya pula boleh merujuk kepada :

1. Imam Ibnu Hajar al asqolanie dalam fathul barie jilid 3 halaman 148.

2. Imam Muslim dalam syarah sahih muslim jilid 7 halaman 41.

3. kitab Aunul ma'bud jilid 9 halaman 59.

4. Ibnu Abdul Bar dalam mausuah yusufiyah halaman 321

5. Imam al Aini dalam kitab Umdatul Qorie jilid 8 halaman 69

6. Tuhfatul ahwazie jilid 4 halaman 161.

dan lain-lain lagi, terlampau banyak la...haza yakfi.

4. Bolehkah bersalaman selepas solat?

Hukumnya boleh dan sunnah. Berdasarkan kepada dalil berikut, daripada hadis nabi daripada Sahih bukhari yang bernombor 3360, dalam adab bernombor 967 dan 968, abu Daud yang bernombor 5212 dan 5213. Sementara ulama mengukuhkan dalam Maraqi al Falah oleh Imam al Tohawi, Imam Nawawi dalam al Azkar dan Syarah al Thoriqah al Muhammadiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani al Nabulsie pada jilid ke-2 halaman 150.

5. Bolehkah kita gunakan gaharu dalam masjid atau ketika zikir?

Boleh kerana bersandar kepada hadis yang banyak, antaranya

1. Daripada Jabir, Rasulullah bersabada :( Apabila kamu mengukup mayyit, maka ganjilkanlah )
- Riwayat Ibnu Hibban dan al Hakim

2. Rasulullah bersabda : ( Ukuplah oleh kamu akan kafan mayyit )
- Riwayat al Dailamie

3. Rasulullah bersabda : ( Apabila kamu mengukup mayyit, maka ukupkanlah tiga kali)
- Riwayat Ahmad

4. Telah berwasiat Abu Said , Ibnu Umar dan Ibnu Abbas bahawa diukup kain-kain kafan mereka itu dengan kayu gaharu.
- Riwayat Ahmad dan al Hakim

5. Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah bersabda : Jauhkan masjid-masjid kamu dari sibyan kamu, pertengkaran kamu, pendarahan kamu dan jual beli kamu. Ukuplah masjid-masjid pada hari perhimpunan kamu ...............
- Riwayat al Tabranie




Mukjizat Rasulullah

1. Terpancut air dari celah jari jemari.
2. Menyembuhkan biji mata yang terjojol kembali ke tempat asalnya.
3. Isra dan Mikraj
4. Batang kurma merindui Rasulullah
5. Bulan terbelah dua
6. Menghidupkan kayu yang kering
7. Batu bertasbih dan memberi salam kepada Rasulullah
8. Memecahkan berhala dengan tongkat
9. Rasulullah tiada bayang-bayang
10. Rasulullah tidak dihinggapi lalat.
11. Rasulullah tidak pernah menguap
12. Yang paling besar sekali ialah al Quran.

Mahal Qiyam

Mahal Qiyam

Amalan berdiri ketika membaca Maulid dan berselawat

1. Syeikh Jaafar al Barzanjie, pengarang maulid di dalam maulidnya :
( Dikalangan ulamak yang mempunyai riwayat dan penelitian, memandang baik terhadap perbuatan berdiri pada saat-saat kisah kelahiran baginda disebutkan. Maka beruntung dan berbahagia bagi mereka yang melakukannya dengan tujuan untuk membesarkan nabi.)
2. Hadis Nabi s.a.w dengan maknanya : ( Hendaklah kamu berdiri kepada ketua kamu)
3. Syeikh Islam Taqiyuddin al Subkie bangun ketika seorang membacakan qasidah yang dikarang oleh Imam Abu Zakaria Yahya al Sorsorie al Hanbalie yang bermaksud :( Dan bangun orang-orang yang mulia ketika mendengar mauled, dalam keadaan berdiri bersaf-saf atau berdiri di atas dua lutut mereka.)
4. Syeikh Ahmad Zaini Dahlan
(Telah menjadi kebiasaan bagi orang apabila mendengar tentang berita kelahiran Rasulullah, akan bangun berdiri kerana memuliakan dan membesarkan kedudukan Rasulullah. Berdiri itu adalah suatu perkara yang baik kerana dasarnya adalah untuk membesarkan Nabi s.a.w. Sesungguhnya telah melakukan yang demikian itu, sebahagian besar daripada ulama ikutan kita )

Glosari Tariqah

1.aghyar : apa sahaja yang terlintas pada hati yang mengakibatkan gangguan terhadap zikir.

2. arif billah : Orang yang sampai ke tahap kasyaf dan mengenal Allah dengan hakiki melalui rasaan rohani setelah melalui disiplin tasawwuf.

3. alam alawi : alam yang tinggi

4. alam sufli : alam yang rendah

5. alam lahut : nama-nama yang lain ialah :

i. a'yan tsabitah
ii. ruh idhofi
iii. Adam syuun zatiyah
iv. zat maknawi
v.fuad kamil
vi. Shuratul i'lmi
vii.haqiqat nyawa
viii.gambaran insan
ix. ma'dum sebelum bercerai dengan alam arwah

: suatu maqam dalam pengamalan tasawwuf sehingga dia lupa akan sesuatu, yang ingat hanya kepada Allah sahaja.

6. alam nasut : suatu alam yang masih menempatkan seseorang itu sebagai manusia sebelum dia sampai kepada alam lahut.

7. Fana : Lenyapnya sifat-sifat kemakhlukan tetapi perasaannya tenggelam dalam sifat rahsia ketuhanan. Bagi ilmu kalam pula bermaksud : sesuatu yanh mustahil bagi Allah akan kebinasaannya, yang binasalah selain Allah.

8. Ghararah : kelalaian, kelengahan

9. Ghibah : Ketiadaan memandang akan segala yang berlaku daripada segala hal yang sempurna kerana ishtighalnya segala warid daripada Allah.

10.iftiqar : berkehendak, sifat iftiqar ialah berkehendak barang yang lain kepada-Nya.

11. isim : nama

12. ilahul haq : sama erti dengan " ilahul muthlaq ".ertinya " Tuhan sebenarnya iaitulah hanya Allah sahaja"

13. ilahul muthlaq : sama maksudnya dengan 'ilahul haq'

14. ilahul bathil : tuhan pengakuan orang-orang kafir, sebenarnya dia bukanlah tuhan.

15. Isbat : menetapkan lawan perkataan ' nafi '

16. iqrar : mengucapkan sesuatu dengan dilafazkan oleh lidah serta didengar oleh telinga.

17.iz'an : penuh rasa kepatuhan dan ketundukan.

18. Kamil : yang sempurna

19. kasyaf : suatu pandangan yang dilakukan dengan mata hati / batin sehingga dapat memandang kepada yang ghaib-ghaib.

20. khalwat : melakukan ibadat kepada secara bersunyi-sunyi diri disuatu tempat yang dikhususkan dengan zikir-zikir yang tertentu.

21. khawash : orang-orang yang khusus dalam golongan tasawuf, apa saja yang dikerjakannya hanyalah mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

22. khalish : orang yang beramal dengan ikhlas, bersih hatinya tanpa terdapat lintasan riya walaupun hanya sedikit.

23. khatir : lintasan bisikan halus pada hati, khatir terbahagi kepada empat bahagian, iaitu :

i. khatir rabbani
ii. khatir malaki
iii. khatir nafsani
iv. khatir syaitani

24. khusyu' : seseorang yang melakukan ibadat yang ingatannya semata-mata kepada Allah, secara dawam melakukan musyahadah dan muraqabah.

25. mubtadi : orang-orang yang berazam atau baru memasuki amalan thariqat atau sesuatu ajaran tasawuf.

26. muraqabah : mengintai-ngintai. atau dikatakan erti muraqabah itu, iaitu memfanakan hamba akan af'alnya, sifatnya dan zatnya di dalam af'al Allah. sifatNya dan zatNya.

27. Musyahadah : berpandang-pandangan, melihat akan tuhan yang sebenarnya di dalam tiap-tiap zarrah dari zarratul wujud ini. Serta disucikan daripada barang yang tiada patut dengan kebesaranNya.

28. Nisbah : dibangsakan, tentang, tilik, pandang, berhubung.

29. Qaul : perkataan, pendapat, pandangan.

30. Qabul : terima

31. Qalbu Shadri : daging sekepal yang terletak dibahagian lambung kiri dada.

32. Qalbu nurani : hati yang merupakan rahsia insan sumber dari segala-galanya, hati inilah yang dipelihara oleh ahli sufi untuk ingat kepada Allah. Dinamakan juga dengan haqiqat anbiya' dan ruh idhafi. Dengan dialah dapat melakukan zikrullah beserta musyahadah dan muraqabah.

33. riya : membuat ibadah atau sesuatu kebaikan dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang untuk mendapat pujian , atau melakukan sesuatu bukan kerana Allah.

34. salik : orang yang berusaha menuju kepada Allah melalui sesuatu disiplin ilmu shufi.

35. sir : rahsia.


Aku dan ulamak

Aku dan ulamak

Fosil

Fosil

Zawiyah ( Rauhatul Qulub )

Zawiyah ( Rauhatul Qulub )

alat perkusi Qasidah

alat perkusi Qasidah

Ziarah Kubur

Ziarah Kubur

Syaikhi Sidi Ahmad al A'lawie

Shaykh Ahmad Al-‘Alawī was born in Mostaghanem, Algeria, in 1869. He never obtained any formal schooling, although he learned the Qur’ān from his father at home. He later earned his living as a cobbler, but he was deeply religious by nature, and thirsty for knowledge. His meeting with his spiritual master, Shaykh Muhammad Al-Būzīdī, was crucial in his spiritual awakening. Al-‘Alawī had at that time been involved in developing magical powers such as charming snakes, but Shaykh Al-Būzīdī turned him away from this and awakened him to his true nature. After his master’s death, Al-‘Alawī was elected to succeed him as Shaykh. He first resisted this call, and for several months in 1909 traveled to Tunis, Tripoli, and Istanbul. Upon his return to Algeria, however, Al-‘Alawī duly assumed his spiritual function and became so influential that, as early as 1923, he was reported as having in the region of one hundred thousand disciples. The Shaykh is often known by his full name, Ahmad ibn Mustafa al-’Alawi al-Mustaghanemi, and he was a major presence in the initiatic chain of the Shadhiliyyah-Darqawiyyah tariqah (Sufi Order), to which was later added a reference to his own influence, thus making it the Shadhiliyyah-Darqawiyyah-Alawiyyah Order. The Shaykh Al-‘Alawī died in 1934. His emphasis on the way of the invocation is beautifully expressed in his statement: “Remembrance is the mightiest rule of the religion.…The law was not enjoined upon us, neither were the rites of worship ordained, but for the sake of establishing the remembrance of God.”

Piala Syaikh Hasan al Saqqaf ( kejohanan badminton Husna 2006 )

Piala Syaikh Hasan al Saqqaf  ( kejohanan badminton Husna 2006 )

Rakan Husna menjadi johan futsal SMK Tan SrI Abdul Kadir 2007

Rakan Husna menjadi johan futsal SMK Tan SrI Abdul Kadir  2007

Dapatkan Air doa al Husna !

Dapatkan Air doa al Husna !

Air Doa al Husna

Terdapat 3 jenis air doa al Husna.

1. Air Musoffa ( kiri sekali )

air ini ialah campuran za'faron yang di campur dengan air doa al Husna. Kegunaannya ialah usaha pelindung diri, pemulih semangat, gangguan dan beberapa penyakit yang zahir.

2. Air doa al Husna ( tengah )

air ini telah dibaca al Quran yang telah dikhatam beberapa kali, bacaan ahzab syaziliyyah, nawawiyyah dan lain-lain lagi. Turut serta ialah bacaan ratib, tahlil dan selawat. Usaha untuk pelbagai penyakit. Insya Allah.

3. Air akar kayu doa al Husna

air ini ialah rumusan ramuan akar kayu yang telah didoakan beserta dengan al Quran, tahlil, selawat, ratib dan hizib. Usaha untuk penyakit-penyakit zahir.

Hizb Bahr susunan Imam Abu Hassan Al-Syadzili

بِسْمِ اللهِ الَّرحْمَنِ الرَّحْيْمِ. اَللَّهُمَّ يَاالله يَاعَلِيُّ يَاعَظِيْمُ يَاحَلِيْمُ يَاعَلِيْمُ. اَنْتَ رَبِّيْ وَعِلْمُكَ حَسْبِيْ فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّيْ وَنِعْمَ اْلحَسْبُ حَسْبِيْ تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ وَاَنْتَ اْلعَزِيْزُ الرَّحِيْمُ. نَسْاَلُكَ الْعِصْمَةَ فِى الْحَرَكَاتِ وَالسَّكَنَاتِ وَالْكَلِمَاتِ وَالْاِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ.مِنَ الشُّكُوْكِ وَالظُّنُوْنِ وَاْلاَوْهَامِ السَّاتِرَةِ لِلْقُلُوْبِ عَنْ مُطَالَعَةِ الْغُيُوْبِ فَقَدِ (ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُوْنَ وَزُلْزِلُوْا زِلْزَالاً شَدِيْدًا)(وَاِذْ يَقُوْلُ اْلمُنَافِقُوْنَ وَالَّذِيْنَ فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضُ مَا وَعَدَنَا اللهُ وَرَسُوْلُهُ اِلاَّغُرُوْرًا) فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا اْلبَحْرَ كَمَا سَخَّرْتَ اْلبَحْرَ لمُوْسَى وَسَخَّرْتَ النَّارَ ِلاِبْرَاهِيْمَ وَسَخَّرْتَ اْلجِبَالَ وَاْلحَدِيْدَ لِدَاوُدَ وَسَخَّرْتَ الرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ وَاْلجِنَّ لِسُلَيْمَانَ وَسَخِّرْلَنَا كُلَ بَحْرٍهُوَ لَكَ فِى اْلاَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَاْلمُلْكِ وَ اْلمَلَكُوْتِ وَبَحْرَ الدُّنْبَا وَبَحْرَ اْلاخِرَةِ وَسَخِرْلَنَا كُلََّ شَيْءٍ. يَامَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوْتُ كُلُّ شَيْءٍ (كهيعص)(ثَلاَثًا) اُنْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْلَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ اْلغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ اْلقَوْمِ الظَّاِلمِيْنَ وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيْبَةً كَمَا هِيَ فِى عِلْمِكَ وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَزَاِئنِ رَحْمَتِكَ وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ اْلكَرَا مَةِ مَعَ السَّلاَمَةِ وَ الْعَافِيَةِ فِي الدِّ يْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا اُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَاَبْدَانِنَا وَالسَّلاَمَةِ وَاْلعَافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا وَخَلِيْفَةً فِى اَهْلِنَا, وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ اَعْدَائِنَا وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ اْلمُضِيَّ وَلاَاْلمجَِيْ ءَ اِلَيْنَا (وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى اَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوْا الصِّرَاطَ فَانَّى يُبْصِرُوْنَ* وَلَوْنَشَآءُ لمََسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَااسْتَطَاعُوْا مُضِيًّا وَلاَيَرْجِعُوْنَ (يس وَاْلقُرْآنِ الْحَكِيْمِ* اِنَكَ لَمِنَ اْلمُرْسَلِيْنَ* عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ* تَنْزِيْلَ اْلعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ* لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا اُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُوْنَ* لَقَدْحَقَّ اْلقَوْلُ عَلَى اَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لاَيُؤْمِنُوْنَ* اِنَاجَعَلْنَا فِى اَعْنَاقِهِمْ اَغْلاَلاً فِهَيَ اِلَى اْلاَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُوْنَ* وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنَهُمْ فَهُمْ لاَيُبْصِرُوْنَ* شَاهَتِ اْلوُجُوْهُ(ثَلاَثًا) وَعَنَتِ اْلوُجُوْهُ لِلْحَيِّ اْلقَيُّوْمِ. وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا(طس)(حم. عسق)(مَرَجَ اْلبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ* بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَيَبْغِيَانِ)(حم)(سَبْعًا) حُمَّ اْلاَمْرُ وَجَاءَ النَّصْرَ, فَعَلَيْنَا لاَ يُنْصَرُوْنَ (حم* تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ مِنَ اللهِ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِ* غَافِرِالذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ الْعِقَابِ ذِى الطَّوْلِ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ. اِلَيْهِ الْمَصِيْرُ)(بِسْمِ اللهِ)باَبُنَا(تَبَارَكَ) حِيْطَانُنَا(يَس) سَقْفُنَا(كَهَيَعَصَ) كِفَايَتُنَا(حم.عسق) حِمَايَتُنَا(فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَالسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ)سِتْرُ الْعَرْشِ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا وَعَيْنُ اللهِ نَاظِرَةٌ اِلَيْنَا بِحَوْلِ اللهِ لاَيُقْدَرُ عَلَيْنَا (وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مَحْفُيْطٍ . بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ . فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ) (فاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ) (ثَلاَثًا) (اِنَّ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَابَ . وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ) (حَسْبِيَ اللهُ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ) (ثَلاَثًا) بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى اْلاَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (ثَلاَثًا) وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ( اِنَّ اللهَ وَمَلآ ئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ , يَآ ايُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا) (الله لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ....)

Dapatkan buku ini ! Keluaran Jabtan Mufti N.9

Dapatkan buku ini ! Keluaran Jabtan Mufti N.9

Dapatkan buku ini !

Dapatkan buku ini !

asy-Syaikh Al-Muhadits Penolong Sunnah Muhammad Zamzamy

Seorang alim dari Thonjah, asy-Syaikh Al-Muhadits Penolong Sunnah Muhammad Zamzamy ibn Shodiq Al-Ghumari rahimahullahu. Beliau adalah Keluarga Al-Ghumari, yaitu anak turun Syaikh Muhammad ibn Ash-Shidiq bin Ahmad Al-Ghumari (w. 1935 M) yang tinggal di Tangier (Thanjah) Maroko, mereka adalah : Syaikh Ahmad Al-Ghumari (w. 1380 H/1962 M), Syaikh Abdullah Al-Ghumari (w. 1413 H/1993 M), Syaikh Abdul Aziz Al-Ghumari (w. 1418 H/1998 M), Syaikh Zamzamy Al-Ghumari (w. 1408 H/1988 M), Syaikh Abdul Hayy Al-Ghumari (w. 1415 H/1995 M), Syaikh Ibrahim Al-Ghumari, Syaikh Hasan Al-Ghumari dan lainnya.

Syaikh Zamzamy meninggal pada hari jum’at 28 Dzulhijjah 1408 H, semoga Allah mengampuni dan merahmatinya.
Diantara gurunya adalah Ayah, kakak-kakaknya (Ahmad dan Abdullah), Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i, Syaikh Abdul Salam Ghanim al-Dimyati, Syaikh Muhammad Hasanain Makhluf al-‘Adawi, Syaikh Abu Talib Hasanain, Syaikh Mahmud Imam Abdul Rahman al-Mansuri, Syaikh Mustafa Sofwah, Syaikh Abdul Majid al-Syarqawi dan lain-lain

No comments:

Post a Comment