Friday, May 2, 2014

1 Mei 2014 : Bagaimana Membangunkan Jemaah Yang Selamat Dan Menyelamat?

Tercatat sudah 1 Me1 2014 kita dapat saksikan melalui media pelbagai peristiwa dan kejadian Demostransi yang telah diadakan di Kuala Lumpur...

APAKAH TINDAKAN INI BIJAK DAN HASILKAN FAEDAH DAN MANAFAAT UNTUK SEMUA?

APAKAH DENGAN MENGADAKAN DEMONSTRASI ADALAH SATU JALAN PENYELESAIAN TERBAIK DALAM MENYELESAIKAN ISU-ISU YANG BERBANGKIT?

APAKAH JAWAPANNYA....???

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, 
lagi Maha Mengasihani


[1]Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2]Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3](Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4]Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?

[5]Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

[6](Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

[7]Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).

[8]Mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[9]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

[10]Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

[11]Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.


1 hb Mei 2014
1 Rejab 1435

 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perhimpunan yang dihadiri lebih 50 ribu orang hari ini sebagai amat berjaya.

Katanya, Pakatan Rakyat akan terus membantah ketidak-adilan dan kezaliman kerajaan sehingga keadilan untuk semua ditegakkan.

Empat NGO membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang merancang untuk berarak dari menara KLCC ke Dataran Merdeka esok. Laporan polis itu dibuat oleh Persatuan Peruncit Jalan Tuanku Abdul Rahman (J- Tarra), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kelab Wartawan Muda Malaysia dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia membuat laporan tersebut untuk menghalang penganjur meneruskan rancangan mereka, lapor The Star .
Menurut Presiden J-Tarra Datuk V.K. Liew perhimpunan besar-besaran itu akan memberikan kesan negatif ke atas peruncit di sepanjang jalan dan kawasan komersial sekitar bandar Kuala Lumpur.
"Penutupan jalan dan kesesakan lalu lintas akan menyukarkan orang ramai membeli-belah di kawasan-kawasan perarakan penyokong perhimpunan.   Selanjutnya..





Published on Apr 27, 2014
At a town hall session with young leaders from Asean,
US President Barack Obama says they should pursue the
betterment of society and not titles or wealth.

Reporter: Prasadh Michael
Videographer: Prasadh Michael

PETIKAN DARI FB
Mereka sesama mereka pun bertumbuk. Pelik? Taklah
Pakatan Rakyat sampai sekarang tak wujud
  
Sekumpulan peserta anti GST dari Solidariti Anak Muda

Malaysia (SAMM) mula bergaduh dengan unit amal PAS
Berikut adalah tulisan dari seorang anak kepada Pengasas Jemaah ... Di Malaysia.

ABUYA BANGUNKAN JEMAAH YANG SELAMAT DAN MENYELAMAT.


Abuya telah membina perjuangan pada tahun 1968 bermula dari dirinya, keluarga dan jemaahnya. Apakah proses yang dilakukan oleh Abuya kepada mereka? Abuya lakukan proses yang didalamnya beliau menekankan dan mendidik keluarga dan para pengikutnya agar satu dengan yang lain dapat diikat oleh tali Allah, atau diikat oleh ahkamullah/ hukum-hukum Allah. Abuya sendiri telah tunjukkan kesungguhanya dengan melibatkan anak isterinya untuk berjuang.

Saya sendiri selaku anak sulung lelaki dibawa sama berjuang dan berdakwah. Ke mana tempat yang sesuai dibawa anaknya, saya dan Syeikh Nizam dibawa sama memboncing motosikal. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah satu ketika Abuya membawa kami dengan motosikalnya pada waktu malam dan telah terlanggar lubang di tepi tali air lalu kami terpelanting jatuh. Suasana malam yang gelapAabuya mencari kami dan dinaikkan semula ke atas motosikalnya. Saya membonceng di belakang dan Syeikh Nizam diletakkan di depan, duduk di dalam bakul motor.

Mereka yang telah Abuya proses semuanya bersungguh-sungguh berusaha untuk patuh kepada Allah, kepada Rasulnya dan mentaati pemimpinnya. Mereka nampak berakhlak baik, mulia, ada rasa bersama. Maka tercetuslah kerja sama diantara mereka. Sekarang berlaku satu proses yang tidak disangka sama sekali iaitu secara rohani atau disebut ERA GHAIB.

Semua jemaah rohani atau tarikat mengharungi perkara yang sama. Iaitu bila ketiadaan pengasas jemaah tarikat amalan dan jemaahnya terus berjalan seperti panduan yang telah diberikan. Kemuncak kemeriahan jemaah-jemaah tersebut tidak sama ketika adanya Syeikh mereka. Kelompok tersebut yang difirman oleh Tuhan:


تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّه.


Maksudnya: "..menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah." (Ali Imran: 110).

Ada sistem kehidupan secara Islam di dalamnya, ertinya ada dalam jemaah Abuya itu kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan. Bermula dari sistem bani (keluarga) hinggalah seluruh sistem hidup Islam. Islam adalah satu cara hidup. (الإسلام دين الحياة). Senantiasa memberi khidmat kepada masyarakat, baik masyarakat di dalam Jemaah, maupun di luar Jemaah, baik kepada orang Islam ataupun kepada orang bukan Islam. Jemaah itu senantiasa mencari kedamaian dan keamanan. Ia benar-benar memberi rahmat kepada alam, seperti mana yang Rasulullah pernah sabdakan Al Jama'atu Rahmatun wa firqatu azab.

Jemaah yang Abuya bangunkan terbukti memberi rahmat, ertinya membawa kasih sayang. Dia membawa kegembiraan, dia membawa hiburan, dia membawa kemudahan, dia membawa kemuliaan, dia membawa keselamatan, dia membawa kedamaian, dia membawa penyelesaian, dia membawa kebahagiaan dan keharmonian. Dengan adanya jemaah itu membolehkan bertolong bantu satu sama lain.

Firman Tuhan:


ثُمَّ نُنَجِّي رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا كَذَٰلِكَ حَقًّا عَلَيْنَا نُنجِ الْمُؤْمِنِينَ

Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman yang menurutmu).(Yunus,10:103).

Dasar Islam selamat dan menyelamatkan maka dasar itulah yang dijadikan dasar dalam perjuangan Abuya. Ertinya jemaah yang Abuya bangunkan selamat menyelamatkan. Mengapa dia selamat dan menyelamatkan? Kerana jemaah itu ada peranan. Dia bertanggungjawab, dia senantiasa ada khidmat pada masyarakat. Kerana jemaah Abuya ada peranannyalah maka dia dikatakan membawa rahmat, kerana ada peranan inilah maka jemaah Abuya dikatakan membawa kasih sayang. Kerana ada peranan inilah jemaah Abuya membawa kebahagiaan, keharmonian, keselamatan dan bermacam-macam kebaikan yang bermanfaat bagi masyarakat.

Inilah rahmat dan nikmat berjemaah. Mari kita lihat dan contohi apa yang berlaku pada jemaah Rasulullah dan para sahabat. Tidak dapat dinafikan sebelum kewafatan baginda SAW dan ketika itulah zaman keemasan bagi Islam. Itulah sebaik-baik kurun dan zaman; ketika jasad baginda masih bersama sahabatnya. Tetapi berlaku satu era dan ketika dimana jasad baginda SAW Allah Taala mengambilnya semula dan keadaan takkan mungkin akan lebih baik daripada sebelumnya. Tapi bukan bermakna ia langsung tak bermakna.

Keadilan yang Allah berikan setelah jasad baginda SAW diambil ialah bilamana jemaah ataupun rahmat dan nikmat bersama Rasulullah itu dapat diteruskan. Ertinya kasih sayang, keharmonian, perpaduan, keamanan sesama umat Islam dapat diteruskan dan ditegakkan. Malah di zaman sahabatlah Islam berkembang hingga ke seluruh pelusuk dunia. Inilah rahmat, kasih sayang dan keadilan Tuhan kepada agamanya.

Ertinya, kalau sesebuah jemaah tarikat yang terhubung atau menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW mestilah mempunyai ciri yang sama, iaitu membawa rahmat kepada semua. Semua manusia terasa berkat dan nikmatnya walaupun setelah ketiadaan pemimpinnya. Kalau ini tidak berlaku malah setelah ketiadaan pemimpin jemaah keadaan menjadi sebaliknya, maka ia perlu dinilai semua. Apakah ia jemaah kebenaran atau kebatilan. Kerana jemaah kebenaran itu berlaku kasih sayang, keharmonian, perpaduan, keamanan sepertimana semasa keberadaan pemimpinnya. Walaupun setelah tiadanya rahmat dan nikmat tetap berterusan.

Kalau ia tidak berlaku, maknanya boleh sahaja Tuhan buatkan rahmat dan nikmat itu berpindah atau berlaku ditangan orang lain; mereka yang dididik oleh pemimpin tersebut dan masih kuat berpegang dengan prinsip jemaah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dan juga kuat dengan syariat Islam. Ini bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat dan dilakonkan. Ini adalah perjuangan yang telah menjadi sebahagian dirinya, sebahagian darah yang mengalir dalam jasadnya.

Jika masih ada perpaduan, kasih sayang, keamanan, dan keharmonian yang berjalan terus maka ia boleh dikatakan jemaah. Tetapi jika semua ini tidak berlaku malah sebaliknya terjadi, perpecahan, penzaliman, penipuan, melanggar syariat dan prinsip Islam maka ia bukanlah lagi sebuah jemaah walaupun nampak masih menghidupkan sistem jemaah. Kerana ia bukan membawa keberkatan malah sebaliknya. Jika begitu mari kita nilai semula apakah yang dikatakan Abuya jemaah yang membawa rahmat dan berkat kepada seluruh alam ini. Jika suami isteri nak dipisah-pisahkan, keluarga dicerai beraikan malah menjadi dasar melarikan anak dan isteri yang tak sehaluan ini bukanlah keamanan, ini bukanlah perpaduan, keharmonian, kasih sayang yang Abuya perjuangkan. Hidup dalam neraka sebelum neraka sedangkan jemaah kebenaran itu ada syurga sebelum syurga.








No comments:

Post a Comment