Tuesday, April 16, 2019

Kisah Ahli UMNO Yang Membela Nasib Peneroka FELDA

Kisah ini di paparkan sebagai satu renungan untuk semua rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang masih lagi 'buta' dan 'tuli' terutamanya ahli ahli UMNO . 

Berikut saya siarkan kisah perbincangan saya dan ahli UMNO di Facebook.
Link FB



Kamaznun  juga kaitkan sentimen anti DAP dalam komennya ,

Berikut balasan yg saya berikan,

Kamaznun Nun   Wahai UMNO,

Perihal bangsa asing di Malaysia, kenapalah kamu tidak melayannya dengan sebaik-baiknya seperti diajarkan oleh Allah dan Rasul kita? Kamu buatkan mereka pandang rendah kepada kamu dan pada Islam itu. Apa kata Allah dan Rasul agaknya dengan sikap kamu ini?

Orang-orang Cina dan India serta pendatang-pendatang yang lain di Malaysia ini sebenarnya tidak bermaksud jahat pun. Mereka bukannya kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi yang mahu terima kerajaan Islam. Penentangan kalau pun ada bukan dari rasa pemusuhan, Cuma rasa tak puas hati dan tidak yakin dengan setengah hal yang kamu lakukan atas nama Islam.

Wahai UMNO,

Terhadap kafir Zimmi nabi kita perintahkan kita membela mereka. Bukannya ajak bertengkar dan bergaduh. Islam tahu melayan apa juga bangsa tetamunya dengan segala kasih sayang dan budi baik. Islam sanggup buatkan orang-orang bukan Islam itu akhirnya jatuh cinta dengan Islam dan tidak lagi sayang untuk mengorbankan agama asal.

Wahai UMNO,

Memanglah atas nama UMNO tiada sebab untuk mereka masuk UMNO, tapi atas nama Islam, percayalah bahawa Allah dan Rasul akan melayan mereka dengan penuh kebijaksanaan sehingga mereka semuanya akhirnya sudi menerima Allah dan Rasul dan sanggup memeluk agama Islam. Percayalah, Allah pasti lakukan untuk mereka.

Akhirnyalah wahai UMNO,

Kenapalah kamu boleh tersilap berfikir tentang hidup ini, walhal setiap hari kita sama-sama menonton kematian-kematian yang menjadi-jadi di depan mata. Seorang Islam sepatutnya sedang memikir-mikirkan kematiannya pula dan bahkan merindui hari kepulangan ke sana. Bukankah kita datang dari sana? Ataukah kamu berfikir mati itu penutup dan mengakhiri segala-galanya?


Berikut kenyataan beliau yang menyalahkan DAP dan PH berikutan nasib yang di alami FELDA



Kamaznun Nun    Rupa Rupanya pemimpin dalam UMNO yg saudari sanjung itu ....

| 15 April 2019 

>> BERITA > NASIONAL > Kertas Putih Felda: RM2.7 bilion diguna raih sokongan PRU
Kertas Putih Felda: RM2.7 bilion diguna raih sokongan PRU
BERNAMA | 10 Apr 2019

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selepas membentangkannya di Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM2.7 bilion wang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika membentangkan Kertas Putih Felda, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, beliau berkata dapatan itu merupakan antara yang terkandung daripada hasil laporan audit forensik yang disediakan oleh sebuah firma audit bebas profesional.

Kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang melampau agensi tersebut yang melebihi RM8 bilion.
https://www.sinarharian.com.my/article/22796/BERITA/Nasional/Kertas-Putih-Felda-RM27-bilion-diguna-raih-sokongan-PRU



No comments:

Post a Comment