Monday, May 23, 2011

Mesej Tuhan : Tragedi Rumah Anak Yatim Hulu Langat

Ribuan Manusia Berkongsi Kesayuan.. Kesedihan Yang Teramat Sangat..

MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu Linkterkorban kerana ditimbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.

Berita Selanjutnya ...


HULU LANGAT 22 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14 di sini sejurus tiba dari lawatan luar negara, Selasa ini.

SEPANG 22 Mei – Seorang abang tidak dapat melupakan detik-detik melihat adik bongsu dan rakan-rakannya tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felda Semungkis, Batu 14 di Hulu Langat, petang semalam.

KUALA LUMPUR 22 Mei - Johari Awang , bapa kepada seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam, Muhammad Kamarul Amizan Johari terkilan kerana tidak sempat memenuhi permintaan terakhir anaknya agar dibelikan beg sandang.


IPOH 22 Mei - Zaid Assyawal Zamri, 19, yang merupakan antara 16 mangsa korban tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor semalam, sempat menyampaikan pesanan terakhir kepada ibunya dalam perbualan telefon tiga bulan lalu.

HULU LANGAT 22 Mei - Pemotongan cerun yang tidak mengikut spesifikasi selain aktiviti penebangan pokok getah di atas cerun berkenaan dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, di sini, semalam.

TPM hiba

thumbnail
KUALA LUMPUR: “Saya pergi ke tempat kejadian, menyaksikan pasukan penyelamat bekerja dengan keras. Saya nampak empat kaki... ia adalah mayat dua budak lelaki yang terperangkap serta tertimbus ...

Madrasah tiada CF


Sedih dan sayu di rasai oleh semua rakyat Malaysia melihat laporan tragedi Rumah Anak Yatim Hulu Langat. Melihat anak Yatim yang masih kecil lagi menangis di atas usungan terpampang di muka depan Mingguan Malaysia cukup menyentuh hati dan perasaan.

Jelas sekali rakyat Malaysia pelbagai bangsa bersama sedih dan pilu dan tragedi di siarkan di semua akhbar Melayu, China dan India. Memilukan kerana tragedi ini menimpa kepada anak-anak Yatim yang masih lagi Kanak-kanak.

Pada hari kedua kejadian terpampang berita-berita di akhbar2 yang membuat liputan dan pelbagai pihak yang melahirkan kesedihan dan terdapat juga pihak-pihak tertentu yang keluarkan kenyataan seperti madrasah tak ada CF dan pelbagai lagi. Pastinya apa pun alasan dan sebab-sebab yang di nyatakan oleh pihak2 yang tebabit, tragedi telah berlaku dan mengorbankan nyawa anak-anak Yatim. Semoga Allah cucuri Rahmat pada roh-roh yang terkorban itu.

Peristiwa yang telah berlaku ini sudah tentu ada mesej penting yang hendak Allah sampaikan kepada kita semua. Sama-sama kita lihat dengan Mata Hati kita dan renungkan jauh dilubuk hati berhubung dengan mesej yang penting itu.

1. Sifat-sifat mulia rakyat Malaysia yang punyai hubungan kasih sayang pelbagai kaum dapat dilihat. Kasih Sayang juga telah ditunjukkan oleh pemimpin masyarakat dan negara .

2. Pembinaan rumah-rumah di lereng2 bukit amat bahaya tambahan pula telah di rosakkan alam sekitar menyebabkan tanah menjadi runtuh. Bila kekuatan tanah yang bersatu itu menjadi longgar, maka berlakulah tanah runtuh dan bila ini berlaku akan membahayakan penduduk yang mendiami berhampiran lereng bukit tersebut.

Isunya di sini yang boleh kita kongsi bersama ialah berhubung dengan " Kekuatan Tanah Berpadu di lereng bukit itu akan mula pecah kerana kita telah merosakkan dengan eko sistemnya itu."

Pengajaran dari kejadian ini,peri pentingnya dalam negara kita ini PERPADUAN. Jika perpaduan dan kasih sayang tidak kuat, maka peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah jadi iktibar pada kita.

Peristiwa yang berlaku di Aceh berlaku tsunami adalah satu kejadian yang Allah timpakan itu sebenarnya memberi kebaikan pada Indonesia kerana jika tidak pasti berlaku huru hara seluruh Indonesia yang bermula dengan Pejuang2 Aceh yang di sokong oleh Amerika berusaha untuk dapatkan kemerdekaan dari Indonesia. Selepas peristiwa tsunami keadaan menjadi tenang aman dan damai. Serentak di muka depan akhbar Mingguan Malaysia terpampang berita berkenaan 14 disebat kerana berjudi di Acheh bersama dengan berita tragedi di Hulu Langat. Selepas kejadian tsunami itu, Aceh yang mendapat gelaran Serambi Mekah telah berubah dan kembali kepada Islam.

Dalam masa terdekat ini kita lihat pelbagai isu-isu timbul di negara kita dan sebelum itu,izinkan saya siarkan satu Video yang mana lagu ini mula saya dengar sewaktu remaja dan dalam kursus Biro Tata Negara. Lagu yang bertajuk WARISAN ciptaan Datuk Dr. Nordin Kardi.




Isu video skandal se...ks .... juga satu perkara yang sangat besar kerana telah diperbesarkan sampai peringkat di siarkan di muka depan akhbar. Sangat malu dan jelek pada anak-anak2 kita semua melihat bagaimana kita sebagai orang dewasa ini telah mainkan isu ini .

Pada 29 April berlaku satu kejadian yang amat di kesalkan.

Rintihan Guruku : Hari ini telah berlaku peristiwa yang amat "....."

Pada 26.4.2011 saya telah menyiarkan satu sajak yang bertajuk :

Beza Hidup Sebelum dan Selepas Merdeka

Pada 29 April 2011 telah berlaku satu peristiwa yang amat menyedihkan ,

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Peristiwa yang berlaku pada 29 April 2011 itu, DIMANAKAH SILAPNYA??????

Silapnya kerana selepas merdeka kita gunakan sistem politik yang ditinggalkan PENJAJAH!!!!

Bersama-sama kita kongsi beberapa artikel yang telah saya post di blog Teknologi Roh..

POLITIK ISLAM YANG SEBENARNYA

POLITIK ISLAM MEMBAWA KASIH SAYANG

SAJAK : PEMIMPIN SEJATI PEMIMPIN CONTOH



Semoga Allah memberi taufik dan petunjuk kepada kita semua ke jalan yang tidak sesat. Selepas merdeka 54 tahun kita masih lagi mengguna pakai sistem politik tinggalan penjajah dan hari ini kita lihat kesan keburukan dan kesengsaraan menimpa di dunia Arab. Bagaimana hari ini kita sedang melihat kehancuran Libya yang sebelum ini berbangga dengan Buku Hijau dan memiliki kekayaan minyak tapi akhirnya hancur .

Semoga gambar diatas bagaimana orangramai bersama berjemaah untuk mangsa tragedi di Hulu Langat itu membuka pintu hati semua bahawa hanya kembali kepada Allah sahaja kita semua akan selamat di dunia dan akhirat.

Kejadian tanah runtuh di Hulu Langat itu menyedarkan kita bahawa kita semua kena akui kesilapan sehingga mengorbankan anak-anak yatim. Semoga peristiwa yang berlaku jadi iktibar semua dan jangan masing2 menyanyi lagu BANGAU OH BANGAU...

Semoga Allah memberi taufik dan petunjuk kepada Pemimpin-pemimpin semua samaada UMNO,PAS,KEADILAN,MCA,MIC,DAP buatlah sesuatu sekarang agar suatu waktu nanti anak cucu kita kencing di kubur kita kerana marah disebabkan kita pada hari mereka terima nasib yang malang ,sebagaimana hari ini kita melihat tangisan dan kematian anak-anak yatim semua kerana mereka masih lagi anak2 dan tidak tahu apa-apa tentang bahaya pada tempat tinggal mereka.

Cukuplah wahai peminpin2 yang bijak berpidato dan tok guru semua, kembali pada Allah.

No comments:

Post a Comment